Showing posts with label Ikemen Desu ne. Show all posts
Showing posts with label Ikemen Desu ne. Show all posts

Saturday, 12 November 2011

Ikemen Desu ne [Full Review]



Konnichiwa... pehh.. selesai tgk drama~Ikemen Desu ne~... mmg terbaek lah drama nih... best jdrama 2011...

SinopsisCite nih totally pasal band pop terkenal A.N JELL yang terdiri drp 3 org jejaka kacak pujaan gurlz2 (Ren, Shu & Yuki)... Group ni akan menerima seorang ahli baru, Sakuraba Mio,, malangnya dia terlibat dalam satu insiden dan terpaksa dirawat di Amerika selama 3 bulan... Mabuchi yang handle kemasukan Mio bertindak mencari adk kembar perempuannya, Miko... Dia pujuk Miko supaya menyamar menjadi Mio dan menyertai group A.N JELL... walaubagaimanapun,, Miko berbelah bahagi kerana dia pula akan pergi melanjutkan pelajarannya ke Rome... Disebabkan impian abg kembarnya yg ingin menjadi penyanyi untuk bertemu semula dengan ibu mereka,, dia menerima tawaran tersebut dan menyamar menjadi Mio...

So skang Miko dah jadi Mio... tapi dia bermasalah utk berkomunikasi dengan Katsuragi Ren (Ren) kerana sikapnya yang dingin dan sombong... Ren selalu menganggap Mio sbg pembawa masalah padanya dan xmengiktiraf Mio sbg ahli baru A.N JELL sehingga Mio berjaya mengadakan konsert amal A.N JELL di rumah kebajikan kanak2... Walaubagaimanapun,, identiti sebenar Mio telah diketahui Ren... Disebabkan semangat dan impian Mio utk bertemu dengan ibunya,, Ren bersetuju merahsiakan identitinya...

Disebabkan 3 org reporter yang selalu menyibuk,, identiti Mio diketahui oleh penyanyi pompuan yg comel tp jahat iaitu Nana... utk menyembunyikan identiti tersebut Nana mengugut Ren supaya menjadi teman lelakinya.. dari sini bermula ancaman Nana...

Nana mula cemburu sebab Ren asyik back-up Mio... Dia mula menggunakan taktik kotor utk mendedahkan identiti Mio namun sering kali gagal sebab bukan Ren je yg back-up,, Yuki dan Shu back-up skali... lame kelamaan Ren makin suka pada Mio... pada satu majlis tayangan PV lagu Mio ~Alone~,, Nana paksa Mio dedahkan identinya dengan pakai baju wanita.. Namun pendedahan tersebut digagalkan oleh Ren... terkejut melihat Mio pakai baju pompuan,, Ren mendedahkan identiti Mio yg sebenar kpd Yuki dan Shu... Masalah menjadi semakin besar bile Shu dan Yuki suka pada Mio secara diam2... tapi kenyataannya Mio memang suka pada Ren.. ini yang membuat Nana makin marah...

Hubungan Mio dengan Ren semakin baik,, tetapi bermasalah pula setelah berjumpa dengan mak Ren yg seorang penyanyi terkenal Misuzawa Reiko yang mengeruhkan lagi keadaan... Disebabkan kisah silam Misuzawa dengan bapa Mio yang menyebabkan kematian ibu Mio...

Setelah 3 bulan,, Mio yang asal pulang dan menyertai A.N JELL.. Oleh sebab itu,, Miko berundur dari group A.N JELL secara senyap2 tanpa pengetahuan Ren, Shu dan Yuki......

