Sunday 13 March 2011

All over the world is now pray for Japan

Assalamualaikum... konnichiwa... tajuk diatas berbahasa inggeris sedap bunyi nyek.. kalau penulisan smua inggeris berterabur lak nnt.. so prefer tulis dlm b.m la ekk.. Edisi kali khas renungan atas apa yang telah berlaku pada pulau besar Jepun yang dilanda tsunami dan gempa bumi terburuk selepas 140 tahun.. Sebuah negara maju di uji dengan bencana yang begitu dasyat.. Walaupun teknologi paling maju di asia masih xboleh lawan kuasa Allah s.wt... Subhanallah... bersyukur Malaysia jauh dari bencana sebesar ini...

Menurut maklumat media seluruh dunia.. gempa berlaku di timur pulau besar Jepun.. Bandar yang teruk di landa tsunami adalah Sendai, Miyagi, Aumori, Fukushima, Iwate dan Kensensuma.. Setakat hari ni menurut laporan buletin utama seramai 300 mayat telah ditemui dan beribu-ribu penduduk di tempat di pusat penempatan sementara... Kesan daripada gegaran tersebut turut dirasai di Bandar raya Tokyo yang terletak kira-kira 300km dari pusat gegaran... Impak daripada gegaran ini juga menyebabkan beberapa buah tempat luar Jepun turut menerima tempias tsunami seperti di Filipina, Indonesia dan Hawaii.. ada khabar berita menyatakn persisiran pantai Malaysia juga turut mendapat tempiasnya...

Seluruh dunia kini tertumpu kepada Jepun.. Kemusnahan paling teruk dalam sejarah Jepun yang menyebabkan beberapa pelabuhan ditutup serta lapangan terbang Sendai mengalami kerosakan yang teruk dan terpaksa ditutup... Lapangan Narita juga ditutup buat sementara waktu.. Beberapa penerbangan terpaksa dilencongkan ke tempat lain seperti penerbangan MAS yang terpaksa mendarat di Taiwan... Ekonomi seluruh asia juga turut terjejas... Dunia bakal berdepan masalah apabila kawasan pertanian utama Jepun musnah beberapa kilang termasuk pusat penyimpanan minyak ditutup kerana mengalami kerosakan... Ternyata bencana kali ini menyebabkan Jepun hampir lumpuh...

berikut adalah gambar-gambar kemusnahan yang berlaku semasa bencana jumaat lalu;
Ombak tsunami setinggi 10 meter yang membaham Natori, Miyagi (Timur Jepun)

Ombak tsunami memusnahkan kawasan pertanian utama di Jepun
Beberapa buah bangunan terbakar akibat litar pintas
Kawsan penempatan penduduk yang terjejas teruk dalam tsunami
Pelabuhan terpaksa ditutup... kapal-kapal dihanyut ombak..

Bandar Sendai ditenggelami air selepas tsunami
Lapangan Terbang Sendai yang teruk terjejas


Kemusnahan berlaku dalam sekelip mata..
Kejadian air pusar yang membawa ombak tsunami..
Umpama tempat pembakaran sampah...
Gambar selepas kejadian.. pasukan keselamatan melihat kemusnahan yang berlaku

Seluruh Jepun berada dalam keadaan huru hara tatkala pengangkutan kereta api lumpuh serta talian telefon sesak... Berjuta-juta penduduk terpaksa menggunakan perkhidmatan bas untuk bergerak.. Talian telefon awam yang sebelom ini lengang menjadi sesak...Seluruh dunia anda dijemput menyertai facebook Pray For Japan.. ..

Japan u r not alone.. All over the world are now with u

1 comment:

  1. em tulah... terpaksa call ramai orang hujung minggu ni just to make sure

    ReplyDelete