Saturday, 12 November 2011

Ikemen Desu ne [Full Review]



Konnichiwa... pehh.. selesai tgk drama~Ikemen Desu ne~... mmg terbaek lah drama nih... best jdrama 2011...

SinopsisCite nih totally pasal band pop terkenal A.N JELL yang terdiri drp 3 org jejaka kacak pujaan gurlz2 (Ren, Shu & Yuki)... Group ni akan menerima seorang ahli baru, Sakuraba Mio,, malangnya dia terlibat dalam satu insiden dan terpaksa dirawat di Amerika selama 3 bulan... Mabuchi yang handle kemasukan Mio bertindak mencari adk kembar perempuannya, Miko... Dia pujuk Miko supaya menyamar menjadi Mio dan menyertai group A.N JELL... walaubagaimanapun,, Miko berbelah bahagi kerana dia pula akan pergi melanjutkan pelajarannya ke Rome... Disebabkan impian abg kembarnya yg ingin menjadi penyanyi untuk bertemu semula dengan ibu mereka,, dia menerima tawaran tersebut dan menyamar menjadi Mio...

So skang Miko dah jadi Mio... tapi dia bermasalah utk berkomunikasi dengan Katsuragi Ren (Ren) kerana sikapnya yang dingin dan sombong... Ren selalu menganggap Mio sbg pembawa masalah padanya dan xmengiktiraf Mio sbg ahli baru A.N JELL sehingga Mio berjaya mengadakan konsert amal A.N JELL di rumah kebajikan kanak2... Walaubagaimanapun,, identiti sebenar Mio telah diketahui Ren... Disebabkan semangat dan impian Mio utk bertemu dengan ibunya,, Ren bersetuju merahsiakan identitinya...

Disebabkan 3 org reporter yang selalu menyibuk,, identiti Mio diketahui oleh penyanyi pompuan yg comel tp jahat iaitu Nana... utk menyembunyikan identiti tersebut Nana mengugut Ren supaya menjadi teman lelakinya.. dari sini bermula ancaman Nana...

Nana mula cemburu sebab Ren asyik back-up Mio... Dia mula menggunakan taktik kotor utk mendedahkan identiti Mio namun sering kali gagal sebab bukan Ren je yg back-up,, Yuki dan Shu back-up skali... lame kelamaan Ren makin suka pada Mio... pada satu majlis tayangan PV lagu Mio ~Alone~,, Nana paksa Mio dedahkan identinya dengan pakai baju wanita.. Namun pendedahan tersebut digagalkan oleh Ren... terkejut melihat Mio pakai baju pompuan,, Ren mendedahkan identiti Mio yg sebenar kpd Yuki dan Shu... Masalah menjadi semakin besar bile Shu dan Yuki suka pada Mio secara diam2... tapi kenyataannya Mio memang suka pada Ren.. ini yang membuat Nana makin marah...

Hubungan Mio dengan Ren semakin baik,, tetapi bermasalah pula setelah berjumpa dengan mak Ren yg seorang penyanyi terkenal Misuzawa Reiko yang mengeruhkan lagi keadaan... Disebabkan kisah silam Misuzawa dengan bapa Mio yang menyebabkan kematian ibu Mio...

Setelah 3 bulan,, Mio yang asal pulang dan menyertai A.N JELL.. Oleh sebab itu,, Miko berundur dari group A.N JELL secara senyap2 tanpa pengetahuan Ren, Shu dan Yuki......

