Saturday, 1 August 2009

Atashinchi No Danshi

Konnichiwa.. gomen nasai.. lame aku x update blog ni sebab skang ni dah agak busy sikit. Iye lah kan skang ni aku dah masuk tahun 2 kat UTHM. So agak sibuk sikit la. Tapi aku ade gak tengok cite-cite jepun yang baru. Haaa.. yang terbaru ni tajuk dia ATASHINCHI NO DANSHI. Alamak aku x sempat lak nak tengok maksudnye.
Cerita ni best jugak. Mula-mula tu agak bosan sikit la. Jalan cerita ni dah jadi menarik selepas episod 4. Tak silap aku mase tu Chisato tengah berusaha nak satukan keluarga Okura Shinzo.
Okura Shinzo ada 6 orang anak lelaki. Tapi hanya seorang je anak kandung dia. Yang lain semua nya anak angkat yang di bela sejak kecil. Pada awalnya anak-anak Shinzo tak bersatu. Asyik nak bergaduh je. Pada masa tu la, Shinzo jumpa dengan Chisato yang tengah melarikan diri daripada dikejar pengutip hutang. Chisato terpaksa menanggung hutang ayahnya yang dah lame melarikan diri. Sebagai syarat untuk melangsaikan hutangnya, Chisato kena berkahwin dengan Okura Shinzo.
Tak lame lepas tu, Shinzo pon mati. Chisato kena melengkapkan 10 prinsip ibu untuk melangsaikan hutang ayahnya. Macam-macam cabaran yang dilalui Chisato. Kalau nak cerita habis nanti x surprise lak. So overal cerita ni best n kelakar..

Title: アタシんちの男子
Title (romaji): Atashinchi no Danshi
Format: Renzoku
Genre: Comedy
Episodes: 11
Viewership rating: 10.8
Broadcast network: Fuji TV
Theme song: Infinity by GIRL NEXT DOOR
My rating: 8.1/10

Sunday, 28 June 2009

Myu no anyo papa ni ageru

Myu no anyo papa ni ageru... hmmm... pelik juga dengar tajuk ni... maksudnye 'Myu will give daddy her leg'. Drama ni agak sedih jugak. Tak silap aku drama ni berdasarkan kisah benar yang telah diadaptasikan. boleh dikatakan mirip2 gak dengan drama 'One litre of tears'...

Drama ni mengisahkan Yamaguchi Hayato menghudapi penyakit CIDP... ntah ape ntah... penyakit ni berbahaya sebab pesakit terpaksa menanggungnya seumur hidup... Penyakit ni akan menjadikan kita cacat fizikal... mungkin 1 dalam seribu yang mengidap penyakit ni... Kesian jugak kat Hayato sebab mula2 mase kat hospital yang pertama doktor ingat dia sakit lain yang tak berbahaya macam penyakit CIDP... Tapi lepas isterinya mengambil keputusan untuk merawat Hayato di hospital lain, baru dia dapat tahu yang dia dapat sakit yang berbahaya...

Hmmm... ade jugak mirip2 drama 'One litre of Tears' yang juga merupakan adaptasi daripada kisah benar... tapi drama ni tak sedih sangat la... Cuma mungkin kalau korang tengok drama ni korang rase kesian kat Hayato... muda2 lagi dah jadi cacat dan ada sorang anak perempuan berumur 2 tahun...

hmmm... pada aku drama ni pon bagus jugak sebab memberikan kita semangat...wawawa...semangat ape ni??? maksud aku semangat untuk meneruskan hidup walaupun kita diduga dengan penyakit yang mungkin tak dapat disembuhkan lagi... sebab dalam drama ni Hayato pernah cuba nak bunuh diri sebab pada dia tak guna lagi kalau tak dapat memberi kebahagia pada isteri dan anaknya... tapi tak dapat... hmmm... bagus jugak drama ni... so aku bagi 8.4/10

----------------------------------

  • Title : Myu no Anyo Papa ni Ageru
  • Also known as: Myu will Give Daddy Her Legs
  • Genre: Human drama, family
  • Viewership ratings: 25.6%
  • Broadcast network: NTV
  • Broadcast year: 2008
  • My rate ; 8.4/10
Drama ni dibintangi oleh Matsumoto Jun (sbg Yamaguchi Hayato) dan Karina (sbg Yamaguchi Aya)

Matsumoto Jun

Moshi2... hmmm... sape lagi ni... aku ke... hahaha x la... aku lagi henem... ni la Matsumoto Jun... Hero dalam cerita 'Hana Yori Dango' dan 'Gokusen'... Yang terbaru x silap aku dia ade berlakon dalam drama 'Myu no anyo papa ni ageru'...

