Tuesday 24 April 2012

Detroit Metal City [Review]

Konnichiwa!!.. genki desuka minasan?? ahah.. ni movie Detroit Metal City atau nama pendeknya DMC.. movie aku dapat drp member aku.. bosan2 sebat je movie ape2 pon.. tapi boleh tahan gak movie  nih..

SINOPSIS

Cerita ni pasal Soichiro Negishi lakonan Kenichi Matsuyama, seorang pemuda kampung yang berbakat dalam bidang nyanyian.. pada satu hari dia diterima masuk ke sebuah universiti di Tokyo.. disebabkan dia minat sangat bidang muzik dan suke menyanyi dia masuk kelab muzik.. Negishi suke muzik yang jenis pop.. dia mencuba nasib buat rekod sendiri dan hantar kat sebuah agensi muzik.. rekod yang dihantarnya berjaya memikat pengurus agensi tersebut dan diterima masuk menjadi ahli kumpulan yang baru dibentuk yang dijangka bakal meletup di Jepun... Namun, malangnya bagi Negishi.. kumpulan yang dibentuk tu berunsurkan muzik keras, muzik rock metal.. ahah.. jadi perwatakan Negishi berubah bila masuk kumpulan nih..

Kumpulan nih menjadi semakin popular malah menjadi ikutan remaja yang minat muzik metal.. suka atau tidak Negishi terpaksa ikut kehendak pengurusnya.. dalam diam2,, Negishi cuba buat show2 kat tepi jalan.. tapi xramai yang suka dengan lagu ciptaan dia.. boring.. ahah..

disebabkan xtahan,, dia amek keputusan balik ke kampung.. aktiviti kumpulan tersebut tergendala sebab Negishi yang merupakan vokal kumpulan tersebut tetiba menghilang.. bila sampai di kampung, dia risau sebab ibunya xtahu yang dia join kumpulan yang dia anggap xsenonoh.. satu hari dia dapat surat pujukan daripada member group yang ingin dia pulang.. Negishi jadi serba salah.. akan tetapi dia kembali bersemangat lepas ibunya sendiri kagum sengan vokalis kumpulan tersebut..Akhirnya dia kembali semula ke kumpulan tersebut...
 

KOMEN
- cerita ni agak xbermoral.. haha..
- lawak dengan watak Negishi yang mempunyai dua karakter.. watak lembut ngan watak ganas..
- jalan cite ok lah.. layan jugak..
- Bagi aku,, cerita ni OK lah.. =)

INFO

 
Tajuk : Detroit Metal City
Genre: Metal, Lawak
Tahun: 2008
Pengarah: Toshio Lee
Penerbit: Toho
Pelakon Utama: Kenichi Matsuyama

TRAILER



No comments:

Post a Comment