Friday, 27 July 2012

J-style ~ Miura Haruma in different Hairstyle

Konnichiwa!!.. whoaa!! miura haruma-kun is now lead the "Aktor Jepun Paling Best 2011" voting poll.. Miura Haruma antara aktor jepun paling popular ketika ini.. bermula dari umur 7 tahun dengan muncul dalam drama 'Agri', Miura Haruma tampil dalam pelbagai jenis 'hairstyle'..

'Hairstyle' bagi aktor2 Jepun agak berbeza mengikut watak.. so,, kdg2 nmpak smart!

Jom tengok best 5 of Miura Haruma Hairstyle.. pilihan secara random daripada drama2 dan filem2 yang dibintangi Miura Haruma


sbg Ren Kazama dalam drama Gokusen 3

sbg Miyata Eiji dalam drama Hi wa Mata Noboru

sbg Shuji Kashiwagi dalam drama Taisetsuna koto wa subete kimi ga oshiete ni kureta

sbg Takagi Fujimaru dalam drama Bloody Monday 1 & 2

sbg Koji dalam movie Tokyo Kouen

style Takagi Fujimaru rasenye lagi smart..ngahaha.. just fun!..

Thursday, 26 July 2012

J-Drama 2011 Review ~Hi Wa Mata Noboru~



 Konnichiwa!!.. kali update pasal j-drama 2011.. Drama 'Hi wa Mata Noboru'.. aku tgk drama ni pon pasal hero cte ni Miura Haruma.. ahaks.. kali ni Haruma-kun sbg seoang anggota polis..

SINOPSIS

Cerita banyak mengisahkan tentang aktiviti dalam Akademi Polis.. Jadi dalam 9 episod sume berkisarkan tentang 30 orang budak lelaki yang sedang menjalani latihan untuk menjadi seorang polis selama 6 bulan.. Jurulatih diorang ni pulak baru je dipindahkan dari unit siasatan polis.. jadi jurulatih baru yg diorang panggil Tono Kyoukan ni agak tensen dengan arahan pertukaran menjadi pengajar di Akademi Polis..

Tono Kyoukan mempunyai masalah keluarga dimana isterinya lari bersama dengan lelaki yang sedang diburu pihak polis.. oleh sebab itu Tono Kyoukan kurang mesra dengan pelatihnya sendiri.. Latihan yang diberikan selalunya xberpandukan buku tetapi berdasarkan pengalaman dia sendiri.. 30 orang pelatih ni jadi tertekan dengan arahan yang diberikan oleh Tono Kyoukan kerana caranya umpama pemimpin diktaktor.. dia xakan mendengar sebarang rayuan.. yang penting pelatih dibawahnya memhami tugas sebenar sebagai seorang polis...
Kemuncak episod ni bermula pada episod bila Tono pergi berjumpa dengan Anzai (suspek buruan polis yg lari bersama isterinya) untuk memujuknya menyrah diri kpd polis.. Keadaan menjadi tegang apabila isteri Tono yang lari bersama Anzai tu di tembak oleh polis yg sedang buat rondaan.. Akibat berang dengan tindakan polis tu,, Anzai menjadikan 30 orang pelatih Tono sebagai tebusan.. tujuannya untuk memberikan tekanan kepada Tono.. Setelah tipu helah Tono dan serbuan polis,, Anzai berjaya diberkas..

Walaubagaimanapun,, Tono diarahkan untuk meletakkan jawatan sebagai tanggungjawab daripada kejadian dalam Akademi Polis..

KARAKTER UTAMA

Tono Kazuyuki (Sato Koichi)
Jurulatih baru di Akademi Polis.. perangai suka buat hal sendiri.. kurang mesra dengan orang.. fikiran terganggu dengan masalah peribadi.. walaupun tindakannya dengan pelatihnya agak kejam,, di akhir cerita,, pelatih2nya respek dan hormat kepadanya

Miyata Eiji (Miura Haruma)
Miyata agak agressif.. kira wanted jugak dekat akademi sebab sering kali buat masalah seperti fly pegi makan ramen, fly g jumpe awek kt luar akademi dan macam2 lagi.. Miyata sering kali bawak masalah kepada Tono pada awal2 episod tetapi di akhir2 episod Miyata semakin matang dan faham dengan tugas polis..

