Friday 11 March 2011

Tsunami badai Jepun


Gegaran sekuat 8.9 skala ritcher melanda Jepun hari ni(11 Mac 2011) pada kira-kira pukul 2.30ptg waktu Malaysia.. Gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira 380 kilometer ke timur laut Tokyo.

Bandar Onahama di utara Jepun kemudian turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter. Antara bandar lain yang terjejas teruk ialah Bandar Kesensuma di Miyagi termasuk juga di Wilayah Fukushima..

Stesen Televisyen Tempatan, NHK berjaya merakamkan ombak tsunami menghanyutkan kereta, trak, rumah dan bangunan di bandar berkenaan.

Ekoran bencana itu, Kementerian Pertahanan Jepun mengerahkan lapan pesawat tentera ke kawasan terjejas dengan bencana itu. Beberapa bangunan di Jepun telah terbakar manakala Lapangan terbang utama Jepun iaitu Narita dan Sendai telah ditutup..

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami di Jepun, Russia, Kepulauan Markus dan Utara Mariana. Amaran tersebut meliputi 54 buah negara termasuk Filipina dan Indonesia..

Jabatan Metrologi Malaysia turut memberi amaran kepada penduduk di persisiran pantai Sabah supaya menjauhi pantai kerana mungkin ada kesan gegaran yang berlaku di Jepun..

Dibawah adalah rakaman sebuah stesen tv Jepun mengenai tsunami yang melanda Jepun petang tadi...



Tsunami yang melanda di Jepun tidak seteruk di Indonesia dahulu.. Walaubagaimanapun kita berharap rakyat Malaysia yang berada di sana selamat...

Sumber berita;
bernama.com
tv3
astro awani
rtm

2 comments:

  1. huu.. my uncle nk ke sana this week.. Osaka and Tokyo.. hurm.. hope time tu okie la..

    ReplyDelete
  2. ye kew... skang ni Tokyo xleh masuk... hope keadaan kembali pulih sperti biasa

    ReplyDelete