Komen
- sebuah drama yang hebat,,, sehebat cite2 yg penah aku tgk mcm Hana Yori Dango, Hana Kimi, One liter of tears, Rookies & Yamato Nadeishiko... yg laen2 pon^^ ape ntah lagi.. hehe
- Jalan cerita sgt menarik,, happening..
- mempunyai konflik menguatkan jalan cerita...
- ade bhgian2 yang lawak mcm watak Yuki, Mabuchi yg slalu happening... kdg2 leh touching,, silap2 ade yg leh nanges^^...
- Ending yang lemah.. lepas Mio balik daripada Afrika jumpe ngan Ren pastu terus habes.. aku jadi pending disitu,, adakah masalah pada dvd yang aku beli... huhu...

sedutan daripada episod 1~


Info:
-Title (romaji): Ikemen desu ne
-Format:
Renzoku
-Genre:
Drama
-Episodes:
11
-Viewership rating:
9.94%
-Broadcast network:
TBS
-Broadcast period:
2011-Jul-15 to 2011-Sep-23


Watak2 utama dalam Ikemen Desu ne...
Miori Takimoto (Sakuraba Mio/Miko), Yuta Tamamori (Katsuragi Ren), Taisuke Fujiyaga (Shu Fujishiro) & Hikaru Yaotome (Yuki Hongo)...

A.N JELL
Penampilan khas Keun Suk

Lagu yang original dalam versi Jepun~


Sebuah drama yang sangat menarik!!

Wednesday, 9 November 2011

Penampilan istimewa Jang Keun-Suk dalam Ikemen Desu ne

Konnichiwa!!.. Aktor Korea, Jang Keun-Suk yang juga hero drama popular 'You're Beautiful' muncul sebagai penampilan istimewa dalam versi remake atau dikenali sebagai 'Ikemen Desu ne' di Jepun.. kemunculannya hanya dalam episod 8 dan xlame sgt pun... hanya beberape minit je...

Jang Keun-Suk menjadi artis jemputan dalam sesi penggambaran bersama A.N JELL

Pada ketika ini,, Jang Keun-Suk memang dah taw yang Mio adalah perempuan walaupun Mio dan yang lain-lain xberkata ape2 tentang rahsia tersebut... gimik dalam ep 8 ^^


Sedutan daripada drama...


Sesi temubual bersama Jang Keun-Suk... errr.. xpaham xpe.. xder subtitle... ngeee...

selamat menonton=)

Tuesday, 8 November 2011

OST 'Ikemen Desu ne' pecah rekod jualan carta album Oricon


Konnichiwa!!.. pehh cte pasal Ikemen Desu ne je... wakaka... Album OST Ikemen Desu ne berjudul ~A.N JELL with TBS Ikemen Desu ne Music Collection~ telah terjual sebanyak 150 000 unit pada minggu pertama,, sekali gus menjadikan album sountrack drama tv pertama berada dipuncak carta jualan album Oricon... Sebelum ini, rekod tersebut dipegang album OST 'Long Vacation' oleh Takuya Kimura dan Tomoko Yamaguchi pada tahun 1996 (68 000 unit terjual pada minggu pertama)... Ini bererti selepas 15 tahun dan 4 bulan rekod tersebut terkini dipegang oleh OST 'Ikemen Desu ne'...

berita lanjut di oriconnews

Monday, 7 November 2011

Ikemen Desu ne~ Apabila ramai yang membandingkan dengan versi Korea



Konnichiwa!!... Ikemen Desu ne adalah versi remake dalam Bahasa Jepun... Versi lain, bahasa pon lain dari negara yang berbeza,, jadi style nye juger berbeza... Versi Jepun memang berbeza dengan Versi Korea!...
You're Beautiful (Korea)

You're Beautiful mula disiarkan pada tahun 2009 di Korea Selatan dan menjadi drama paling hangat hingga kini... Oleh sebab itu,, Versi Jepun diterbitkan pada 15 Julai 2011 dan mempunyai 11 episod sahaja...

Jdrama dan Kdrama adalah 2 jenis drama yang berbeza... cara penceritaan memang jauh berbeza.. bagi aku, memang suke menonton Jdrama sebab mesej yang disampaikan.. Setiap genre drama ada mesej yg tersendiri mengikut kreativiti pengarahnye.. Jadi itu yang uniknye Jdrama.. dalam satu cerita boleh gelak ketawa dan menangis sebab terharu^^...

