Thursday, 29 December 2011

Pesta Makanan Jepun di Jusco


Konnichiwa... baru2 ini aku ade terbaca laporan akhbar 'Utusan Malaysia' mengenai Pesta Makanan Jepun di Jusco Damansara.. Pesta ni dijalankan selama seminggu bermula 25 Disembar lalu bagi memberitahu bahawa produk makanan dari Jepun sekarang bebas daripada ancaman radiasi...

Lebih seratus jenis produk makanan segar dan beku dari daerah Iwate yang terjejas teruk akibat tsunami dijual pada pesta tersebut termasuklah sushi, sashimi dan teriyaki...

Menurut Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura,, pesta ini akan diteruskan sehingga ke Jusco Pulau Pinang, Johor dan Melaka sehingga tahun baru cina nanti.. sambutan yang luar biasa peminat makanan jepun di Malaysia menangkis pandangan bahawa produk makanan dari negara tersebut tidak selamat untuk dimakan...

p/s: ari tu baru lps makanan kt ichiban ramen @Jusco Seremban 2... pehhh... sedap giler!!... tapi xde pun pesta makanan jepun nih... haisshh....

3 comments:

  1. bestny... ari tu kat suria sabah. memang best! oiishhii! :)

    ReplyDelete
  2. eh.. kat sabah pon ade gak ke.. hehehe

    ReplyDelete