Tuesday 18 May 2010

Gokusen The Movie: Happening!!


Yo! rasanye belum terlambat nk ucap Selamat Hari Guru.. Cakap tentang guru atau pon cikgu ni, aku baru je habis menonton movie yg best ni Gokusen The Movie,, Ini adalah penamat bg drama Gokusen dr season 1 smpi season 3.. Yamaguchi sensei (Yankumi) merupakan cucu Yakuza generasi keempat.. Disebabkan minatnya menjadi ckgu terlalu tinggi, dia terpaksa rahsiakan identiti sebenarnya.. Kalau ade orang taw yg dia ni keturunan yakuza, dia xkan dpt peluang utk menjadi ckgu lg.. So dlm movie ni, Yankumi telah berjumpa dgn sume bekas2 pelajarnye,, kecuali watak yg dipegaang oleh Matsumoto Jun ngan Akanishi Jin..

Sinopsis;Odagiri Ryu ditugaskan menjadi guru pelatih di sekolah Yankumi,, Yankumi sgt teruja dpt bertemu bekas pelajarnye yg dahulu samseng tp skang ni bercita-cita menjadi ckgu.. Mcm biasa Yankumi sering menjaga kelas yg bermasalah.. Semasa minum bersama ngan Odagiri, dia telah bertemu dgn bekas pelajarnya dalam season 3 (Kazama n the geng).. Dlm movie ni, Kazama telah terperangkap dgn sindiket pengedaran dadah dan telah menjadi suspek utama yg diburu polis.. Kazama berusaha menyembunyikan dirinya, akhirnya dia bersembunyi kt sekolah.. Kazama x maw menyusahkan Yankumi lg mmbantunya mencari dalang sindiket tersebut.. atas bantuan sume rakan2 nya dlm Gokusen season 3 dan Gokusen season 2,, Yankumi dpt memerangkap ketua kumpulan sindiket tersebut..

Walaubagaimanapun, Yankumi berdepan situasi bahaya apabila ketua sindiket tersebut cuba utk membunuhnya,, Akibat drp itu pelajar2 dan bekas2 pelajar Yankumi bertindak melindunginya.. Akhirnya ketua sindiket tersebut diberkas pihak polis.. Yankumi menjadi popular selepas kejadian tu dan menjadi kebanggaan sekolah.. Dalam part2 terakhir ni la,, bekas pelajarnya dlm season 1 dan season 2 bertemu dgn Yankumi.. Sumenye berterima kasih kpd Yankumi atas segala didikannya yg menjadikan mereka sebagai org yg berguna kpd masyarakat..

Komen;
  • Terharu tengok movie ni.. nk2 lg bile bekas pelajar dr season 1 smpi season 3 berkumpul mkn bersama ngan Yankumi n bercerita tentang kenangan masing2 semasa di tingkatan 3-D bawah jagaan Yankumi..
  • terhibur ngan lawak2 gokusen ni.. walaupun kdg2 tu lwak yg lebih kurang same di ulang2 atau di ubah sedikit drp dlam drma bersiri..
  • Jalan cerita yg menarik dan cantik... awl2 cerita lebih kepada lawak.. pertengahan agak suspen.. last skali touching2 pulak..
  • Movie yg kedua terbest selepas Rookies The Movie.. Kedua-dua movie menceritakan tentang pengorbanan seorang guru..
Adengan dlm Gokusen season 2.. aku paling suke season nih.. best!
Bintang;
Best!! 10 bintang jugak..

Info;
  • Movie: Gokusen: The Movie
  • Romaji: Gokusen The Movie
  • Japanese: ごくせん THE MOVIE
  • Director: Toya Sato
  • Writer: Kozueko Morimoto (manga), Michiru Egashira, Yuuko Matsuda
  • Producer: Masatoshi Kato
  • Cinematographer:
  • Release Date: July 11, 2009
  • Runtime:
  • Distributor: Toho
  • Language: Japanese
  • Country: Japan
Gokusen The Movie ----- 2010 Reader's Choice: Most Popular Film

No comments:

Post a Comment