Komen
- sebuah drama yang hebat,,, sehebat cite2 yg penah aku tgk mcm Hana Yori Dango, Hana Kimi, One liter of tears, Rookies & Yamato Nadeishiko... yg laen2 pon^^ ape ntah lagi.. hehe
- Jalan cerita sgt menarik,, happening..
- mempunyai konflik menguatkan jalan cerita...
- ade bhgian2 yang lawak mcm watak Yuki, Mabuchi yg slalu happening... kdg2 leh touching,, silap2 ade yg leh nanges^^...
- Ending yang lemah.. lepas Mio balik daripada Afrika jumpe ngan Ren pastu terus habes.. aku jadi pending disitu,, adakah masalah pada dvd yang aku beli... huhu...

sedutan daripada episod 1~


Info:
-Title (romaji): Ikemen desu ne
-Format:
Renzoku
-Genre:
Drama
-Episodes:
11
-Viewership rating:
9.94%
-Broadcast network:
TBS
-Broadcast period:
2011-Jul-15 to 2011-Sep-23


Watak2 utama dalam Ikemen Desu ne...
Miori Takimoto (Sakuraba Mio/Miko), Yuta Tamamori (Katsuragi Ren), Taisuke Fujiyaga (Shu Fujishiro) & Hikaru Yaotome (Yuki Hongo)...

A.N JELL
Penampilan khas Keun Suk

Lagu yang original dalam versi Jepun~


Sebuah drama yang sangat menarik!!

Friday, 11 November 2011

Best J-pop 2011~ AKB48


Konnichiwa... Best J-pop 2011 kali ni pasal Group Pop paling besar di dunia ~AKB48~... xtipu punye,, group ni dah diiktiraf dalam Guinness World Record sebagai 'Group Pop paling besar' dengan dianggotai seramai 48 orang ahli... giler!! ramai... Disebabkan 48 orang tu sume2 gurlz2 yg comel2 lg kiut miut meoww2 maka group ni skang tersangat la popular di Jepun... bahkan virus dan pengaruhnya telah merebak ke Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Thailand, Singapore termasuk Malaysia dan Indonesia...

Menariknya kebanyakan single2 AKB48 memang me-letup2... selalunya akan terus naik no.1 dalam carta Oricon... Paling menakjubkan lagu Everyday Kachuusa yang pada ketika ini memegang label 'single paling laris di Jepun' tahun ni (2011) dengan jualan 1.33 juta copies pada minggu pertama dilancarkan... Rekod tertinggi pada ketika itu... Pada 26 Oktober yang lalu,, AKB48 muncul dengan single ke-23(major single), Kaze wa Fuiteiru dengan jualan single sebanyak 1.05 juta copies dalam masa satu hari!... rekod tertinggi dalam masa satu hari jualan single...

AKB48 terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu Kumpulan A, Kumpulan K dan Kumpulan B... untuk mengetahui lebih lanjut pasal AKB48 leh klik sini

Official PV ~Everyday Kachuusa~

Thursday, 10 November 2011

J-style~ Gaya Rambut Aktor Jepun pilihan

Konnichiwa!!.. edisi xde keje.. bwahahaha... mungkin boleh menambah satu lagi segmen kt blog aku ni iaitu ~J-Style~... segmen ni akan menampilkan gaya2 pilihan bintang2 Jepun... yaw!!.. okeh utk permulaan,, aku mulakan dengan gaya rambut 10 aktor jepun pilihan untuk edisi pertama nih... pada pandangan korang,, gaya rambut aktor mane paling smart!??

1. Mizushima Hiro

Lame xnmpk Hiro berlakon skang ni... Rambut Hiro mmg style... nak2 lagi dlm cte Hana Kimi ngan Kamen Rider Kabuto

2. Matsumoto Jun
Matsu-jun pon da jarang juge nmpk dalam drama... mcm2 style rambut dye penah buat.. rasenye yg ni agak smart...

