Konnichiwa!!.. pehh cte pasal Ikemen Desu ne je... wakaka... Album OST Ikemen Desu ne berjudul ~A.N JELL with TBS Ikemen Desu ne Music Collection~ telah terjual sebanyak 150 000 unit pada minggu pertama,, sekali gus menjadikan album sountrack drama tv pertama berada dipuncak carta jualan album Oricon... Sebelum ini, rekod tersebut dipegang album OST 'Long Vacation' oleh Takuya Kimura dan Tomoko Yamaguchi pada tahun 1996 (68 000 unit terjual pada minggu pertama)... Ini bererti selepas 15 tahun dan 4 bulan rekod tersebut terkini dipegang oleh OST 'Ikemen Desu ne'...
Konnichiwa!!... Ikemen Desu ne adalah versi remake dalam Bahasa Jepun... Versi lain, bahasa pon lain dari negara yang berbeza,, jadi style nye juger berbeza... Versi Jepun memang berbeza dengan Versi Korea!...
You're Beautiful (Korea)
You're Beautiful mula disiarkan pada tahun 2009 di Korea Selatan dan menjadi drama paling hangat hingga kini... Oleh sebab itu,, Versi Jepun diterbitkan pada 15 Julai 2011 dan mempunyai 11 episod sahaja...
Jdrama dan Kdrama adalah 2 jenis drama yang berbeza... cara penceritaan memang jauh berbeza.. bagi aku, memang suke menonton Jdrama sebab mesej yang disampaikan.. Setiap genre drama ada mesej yg tersendiri mengikut kreativiti pengarahnye.. Jadi itu yang uniknye Jdrama.. dalam satu cerita boleh gelak ketawa dan menangis sebab terharu^^...
Isu yang hangat skang ni adalah komen-komen yang terlalu membezakan Ikemen Desu ne dengan You're Beautiful... huhu.. xsalah nak membezakan dua versi.. tapi jangan sampai keterlaluan... Kdrama dan Jdrama mempunyai style cerita yang berbeza... kadang2 ade juge fans Kdrama yang susah nak follow dengan style Jdrama dan begitu juge sebaliknye.. ade2 juga yang layan2 kedua-dua style drama.. Jadi bagi yang memahami sahaja yang akan menilai Kdrama dan Jdrama dengan baik..
Aku paling suke komen ini..
.. this is actuaLLy an awesome drama so far :"> try to appreciate the efforts that the actors putted in to make this fiLm !!! i mean if you d0n't Like it , you don't have to watch it :P - you know ? I've read too much negative comments and it reaLLy pisses me off >.< (i'm not the onLy one who's mad , right ?) WHY DON'T YOU JUST SHUT THE FRONT DOOR AND ENJOY THE DRAMA ! ╭∩╮(︶︿︶)╭∩╮
-komen drp Natasha Rocha di mysoju.com-
yup2... sgt sokong dgn komen nih!! think positive!!
ni salah satu komen negatif pasal drama nih..
Japanese version is very strange. I don't know why, if the Korean version of the players funny and very nice views. Especially Hwang Tae Kyung that can actually be funny and transformed instant into sadistic. who can do just Jang Geun Suk, if Yuta Tamamori better drama play something else, because they can not play the role well Hwang Tae Kyung.
-komen drp Lussy drp asianmediawiki.com-
komen ni lagi cam hampeh..
japanese version is horrible compared to the original.....they tried to copy the korean version of the outfits ways too much.....i know its an remake but shouldnt it be different
-komen drp moom di asianmediawiki.com-
setiap org ade taste yg berbeza^^
Jdrama & Kdrama kedua-duanya adalah drama yang hebat!!
Konnichiwa!!.. Yui baru saje kuarkan album terbaru ~How Crazy Your
Love~ pada 2 November 2011.. Dari hari pertama jualan, album ni kekal nombor 1 dalam carta harian Oricon serta di carta jualan album Amazon Japan...
Carta Oricon setakat 4 November 2011
Carta jualan album Amazon Japan
Menurut sumber, jualan album Yui di Oricon setakat ini sebanyak 12 550 unit... Berikut adalah lagu-lagu yang terdapat dalam album ini:
1 HELLO 2 Separation 3 Get Back Home 4 Lock On 5 U-niform 6 Cooking 7 Rain 8 Good night 9 YOU 10 It's My Life 11 no Reason 12 Nobody Knows 13 Green a.live
Konnichiwa!... baru abes tgk cite Hidarime Tantei Eye... sebuah cite penyiasatan yang menarik...