Matsumoto dilahirkan pada 30 Ogos 1983 kat Tokyo, Jepun. Mempunyai ketinggian 173cm dan berat 58kg. Dia ni adalah salah seorang ahli kumpulan pop, Arashi. Bkn je pandai nyanyi, berlakon pon pandai jugak... antaranya drama Hana Yori Dango, Gokusen, Bambino, Kimi wa Pet, Myu no anyo Papa ni ageru dan yg paling terbaru yg tgh ditayangkan kat Jepun sekarang ni, drama Smile... Dah kate pandai berlakon, mesti banyak dapat anugerah. Tapi tak sehebat Ninomiya, member dia ni dalam kumpulan Arashi.
Antara anugerah yang pernah Matsumoto dapat:

* 53rd Television Drama Academy Awards: Best Actor for Bambino! (2007)
* 10th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Jan-Mar 07): Best Supporting Actor for Hana Yori Dango 2 (2007)
* 47th Television Drama Academy Awards: Best Supporting Actor for Hana Yori Dango (2005)
* 33rd Television Drama Academy Awards: Best Supporting Actor for Gokusen (2002)



Saturday, 27 June 2009

Bloody Monday


Virus pembunuh menyerang!!! ini bukan virus H1N1... virus ni lagi dasyat daripada itu... Ia boleh menjangkiti dan membunuh 8 juta orang sekali gus... 'Bloody X' pernah dengar?... tapi jgn risau sebab virus ni ada kat Tokyo jee... hahaha... sebenarnya virus ni adalah rekaan dalam cerita 'BLOODY MONDAY'...

hahaha... aku baru je lepas habis tengok cerita ni... Pergh... gempak jugak dia punye suspen... Kadang-kadang cerita ni agak mengelirukan... benda yang kita sangka lain pula jadi nye... Pengarah cerita ni memang pandai bikin cerita nih... Jalan cerita yang menarik... Tapi korang kena faham betul-betul jalan cerita ni baru best tengok...

Secara ringkasnya, Bloody Monday menceritakan aktiviti kumpulan pengganas yang ingin menhancurkan dunia... konon nye nak hapuskan negara yang kotor... nak jadi tuhan??? Bodoh betul pengganans nih... Tapi diorang susah sikit nak jalan aktiviti nih sebab ada seorang budak sekolah bernama Takagi Fujimaru dah ganggu kerja diorang... Fujimaru pandai menggondam sistem maklumat terutamanya maklumat pengganas... Pihak keselamatan, Third-I telah bekerjasama dengan Takagi untuk mengetahui gerak geri kumpulan pengganas...

hmmm aku tak suka betul dengan pengganas dalam cerita nih... dia suka cakap nak jadi tuhan??? nak tentukan kiamat dunia??? merepek jee... Mane boleh manusia jadi tuhan... Astaghfirullahal azim... Kita sebagai umat Islam kita kena percaya dan patuh dengan perintah Allah S.W.T... kalau korang tengok cerita ni jangan lah terpedaya dengan dialog pengganas cerita nih...

Lagi satu, cerita nih agak mengelirukan kalau tak faham betul2... Ada sikit dia putar belitkan cerita... contoh dalam episod 10 pengganas kata Otoya, kawan karib Fujimaru adalah ketua pengganas sebenar... tapi dalam episod 11 Anzai Mako, kawan Fujimaru adalah ketua yang sebenar... banyak lagi yang aku tak sangka...

hmmm... bila dah habis tengok baru puas hati... hahaha... yelah geram betul setiap kali nak habis satu episod ade je gimik dan suspen nak tarik aku tengok episod yang seterusnya.. Aku dah habis tengok cerita... korang dah tengok ke??? cerita ni aku boleh bagi 7.9/10... try la tengok... aku beli kat terminal one, seremban dapat Rm2o je full episod lak tu... skang ni byk cerita jepun yg murah2...

