Showing posts with label Ouran High School Host Club. Show all posts
Showing posts with label Ouran High School Host Club. Show all posts

Friday, 17 February 2012

Ouran High School Host Club

Konnichiwa.. lepas tgk voting poll,, ramai yg vote kat drama Ouran High School.. membuatkan aku rase nk menontonnye.. hanya 2 hari masa utk menghabiskannya! ternyata sebuah drama yg sangat best!.. drama nih adaptasi daripada anime popular,, ~Ouran High School Host Club~

Sinopsis
Cerita nih pasal Haruhi,, satu-satunya pelajar golongan biasa yang bersekolah di sebuah sekolah tinggi elit,, Ouran High School... Pelajar-pelajar di sekolah ni semuanya anak2 orang kaya.. disebabkan Haruhi seorang pelajar pintar dan cemerlang,, Haruhi mendapat tajaan biasiswa daripada pihak sekolah.. Satu hari,, Haruhi termasuk ke bilik host club.. disebabkan xtahan dengan layanan pelik ahli2 kelab tersebut,, dia cuba melarikan diri.. malangnya dia secara xsengaja telah memecah sebuah pasu berharga 8juta yen.. sebagai ganti rugi utk bayar hutang pasu tu,, Haruhi terpaksa menyamar jadi lelaki dan join kelab tersebut..

ahli kelab ni ada 6 orang yang sume nye berperangai pelik..
Tamaki Sou(Yamamoto Yusuke).. dia ni ketua kelab.. sifatnya sentiasa ceria dan suke menceriakan orang lain.. pandai menawan hati perempuan.. sebab itu dia digelar putera.. kadang2 agak kalut nak2 lagi kalau pasal Haruhi.. latarbelakang kehidupannya yang sunyi tanpa keluarga menyebabkan dia menganggap ahli host club sebagai keluarganya sendiri..

Kyouya Otori(Shunsuke Daito).. yang ni agak cool.. pandai merencana seseuatu keadaan.. pandai merancang bende2 yang menarik untuk kelab..

Hikaru(Takagi Shinpei) dan Kaouru(Takagi Manpei).. pasangan kembar yang unik .. sume org xdpt cam mane satu Kaoru dan Hikaru.. sebab muka diorang lebih kuran same je.. cume beza gaya rambut je.. hanya Haruhi yang dapat cam muka ngan perangai kembar nih.. diorang nih suke buat kecoh.. kelakar!

Hani(Chiba Yudai) ngan Mori(Nakamura Masaya).. diorang macam pasangan gay lah pulak.. cara diorang seolah-olah macam bercinta.. rupenye diorang nih sepupu.. Keluarga Mori dari dulu menjaga keluarga Hani.. sbb tu diorang rapat.. Hani suke buat perangai manja budak2.. Mori lak serius je.. ahah

Nekozawa(Ryosei Ryo).. yang ni lagi pelik.. tapi ini bukan ahli kelab nih.. dia ahli kelab ilmu sihir.. setiap episod mesti ade dia ni yang menyebabkan keadaan huru hara..

diorang nih suke Haruhi.. siap bergaduh lagi.. siot!

Komen:
-perghhh.. drama yang mantap!!
- kali pertama tgk yamamoto yusuke sebagai seorang yang gile2!!
- Haruhi(Kawaguchi Haruna) kawaiii nee!
- mula2 macam xyakin drama nih best.. dah abes tengok satu episod,, pehhh best giler..
- hanya 30min setiap episod.. xpuas! haha
- lawak giler..
- Skala drama nih; SANGAT BEST^^
- mesti tengok drama nih..

Info
Tajuk: Ouran High School Host Club
Genre: School, Comedy
Episod: 11
Rating penonton: 2.8%
Tv siaran: TBS
Tahun: 2011
Karakter utama: Tamaki(Yamamoto Yusuke), Haruhi(Kawaguchi Haruna), Kyouya(Daito Shunsuke), Hikaru(Takagi Shinpei), Kaoru(Takagi Manpei), Hani(Chiba Yudai), Mori(Nakamura Masaya), Nekozawa(Ryosei Ryo)
Lagu Tema: Friday ma magic- miwa

salah satu babak yang best.. ahah


opss... yang ni xde dalam drama.. coz.. yang ni movie ouran high school host club!!



Ouran High School Host Club Live Acton The Movie bulan Mac 2012!!... xsabar nak tengok

Friday, 15 July 2011

Ouran High School Host Club (Versi Drama)


Konnichiwa... drama jepun terbaru ni berdasarkan manga dan anime popular... dalam sebutan bahasa jepun disebut---> Ouran Koukou Hosuto Kurabu... Idea asal daripada Bisco Hatori yang diterbitkan secara bersiri dalam majalah Lala Hakusensha sejak Ogos 2003...Daripada sebuah manga diterbitkan menjadi animasi arahan Takuya Igarashi...Selepas itu diadaptasi menjadi novel visual hasil idea Idea Factory.. Seterusnya diterbitkan pula dalam versi drama, skripnya ditulis oleh Ikeda Natsuko... jalan cerita yang tak banyak berbeza cuma disesuaikan mengikut adaptasi...

Cerita mengisahkan tentang Fujioka Haruhi yang belajar disebuah sekolah berprestij, Ouran Academy... Dia memasuki sebuah kelab lelaki yang dipanggil Host Club... Dalam satu kejadian Fujioka telah memecahkan sebuah pasu antik yang mahal... Oleh yang demikian dia berhutang dengan kelab tersebut,, dan untuk membayar hutangnya dia telah menyamar menjadi lelaki dan menyertai kelab tersebut..

Drama ini akan mula di siarkan menerusi saluran TBS bermula 22 Julai 2011... setakat ni masih belum diketahui jumlah sebenar episod drama nih... kemunculan drama ni menghangatkan drama musim panas di Jepun selepas drama Hanazakari no kimitachi e 2011 yang baru sahaja ditayangkan minggu lepas... Drama ni dibintangi Yamoto Yusuke sbg Suou Tamaki dan Kawaguchi Haruna sbg Fujioka Haruhi...

OURAN HIGH SCHOOL DRAMA TRAILER

CAST INTERVIEW (ENG SUB)

** watak kembar dalam drama ni pelakonnya mmg btol2 kembar^^.. mcm penah nampak je.. kalu sape layan cite mei-chan no shitsuji mesti prasan watak kembar nih...
Ouran High School versi anime...