Konnichiwa!!... setakat 8 September 2012 tepat jam 12 tgh malam,, Arashi
telah menggunguli Senarai Best J-pop untuk bulan kedua undian..
Sebanyak 62 undian diterima setakat ini.. berikut adalah ranking terkini
Best J-pop 2012...
Konnichiwa!!.. baru pas abes layan drama "Lucky Seven".. hik3.. mesti ade yg dah tgk.. cte ni antara yg popular untuk tahun 2012.. mane tak nye.. sume asyik cakap2 pasal Matsu-jun je.. ahah..
SINOPSIS
Drama ni pasal sebuah agensi penyiasat 'Lucky Detective Agency'.. ade 7 orang detektif sumenye termasuk yg baru iaitu Shuntaro (Matsumoto Jun).. pada awalnya dia hanya seorang penganggur yg suke kuar dengan banyak perempuan.. Dia diterima menjadi detektif atas sebab keupayaannya mengekori Nitta (Eita).. Shuntaro dengan Nitta ni memang xsehaluan.. selalu gaduh.. tapi sebagai team-mate.. diorang memang saling bekerjasama..
Agensi menerima banyak permintaan untuk menyiasat pelbagai jenis kes.. cuma dalam satu episod ade seorang nenek request suh diorang siasat hantu dekat umahnya.. pada mulanya diorang memang x nak terima request tuh.. tapi atas dasar kemanusian diorang bantu nenek tersebut yang mempunyai masalah lain tanpa meminta sebarang bayaran...
Pada episod pertengahan Nitta menyembunyikan diri sebab diburu oleh polis.. Nitta telah terlibat dalam satu kes jenayah yang telah disalah tafsir oleh pihak polis.. watak Nitta xmuncul dalam beberapa episod sehingga episod terakhir dimana dia sebenarnya sedang menyisat punca kematian ayah presiden agensi detektif tersebut.. Atas kerjasama kesemua tujuh2 detektif mereka berjaya menyelesaikan kes tersebut..
KOMEN
- Jalan cerita sangat menarik.. setiap episod kadang2 ade berkait..
- Nitta (Eita) dengan Shuntaro (Matsu-jun) memang terbaek.. memang lawak bile diorang ni gaduh..
- cerita ni sangat santai.. dalam satu episod ade part2 lawak, suspen, aksi dan kadang2 touching.. hihi
- boleh diklasifikasikan sebagai antara drama jepun 2012 terbaek untuk ditonton... seyes!
INFO
Tajuk Drama: Lucky Seven
Genre: Detektif, Aksi, Lawak
Episod: 10
Rating Penonton: 15.6%
Tv Siaran: Fuji Tv
Tahun: 2012
Pengiktirafan:
72nd Television Drama Academy Awards:Best Actor - Matsumoto Jun
72nd Television Drama Academy Awards: Best Supporting Actor - Eita
72nd Television Drama Academy Awards:Best Theme song (Wild At Heart- Arashi)
15th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Jan-Mar 2012):Best Supporting Actor - Oizumi Yo
KARAKTER UTAMA
Shuntaro (Matsumoto Jun)
Seorang yang suka berlagak cool.. nak2 lagi bile dengan pompuan cun n time gaduh.. dia memang pandai pikat pompuan... baik hati.. suka membantu rakan2 yang susah.. watak yg sangat caring...
Nitta (Eita)
merahsiakan identiti sebenarnya.. tapi akhirnya terbongkar yang dia anak orang kaya tapi dia xminat nak warisi perniagaan bapanya.. melakukan siasatan secara rahsia mengenai kematian bapa presiden agensi detektif.. handal semasa berlawan..
TEASER
Perghh.. aku memang rekemen kat korang tgk drama nih.. memang drama TERBAEK!
ni link tgk drama ni secara online.. tapi yg ni part by part -----> daily motion
Konnichiwa!!.. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke- 55.. syukur alhamdulillah,, sebagai warganegara Malaysia,, kita patut rasa bersyukur dengan keamanan, keharmonian & kesejahteraan hidup yang dikecapi selama 55 tahun.. buangkan persengkataan, bersatulah demi negara yang tercinta.. Jom kita bersama selami dan fahami dasar pandang ke timur.. aku paling suke pandang negara jepun.. ambil sikap positif mereka seperti yang sentiasa bersiplin, fokus dan komited dalam melakukan pekerjaan, sentiasa menghormati org tua & org lain, sentiasa menghargai masa serta mengekal kebudayaan sendiri.. dan kita tambah dengan pegangan Islam kita dengan sentiasa melakukan perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya... =)
Konnichiwa!!.. drama yg tengah hot skang nih... Rich Man Poor Woman.. memang terbaek.. tapi lom abes layan lg.. hik3.. OST drama ni pon best... OP song lagu Miwa ~ Hikari e n Ending lagu Miwa jugak ~ Napa.. Jom layan OST Rich Man Poor Woman^^
Miwa~ Hikari e
Miwa~ Napa
nak download PV Hikari e pegi kat link ni ------>port87 .. terbaek siap english subbed.. high quality =)
Konnichiwa!!.. Kis-My-Ft2 telah melancarkan single ke-4 pada 15 Ogos 2012 yang berjudul "Wanna Beeee!!!"... Single ini juga merupakan lagu tema untuk drama "Beginners" yang sedang ditayangkan sekarang di TBS sehingga bulan September 2012.. Jom layan PV Wanna Beeee!!!
Konnichiwa!!.. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri... Maaf zahir dan batin.. Danjiki Akemashite Omedeto Gozaimasu.. Ayamaru koto ga attara yurushite kudasai...
Sempene raye nih,, mungkin amek masa beberapa hari untuk rehat sebentar drp mengepost pape entry kt blog nih.. hehe.. insyaallah lepas dah puas beraye.. aku update semula ye.. meriahkan hari raya anda dengan mengunjungi sanak saudara, teman taulan yang jauh mahupun dekat.. dan bermaaf-maafan lah antara kite.. Selamat Hari Raye^^
Konnichiwa!!.. official voting result "Best J-Drama 2011".. Sebanyak 114 votes diterima.. huhu.. okeh jom semak senarai 10 undian tertinggi Drama Jepun 2011.. banyaklah sgt kn.. ahaks~~
Konnichiwa!!.. secara rasminya undian "Aktor Jepun Paling Best 2011'' telah ditutup... berikut adalah keputusan undian.. Sebanyak 128 undian diterima..