Sunday 16 May 2010

Tokyo DOGS



Konnichiwa! lame aku xupdate tentang drama2 baru ni. Xde la banyak sangat drama2 yg aku dah tengok ni. Semester ni terlalu sibuk la pulak. Tapi dek sebabkan hobi aku ni suke tengok drama2 Jepun ni, curi2 gak tengok bile ada masa lapang.


Sinopsis;

Tokyo DOGS ni berlatar belakangkan penyiasatan polis,, ala2 FBI cm tu la. Hero dalam drama ni ialah Oguri Shun (Takakura) ngan Hiro Mizushima (Maruo). Takakura ditukarkan ke polis Jepun untuk meneruskan penyiasatan tentang kes jenayah kongsi gelap kumpulan Jinno. Dia telah digandingkan dengan detektif Maruo untuk menyiasat Jinno yg licik ni. Mereka berdua telah diarahkan menjaga Yuki yg hilang ingatan untuk mencari dan menjejak kelibat Jinno. Yang agak kelakar dalam drama ni ialah Takakura ngan Maruo sering bergaduh ketika tengah menyiasat penjenayah walaupun tentang perkara2 yg remeh temeh. Mak Takakura juga sering menelefonnya tatkala dia sedang menjejaki penjenyah.
Akhir sekali, Yuki dah pulih ingatan dan Jinno mengumpan Yuki ke tempat yg dia janjikan dulu. Hasrat Jinno masa tu hanyalah utk membunuh Yuki supaya segala hasil jenayahnya tidak dibongkarkan oleh Yuki. Tapi x sempat nak berbuat demikian, Takakura lebih cepat bertindak dan menembak Jinno.. akhir cerita selepas Takakura berjaya menyelesaikan kes di Jepun, dia telah dipanggil semula ke New York..


Komen;

  • Aku suka bile tengok Takakura ngan Maruo ni bergaduh.. agak kelakar.. kdg2 gaduh pasal benda kecik je.

  • Aksi tembak-menembak dlm drama ni best!

  • Agak suspen.

  • Kadang2 boring.. banyak bercakap kosong

  • Jalan cerita agak menarik..

  • Rasanya kalu nk bandingkan ngan drama antara 'Tokyo DOGS' ngan 'BOSS',,, drama 'BOSS' lebih menarik. sebab genre nya sama,, cuma aksi, kelakar lebih menarik kat drama 'BOSS'..
Bintang;
hmmmm... 7 bintang.. ape2 pon drama ni best jugak sebab hero2 nya best.. =)

Info;

  • Title (romaji): Tokyo DOGS
  • Tagline: 最悪で最高のパートナー
  • Tagline (romaji): Saiaku de Saiko no Partner
  • Tagline (English): The Worst and Best Partners
  • Format: Renzoku
  • Genre: Police
  • Episodes: 10
  • Viewership rating: 15.7 (Kanto)
  • Broadcast network: Fuji TV

1 comment:

  1. wa...mne masterzul tgk drama nih...Ak x jmpa la drama nih dh cri tp x jmpa...><"

    ReplyDelete