3. Masaki Suda
Artis muda Jepun... belasan tahun lagi nih... mmg menjadi kegilaan gadis2 Jepun... style rambut smart!..

4. Seto Koji
Seto Koji... style macam ni pon nmpk sesuai jugak...

5. Yamashita Tomohisa
susah nk tgk style Yamapi yg smart.. yg ni pon agak smart jugak...


6. Nishikido Ryo
Style rambut Nishikido selalu mcm ni...

7. Yamada Ryosuke
Budak ni wat style rambut cm ne pon nmpk comel juge.. kalah justin bieber

8. Miura Haruma
Miura Haruma!... stylo


9. Yuta Tamamori
Yuta.. mula dikenali menerusi drama Ikemen Desu ne... style dye mmg cm ni lor..

10. Ninomiya Kazunari
Last skali Nino...style dia pon smart jugak..

okeh.. fokus pada rambut ye.. ahaha... gaya rambut mane paling smart!... akan dtg kite tgk gaya rambut aktress2 pulak

Wednesday, 9 November 2011

Penampilan istimewa Jang Keun-Suk dalam Ikemen Desu ne

Konnichiwa!!.. Aktor Korea, Jang Keun-Suk yang juga hero drama popular 'You're Beautiful' muncul sebagai penampilan istimewa dalam versi remake atau dikenali sebagai 'Ikemen Desu ne' di Jepun.. kemunculannya hanya dalam episod 8 dan xlame sgt pun... hanya beberape minit je...

Jang Keun-Suk menjadi artis jemputan dalam sesi penggambaran bersama A.N JELL

Pada ketika ini,, Jang Keun-Suk memang dah taw yang Mio adalah perempuan walaupun Mio dan yang lain-lain xberkata ape2 tentang rahsia tersebut... gimik dalam ep 8 ^^


Sedutan daripada drama...


Sesi temubual bersama Jang Keun-Suk... errr.. xpaham xpe.. xder subtitle... ngeee...

selamat menonton=)

Single ke-25 Arashi no. 1 di Oricon


Konnichiwa!!... Single terbaru Arashi ~Meikyu Love Song~ terjual lebih 530 000 copies pada minggu pertama dilancarkan... Ini menjadikan single ke-25 Arashi berada dipuncak carta Oricon daripada kesemua 36 single Arashi... Single ini juga menjadi lagu tema untuk sebuah drama tv lakonan Sakurai Sho ~Nazotoki wa Dinner no Ato de~ yang sedang ditayangkan di Fuji Tv sejak 18 Oktober 2011...

ni single terbaru Arashi;

Yui~How Crazy Your Love~ jualan melebihi 130 000 unit pada minggu pertama



Konnichiwa!!... album kelima Yui berada dipuncak ranking jualan cd album carta oricon ketika ini dengan jualan melebihi 130 000 unit pada minggu pertama jualan sejak dilancarkan pada 2 November 2011.. Yui juga mencipta sejarah tersendiri apabila lima album berturut-turut berada dipuncak carta oricon pada setiap minggu pertama albumnya dilancarkan sejak kemunculan album kedua~Can't Buy My Love~ pada tahun 2007..


Top 5 Ranking Jualan CD Album minggu ni di Oricon:
1. Yui ~How Crazy Your Love~ [130 000 unit]
2. NME ~Headachce and Dub Reel Inch~ [17 067 unit]
3. SNSD ~Boyz~ [15 739 unit]
4. Kim Hyun Joong ~Lucky~ [14 594 unit]
5. Beni ~Fortune~ [12 695 unit]

Tuesday, 8 November 2011

Jin 2 drama terbaik musim bunga



Konnichiwa!!... drama 'Jin' musim kedua dinobat sebagai drama terbaik dalam Anugerah Akademi Drama Tv ke-69... Drama yang dibintangi oleh Ayase Haruka membolot hampir semua anugerah yang dikategorikan... Berikut adalah senarai pemenang:

Best Drama:
JIN 2
Best Actor: Osawa Takao~JIN 2

Best Actress: Ashida Mana~ Marumo no Okite

Best Supporting Actor: Uchino Masaaki~JIN 2

Best Supporting Actress: Ayase Haruka~JIN 2

Best Screenwriter: Morishita Yoshiko~ JIN 2

Best Director: Hirakawa Yuichiro, Yamamuro Daisuke, Nasuda Jun~ JIN 2

Best Theme song: Maru Maru Mori Mori~ Marumo no Okite

Special Award: Suzuki Fuku~ Marumo no Okite

Menariknya rating drama Jin ni juga sgt tinggi iaitu 20.6%... Drama Marumo no Okite juge xkurang hebatnya mempunyai rating 15.8%... Kedua-duanya ada
lah drama yang mendapat sambutan hangat di Jepun...

