Tuesday 15 February 2011

Confessions (Kohuhaku) Japan Movie 2010



Konnichiwa!! first nak ucap thanx kpd Noh yg mendownload movie nih... pehh.. i like it... best... walaupun mule2 tuh agak susah nk paham dengan cara penyampaian cerita nih...

Sinopsis;

Movie ni agak complicated... pada awalnyer mengisahkan tentang Cikgu Moriguchi yang kehilangan anak perempuannya... Dia xdapat menerima kematian tersebut dan menyimpan dendam kepada dua orang murid kelasnya yang disyaki melakukan perkara tersebut dengan mencampurkan darah orang yg terkena AIDS dalam minuman kotak yg diberikan.
- Syuuya
Dia nih seorang genius... hidupnya kesepian kerana ditinggalkan ibunya yg seorang professor.. manakala bapanya tidak pedulikannya.. dia bercita-cita menjadi seperti ibunya dan berusaha untuk mencapai impian tersebut dengan mereka beberapa peralatan canggih.. Dia telah mencipta satu alat yang boleh memberikan renjatan eletrik kpd sesiapa yg membuka beg duit.. Di sebabkan dia xsuka ngan Cikgu Moriguchi,, dia telah memberikan alat itu kepada anak perempuan cikgu tersebut..
Sejak minum air kotak yg dicampur dengan darah AIDS... sume pelajar xsuke dia... tetapi selepas pemeriksaan doktor terbukti dia negatif AIDS...

-Naoki
Dia ni telah diperbodohkan oleh Syuuya utk membunuh anak perempuan Cikgu Moriguchi... Selepas dia minum air kotak yg dicampur dengan darah tuh,, dia terus jadi gila.. Ibunya tidak sanggup menanggung penderitaan anak nya itu dan bercadang utk membunuhnya.. tetapi Naoki lebih bertindak ganas dan membunuh ibunya sendiri,,

Syuuya tertekan kerana dia gagal berjumpa dengan ibunya.. Dia telah mencipta bom yang akan meletupkan seluruh dewan sekolah.. Namun rancangannya gagal apabila Cikgu Moriguchi bertindak lebih awl dengan mengalihkan bom tersebut ke tempat lain~~~
Komen;
Aku suka dengan cara penyampaian cerita yang unik... xmcm movie2 lain... movie nih nampak lebih suspen dan ada kala membuatkan kita terpaku ketika menontonnya.. Memang ada sedikit kekeliruan pada jalan cerita.. tetatpi kesemuanya dijelaskan di penghujung cerita dengan baik dan unik... Aku suka dengan gaya yang ditonjolkan movie nih.. Movie 4 bintang....

Info;
  • Movie: Confessions
  • Romaji: Kokuhaku
  • Japanese: 告白
  • Director: Tetsuya Nakashima
  • Writer: Kanae Minato (novel), Tetsuya Nakashima
  • Producer: Yuji Ishida, Genki Kawamura, Yutaka Suzuki, Yoshihiro Kubota
  • Cinematographer: Masakazu Ato, Atsushi Ozawa
  • Release Date: June 5, 2010
  • Runtime: 106 min.
  • Distributor: Toho
  • Language: Japanese
  • Country: Japan
Movie Jepun ke-enam tertinggi dari kutipan tiket keseluruhan [$42,557,928]

4 comments: