Sunday 27 January 2013

JDrama 2011 ~ Umareru [Review]


 
Konnichiwa!!.. baru lepas layan drama umareru.. yg bermaksud 'kelahiran'.. sebuah drama yg unik mengisahkan tentang susah payah seorang ibu yang berumur 50-an untuk melahirkan seorang anak.. pelbagai implikasi bakal diterima kerana pada umur sebegitu amat sukar untuk mengandung dan melahirkan anak..

SINOPSIS

Cerita mengisahkan tentang seorang ibu yang mempunyai 4 orang anak, iaitu Manami, Taichi, Koji dan Miko.. Manami bekerja sbg seorang editor dan dia sedang mengumpul maklumat tentang ibu mengandung yg berumur 50-an ke atas.. Pada masa yang sama,, ibunya Tanaka telah didapati hamil pada usia 50 tahun.. Manami terkejut dengan berita tersebut.. Dia telah mendesak ibunya untuk menggugurkan kandungan tersebut sebab risau akan risiko yang akan di alami ibunya.. ini kerana pada hasil kajian dan maklumat yang didapati ibu yang hamil pada usia sebegitu mempunyai risiko yang sangat tinggi dan dikhuatiri banyak implikasi yang bakal diterima pada kelahiran bayi tersebut..

Masalah timbul apabila Manami dan ibunya merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan Taichi, Koji dan Miko.. Taichi berasa seperti disisihkan tentang rahsia berkenaan dan mengalami tekanan daripada seorang lelaki yang mengaku sbg bapa kandungnya.. disebabkan tekanan yang dialaminya,, Tanaka memberitahu perkara sebenar bahawa, Taichi adalah ank kwn baiknya.. disebabkan xsanggup melihatnya dihantar ke rumah anak2 yatim.. Tanaka telah rela hati menjadikan Taichi sebagai anak angkat dan dilayan seperti anak kandungnya sendiri..
Koji pula mempunyai penyakit Leukemia.. Dia menyedari akan penyakitnya semakin merbahaya dan merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan ibunya yg sedang hamil.. walaubagaimanapun secara kebetulan Manami berada di hospital dan terserempak dengan Koji yg menjalani rawatan.. Disebabkan keadaan Koji yang semakin kritikal, Manami memberitahu perkara sebenar kpd ibunya.. Tanaka xsanggup melihat keadaan Koji yg semakin kritikal sehinggakan sanggup menggugurkan kandungan utk menyelamatkan nyawa Koji.. Atas keprihatinan Doktor Kondo yg memantau keadaan Tanaka, telah mengesyorkan rawatan alternatif utk Koji dengan menggunakan darah bayi yg dilahirkan Tanaka..

Miko pula mengalami masalah murung disebbkan malu di ejek oleh rakan sekelas.. Dia rasa malu dengan kehamilan ibunya pada usia sebegitu.. Selepas melihat kegigihan ibunya serta tekanan dalam membantu Koji yg sedang sakit,, akhirnya dia sedar betapa susahnya seorang ibu  yang sedang hamil.. Dia mula sedar betapa pentingnya nyawa yg berada dalam kandungan ibunya.. akhirnya dia xmalu berdepan dengan ejekan rakan sekelasnya dan berusaha membantu ibunya dan Koji..

Selepas Tanaka melahirkan anak,, darah anak tersebut berjaya mnyelamatkan nyawa Koji.. Akhirnya bayi tersebut hidup dengan mempunyai ciri-ciri fizikal yang secukupnya dan Koji telah sembuh daripada penyakitnya.. akhirnya mereka sekeluarga hidup bahagia selepas pelbagai rintangan yg mereka lalui..

KOMEN:

- Sebuah drama yang sangat menyetuh perasaan.. susah payah seorang ibu mengandung dan melahirkan anak.. ditambahkan lagi dengan usia yang telah lanjut dan berdepan pelbagai risiko serta masalah lain yg timbul seperti penyakit yg dihidapi anak yang lain..
- Cerita byk memberi info tentang kehamilan pada usia lanjut..
- jalan cerita yg memberi kesan kepada penonton.. plot yg sangat menarik.. pelbagai masalah timbul pada kemuncak cerita yng membuatkan penonton akan tertanya-tanya tentang apa yang akan terjadi pada episod berikutnya..
- DRAMA NI BEST^^

INFO:

Tajuk: Umareru
Genre: Human Drama
Episod: 10
Tv Siaran: TBS
Tv Rating: 10.3%
Tahun: 2011


KARAKTER UTAMA

Manami (Horikita Maki)
Kakak sulung daripada 4 beradik.. seorang kakak yg penyayang.. pada awalnya xdapat menerima hakikat yg ibunya hamil.. banyak membantu Taichi, Koji dan Miko dalam menyelesaikan masalah.. karakter penting yg menyatukan adik beradik dengan ibunya..

TRAILER



WACTH ONLINE


5 comments:

  1. wah...mcm best je..dhla Horikita berlakon..

    ReplyDelete
  2. Hey very interesting blog!
    my website > liverpool transfer rumours gossip

    ReplyDelete
  3. Appreciate the recommendation. Will try it out.
    Here is my page :: comprar perfume

    ReplyDelete
  4. I read this piece of writing fully about the resemblance
    of most recent and earlier technologies, it's amazing article.
    Here is my page pizza games disney

    ReplyDelete
  5. excellent points altogether, you simply won a brand new reader.
    What may you recommend in regards to your submit that you simply made some days ago?

    Any positive?
    Also visit my web-site :: pizza games euless texas

    ReplyDelete