Drama Marumo no Okite

OST 'Ikemen Desu ne' pecah rekod jualan carta album Oricon


Konnichiwa!!.. pehh cte pasal Ikemen Desu ne je... wakaka... Album OST Ikemen Desu ne berjudul ~A.N JELL with TBS Ikemen Desu ne Music Collection~ telah terjual sebanyak 150 000 unit pada minggu pertama,, sekali gus menjadikan album sountrack drama tv pertama berada dipuncak carta jualan album Oricon... Sebelum ini, rekod tersebut dipegang album OST 'Long Vacation' oleh Takuya Kimura dan Tomoko Yamaguchi pada tahun 1996 (68 000 unit terjual pada minggu pertama)... Ini bererti selepas 15 tahun dan 4 bulan rekod tersebut terkini dipegang oleh OST 'Ikemen Desu ne'...

berita lanjut di oriconnews

Monday, 7 November 2011

Ikemen Desu ne~ Apabila ramai yang membandingkan dengan versi Korea



Konnichiwa!!... Ikemen Desu ne adalah versi remake dalam Bahasa Jepun... Versi lain, bahasa pon lain dari negara yang berbeza,, jadi style nye juger berbeza... Versi Jepun memang berbeza dengan Versi Korea!...
You're Beautiful (Korea)

You're Beautiful mula disiarkan pada tahun 2009 di Korea Selatan dan menjadi drama paling hangat hingga kini... Oleh sebab itu,, Versi Jepun diterbitkan pada 15 Julai 2011 dan mempunyai 11 episod sahaja...

Jdrama dan Kdrama adalah 2 jenis drama yang berbeza... cara penceritaan memang jauh berbeza.. bagi aku, memang suke menonton Jdrama sebab mesej yang disampaikan.. Setiap genre drama ada mesej yg tersendiri mengikut kreativiti pengarahnye.. Jadi itu yang uniknye Jdrama.. dalam satu cerita boleh gelak ketawa dan menangis sebab terharu^^...

Isu yang hangat skang ni adalah komen-komen yang terlalu membezakan Ikemen Desu ne dengan You're Beautiful... huhu.. xsalah nak membezakan dua versi.. tapi jangan sampai keterlaluan... Kdrama dan Jdrama mempunyai style cerita yang berbeza... kadang2 ade juge fans Kdrama yang susah nak follow dengan style Jdrama dan begitu juge sebaliknye.. ade2 juga yang layan2 kedua-dua style drama.. Jadi bagi yang memahami sahaja yang akan menilai Kdrama dan Jdrama dengan baik..

Aku paling suke komen ini..
.. this is actuaLLy an awesome drama so far :"> try to appreciate the efforts that the actors putted in to make this fiLm !!! i mean if you d0n't Like it , you don't have to watch it :P - you know ? I've read too much negative comments and it reaLLy pisses me off >.< (i'm not the onLy one who's mad , right ?) WHY DON'T YOU JUST SHUT THE FRONT DOOR AND ENJOY THE DRAMA ! ╭∩╮(︶︿︶)╭∩╮
-komen drp Natasha Rocha di mysoju.com-
yup2... sgt sokong dgn komen nih!! think positive!!

ni salah satu komen negatif pasal drama nih..
Japanese version is very strange.
I don't know why, if the Korean version of the players funny and very nice views.
Especially Hwang Tae Kyung that can actually be funny and transformed instant into sadistic. who can do just Jang Geun Suk, if Yuta Tamamori better drama play something else, because they can not play the role well Hwang Tae Kyung.
-komen drp Lussy drp asianmediawiki.com-

komen ni lagi cam hampeh..
japanese version is horrible compared to the original.....they tried to copy the korean version of the outfits ways too much.....i know its an remake but shouldnt it be different
-komen drp moom di asianmediawiki.com-

setiap org ade taste yg berbeza^^
Jdrama & Kdrama kedua-duanya adalah drama yang hebat!!

