Wednesday 2 March 2011

Daigakuimo - "Ubi Universiti" ???

As salam... Konnichiwa!!.. kali aku nak share pasal desert Jepun yang agak simple... sesuai di makan oleh pelajar2 universiti.. chop! nape name dia Daigakuimo.. "imo" bermaksud ubi manakala "daigaku" bermaksud universiti.. jadi bile digabungkan jadi lah "Ubi Universiti".. wakakaka... agak nyer la.. aku pakai hentam jer nih..

‘Daigakuimo’, sejenis manisan Jepun (お菓子@dessert) yang berkhasiat dan mudah disediakan.’ Daigakuimo’ di Jepun adalah seperti Cekodok/Goreng Pisang/Ubi Keledek Goreng di Malaysia. Bermakna, ia merupakan makanan tradisional yang sudah lama wujud tapi masih popular hingga sekarang.

Al-Kisah sejarah Daigakuimo nih~ zaman dulu di depan pintu pagar Tokyo Universiti (Todai), ada gerai kecil yang menjual ubi rebus dan tuan gerai itu yang mula-mula memasak ubi dengan gula, maka terhasil lah nama ‘Daigakuimo’.

Banyak lagi kisah turun temurun yang dikaitkan dengan nama makanan tradisional Jepun ini, tapi hakikatnya tiada siapa yang tahu asal usul yang sebenarnya.

Jadi setelah copy daripada website ismajepun.com.. inilah hasilnyer.. ahah.. selamat mencuba!!

BAHAN-BAHAN:

280g sweet potato [サツマイモ] (sebiji-saiz sederhana)

1 sudu makan minyak sayuran (minyak biasa pun ok)

2 sudu makan gula perang (gula biasa pon boleh)

Toasted black sesame seeds [黒ゴマ] (hiasan sahaja.. optional)

Beberapa titis soy sauce (optional)

CARA-CARA:

1. Basuh sweet potato, kerat kecil2 dengan saiz suapan.

2. Rendam sweet potato dalam air selama 10minit.

3. Masukkan minyak sayuran, gula perang, sweet potato kedalam non-stick pan.

4. Tutup pan dan pasang api. [stim dan goreng sweet potato pada api sederhana kecil]

5. Bila kedengaran bunyi minyak , goyangkan pan dan biarkan selama 2 minit.

6. Buka penutup, balik-balikkan sweet potato, supaya gula sekata.

7. Tutup pan, biarkan 2 minit lagi.

8. Ulang langkah 6 dan 7 sehingga permukaan potato sweet garing, kekuningan.

9. Cucuk sweet potato dengan garfu untuk cek samada sudah lembut atau tidak. Kalau sudah, titiskan beberapa titis soy sauce. (kalau taknak pun tiada masalah)

10. Goyangkan pan dan tutup api.

11. Hidangkan di atas pinggan, taburkan toasted black sesame seed. Selamat menjamu selera.

3 comments:

  1. belanje la bak mai!! nak rase gak. HAHAH

    ReplyDelete
  2. hahaha... nk try dulu nih.. baru leh blanje... wakakaka

    ReplyDelete
  3. nanti da try jgn lupe bg aku eh...
    hahaha...

    ReplyDelete