Monday 21 February 2011

Japanese desert~Ichigo Daifuku (Strawberry Dumplings)

Konnchiwa!! post kali ni lain2 drp yg lain... harharhar.. x penah2 aku citer pasal resipi masakan... nk2 lg pasal resipi masakan Jepun... Baru2 ni buka lg website ismajepun.com ,, ade seorang penulis berkongsi pasal pencuci mulut jepun... Ichigo Daifuku ataupun Strawberry Dumplings...

Berikut adalah resipi pencuci mulut ni yg aku copy.. hehehe...

Bahan-bahan

Inti

6 biji strawberi(ichigo)

½ cawan kacang merah yang telah direbus(anko)

Kulit luar

1 cawan tepung beras(shiratama-ko)

¼ cawan gula

2/3 cawan air

Sedikit katakuri-ko

Cara-cara

Inti

1. Buangkan daun pada strwaberi dan bilas dengan air bersih.

2. Ambil satu sudu besar kacang merah yang telah direbus, dan balutkan di sekeliling strawberi, sehingga membentuk seperti bola pingpong. Alih ke tepi.

Kulit luar

3. Campurkan 2/3 cawan air dengan ¼ cawan gula, dan kacau rata.

4. Kemudian masukkan tepung beras dan kacau lagi sehingga doh sebati.

5. Tutup mangkuk berisi doh dengan plastic wrap, dan panaskan di dalam microwave selama 2 minit.

6. Setelah itu, kacau rata doh yang telah dipanaskan, dan sekali lagi, panaskan di dalam microwave selama 1~2 minit, sehingga doh masak dan menjadi kental.

Daifuku

7. Taburkan katakuri-ko di atas pinggan, dan sapu kedua tangan dengan katakuri-ko.

8. Angkat doh daripada mangkuk ke dalam pinggan menggunakan tangan. (hati-hati kerana doh berada dalam keadaan panas)

9. Ratakan katakuri-ko di atas doh, dan bahagikan doh kepada 6 bahagian.

10. Ambil satu bahagian doh tadi, dan balutkan inti tadi sehingga menjadi bebola.

11. Ulangi langkah yang sama sehingga semua inti disaluti doh.

12. Ambil pisau, dan potong daifuku kepada dua untuk dihidangkan.

Tips

*Untuk memasak kulit luar, doh boleh juga dikukus.

Selamat mencuba!!...

5 comments:

  1. huhu so bila nak buat... kat carrefour buah tengah murah ni...

    ReplyDelete
  2. cam best jer.. hehe..

    bro.. iklan skit..

    full asian drama (JEPUN,KOREA,HK) + anime + mangga..

    berminat? PM aku, ah.chong87@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. ehh.. ni ape nih.. jual dvd ker.. hahaha

    ReplyDelete
  4. jijul. masaklah dirumah saya try. baru tukar gas nih. sure la lg mantap gas tersebut. kui3x

    ReplyDelete