Saturday 9 July 2011

Tada Kimi wo Aishiteru

Konnichiwa... Tada Kimi wo Aishiteru atau bile ditranslatekan--->; Just Loving You... Sebuah movie yang sangat romantik...

Sinopsis
Makoto Segawa sedang dalam perjalanan ke New York untuk bertemu dengan sahabat lama yang telah menghilang, Shizuru Satonaka... Makoto mula mengenal Shizuru pada hari pertama masuk ke universiti... Shizuru berpewatakan seperti kanak2... sejak perkenalan di laluan lintasan pejalan kaki, Shizuru telah mula tertarik dengan perwatakan
Makoto yang cool... Makoto mempunyai hobi mengambil gambar... Dia telah memasuki satu kawasan hutan larangan untuk mengambil gambar... Shizuru mengekorinya... Semenjak daripada itu, Shizuru mula melakukan minat yang sama dengan Makoto... Mereka berdua kerap ke kawasan hutan tersebut dan Shizuru cuba mempelajari selok belok fotografi bersama dengan Makoto...
Walaubagaimanapun Makoto telah tertarik pada rakan sekelasnya,, Miyuki Toyama yang sentiasa kelihatan cantik dan berpewatakan lemah lembut... Sizuru mula cemburu melihat Makoto mula rapat dengan Miyuki... Dia mula ingin menjadi dewasa.. Walaubagaimanapun,, tindakan Shizuru mendatangkan bahaya kepada dirinya kerana dia mengidapi penyakit yang merbahaya... Apabila dirinya semakin dewasa dan matang,, penyakit yang dihidapinya akan menjadi matang dan akan menyebabkan kematian... Shizuru merahsiakan tentang penyakitnya daripada pengetahuan Makoto...

Disebabkan perasaa cinta Shizuru kepada Makoto,,, dia sanggup menggadaikan nyawanya... malah dia rela melihat Makoto berkawan rapat dengan Miyuki... Pada satu hari,, Shizuru membuat satu permintaan iaitu menciumnya dan menjadikannya sebagai foto dipilihnya untuk menyertai satu pertandingan... Walaubagaimanapun,, Shizuru melarikan diri ke New york secara senyap2...

Di New York,, Shizuru menjadi jurukamera terkenal,, walaubagaimanapun hidupnya tidak lama.. Selepas dua tahun di NY,, Shizuru menulis sepucuk surat kepada Makoto.. Shizuru mengajak Makoto bertemu dengan nya di NY... Makoto berasa sangat teruja kerana selepas dua tahun akhirnya dia tahu dimana Shizury berada...

Akan tetapi,, ketika Makoto tiba di NY,, Shizuru telah pon meninggal dunia....

Komen
- Pada mulanya rentak cerita agak perlahan.. namun keadaan dan situasi cerita menjadi menarik sedikit demi sedikit... awl2 mmg xphm kenape Shizuru cemburu tengok Miyuki dan kenape dia berusaha untuk menjadi matang serta ingin menjadi cantik macam Miyuki... Persoalan yang pelbagai itu akhirnya terjawab apabila Makoto dtang mencari Shizuru di NY,, dimana ketika itu kita mmg xjangka yang Makoto akan bertemu dengan Miyuki pula...
- Cerita ini mampu membuat seseorang itu menangis... seyes li...

Karakter
Makoto Segawa... Hiroshi Tamaki
Seorang lelaki yang pemalu.... dah berbulan-bulan di universiti masih malu nak bertegur sapa dengan rakan sekelas...

Shizuru Satonaka... Aoi Miyazaki
perangai macam budak2... tak matang.. tapi mula berubah ingin jadi matang setelah bertemu dengan Makoto...

Miyuki Toyama... Meisa Kuroki
seorang perempuan yang cantik... peramah... dia yang tegur Makoto dulu,, kalu x Makoto xkan tegur dia... Suka kat Makoto juga tapi dia faham perasaan Shizuru yang juga suka kan Makoto..

Official Trailer [Japan 2006]

Nak tengok Online.... klik kat sini-----> TADA KIMI WO AISHITERU-MYSOJU.COM



2 comments:

  1. bace sinopsis jr dah buat rasa sedih....mesti best cerita nie.....

    ReplyDelete
  2. hehe... best sgt...^^ try la tgk... hehe

    ReplyDelete