Yuhara Shuta (Ikematsu Sosuke)
Yuhara memang perfom kat kelas.. tapi dia ni serius sngt.. awal2 episod dia mmg selalu gaduh ngan Miyata.. tapi lama-kelamaan hubungannya dengan Miyata menjadi kawan baik..

KOMEN

- Keseluruhan jalan cerita drama ni boleh dikatakan baik.. feeling gak layan cerita nih..
- Cerita ni memang banyak sangat dialog.. mungkin kdg2 bosan sikit..
- Cara kamera fokus macam drama2 lama.. xgempak sgt..
- Miura Haruma memang terbaek.. watak Haruma-kun memang menghidupkan jalan cerita..
- kurang aksi yang mendebarkan.. xsuspen sgt.. macam biase je..

INFO


Tajuk: Hi Wa Mata Noboru (The Sun Also Rises)
Genre: Drama Polis
Episod: 9
Rating penonton: 11.3%
Tv Siaran: Tv Asahi
Tahun Siaran: 2011

TRAILER

so,, agak puas hati la menonton drama nih.. korang leh tgk online kat sini-----> dramacarzy.net

Lepas abes menonton,, hmmm.. bagi aku drama ni BEST^^


Tuesday, 24 July 2012

Edisi Khas Ramadhan 1433 ~Mengenali masjid kedua tertua di Jepun~


Masjid Camii - Tokyo

Konnichiwa!!.. Salam Ramadhan al-Mubarak 1433 hijrah.. edisi khas ramadhan kali ni mengenai Masjid Kedua Tertua di Jepun yang dikenali sebagai Masjid Camii yang terletak di Yoyogi Uehara, Tokyo..

Menurut sejarah,, Masjid Camii ini dibina pada tahun 1938 selepas penghijrahan sebahagian etnik turki ke Jepun.. Mereka membina komuniti sendiri yang dipanggil "Mahalle-i Islamiye" (Daerah Islam).. Komuniti ini diketuai oleh Abdulhay Kurban Ali dan Abdurresid Ibrahim.. Masyarakat Jepun pada ketika itu memberi sokongan besar atas pembinaan masjid ini dari segi ekonomi dan sosial.. Masjid Camii ini musnah dimakan usia pada tahun 1986 dan pembinaan baru Masjid Camii ini dilakukan semula pada tahun 1998 dan siap sepenuhnya pada tahun 2000.. Senibina Masjid Camii ini hasil lakaran akrkitek dari Turki, Muharrem Hilmi Senalp yang bercirikan senibina Turki.. Manakala urus tadbir pembinaan masjid ini dilakukan oleh warga Jepun dan Turki iaitu Sumio Ito dan Akira Wakabayasi (Jepun) dengan Sami Goren (Turki).

Kini masjid ini menjadi pusat ibadah umat islam yang berada di sekitar Tokyo.. Masjid ini juga sering menjadi tumpuan orang2 Islam dari Malaysia, Indonesia, Pakistan serta Turki.. Masjid ini di uruskan sendiri oleh organisasi Muslim Turki..

Wajah Masjid Camii yang lama
Wajah Masjid Camii sekarang
Ruang solat dalam Masjid Camii
Aktiviti yang dilakukan dalam Masjid Camii... Masjid ini juga dibuka untuk lawatan para pelancong.. Gambar di atas menunjukkan penerangan mengenai islam dan Masjid Camii kepada sekumpulan pelajar antarabangsa.
Selain solat berjemaah,, solat jumaat juga dilakukan di masjid ini.

