Showing posts with label Tentang Jepun. Show all posts
Showing posts with label Tentang Jepun. Show all posts

Wednesday, 8 August 2012

Jom Dengar Nasyid Jepun

Konnichiwa!!.. haa,, jangan ingat Malaysia, Indonesia je ade nasyid.. kat Jepun pon ade gak.. huhu.. terjumpa lak kat youtube Qasidah Burdhah versi Jepun alunan seorang mualaf Jepun, Sh Ahmad Abu Hakeem Maeno.. terharu jugak dengan nasyid dalam bahasa jepun nih.. jom dengar^^


jarang sekali dengar nasyid dalam bahasa jepun,, hope pada masa akan datang nasyid akan berkembang pulak di bumi Matahari Terbit.. insyaallah

Tuesday, 24 July 2012

Edisi Khas Ramadhan 1433 ~Mengenali masjid kedua tertua di Jepun~


Masjid Camii - Tokyo

Konnichiwa!!.. Salam Ramadhan al-Mubarak 1433 hijrah.. edisi khas ramadhan kali ni mengenai Masjid Kedua Tertua di Jepun yang dikenali sebagai Masjid Camii yang terletak di Yoyogi Uehara, Tokyo..

Menurut sejarah,, Masjid Camii ini dibina pada tahun 1938 selepas penghijrahan sebahagian etnik turki ke Jepun.. Mereka membina komuniti sendiri yang dipanggil "Mahalle-i Islamiye" (Daerah Islam).. Komuniti ini diketuai oleh Abdulhay Kurban Ali dan Abdurresid Ibrahim.. Masyarakat Jepun pada ketika itu memberi sokongan besar atas pembinaan masjid ini dari segi ekonomi dan sosial.. Masjid Camii ini musnah dimakan usia pada tahun 1986 dan pembinaan baru Masjid Camii ini dilakukan semula pada tahun 1998 dan siap sepenuhnya pada tahun 2000.. Senibina Masjid Camii ini hasil lakaran akrkitek dari Turki, Muharrem Hilmi Senalp yang bercirikan senibina Turki.. Manakala urus tadbir pembinaan masjid ini dilakukan oleh warga Jepun dan Turki iaitu Sumio Ito dan Akira Wakabayasi (Jepun) dengan Sami Goren (Turki).

Kini masjid ini menjadi pusat ibadah umat islam yang berada di sekitar Tokyo.. Masjid ini juga sering menjadi tumpuan orang2 Islam dari Malaysia, Indonesia, Pakistan serta Turki.. Masjid ini di uruskan sendiri oleh organisasi Muslim Turki..

Wajah Masjid Camii yang lama
Wajah Masjid Camii sekarang
Ruang solat dalam Masjid Camii
Aktiviti yang dilakukan dalam Masjid Camii... Masjid ini juga dibuka untuk lawatan para pelancong.. Gambar di atas menunjukkan penerangan mengenai islam dan Masjid Camii kepada sekumpulan pelajar antarabangsa.
Selain solat berjemaah,, solat jumaat juga dilakukan di masjid ini.

MAKLUMAT RINGKAS MENGENAI MASJID CAMII


Place:  Yoyogi Uehara-St
  Transportation: Odakyu-Line YoyogiUehara-St or Subway Chiyoda-Line
Organizer :  Muslim Turkey
Address : Tokyo 151-0065 Shibuya-ku Ooyamamachi 1-16
〒151-0065 渋谷区大山町1-16
Telephone/Fax : 03-5790-0760
Activity : Jum’ah Prayer, Daily Prayer

SUASANA DALAM MASJID CAMII

AZAN DI MASJID CAMII

sumber: www.tokyocamii.org, zamani84.blogspot.com

Tuesday, 16 August 2011

Pengalaman Ramadhan Misawa


Assalamualaikum.. Konnichiwa!!.. kisah ini aku petik daripada surat khabar kosmo pada tahun 2008... Kisah pengalaman seorang jejaka Jepun yang ingin merasai suasana ramadhan di Malaysia..

Shintaro Misawa, bukan beragama islam tetapi ingin mempelajari tentang agama islam... berasal dari Machida, Tokyo, Jepun.. Dia sanggup datang ke Malaysia semata-mata ingin merasai suasana ramadhan di sini... Misawa bukan nama asing di Jepun,, dia diiktiraf sebagai 10 atlit profesional BMX terbaik di peringkat antarabangsa...