Isu yang hangat skang ni adalah komen-komen yang terlalu membezakan Ikemen Desu ne dengan You're Beautiful... huhu.. xsalah nak membezakan dua versi.. tapi jangan sampai keterlaluan... Kdrama dan Jdrama mempunyai style cerita yang berbeza... kadang2 ade juge fans Kdrama yang susah nak follow dengan style Jdrama dan begitu juge sebaliknye.. ade2 juga yang layan2 kedua-dua style drama.. Jadi bagi yang memahami sahaja yang akan menilai Kdrama dan Jdrama dengan baik..

Aku paling suke komen ini..
.. this is actuaLLy an awesome drama so far :"> try to appreciate the efforts that the actors putted in to make this fiLm !!! i mean if you d0n't Like it , you don't have to watch it :P - you know ? I've read too much negative comments and it reaLLy pisses me off >.< (i'm not the onLy one who's mad , right ?) WHY DON'T YOU JUST SHUT THE FRONT DOOR AND ENJOY THE DRAMA ! ╭∩╮(︶︿︶)╭∩╮
-komen drp Natasha Rocha di mysoju.com-
yup2... sgt sokong dgn komen nih!! think positive!!

ni salah satu komen negatif pasal drama nih..
Japanese version is very strange.
I don't know why, if the Korean version of the players funny and very nice views.
Especially Hwang Tae Kyung that can actually be funny and transformed instant into sadistic. who can do just Jang Geun Suk, if Yuta Tamamori better drama play something else, because they can not play the role well Hwang Tae Kyung.
-komen drp Lussy drp asianmediawiki.com-

komen ni lagi cam hampeh..
japanese version is horrible compared to the original.....they tried to copy the korean version of the outfits ways too much.....i know its an remake but shouldnt it be different
-komen drp moom di asianmediawiki.com-

setiap org ade taste yg berbeza^^
Jdrama & Kdrama kedua-duanya adalah drama yang hebat!!

Sunday, 25 September 2011

OST Ikemen Desu ne



Konnichiwa... OST Ikemen Desu ne!.. menurut satu sumber,, ost ni bakal release 5 Oktober nih... perghh... mesti best nih... siri Ikemen Desu ne lak baru je tamat pada 23 September yang lalu.. ini bererti mggu dpn atau 2 mggu lg dah kuar dvd di Malaysia... wahhhhhh!!!!... mesti beli... so sblom tu layan lagu a.n jell versi jepun nih... heeeeee...

Thursday, 11 August 2011

Ikemen Desu ne vs You're Beautiful

Konnichiwa... drama paling hangat skang ni... Ikemen desu ne yang dulu telah mencetus fenomena tersendiri dalam drama korea... kini diterbitkan pula dalam versi jepun... maka banyaklah komen2 peminat fanatik K-Drama dan J-Drama... Ada yang mengatakan versi korea lebih kelakar... ada yang mengatakan versi jepun lebih menarik... ada juga yang kata dua-dua versi best!... haaa... macam-macam pendapat... ok kita review secara kasar kedua-dua versi...

Versi Korea (You're Beautiful)

Versi ini diterbitkan pada tahun 2009.. Mempunyai 16 episod kesemuanya...

Banner dalam versi korea... drama ni pernah menjadi drama korea hot di 8tv...

A.N JELL dalam versi Korea.. aku xkenal sgt aktor n aktress korea... tp nmpak cam aktress korea ni cute ckit drp aktress jepun tuh... ngaaaa~...

Lagu 'Promise' versi korea

Versi Jepun

versi ini mula ditayangkan pada 15 Julai 2011... biasanya drama jepun mempunyai jumlah episod 10 hingga 11 sahaja...
A.N JELL versi Jepun... ada yang cakap versi ni aktor lebih hensem.. hahaha.. tapi aktress xcun sgt... huhhu
Lagu 'promise' versi Jepun.. yang ni belum official lagi... still promotion... xtaw bila lagu ni btol2 release...