MAKLUMAT RINGKAS MENGENAI MASJID CAMII


Place:  Yoyogi Uehara-St
  Transportation: Odakyu-Line YoyogiUehara-St or Subway Chiyoda-Line
Organizer :  Muslim Turkey
Address : Tokyo 151-0065 Shibuya-ku Ooyamamachi 1-16
〒151-0065 渋谷区大山町1-16
Telephone/Fax : 03-5790-0760
Activity : Jum’ah Prayer, Daily Prayer

SUASANA DALAM MASJID CAMII

AZAN DI MASJID CAMII

sumber: www.tokyocamii.org, zamani84.blogspot.com

J-Drama 2011 Review ~SCHOOL!!~

Konnichiwa.. nk update pasal drama jepun pulak.. hihi..  drama ni bertemakan suasana sekolah rendah.. menarik jugak..

SINOPSIS

Disebuah sekolah rendah lama yang terletak ditengah-tengah kawasan pembangunan, ade seorang pengetua sekolah baru di lantik.. namanye Seichiiro Naruse.. dia xmempunyai latar belakang seorang pendidik.. malah dia sblom ni bekerja di syarikat menggali terowong..

Naruse cuba nak bawa perubahan pada sekolah tersebut.. namun pelbagai bantahan daripada cikgu2 serta ibubapa pelajar.. tapi Naruse x pedulikan bantahan2 tersebut kerana pada pendapatnya sekolah rendah perlu lebih seronok untuk murid2 dan ibubapa perlu sentiasa ambil tahu perihal anak2 mereka disekolah..

Sebuah kelas di darjah 5 sering kali menimbulkan masalah menyebabkan cikgu yang menggendali kelas tersebut mengalami tekanan dan hampir2 nak berhenti drp mengajar.. namun atas semangat yg diberikan oleh Naruse,, cikgu tersebut kembali bersemangat.. Naruse juga berusaha membantu murid2 sekolahnya yang mengalami masalah..

Akibat daripada pelbagai masalah,, akhirnya Naruse diarah untuk meletakkan jawatannya..

KOMEN

- drama lebih banyak adengan yang serius kerana banyak mesej yg dismpaikan melalui drama ni..
- tengah2 drama ni banyak dialog.. mungkin membosankan..
- jalan cerita menarik.. bdk2 dalam cte ni pon pandai berlakon.. kdg2 leh nangis tgk watak bdk2 nih..

INFO

Tajuk: SCHOOL!!
Genre: Human Drama
Episod: 10
Rating Penonton (Jepun): 9.2%
Tv Siaran: Fuji Tv
Tahun Siaran: 2011

Hmmm.. setelah menontonnya.. bagi aku drama SCHOOL!! BEST^^..

Link menonton drama SCHOOL!! online ---->http://www.dramacrazy.net/japanese-drama/school/

Monday, 23 July 2012

currently watching ~Rich Man Poor Woman~

Konnichiwa!!.. secara xsengaja aku leh layan drama baru ni pulak ~Rich Man Poor Woman~.. tajuk macam xmenarik tapi bile tgk, jalan cerita yang mantap!.. nak2 lagi hero drama ni Oguri Shun bergandingn dengan aktress cute, Ishihara Satomi...

Drama ni pasal Toru Hyuga (Oguri Shun), seorang pemuda yang kaya raya mempunyai syarikat sendiri.. tetapi kelemahan Hyuga ialah dia xakan ingat nama dan org yang penah dia jumpa... mmg penyakit dye ni pelik sikit.. Dalam sesi interview pekerja baru syarikatnya,,, Hyuga tertarik dengan gadis Unversiti Tokyo yang menggunakan nama ibunya,, Sawaki Chihiro.. walaubagaimanapun,, Hyuga xgemar penampilan Chihiro yang ala-ala gadis kampung.. jadi dia cuba tukar imej Chihiro dan mengambilnya bekerja di syarikat... namun masalah timbul antara Hyuga dengan Chihiro...