Sinopsis
Ainosuke mempunyai keistimewaan pada mata sebelah kirinya selepas membuat satu pembedahan... Mata kirinya boleh melihat penjenayahan yang bakal berlaku dimana ia dilakukan oleh abangnya, Yumehito...
Pada awalnya Ainosuke menyangkakan abangnya telah mati dalam satu kes pembunuhan... Namun dengan mata kirinya, dia melihat rancangan abangnya yang seakan-akan dibunuh walhal mayat tersebut adalah mayat orang lain yang telah dibunuh dahulu..
Seterusnya Ainosuke terlibat dalam semua kes penjenayahan dimana dia selalu membantu pihak polis dengan bantuan mata kirinya.. Yumehito pula bertindak menyamar menjadi seorang polis bagi memudahkan rancangan jenayahnya namun sering kali digagalkan oleh Ainosuke... Yumehito juga bertindak membunuh orang yang mengetahui identiti dirinya apabila Ainosuke cube membongkar rahsia Yumehito..
Rancangan terakhir Yumehito adalah melumpuhkan sistem komputer di Bandar Tokyo dengan menggunakan konsep domino dimana dia memasang bom pada setiap bangunan tinggi yang berdekatan dengan bangunan yang mengawal sistem komputer di Tokyo... Walaubagaimanapun Ainosuke menggagalkan rancangan dengan mematikan bom terakhir...
Akhirnya Yumehito mati selepas ditembak selepas berlaku pertelingkahan sesama kumpulannya...
Komen:
- hmmm.. drama yang menarik, suspen...
- drama yang serius... kurang komedi... banyak bermain emosi...
- jalan cerita sangat menarik^^
- mesti ramai yg suke kat Yamada Ryosuke.. ahah
Info:
Title (romaji): Hidarime Tantei EYE Also known as: Left-Eye Detective EYE Genre: Crime Broadcast network: NTV Viewership rating: 9.1 (Kanto) Broadcast date: 2009-Oct-03
Konnichiwa^^... fuh da cuti raye haji da.. lame xupdate blog.. kali ni just nak share pasal lagu baru Shinee dalam versi Jepun ~Lucifer~.. lagu k-pop fav aku.. so bile da kuar dalam versi Jepun macam ni lah jadi nye.. ahah
Lagu ni dah release sebulan yg lalu.. huhu.. 12 Oktober 2011.. cam ne la aku boleh taw lambat nih adoi =_="... haha.. pe2 pon not bad.. nak download?
Konnichiwa.. Yui dah release single terbaru!! ~Green a.live~ pada 5 Oktober 2011(dah lame dah =.=").. single terbaru ini terus mengungguli carta oricon minggu ke-41 dengan jualan sebanyak 55,978 unit.. amazing!!... single ni juga mengungguli carta harian oricon dengan jualan 24,370 unit pada hari pertama..
Konnichiwa... ops.. sblom tu nk bgtaw posting kali ni nak promote projek bisnes group aku... ahah!.. Group aku wat bisnes Photo Studio bersempena dengan Majlis Konvokesyen UTHM ke-11.. so,, kalu de sape2 di sini yg akan bergelar graduan UTHM pada 29 Oktober 2011- 31 Oktober 2011 ni sudi2 datang ke area2 Pusat Niaga Siswa^^.. support us!.. rakam lah kenangan anda di Photo Studio kami dengan harga menarik!! yaww!!
Konnichiwa!!.. sebemarnye lame da abes tgk movie nih... baru skang ni wat review.. ahaks.. aku beli dvd bajet original... wakakaa.. offer dpt rm12.90... beli kat classic, metropoint kajang^^..