-----------------------------------------------------------------

  • Title: Bloody Monday
  • Genre: Action, suspense
  • Episodes: 11
  • Viewership ratings: 11.4%
  • Broadcast network: TBS
  • Broadcast year: 2008
  • Theme song: Over the rain ~Hikari no Hashi~ by flumpool
  • My rate; 7.9/10

Friday, 26 June 2009

Top 10 Japanese Guys



Moshi2 minasan... Pernah tengok video kat atas nih... Fuh! kalu pompuan yang tengok memang cair... huhuhu... Video ni aku jumpa kat Youtube... ntah macam mane boleh tertekan lak video...hmmm layan je lah...hehehe...

Video tentang artis lelaki Jepun yang popular... Ada 10 orang...
#10-Ninomiya Kazunari
#9-Sakurai Sho
#8-Oguri Shun
#7-Akanishi Jin
#6-Kamenashi Kazuya
#5-Seto Koji
#4-Nishikido Ryo
#3-Yamashita Tomohisa
#2-Tegoshi Yuya
#1-Matsumoto Jun

hmmm... tapi aku x setuju Nino nombor 10... hehehe...sepatutnya dia ni top 3...ape nak buat bkn aku yg buat video nih... Kalau aku yg buat, aku masukkn skali Miura Haruma ngan Koike Teppei... hahaha...tapi aku setuju gak la kalau Matsumoto Jun nombor 1... Si Mat ni pon popular gak kat Jepun dlm kumpulan Arashi... kalau korang perasan dia ada berlakon dalam drama Hana Yori Dango ngan Gokusen 1.. Dlm video ni ade 3 org ahli kumpulan Arashi termasuk dengan Sakurai Sho dan 2 org ahli kumpulan KAT-TUN, Anakishi ngan Kazuya...

hahaha... nanti aku publish artis pompuan Jepun yang hot2 lak...

Ninomiya Kazunari

Ermmm.... sape lak mamat hensem nih... macam aku je... hehehe... prasan lak... Kalu nk taw ni lah dia Ninomiya Kazunari salah seorang ahli kumpulan Arashi... Dia ni pon aktor terkenal kat Jepun... Ramai pompuan minat kat dia nih... Nama manja dia nih Nino... Pompuan la slalu panggil cam tu... bkn kat Jepun je kat Malaysia ni pon ade gaks peminat dia nih... hmmm sape ekkk???

Ninomiya dilahirkan pada 17 Jun 1983 kat Katsusika City, Tokyo, Jepun. Mempunyai ketinggian 168cm dan 49kg berat badan. Sayangnye mak bapak dia dah bercerai tapi aku x sure bile... Mempunyai seorang kakak yang 2 tahun lebih tua...

Selain menyanyi dengan kumpulan Pop popular di Jepun, dia ni pon pandai berlakon gak... Antaranya drama The Tale of Yamada Tarou, Ryusei No Kizuna, Stand Up!, Marathon, Maou dan Door to Door... Ade banyak lagi tapi yang aku ingat ni la... hmmm... Nino ni antara pelakon terbaik kat Jepun macam Takuya Kimura... Banyak awards yang dia dapat... macam:


hmm... tak hairan lah ramai peminat... lagi pon dia ni tak sombong...