Aku baru tgk smpai episod 2 coz drama ni currently airing kat jepun.. huhu.. xsabar nk tgk sampai habes.. drama ni best.. aku tgk drama ni kat http://www.dramacrazy.net^^

Sunday, 22 July 2012

Salam Ramadhan.. Danjiki Omedetou Gozaimasu

Konnichiwa... sudah masuk bulan Ramadhan al-Mubarak.. maka semua umat islam di seluruh dunia akan berpuasa selama sebulan,, menahan lapar dahaga serta nafsu daripada melakukan perkara2 yang boleh membatalkan puase =)..

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada pembaca-pembaca blog 'Konnichiwa!!'...
DANJIKI OMEDETOU GOZAIMASU

nak promote page fb member^^.. sila2 lah lawat page nih.. page ni menjual produk2 perfume serta pakaian fesyen terkini & berjenama secara online dengan harga yg berpatutan..
lawat dan like page ni ^^ ------->ARYANA FASHION COLLECTIONS

Tuesday, 17 July 2012

Senarai Pilihan 'Best J-Pop 2012'

Konnichiwa!!..minasan, berikut adalah senarai calon 'Best J-Pop 2012'... Undian akan berakhir pada 28 Disember 2012... ayuh fans2 J-pop di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei,, pilih la artis2 J-pop kegemaran anda.. the highest votes will be the 'Best J-pop' for this year (2012).. votes n hav fun ^^

SENARAI PILIHAN BEST J-POP 2012


1. Arashi

2. KAT-TUN

3. Yamashita Tomohisa

4. AKB48

5. Yui

6. Hey! Say! Jump

7. Kanjani 8

8. Kis-My-Ft2

9. Akanishi Jin

10. Perfume

11. Tohoshinki

12. Morning Musume

13. SKE48

14. NMB48

15. Ikimonogakari

16. Nana Mizuki

17. D Date

18. Kana Nishino

19. ViVid

20. Scandal

21. Aqua Timez

22. B'z

23. Greeeen

24. Exile

25. NYC

26. SID

27. AAA

28. Mr. Children

29. Kinki Kids

30. Lead

31. C-ute

32. Berryz Koubou

33. S/mileage

34. Gact

35. JUJU

36. BUMP OF CHICKEN

37. Tokyo Girl's Style

38. Stylips

39. Sexyzone

40. Koda Kumi

41. Flumpool

42. SMAP

43. Passpo

44. Radwimps

45. L' Arc-En-Ciel

46. Tomomi Itano

 47. Kana Uemura

48. uverworld

49. Egoist

50. diva

51. miwa

52. Sadaime J Soul Brothers

53. Acid Black Cherry

54. not yet

55. ASIAN KUNG-FU GENERATION

         undi 'Best J-Pop 2012' kat sebelah kanan ------------------------------------------->

 BEST J-POP 2011


KAT-TUN [33% votes]

Monday, 16 July 2012

Drama "Kaseifu no Mita" ~ rating penonton paling tinggi tahun 2011

Konnichiwa!!.. korang pernah tgk drama 'Kaseifu no Mita'.. dikhabarkan drama ni mendapat sambutan yang paling hangat daripada penonton2 di Jepun.. Berdasarkan carta oricon untuk drama jepun,, drama 'Kaseifu no Mita' berada di ranking no. 1 dengan purata rating penonton sebanyak 28.4%.. drama ni mengatasi drama 'Jin 2' dengan purata penonton sebanyak 26.1% di ranking no. 2 dan 'Marumo no Okite' sebanyak 23.9% di ranking no.3..

Dalam episod terakhir drama ni,, rating penonton mencecah 40%... ini jarang2 sekali berlaku dalam drama jepun.. banyak jugak komen2 positif pasal drama nih.. kebanyakan nye menyatakan drama ni mempunyai jalan cerita yang sangat menarik daripada mula episod sampai penamat...

Secara ringkasnya,, drama ni mengisahkan pasal seorang pembantu rumah untuk sebuah keluarga.. Keluarga tersebut mempunyai 4 orang anak yang kehilangan ibunya dalam kemalangan.. so,, Mita ni banyak membantu menyelesaikan masalah keluarga ni..