Berikut adalah kisah pengalamannya berpuasa di rumah rakannya di Kajang... kisah ini dicopy n paste dari kosmo online;

Mungkin agak pelik tindakan seorang jejaka bukan Islam mengembara ribuan kilometer semata-mata untuk berpuasa di perantauan selama beberapa hari. Namun begitu, Misawa mempunyai sebab tersendiri mengapa dia memilih Malaysia sebagai destinasi penghayatan bulan Ramadan.

"Saya sangat tertarik dengan gaya kehidupan seorang Muslim Malaysia. Mereka sentiasa patuh kepada undang-undang ditetapkan ajaran Islam," katanya yang ditemui Kosmo! di Bukit Mahkota, Kajang, Selangor baru-baru ini ketika memenuhi jemputan berbuka puasa di rumah rakannya, Mohd. Yusri Yusoff, 26.

Dalam nada bersahaja, Misawa memberitahu, salah satu faktor utama dia terpanggil ingin mengetahui lebih mendalam mengenai Islam apabila melihat tingkah laku atlet BMX Malaysia semasa bersama-sama menyertai kejohanan sukan ekstrem itu.

"Setiap kali kejohanan besar di luar negara, saya memerhatikan atlet Malaysia tidak pernah menyentuh minuman keras. Ketika ditanya mengapa tidak mengambil arak mereka hanya menjawab ringkas: Muslim tidak boleh meneguk arak kerana ia undang-undang Islam," katanya.

Bermula dari situ, dia mula membuat kajian di laman web sekali gus membuka pintu hatinya untuk terus mempelajari agama Islam. Walaupun belum bergelar Muslim, dia bertegas tentang keseriusannya untuk memeluk agama Islam pada satu hari nanti.

"Mungkin ramai beranggapan saya hanya bermain-main untuk memeluk agama Islam dan menjalani ibadah puasa. Bagaimanapun, saya sangat serius kerana ia melibatkan prinsip dan pegangan hidup.

Seruan azan berkumandang turut menyentuh hati Misawa kerana sukar mendengar kemerduan azan di negara Matahari Terbit.

"Di Malaysia, saya dapat mendengar azan lima kali sehari dan ia begitu menusuk jiwa. Saya turut mencatat waktu azan dalam diari untuk mengetahui waktu solat," katanya sambil berbuka puasa dengan menyuap nasi tomato ke dalam mulut.

Setiap gerak-geri jejaka Jepun itu menjadi perhatian ahli keluarga rakannya kerana Misawa kelihatan agak janggal menggunakan tangan menikmati nasi tomato.

Dalam sedang asyik menikmati juadah berbuka, Misawa berkata, wanita-wanita di Malaysia sangat ayu dengan berpakaian sopan apatah lagi bertudung.

"Di Jepun terlalu banyak wanita seksi dan pergaulan kami juga agak bebas. Saya tidak kurang menyukai wanita seksi tetapi lebih gemar wanita sopan serta bertudung seperti di Malaysia," senyumnya.

Misawa menambah apabila kembali ke Tokyo kelak, dia ingin mempelajari mengenai agama Islam secara lebih mendalam.

"Bukan tidak mahu mempelajari agama Islam di Malaysia tetapi kesukaran memahami bahasa Melayu melambatkan proses pembelajaran. Lebih mudah sekiranya saya mempelajari Islam di Jepun kerana terdapat kelas agama di sana dalam bahasa Jepun," ujar Misawa.

Sebagaimana janjinya untuk terus berpuasa walaupun sudah menjejak ke negara Matahari Terbit, Misawa bukan sahaja belum meninggalkan puasanya, bahkan dia juga turut berkhatan beberapa hari yang lalu.

Seronok bila baca artikel tentang orang bukan islam tertarik dengan kehidupan islam di Malaysia...Walaupun Jepun merupakan sebuah negara yang maju dari segi teknologi... perkembangan agama islam di sana amat perlahan... Menurut satu sumber bilangan orang Islam di Jepun mungkin hanya dalam lingkungan 1000 orang sahaja... Perkembangan ini dipengaruhi oleh banyak faktor.. Antaranya ialah kelemahan orang Jepun sendiri yang lebih mementingkan perkara dunia,, mereka kurang percaya pada satu-satu agama.. mengikut kajian,, kadar atiesme di Jepun ialah 85%... Di Jepun,, imej islam banyak diburukkan oleh media-media barat seperti pengeboman di Bali, Tragedi 11 Sepetember, pergolakan konflik politik di negara arab dan sebagainya...

Semoga kisah Misawa dapat dijadikan teladan^^...