Saturday 12 November 2011

Ikemen Desu ne [Full Review]



Konnichiwa... pehh.. selesai tgk drama~Ikemen Desu ne~... mmg terbaek lah drama nih... best jdrama 2011...

SinopsisCite nih totally pasal band pop terkenal A.N JELL yang terdiri drp 3 org jejaka kacak pujaan gurlz2 (Ren, Shu & Yuki)... Group ni akan menerima seorang ahli baru, Sakuraba Mio,, malangnya dia terlibat dalam satu insiden dan terpaksa dirawat di Amerika selama 3 bulan... Mabuchi yang handle kemasukan Mio bertindak mencari adk kembar perempuannya, Miko... Dia pujuk Miko supaya menyamar menjadi Mio dan menyertai group A.N JELL... walaubagaimanapun,, Miko berbelah bahagi kerana dia pula akan pergi melanjutkan pelajarannya ke Rome... Disebabkan impian abg kembarnya yg ingin menjadi penyanyi untuk bertemu semula dengan ibu mereka,, dia menerima tawaran tersebut dan menyamar menjadi Mio...

So skang Miko dah jadi Mio... tapi dia bermasalah utk berkomunikasi dengan Katsuragi Ren (Ren) kerana sikapnya yang dingin dan sombong... Ren selalu menganggap Mio sbg pembawa masalah padanya dan xmengiktiraf Mio sbg ahli baru A.N JELL sehingga Mio berjaya mengadakan konsert amal A.N JELL di rumah kebajikan kanak2... Walaubagaimanapun,, identiti sebenar Mio telah diketahui Ren... Disebabkan semangat dan impian Mio utk bertemu dengan ibunya,, Ren bersetuju merahsiakan identitinya...

Disebabkan 3 org reporter yang selalu menyibuk,, identiti Mio diketahui oleh penyanyi pompuan yg comel tp jahat iaitu Nana... utk menyembunyikan identiti tersebut Nana mengugut Ren supaya menjadi teman lelakinya.. dari sini bermula ancaman Nana...

Nana mula cemburu sebab Ren asyik back-up Mio... Dia mula menggunakan taktik kotor utk mendedahkan identiti Mio namun sering kali gagal sebab bukan Ren je yg back-up,, Yuki dan Shu back-up skali... lame kelamaan Ren makin suka pada Mio... pada satu majlis tayangan PV lagu Mio ~Alone~,, Nana paksa Mio dedahkan identinya dengan pakai baju wanita.. Namun pendedahan tersebut digagalkan oleh Ren... terkejut melihat Mio pakai baju pompuan,, Ren mendedahkan identiti Mio yg sebenar kpd Yuki dan Shu... Masalah menjadi semakin besar bile Shu dan Yuki suka pada Mio secara diam2... tapi kenyataannya Mio memang suka pada Ren.. ini yang membuat Nana makin marah...

Hubungan Mio dengan Ren semakin baik,, tetapi bermasalah pula setelah berjumpa dengan mak Ren yg seorang penyanyi terkenal Misuzawa Reiko yang mengeruhkan lagi keadaan... Disebabkan kisah silam Misuzawa dengan bapa Mio yang menyebabkan kematian ibu Mio...

Setelah 3 bulan,, Mio yang asal pulang dan menyertai A.N JELL.. Oleh sebab itu,, Miko berundur dari group A.N JELL secara senyap2 tanpa pengetahuan Ren, Shu dan Yuki......

Komen
- sebuah drama yang hebat,,, sehebat cite2 yg penah aku tgk mcm Hana Yori Dango, Hana Kimi, One liter of tears, Rookies & Yamato Nadeishiko... yg laen2 pon^^ ape ntah lagi.. hehe
- Jalan cerita sgt menarik,, happening..
- mempunyai konflik menguatkan jalan cerita...
- ade bhgian2 yang lawak mcm watak Yuki, Mabuchi yg slalu happening... kdg2 leh touching,, silap2 ade yg leh nanges^^...
- Ending yang lemah.. lepas Mio balik daripada Afrika jumpe ngan Ren pastu terus habes.. aku jadi pending disitu,, adakah masalah pada dvd yang aku beli... huhu...

sedutan daripada episod 1~


Info:
-Title (romaji): Ikemen desu ne
-Format:
Renzoku
-Genre:
Drama
-Episodes:
11
-Viewership rating:
9.94%
-Broadcast network:
TBS
-Broadcast period:
2011-Jul-15 to 2011-Sep-23


Watak2 utama dalam Ikemen Desu ne...
Miori Takimoto (Sakuraba Mio/Miko), Yuta Tamamori (Katsuragi Ren), Taisuke Fujiyaga (Shu Fujishiro) & Hikaru Yaotome (Yuki Hongo)...

A.N JELL
Penampilan khas Keun Suk

Lagu yang original dalam versi Jepun~


Sebuah drama yang sangat menarik!!

5 comments:

  1. masa mula-mula tgk citer ni susah nak hadam jeremy dan heroin dia tak secomel yang versi korea punya.

    ending yg versi korea pun camtu gak. tak puas tgk. versi korea dah 10 kali ulang tgk pun xjemu lagi.

    ReplyDelete
  2. Dah beli DVD cite nih tapi x tgk .. ada lah ari tuh tgk episod 1 .. lgi kelakar sikit lah dari yg korea :)

    ReplyDelete
  3. heeee... versi jepun mmg lain sikit drp versi korea... karakter pun beza

    ReplyDelete
  4. suka sgt tgk ekspresi wjh ren yg pelbagai..ps2 si mabuchi tu pun lwk..penampilan si mak nyah toru haha...lg 1,cite ni simple dan x meleret-leret..11 episod je da selesai

    ReplyDelete