Sunday, 6 November 2011

Yui~How Crazy Your Love~ Album paling Top minggu ini

Konnichiwa!!.. Yui baru saje kuarkan album terbaru ~How Crazy Your
Love~ pada 2 November 2011.. Dari hari pertama jualan, album ni kekal nombor 1 dalam carta harian Oricon serta di carta jualan album Amazon Japan...


Carta Oricon setakat 4 November 2011

Carta jualan album Amazon Japan

Menurut sumber, jualan album Yui di Oricon setakat ini sebanyak 12 550 unit... Berikut adalah lagu-lagu yang terdapat dalam album ini:
1 HELLO
2 Separation
3 Get Back Home
4 Lock On
5 U-niform
6 Cooking
7 Rain
8 Good night
9 YOU
10 It's My Life
11 no Reason
12 Nobody Knows
13 Green a.live

Lagu Green a.live sgt best yaw!!

Hidarime Tantei Eye [Full Review]


Konnichiwa!... baru abes tgk cite Hidarime Tantei Eye... sebuah cite penyiasatan yang menarik...

Sinopsis
Ainosuke mempunyai keistimewaan pada mata sebelah kirinya selepas membuat satu pembedahan... Mata kirinya boleh melihat penjenayahan yang bakal berlaku dimana ia dilakukan oleh abangnya, Yumehito...

Pada awalnya Ainosuke menyangkakan abangnya telah mati dalam satu kes pembunuhan... Namun dengan mata kirinya, dia melihat rancangan abangnya yang seakan-akan dibunuh walhal mayat tersebut adalah mayat orang lain yang telah dibunuh dahulu..

Seterusnya Ainosuke terlibat dalam semua kes penjenayahan dimana dia selalu membantu pihak polis dengan bantuan mata kirinya.. Yumehito pula bertindak menyamar menjadi seorang polis bagi memudahkan rancangan jenayahnya namun sering kali digagalkan oleh Ainosuke... Yumehito juga bertindak membunuh orang yang mengetahui identiti dirinya apabila Ainosuke cube membongkar rahsia Yumehito..

Rancangan terakhir Yumehito adalah melumpuhkan sistem komputer di Bandar Tokyo dengan menggunakan konsep domino dimana dia memasang bom pada setiap bangunan tinggi yang berdekatan dengan bangunan yang mengawal sistem komputer di Tokyo... Walaubagaimanapun Ainosuke menggagalkan rancangan dengan mematikan bom terakhir...

Akhirnya Yumehito mati selepas ditembak selepas berlaku pertelingkahan sesama kumpulannya...

Komen:
- hmmm.. drama yang menarik, suspen...
- drama yang serius... kurang komedi... banyak bermain emosi...
- jalan cerita sangat menarik^^
- mesti ramai yg suke kat Yamada Ryosuke.. ahah

Info:

Title (romaji):
Hidarime Tantei EYE
Also known as:
Left-Eye Detective EYE
Genre:
Crime
Broadcast network:
NTV
Viewership rating:
9.1 (Kanto)
Broadcast date:
2009-Oct-03


Saturday, 5 November 2011

Shinee- Lucifer (Japanese Version)

Konnichiwa^^... fuh da cuti raye haji da.. lame xupdate blog.. kali ni just nak share pasal lagu baru Shinee dalam versi Jepun ~Lucifer~.. lagu k-pop fav aku.. so bile da kuar dalam versi Jepun macam ni lah jadi nye.. ahah


Lagu ni dah release sebulan yg lalu.. huhu.. 12 Oktober 2011.. cam ne la aku boleh taw lambat nih adoi =_="... haha.. pe2 pon not bad.. nak download?
okeh leh download pv kat sini