Showing posts with label Hanazakari No Kimitachi E 2011. Show all posts
Showing posts with label Hanazakari No Kimitachi E 2011. Show all posts

Thursday, 2 February 2012

Hanazakari no Kimitachi e 2011

Konnichiwa... selepas mendapat sambutan paling gempak drp penonton.. hana kimi kembali dalam versi remake ~Hana Kimi 2011~... walaubagaimanapun,, versi remake agak mengecewakan^^

Sinopsis

Karakter dalam versi remake masih sama cume pelakonnya je lain.. Tapi ade beza dari segi latar belakang dan jalan cerita (sikit la..).. Kalau sebelum ni sekolah nye cantik dan besar.. kali ni sekolahnye buruk, lapuk dan banyak masalah... yang peliknye pejabat pengetua punya lah mewah.. ahah.. pengetua nye lak berfesyen pelik ala2 tuan puteri,, perangai lak sgt mengada-ngada.. haih...
Ashiya Mizuki pula matlamatnya datang ke Osaka Gakuen sebab nak balas jasa Izumi yang telah menyelamatkan dirinya daripada masalah... dia cuba untuk kembali kan semangat Izumi... seperti versi lama,, ketua2 dorm sumenye huru hara...

Hibari pula dalam versi nih belajar di Paris,, tapi bile Osaka Gakuen ade masalah,, dia akan pulang ke Jepun untuk menyelesaikan masalah yg timbul... Masalah paling besar ialah sekolah terpaksa ditutup sebab pengurusan sekolah dah xmampu nak menguruskannya lagi... so,, macam2 lah diorang buat supaya sekolah xditutup... tapi usaha mereka gagal walaupun ketiga-tiga ketua dorm sudah buat perbincangan dengan pengetua... akhirnya,, sekolah dapat diselamatkan dengan kejayaan Izumi dalam lompat tinggi mengatasi Kagurazaka... Mizuki pula akhirnya kantoi jantina perempuan nya... selepas Izumi berjaya lompat semula,, dia buat keputusan untuk balik ke Amerika...
Hibari 4 versi 2011.. comel.. tp.. xbest sgt

Komen;
- hmm3... keseluruhan mmg Hana Kimi 2007 lagi Best!
- jalan citer ok tapi mungkin pelakon2 Hana Kimi 2007 lagi cool!
- Ashiya Mizuki lakonan Horikita Maki tetap paling best...
- paling ok dalam versi nih,, karakter Nanba Minami(Kiriyama Ren)...
- Skala Drama nih: OK la.. ^^

Info:
Tajuk: Hanazakari no Kimitachi e 2011
Pengarah: Matsuda Hidotome, Tsuzuki Junichi
Penulis: Nakajo Hisaya(manga), Hanzawa Ritsuko, Yakagami Chiharu
Produser: Goto Hiroyuki
Tv siaran: Fuji Tv
Tempoh siaran: Julai hingga September 2011
Tv rating: 6.99%
Karakter utama: Ashiya Mizuki(Atsuko Maeda), Nakatsu Suichi(Shohei Miura), Sano Izumi(Aoi Nakamura)

Thursday, 5 January 2012

Ashiya Mizuki 2007 vs Ashiya Mizuki 2011

Konnichiwa... skang ni aku ngah melayan 'hana kimi 2011'... memang xsame cam yang dulu... rasenyer mcam yg sblom ni lebih menarik + lawak... ahah.. first episod je da wat aku rase kecewa ngan jalan cerita nye.. tapi bile start episod kedua,, not bad!!.. still boleh layan...

Heroin baru yg memegang watak Ashiya Mizuki ialah Atsuko Maeda.. hurmmm sume mesti kenal an,, ahli grup AKB48... nampak muka macam lebih kurang ngan Horikita Maki (Ashiya Mizuki 2007)... kalu dalam citer ni lah.. tapi aku rasa Maki-chan the best sbg Ashiya Mizuki!!... haha.. sebabnya Atsuko Maeda nampak macam.. macam.. macam ape ekk.. haha.. macam xsesuai sgt ngan watak nih... nampak pelik sikit.. xbrutal sgt macam Maki-chan... ngeh3x~~..

Ashiya Mizuki 2011... Atsuko Maeda

Ashiya Mizuki 2007... Horikita Maki

Friday, 8 July 2011

Hanazakari no Kimitachi e 2011

Konnichiwa... OMG.. tatkala drama bersiri popular Hana Kimi akan dikuarkan dalam versi Korea,, tup2... Jepun dah kuarkan Hana Kimi versi Jepun 2011... hmmm.. aku pon xtaw ape motifnyer nak kuarkan kembali drama bersiri ini dalam versi yang baru... yang pasti pelakon sume xsame... tapi watak seperti Ashiya Mizuki, Nanba Minami, Nakatsu Suichi masih dikekalkan tapi ditukar dengan pelakon lain... Lagu tema untuk drama ni diambil drp lagu group j-pop popular skang ni AKB48.. tapi masih belum dapat dipastikan tajuk lagu sebenar...

Tagline yang same,,, Ikemen Paradise~ 2011... akan mula disiarkan di tv yang sama,, Fuji Tv pada 10 Julai 2011... setiap hari ahad jam 9.00 malam waktu Jepun... masih mengekalkan genre yang same- Romantic school comedy...

Hanazakari no kimitachi e bukan sahaja popular di korea, china, taiwan, malaysia, indonesia, singapura, thailand dan juga hong kong malah telah pon popular di Russia, Jerman, Sepanyol, USA dan beberapa negara di Amerika Latin... ini menjadikan drama jepun fav seantero dunia selain drama Hana Yori Dango, GTO dan Gokusen...

Untuk mengetahui info lanjut dan trailer hana kimi versi 2011 klik SINI

**watak nanba minami dipegang oleh Kiriyama Renn (Hidari Shoutaro dalam Kamen Rider W)... perghh mmg sesuai ngan watak tuh...