Tuesday 27 December 2011

Paradise Kiss Movie 2011

Konnichiwa... baru lepas tgk movie 'Paradise Kiss'... ahah... da beli lame tapi baru berkesempatan tengok tadi... Paradise Kiss asalnya daripada sebuah manga yg ditulis dan ilustrasi oleh Ai Yazawa.. mula diterbitkan menerusi majalah Zipper pada tahun 1999 hingga 2003... terdapat 5 volumes kesemuanya.. mula di adaptasi menjadi anime oleh Aniplex dan Madhouse studio pada tahun 2005.. Animasi ini bukan sahaja popular di Jepun malah popular di Vietnam, China, Hong Kong, Sepanyol, Jerman, Itali, Perancis dan banyak lagi...

Sinopsis
Berdasar daripada movie,, Paradise Kiss menceritakan kisah seorang pelajar perempuan yang tertekan(Yukari Hayasaka) dengan peperiksaan menemui jalan hidupnya sendiri... kesemuanya berlaku secara kebetulan apabila didatangi sekumpulan pelajar pelik daripada Akademi Seni Yazagaku yang menginginkannya menjadi model untuk pakaian rekaan mereka... Ia adalah satu projek terakhir mereka sebelum tamat pengajian... Yukari pada mula menolak pelawaan mereka,, namun selepas didesak secara halus oleh ketua kumpulan(Jouji Koizumi),,akhirnya Yukari menerima pelawaan mereka..
Pada mulanya Yukari xbiasa dengan kumpulan tersebut kerana sikap pelik dengan kelakuan yang tidak senonoh seperti yang dilakukan oleh Miwako dan Arashi yang melakukan seks dalam studio... Akibat tekanan,, Yukari lari dari rumah dan menyertai kumpulan tersebut dengan tinggal di rumah Jouji.. Disebabkan memerlukan duit,, Yukari ingin mencari kerja sambilan,, oleh sebab itu Jouji mencadangkannya menjadi model professional..

Walaubagaimanapun,, masalah timbul apabila pakaian rekaan mereka yang diberi nama 'Paradise Kiss' tidak mendapat sambutan pelanggan malah baju yang mereka hantar ke kedai untuk dijual dipulangkan semula... Oleh yang demikian, Jouji mencadangkan 'Paradise Kiss' dibubarkan... Mereka hanya menumpukan kepada pakaian gaun untuk persembahan fesyen... Yukari telah berusaha untuk menarik minat penonton dan mereka berjaya mendapat tempat kedua...

Selepas daripada persembahan itu,, mereka semua bawa haluan masing2,, Jouji ke Paris utk meneruskan minatnya sebagai pereka fesyen... Yukari pula,, atas nasihat Jouji telah menjadi model profesional yang terkenal...

Jouji (Mukai Osamu).. dalam movie ni penampilan Osamu xnampak menyerlah sangat walaupun dia watak utama... xmcm dalam movie2 sblom ni mcm dalam Hanamizuki, walaupun hanya watak sampingan tapi karakternya lebih memberi impak kepada movie tersebut..
Tokumori(Yamamoto Yusuke) dan Yukari(Keiko Kitagawa)... pada mulanya nampak mcm Yukari suke ngan Tokumori tapi lepas satu kejadian,, perasaannya berubah...

Keiko Kitagawa nampak sesuai dengan karakter Yukari...

Komen;
-movie ini memerlukan penghayatan kalu nak rase feel.. hehe
- ade bab2 'hentai' (lucah).. haha.. so kena penghayatan lebih... guraw je..haha.. tak banyak pun.. yg awal2 je.. sikit^^
- jalan cerita menarik.. kadang2 ade rase excited nak taw ape akan jadi lepas babak tu..
- suprise gak rupe-rupenya dia(Yukari) tolak luahan perasaan Tokumori,, walhal dia simpan perasaan suka kat Tokumori selama 3 tahun..
- ending yang kurang menarik perhatian..
- Skala untuk movie ni: OK^^

Info;
Tajuk: Paradise Kiss
Pengarah: Takehiko Shinjo
Penulis asal: Ai Yazawa
Sinematografi: Hikaru Yasuda
Tarikh tayangan: 4 Jun 2011
Masa tayangan: 116 minit
Produksi: Warner Bros
Jumlah kutipan tiket: $16,788,726 (RM59 Juta)
Watak utama: Yukari Hayasaka(Keiko Kitagawa), Jouji Koizumi (Osamu Mukai), Hiroyuki Tokunori (Yamamoto Yusuke)...
Lagu Tema:Yui- Hello~Paradise Kiss~ & Yui- You

Walaubagaimanapun,, ade gak yang rase kecewa sbb jalan cite xsame dengan komik,, mungkin sebab ada babak yang lebih menarik dalam komik tapi xdibuat dalam movie...


Trailer

3 comments:

  1. suka ngan lgu yui nie,,rasa nk tgk plak cite nie,,

    ReplyDelete
  2. movie ni kelakar! haha... lagu Yui dalam movie ni hello dan you. best! love osamu mukai!!!

    ReplyDelete
  3. haha... kelakar ke?? ok la... lagu yui mmg best!

    ReplyDelete