Single baru Yui ~'fight'~release September 2012


Konnichiwa!!.. Yui bakal release single ke-21 yang bertajuk 'fight'... Single terbaru ini secara rasmi release pada 12 September 2012 nanti.. tarikh telah disahkan.. ahah.. ini adalah single pertama Yui untuk tahun 2012.. satu penantian yang cukup lame bagi peminat tegar Yui termasuklah aku.. =P

pehh.. xsabar nk dengar lagu baru Yui ^^

Sunday, 15 July 2012

Bahasa Jepun~ Tatabahasa (partikel 'mo/ga' dan 'no' )

Konnichiwa.. da ber bulan lamenyer xshare pasal bahasa jepun.. cuti 2 bulan nih mmg masa untuk aku refresh semula bahasa jepun aku.. ade sikit lupa.. hihi.. aku spatutnye menghabeskan bahasa jepun level 2 sem ni tapi atas kekangan masa,, aku xdpt abeskan,, hanya sempat amek test 1 tu pon xtaw dpt bape.. agak susah sikit sebab pengajarnya memang org jepun.. Hiyama Junko-sensei namanye.. seorang pensyarah bahasa jepun yg memang asal dari jepun kini menetap di batu pahat, johor.. dan alhamdulillah beliau telah memeluk islam.. namenye islamnye Siti Nur Hiyama Junko ^^.. manis je org nye sentiasa berbaju kurung...

okeh.. kali ni nak share pasal tatabahasa 'ga/mo' dan 'no'...

Secara ringkas nya.. 'ga' bermaksud 'yang' manakala 'mo' bermaksud 'juga/pun'...

Kalau dalam ayat atau perbualan partikel 'ga/mo' biasenye akan diletakkan selepas subjek..

Topik + 'ga/mo' + Butiran topik + desu/dewa arimasen

Contoh ayat:

1. Watashi mo isha dewa arimasen
     (Saya 'juga' bukan doktor)

2. Ano hito ga Sato-san desu
     ( Dia yang Encik Sato)

3. Maria-san mo sensei desu.
    (Puan Maria juga cikgu)

4. Watashi no Tomodachi mo kutsu wo sagashi desu.
    (Kawan saya juga mencari kasut)

5. Hai, Ima-san ga sushi wo tabemasu.
    (Ya, Ima yang makan sushi)

Parkitel 'no' pula bermaskud 'punya/milik'... biasenye partikel ini diletakkan di tengah-tengah antara kata nama..

Kata Nama + 'no' + Kata Nama

Contoh;

1. Tomodachi no enpitsu
    (Kawan punya pensil)   ------> Pensil Kawan

2. Yamada-san no neko
    (En. Yamada punya kucing) ------> Kucing En. Yamada

3. Gakusei no jisho
    (Pelajar punya kamus) ------> Kamus pelajar


ni yang simple je... ade jugak ayat yang agak complicated sikit.. tapi jangan risau sebab 'no' maksudnye punye atau kepunyaan seseorang.. jadi ia biasa diletakkan selepas nama orang/ seseorang..

cube faham untuk contoh yang berikut;

1. Sore wa Tomodaci no epitsu desu.
    (Itu Pensil kawan saya)

2. Kore wa Yamada-san no neko desu.
    (Ini adalah kucing Encik Yamada)

3. Sensei wa Gakusei no jisho wo kariru desu.
    (Cikgu pinjam kamus pelajar)

INGAT! partikel 'no' mesti letak selepas nama orang/ seseorang.. kalau tak akan jadi macam ni;

- Asoko wa ie no Mari-san desu
  (Itu rumah punya Puan Mari)    [X - SALAH]

- Asoko wa Mari-san no ie desu
  (Itu Puan Mari punya rumah)   <----- ini yang BETUL =)

okeh.. hope korang faham.. insyaallah kalu ade masa aku cube kongsi beberapa contoh ayat dalam Bahasa Jepun...