Thursday, 25 June 2009

Gokusen 3 SP graduation 2009

Moshi2...
pernah tengok drama gokusen tak???
haaa... aku baru pas tgok 'Gokusen 3 graduation SP 2009'
Gokusen 3 SP ni sambungan daripada drama Gokusen 3... Cuma mase ni, pelajar Yankumi dah nak graduate... Sedih jugak la... tapi ade lawak nye jugak... tu yang bestnye tengok drama Gokusen ni... Ada lawak, sedih, romantik pon ade gak, tapi tak de la lebih-lebih...
Berbalik kepada Gokusen 3 SP ni... nak kate special sangat pon tak jugak laa... sebab jalan cerita nya lebih kurang macam Gokusen SP season 1... Cuma pelajar jee yang lain... disebabkan dah minat sangat tengok Gokusen ni, aku tengok je la sampai habis... terharu gak time penghabisan cerita nih... Budak Kelas 3D wat suprise kat Yankumi... sebagai tanda perhargaan kat cikgu diorang... hmmm... sedih pulak... tapi cerita ni ada sambungan lagi... bulan julai ni ada Gokusen The Movie... tapi keluar kat wayang Jepun dulu la... Malaysia tak keluar kot... kalu korang tengok Gokusen 3 SP ni ada watak baru... Junior 3D... yang Sawatari pulak dah jadi Pengetua... hmmm.. aku tak sabar-sabar nak tengok penghabisan cerita Gokusen yang mula-mula keluar pada tahun 2002 nih... dah 7 tahun... bulan Julai ni penamat Gokusen yang sebenar...


Sunday, 21 June 2009

Omedeto gozaimasu UTHM (おめでとございますUTHM)

Omedeto atau pun tahniah di ucapkan kepada pelajar tahun 1 diploma Kejuruteraan Mekanikal serta Teknologi (Automotif) kerana berjaya melakukan yang terbaik sempena dengan Perodua Eco-Challenge 2009 yang berlangsung di Litar Speeway Plus, USJ. Berikut keputusan pertandingan:

Manual Trancmission Category
  1. Politeknik Ungku Omar (PUO) - 25+Km/liter
  2. Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 23+Km/liter
  3. Universiti Industri Selangor (UNISEL) - 22+Km/liter
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - 21.6Km/liter
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Tahniah juga kepada universiti yang berjaya.

Apa-apa pon korang(bdk automotif UTHM) dah buat yang terbaik. U r da Best!!!. Walaupun korang baru tahun 1, nak dibandingkan dengan pelajar universiti lain yang ambil bahagian kebanyakannya tahun akhir, tapi korang boleh bersaing. Sikit lagi nak menang. Tapi x ape, mungkin x da rezeki. Untuk competition yang akan datang, ganbatte ne!

Omedeto minasan...

Thursday, 18 June 2009

Drama terbaik musim luruh 2008

Ryusei No Kizuna atau dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai Meteor Bond. Cerita ni mengisahkan tentang 3 beradik yang menyiasat sendiri kes pembunuhan ibubapa mereka 14 tahun yang lalu. Namun, suspek yang mereka syaki selama ini bukan pembunuh sebenar. Tanpa mereka tahu... pembunuhnya adalah orang yang mereka percayai selama ini.

Cerita ada unsur-unsur suspen tapi kadang-kadang melucukan. Hasil lakonan menarik Ninomiya Kazunari (Koichi), Nishikido Ryo (Taisuke) dan Toda Erika (Shizuna) telah mengangkat drama ini sebagai drama terbaik pada musim luruh 2008

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut korang boleh klik kat sini atau pegi kat drama link...

#p/s - cerita ni aku bg 8.5/10

Tuesday, 16 June 2009

Meteor Garden versi Jepun

Pernah tengok cerita Meteor Garden tak... aku tak pernah tapi orang kate best.. Cuba bandingkan dengan versi Jepun ni pulak..Hana Yori Dango.. Best giler cerita nih.. Romantik.. kelakar lak tu.. Cerita nih mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki kaya dengan perempuan yang sederhana.. pelbagai halangan mereka lalui.. nak2 lagi mak lelaki ni (Domyouji Tsukasa) tak berkenan anak lelakinya berkawan rapat dengan perempuan yang tak setaraf dengan keluarganya..

Hero cerita ni salah seorang ahli kumpulan Arashi, Matsumoto Jun dan heroinnya Innoe Mao..Cerita ni mendapat sambutan yang hangat dari penonton di Jepun. Dimana rating untuk season pertama ialah 19.6 dan pada season 2 meningkat kpd 21.6...

perrggh... layan beb cerita nih.. aku bg 9.4/10


-p/s: kpd peminat2 cerita ni.. ape lagi vote la kt best japanese drama tuh...