Kimi ni Todoke (From me to You) pada asalnya adalah sebuah manga romantik popular yg ditulis oleh Shiina Karuho. Diterbitkan oleh Shueisha in Bessatsu Margaret sejak dari tahun 2005 dan menjadi koleksi manga (14 volume) pada September 2011. Pada tahun 2008, manga ni memenangi anugerah Manga Shoujo Terbaik dalam Anugerah Tahunan Kodansha Manga dan tersenarai dalam Anugerah Manga Taisho Pertama. =]
Sinopsis Sawako Kuronuma, seorang gadis misteri... mmg misteri sejak dari pra-sekolah.. Dia mmg xpandai nak bergaul baik dengan kawan-kawannya.. tetapi dia seorang yang baik.. suka tolong kawan2nya yang susah.. akan tetapi disebabkan sifatnya xpandai bergaul,, dia susah nk berkawan nk2 lagi selalu kena buli sebab dia ni lurus bendul... Di beri gelaran "Sadako" sebab rambutnya yang panjang dan lurus menyerupai hantu dalam sebuah filem seram..
Skang dia dah sekolah tinggi,, secara kebetulan berkenalan pula dengan seorang pelajar lelaki yang menjadi kegilaan perempuan di sekolahnya.. Namanya Kazehaya(lakonan Miura Haruma).. Kazehaya menjadi tertarik dengan sikap Kuronuma.. Jika Kuronuma dibuli,, Kazehaya akan back-up.. (romantik seyhh!)... Disebabkan Kazehaya mula rapat ngan Kuronuma,, GF Kazehaya, Kurumizawa mula jeles... Dia mula menggunakan taktik kotor dengan memberikan masalah kepada Kuronuma...
Walaubagaimanapun,, atas bantuan dua orang rakan baik Kuronuma,, kerja2 jahat Kurumizawa terbongkar.. Selepas daripada kejadian tu,, hubungan Kazehaya dan Kuronuma semakin baik... namun,, Kuronuma rasa bersalah kerana telah mengecewakan Kurumizawa yang suka dengan Kazehaya..
Komen; - Dari segi jalan cerita mmg menarik.. kalu org xbese tgk movie jepun mungkin akan boring sbb cte ni byk ckp.. walaubagaimanapun,, kalau dihayati btol2,, cte ni mmg feel.. layan abes.. terutama bagi yang suke cte romantik^^ - Miura Haruma mmg the best!! cool.. - Movie ni santai je... xbyk sgt main emosi..
Konnichiwa!!.. Skang da bulan Oktober... aku da buat keputusan untuk menamatkan voting pol 'Best J-pop 2011' pada bulan Januari 2012.. hoyeah!! setakat kedudukan pertama sehingga ketiga masih xberubah... dasyat2!.. Berikut adalah senarai 5 'Best J-pop 2011' paling top skang ni:
1. KAT-TUN [38%~ 33 undian] J-pop band fav lect programming aku... ahah... mmg xdiduga ramai fans2 KAT-TUN di Malaysia..
2. YUI [28%~ 24 undian] Aku paling minat YUI.. not bad!.. ramai jugak fans2 YUI disini.. xlame lagi YUI nak kuarkan album terbaru...
3. ARASHI [22%~ 19 undian] J-pop band pertama aku minat.. tu pon mase tgk cite Hana Yori Dango dulu.. not bad.. skang ni ARASHI paling popular di Jepun... juge di Malaysia^^
4. Hey! Say! Jump [17% ~ 15 undian] group ni mmg fav untuk gegurlz... ye la ahli2 group ni sume hensem2.. muda lak tuh.. ahah.. bersaing hebat dgn Arashi nih..
5. Yamashita Tomohisa [14%~ 12 undian] pehhh... peningkatan undian paling mengejutkan.. berjaya memintas Akanishi Jin, AKB48, Kanjani 8 dan AAA...
So far,, 3 j-pop band tersenarai dalam top 5,, ada seorang single male dan seorang single female.. dan hanya Yui sahaja satu2nye female dalam top 5 nih... heee.. so teruskan undian anda^^
Konnichiwa!!.. gomen ne.. seyes kali ni paling lame aku tinggalkan blog.. skang aku da kembali! yeahh.. skang ni aku sedang membahagikan masa aku menonton Kamen Rider OOO.. so, far baru tengok sampai episod 5.. not bad!! interesting.. so sape2 yg xtengok ag.. tgk r weyh! seyes best^^.. nanti bile aku da abes tgk aku buat review pasal kamen rider ooo pula..