Showing posts with label Hidarime Tantei Eye. Show all posts
Showing posts with label Hidarime Tantei Eye. Show all posts

Sunday, 6 November 2011

Hidarime Tantei Eye [Full Review]


Konnichiwa!... baru abes tgk cite Hidarime Tantei Eye... sebuah cite penyiasatan yang menarik...

Sinopsis
Ainosuke mempunyai keistimewaan pada mata sebelah kirinya selepas membuat satu pembedahan... Mata kirinya boleh melihat penjenayahan yang bakal berlaku dimana ia dilakukan oleh abangnya, Yumehito...

Pada awalnya Ainosuke menyangkakan abangnya telah mati dalam satu kes pembunuhan... Namun dengan mata kirinya, dia melihat rancangan abangnya yang seakan-akan dibunuh walhal mayat tersebut adalah mayat orang lain yang telah dibunuh dahulu..

Seterusnya Ainosuke terlibat dalam semua kes penjenayahan dimana dia selalu membantu pihak polis dengan bantuan mata kirinya.. Yumehito pula bertindak menyamar menjadi seorang polis bagi memudahkan rancangan jenayahnya namun sering kali digagalkan oleh Ainosuke... Yumehito juga bertindak membunuh orang yang mengetahui identiti dirinya apabila Ainosuke cube membongkar rahsia Yumehito..

Rancangan terakhir Yumehito adalah melumpuhkan sistem komputer di Bandar Tokyo dengan menggunakan konsep domino dimana dia memasang bom pada setiap bangunan tinggi yang berdekatan dengan bangunan yang mengawal sistem komputer di Tokyo... Walaubagaimanapun Ainosuke menggagalkan rancangan dengan mematikan bom terakhir...

Akhirnya Yumehito mati selepas ditembak selepas berlaku pertelingkahan sesama kumpulannya...

Komen:
- hmmm.. drama yang menarik, suspen...
- drama yang serius... kurang komedi... banyak bermain emosi...
- jalan cerita sangat menarik^^
- mesti ramai yg suke kat Yamada Ryosuke.. ahah

Info:

Title (romaji):
Hidarime Tantei EYE
Also known as:
Left-Eye Detective EYE
Genre:
Crime
Broadcast network:
NTV
Viewership rating:
9.1 (Kanto)
Broadcast date:
2009-Oct-03