Perpustakaan di salah sebuah universiti terulung di Jepun~
Salam... Konnichiwa... haha.. gempak ak tajuk di atas nih... sistem peperiksaan di Jepun ngan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor (UTHM)... haha... nape ye.. sbb aku blaja di UTHM... so aku nak tgk persamaan dan perbezaan sistem peperiksaan nyer... aku ada terbaca satu artikel yg ditulis di
ismajepun.com yg menceritakan pengalaman seorang penuntut di sana menghadapi peperiksaan akhir...
Sistem Peperiksaan Di Jepun
Di Jepun, smggu sblom peperiksaan bermula,, pelajar dikehendaki mengambil jadual peperiksaan mengikut fakulti masing2... waktu, tarikh, hari dan tempat peperiksaan tertera di dlm jadual tersebut..walaupun matapelajaran same,, tetapi tempat mngambil peperiksaan berlainan mengikut kelas pengajian..
Pada hari peperiksaan pula,, pelajar perlu dtg ke dewan pepriksaan setengah jam lebih awal... pelajar bebas memilih tempat duduk sendiri kerana tempat duduk tak ditetapkan..namun begitu ,,, di dalam tempat peperiksaan yang sama sekalipun,,, terdapat beberapa peperiksaan bagi subjek yang berbeza.... Untuk mengelakkan daripada tersalah tempat duduk,..., perkara pertama setelah masuk ke tempat peperiksaaan ialah melihat ke arah skrin di hadapan kelas dan memastikan baris dan lajur yang betul dengan subjek yang diambil....
10-15 minit sebelum peperiksaan bermula,,, sensei dan pengawas peperiksaan akan datang ke kelas dan sensei mula membacakan peraturan-peraturan peperiksaan satu persatu.... Pengawas peperiksaan pula akan mula mengedarkan kertas jawapan dan soalan kepada pelajar..... Kertas soklan dan jwpan mestilah dlm keadaan bahagian belakang di atas dan bahagian depan di bawah(ditelangkupkan atas ke bawah). Pada masa ini, pelajar tidak dibenarkan untuk berbuat apa-apa walaupun untuk menulis nama di kertas jawapan sekalipun!!!~
Tepat waktu bermula,, loceng peperiksaan dibunyikan.. pada masa itu pelajar terpaksa mengisi nama nama, subjek, nombor pelajar, nama sensei dan tempat peperiksaan di kertas jawapan... Dalam erti kata lain,,, masa peperiksaan telah menjadi pendek kerana tidak ada waktu khas untuk menulis butir-butir pengenalan diri di kertas jawapan!... Pada masa ini jugalah borang kehadiran akan diedarkan kepada penuntut. Penuntut yang duduk di bahagian hadapan perlu mem’pas’kan borang tersebut kepada orang di belakang dan begitulah seterusnya sehigga orang di belakang sekali.
(silap haribulan sempat meniru semasa pas kertas!!)
Cukup setengah jam peperiksaan,,, loceng universiti sekali lagi akan dibunyikan tanda penuntut yang sudah selesai menjawab boleh meninggalkan tempat peperiksaan.... Pada masa ini, kebiasaannya kebanyakan orang-orang Jepun akan bangun dan menghantar kertas jawapan ke bahagian hadapan tempat peperiksaan.... Sama ada mereka betul-betul boleh menjawab atau berputus asa , saya sendiri tidak pasti..... Tetapi apa yang pasti, perbuatan mereka itu sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi mereka yang masih belum selesai menjawab termasuk saya sendiri.....
Tepat satu jam selepas peperiksaan bermula..., loceng sekali lagi akan dibunyikan tanda tamatnya waktu peperiksaan...... Setiap penuntut perlu menghantar sendiri kertas jawapan kepada sensei subjek berkenaan di bahagian hadapan kelas...... Pada masa ini juga, ramai dalam kalangan orang-orang Jepun yang masih sempat meniru dan membetulkan jawapan mereka.
Peperiksaan di Jepun biasanya hanya memakan masa satu jam....... Paling lama adalah satu jam setengah....... Jumlah soalan berbeza mengikut sensei tetapi kebiasaanya tidak akan lebih daripada 6 soalan.....