Berdasarkan komen-komen yang penah aku baca,, ade yang membandingkan dari segi kehanseman aktor-aktor dalam kedua-dua versi... ade kata aktor korea lebih macho.. xkurang hebatnya ada yang kata aktor jepun lagi cute... wah.. sampai macam tu sekali... ok... disini just nak preview kat pembaca mengenai komen-komen penonton di asianmediawiki

I loved the Korean ver. But the Japanese ver. I way better the actors are not as hot they're skinnier but they are so dam cute especially ren I just love everything about him. The thing he does with his mouth is super cute. And I hated that move in the Korean ver. Can't wait for the next episode.- Rina
....
I definitely agree that the Korean actors were better looking. Normally I would think saying that was shallow, but for a show where the whole point is that they're super gorgeous pop stars, you'd think they'd try a little harder to get some good-looking actors. Maybe they went for voice, but I don't think I would have bothered. Just about anybody's voice would sound dull after Jang Geun-Suk's.
Also, this version seems a little duller than the original. It doesn't have as much pizzazz, which was part of what really made the original since it's about celebrity life. I think if this were a drama in its own right it would be really good, but as a remake, they would've been better off dubbing the original in Japanese. - Kikubi
....
I LOVE THIS!(Japan Ver)
Love it more than the Korean ver ;D Well each ver has its own flavor you could say
but still, this drama is LOVE~ completely addicted to it and I've only seen up to ep 2!
Can't wait for more~~ - Yui
...
♥ it... ^_^
based on the 1st episode, it's really nice...
Hikaru acts really childish..
well, i think, he can really do it since, that's somewhat his true character is...
a fun, joker, childish sometimes...
Yuta, Taisuke. Miori, and Hika-chan!!!
ganbatte!!!
i'm really going to watch it every friday... :D - Yutorin23
...

Perghhh... macam tu skali punyer komen... baru sebahagian tu.. banyak lagi pandangan peminat di forum-forum lain yang membandingkan kedua-dua versi... pada aku drama korea dan drama jepun terdapat sedikit berbeza dari segi penyampaiannya.. kalau kedua-duanya sama.. ape cer pulak kan.. so,, terpulang kepada individu.. versi mana best... yang mana mmg suka layan drama korea dah tentu dia akan kata versi korea best dan yang mana suke layan drama jepun mesti dia akan cakap versi jepun lagi menarik...

Watch this drama online.. klik je kat link bawah ni



Monday, 1 August 2011

Ikemen Desu ne a.k.a You're Beautiful Japanese Version


Konnichiwa!... pernah tgk drama You're Beautiful? sblom ini diterbitkan dalam versi Korea skang ni keluar pulak versi Jepun.. Baru je ditayangkan pada 15 Julai yang lalu.. perghh memang drama2 musim panas Jepun best2!

Ikemen Desu ne adalah remake daripada versi korea~ You're Beautiful.. masih mengekalkan cerita yang same cuma jalannya berbeza sedikit... Kisah mengenai Miko yang terpaksa menipu demi untuk mencapai hasrat abangnya untuk menjadi penyanyi dan bertemu dengan ibu mereka... Abgnya Miko mempunyai masalah suara sblom menyertai kumpulan A.N Jell,, jadi untuk menyelamatkan abangnya Miko terpaksa berpura-pura menjadi Mio... Walaubagaimanapun kedatangannya tidak disenangi ketua kumpulan tersebut, Ren... aku baru je tgk ep 1 kat mysoju.com.. boleh tahan best gak citer nih... ada yang kata versi korea lebih kelakar dan ada yang kata versi jepun lebih menarik... mcm2 pandangan.. pape pon Ikemen Desu ne mmg best!

INFO
Tajuk : Ikemen Desu ne
Tv Siaran : TBS
Tempoh siaran : 15 Julai 2011 - September 2011
Waktu siaran : Jumaat (10.oo mlm waktu Jepun)
Pelakon utama : Miori Takimoto (Sakuraba Mio/Sakuraba Miko), Yuta Tamori(Ren Kasturagi), Taisuke Fujiyaga(Shu Fujishiro), Hikaru Yaotome(Yuki Hongo)
Lagu Tema : Everybody go- Kis-My-Ft2

TRAILER

A.N Jell versi Jepun

Lagu Tema: Everybody go- Kis-My-Ft2