Wednesday 30 January 2013

JDrama 2011~ Nankyoku Tairiku [Review]

 
Konnichiwa!!.. drama 'Nankyoku Tairiku' (Antarctica) merupakan cerita sebenar di era selepas perang dunia kedua.. Pada waktu itu yang dikenali sbg Zaman Showa yg merupakan zaman pemulihan bagi masyarakat Jepun selepas kalah dalam peperangan.. Para saintis Jepun ketika itu berusaha untuk menyertai program ekspedisi ke Antartika bersama dengan negara2 eropah.. walaubagaimanapun pelbagai halangan ditempuhi sebelum ekspedisi ini berjaya diteruskan sehingga sekarang..

SINOPSIS

Sekumpulan saintis Jepun yang diketuai oleh Takeshi Kuromochi (Takuya Kimura) dan Yu Shirasaki (Kyohei Shibata) sedang berusaha untuk menyertai negara2 Eropah menyertai ekspedisi menjelajah Antartika.. Walaubagaimanapun,, usaha mereka mendapat ejekan daripada negara2 Eropah.. Mereka memandang rendah kemampuan Jepun yang baru sahaja kalah dalam peperangan.. Dengan penuh semangat ingin membuka lembaran baru bagi negara Jepun,, mereka berusaha mendapatkan tempat untuk menyertai ekspedisi tersebut..

Hasil usaha Kuromochi dgn Shirasaki,, mereka berjaya menyenaraikan Jepun mnyertai ekspedisi tersebut yang merupakan negara Asia pertama sampai ke Antartika.. Namun,, mereka mengalami kesukaran kerana tempat yg telah ditetapkan adalah sukar untuk di jejaki dan belum pernah ade manusia menjejaki tempat tersebut.. Mereka tahu bahawa ini adalah salah satu cabaran daripada negara eropah yang memperlekeh kemampuan mereka..

Kapal yang dikenali sbg 'Soya' adalah kapal semasa perang.. dimana kapal ini dianggap 'ajaib' kerana mampu pulang semula ke Jepun selepas kekalahan Jepun semasa perang.

Kuromochi dan Shirasaki berusaha mendapat dana kewangan daripada kerajaan yang sukar mengeluarkan bajet kerana pada waktu itu rakyat Jepun sangat memerlukan wang.. Namun,, selepas melihat keterujaan masyarakat Jepun dengan berita tentang ekspedisi ke Antartika,, kerajaan Jepun ketika itu meluluskan dana yang diminta,, dan kerja2 pembaikan kapal yg diberi nama 'Soya' giat dijalankan.. Shirasaki melakukan pemilihan krew2 yg dikehendaki menyertai ekspedisi ini manakala Kuromochi mendapatkan beberapa ekor  anjing2 sakhalin husky dari Hokkaido untuk membantu pergerakan mereka di Antartika..

Krew-krew Ekspedisi Pertama di Antartika

Pada 8 November 1956, bermula ekspedisi pertama Penjelajahan Antartika,, dimana krew2 terpilih akan menetap di Antartika selama setahun dengan melakukan beberapa penyelidikan yang boleh membawa manfaat kepada dunia sains Jepun.. Mereka mendiri tempat penyelidikan di Antartika yg dikenali sbg Showa Station..Selepas mereka hampir berjaya menamatkan ekspedisi dengan gembira dan jayanya,, mereka terpaksa meninggalkan anjing2 Hokkaido tersebut di Antartika.. Ini menimbulkan kemarahan rakyat Jepun yg menganggap mereka sebagai xberperikemanusian.. hal ini berpunca daripada cuaca yg tidak mengizinkan kapal 'soya' mendekati  Showa Station.. Mereka meninggalkan Antartika dengan pesawat kecil dan terpaksa meninggalkan anjing2 tersebut..

Kuromochi bertanggungjawab ke atas semua anjing2 yg dibawa dari Hokkaido

Selepas setahun,, ekspedisi ketiga diteruskan dan Kuromochi menyertai semula untuk mencari anjing2 tersebut.. malangnya,, hanya 2 daripada 20 ekor anjing yg dibawa masih hidup manakala selebihnya telah hilang dan mati..

KOMEN

- Drama yg sangat menyentuh perasaan.. melihat hubungan erat antara manusia dan anjing semasa hidup di Antartika.. Anjing2 inilah yg telah menyelamatkan nyawa Kuromochi dan krew2 lain daripada mati kesejukan.. Mereka sume berasa sangat bersalah selepas terpaksa meninggalkan anjing2 tersebut di Antartika..
- Aku suke semangat yg ditunjukkan dalam cerita ni.. pelbagai masalah mereka tempuhi,, daripada negara2 eropah yg seperti ingin menolak penyertaan mereka,, kerajaan yg takut membuat pelaburan disebabkan Jepun xmempunyai sumber kewangan yg banyak serta masalah Kapal 'Soya' yang beberapa kali gagal disiapkan.. Namun mereka sume melepasi halangan tersebut dengan tabah..
- plot cerita yg sangat menarik.. kesan visul dan bunyi yg gempak.
- cerita boleh membuat anda menangis.. huhu
- bagi aku drama 'Nankyoku Tairiku' adalah drama TERBAEK!!

INFO

Tajuk: Nankyoku Tairiku (Antartika)
Genre: Adventure
Episod: 10
Siaran Tv: TBS
Tv Rating: 18.0%
Tahun: 2011

KARAKTER UTAMA

Kuromochi (Takuya Kimura).. Seorang profesor di Universiti Tokyo.. sgt bersemangat menyertai ekspedisi ke Antartika.. bertanggungjawab melatih dan membawa anjing2 Hokkaido ke Antartika.. Atas sebab gagal membawa pulang anjing2 tersebut,, dia melatakkan jawatan dan menyertai ekspedisi ketiga selepas kegagalan ekspedisi kedua untuk mencari semula anjing2 tersebut..

NANKYOKU TAIRIKU OST



WATCH ONLINE

http://www.gooddrama.net/japanese-drama/nankyoku-tairiku

rekemen sgt kat korang tgk drama nih ^^.. best sgt

2 comments:

  1. salam.. saya dalam proses nk try tgk cite ni.. baca sinopsis mcm menarik.. saya pon salah sorg peminat drama jepun.. hope bleh share info menarik dgn saudara..

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan.. mmg best cite nih.. xdpt digambarkan mcm mane perasaan mase tgk cte ni.. ahah..

    ReplyDelete