Sistem Peperiksaan di UTHM
Di UTHM,, jadual peperiksaan akan di keluarkan melalui sistem maklumat akademik pelajar (SMAP online)... xpon jadual akan dipaparkan di setiap kolej2 kediaman dan setiap fakulti... biasanyer ade 3 draft... draft pertama dan kedua,, pelajar di beri peluang utk menukar jadual periksa kalu berlaku sbrang pertindihan subjek yg di ambil... bile draf ketiga dah keluar.. time nih dh xleh nk ubah ape2... sbb telah pon ditetapkan... biasenyer draft ketiga ni kuar smggu sblom mggu ulang kaji...
*** ni pon kdg2 ade gak yg xreti2 nk tgk jadual... dah smpi time pekse pon xtaw ag waktu pekse kul brape... haduyai~~
mggu ulang kaji... tadi kat Jepun xckp psl mggu ulang kaji... ini bermaksud di sana xde mggu utk enjoy... hahaha.. ??? enjoy?? haha... name je mggu ulang kaji... satu mggu tuh.. tp time ini lah pelajar2 mengambil peluang utk pulang ke kampung halaman... mane yg xnk balik lak,, g jln2 smpi gunung ledang,, pastuh g muar,, pastuh g pantai minyak beku... x lupa jgk ni g jln2 kat rengit,, makan kerang...hahhaha... time ni jgk nk kuar dating ngan awekk..hehe.. ade gak yg agak baik nyer.. study ngan awek kt library smpi pg... heee... sape la tuh... hahaha.... bile smpi hari terakhir mggu study,, baru lah kelam kabut nk study... haha...
Smpi time pekse... same cam kat Jepun td,, pelajar mesti smpi dewan pekse setngah jam lebih awal... bile masuk dewan pekse,, pelajar bebas pilih tempat duduk.. tp.. dewan peksenyer besaw... byk subjek lain dlm tuh... so sblom msuk.. tgk posisi subjek mengikut tempat yg disediakan...
10-15 minit sblom peperiksaan bermula,,, ketua pengawas akan bacakan arahan berada di dewan peperiksaan.. pada waktu ini,, pelajar di kehendaki mengisi butir2 diri,, nama & kod sbjek beserta nama pensyarah... borang kehadiran juga di isi mase nih...
Ketua pengawas akan mengumukan waktu mula pekse... so,, pelajar pon mula jawab pekse... mase ni pengawas2 lain akan mengutip borang kehadiran dan akan menyemak slip pepriksaan pelajar... di UTHM setengah jam mula pekse dan setengah terakhir xdbenarkan keluar dr dewan pekse... so,, kalu nk keluar,,, keluar selpas setngah jam pekse bermula dan sblom setngah jam pekse tamat... kalu nak kuar,, terus keluar,, borang jwapan tggl je atas meja,, nnt pengawas akan dtg amek... Ketua pengawas akan umumkan peperiksaan tamat,, so.. pelajar xdbenarkan menulis... [*** tp time2 mcm ni lah idea bernas tu dtg... nk x nk kena gak tulis..haha]...
Peperiksaan di UTHM biasenyer 2 hingga 3 jam... mengikut kredit sesuatu subjek... walaupun dlm subjek tersebut terdapat 2 atau 3 pensyarah yg mengajar,, bentuk dan jumlah soalan adalah same utk pelajar yg amek subjek tersebut... cume nnt pensyarah masing2 la yg tande jwpn pelajar2 nyer....
Bilangan soalan same gak cam sensei2 Jepun td wat.. xlebih drp 6 soalan... Soalan mmg ade enam.. tp pelajar diberi pilihan menjawab 5 soalan shje... kalu agak pandai dan rajin.. leh gak jawab sume... tu pon kalu sempat.. biasenyer ramai yg xsempat soklan nyer xterkata susahnyer... nak2 lagi utk subject killer cam termodinamik, dinamik, mekanik pepejal dan sebagainyer...
Nampak cam xde beza sgt sistem pekse di Jepun ngan di UTHM,, cume ade pertambahan mggu ulangkaji (mggu enjoyi)... mungkin kerana lecturer2 di UTHM kebanyakan bekas2 pelajar universiti2 di Jepun,,hahaha... mcm Pn Azian, En Rosmahalil, Dr Hamidon ... sape ag ekk xingat lak.. heeee...
Hope satu hari nnt dpt gak aku merasa mengambil peperiksaan di universiti2 Jepun... =)
Perpustakaan baru,, kebanggaan warga UTHM... sje nak promote.. dgr kate perpustakaan nih adalah perpustakaan universiti terbesar dan terbaik di asia tenggara.. huhuhu...