Sunday, 25 September 2011
OST Ikemen Desu ne
Konnichiwa... OST Ikemen Desu ne!.. menurut satu sumber,, ost ni bakal release 5 Oktober nih... perghh... mesti best nih... siri Ikemen Desu ne lak baru je tamat pada 23 September yang lalu.. ini bererti mggu dpn atau 2 mggu lg dah kuar dvd di Malaysia... wahhhhhh!!!!... mesti beli... so sblom tu layan lagu a.n jell versi jepun nih... heeeeee...
Friday, 23 September 2011
Maaf sebab lama xapdet^^
Atas makluman,, aku skang baru je mendaftar sebagai pelajar baru UTHM dalam bidang Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dgn kepujian ..pada 7 sept 2011... so,, walaupun ex-student sini gak,, kena jugak mengadap minggu haluan siswa... pastu beberapa perkara yang perlu diselesaikan sblom abes bulan 9 nih...
Masalah paling ketara bg aku skang ni ialah servis internet kat blog aku(blog J) kk perwira nih tersangat lah slow... ni jujur ni.. xtipu... ahah.. tu yg susah nk apdet blog nih...
jadi skang aku sedang mencari jalan alternatif untuk meng-apdet slalu blog ni... insyaallah dalam bulan oktober ni aku cuba sedaya-upaya memberikan info2 yang menarik kt korang.. oraaiiit!!^^
k,, chow,, jya^^
yg benar
masterzul
Monday, 5 September 2011
K-ON! The Movie Official Trailer
Konnichiwa!!... secara rasminya,, K-On! The Movie akan di tayangkan di 130 panggung wayang Jepun... ada 3 lagu baru... mengisahkan ahli kumpulan Ho-kago Tea-Time yang sedang bercuti di England.. hoyeah!! nengok trailer official di SINI
Sunday, 4 September 2011
Kizuna 2011 versi KAT-TUN + Akanishi Jin + Kanjani8
Konnichiwa... sebenarnya nak posting pasal bende lain... belek2 youtube jumpa bende nih... smart gak... tu yang share kat sini... ngeh3x~... kalu sblom nih kite dengar lagu Kizuna dinyanyikan secara solo oleh Kamenashi Kazuya,, ada kalanya bergandingan dengan ahli kumpulannya,, KAT-TUN dan Akanishi Jin... kali ni versi 2011... lagu kizuna dinyanyikan bersama oleh Kame n KAT-TUN, Akanishi Jin & Kanjani8... Sugoi ne!.. just watch this vid =)
versi kali ni xberape jelas suara Kame,, dimana part2 yang penting telah dinyanyikan oleh Nishikido Ryo... but.. not bad gak kan... Akanishi still vokal utama... Shibutani Subaru kat atas.. nape pulak tuh.. ahaha.. gimik je kowt... tp mmg hebat lah Nishikido, Shibutani & Akanishi... vokal yang meletip... layan seyh... aku rasa cam ade ahli kumpulan Hey! Say! Jump.. err.. fans2 Hey! Say! Jump ada nampak x?? kui3x~... bila lagu ni dinyanyikan beramai-ramai... sangat mengharukan...^^
thanx kpd charmedbollyfanatik coz upload video nih (xkenal pon!).. haha.. interesting!!... i like it.. video ni bertarikh 16 Mac 2011.. agak ketinggalan aku mengetahuinya.. ngeh33x~~
Thursday, 1 September 2011
Kanjani8- Tsubusa ni koi [Official video+Download Link]
Konnichiwa!!.. single terbaru Kanjani8! sugoi!! juga merupakan lagu tema drama bersiri Zenkai Girl... dalam carta oricon minggu ke-34, single ni telah terjual sebanyak 152, 859 unit untuk minggu pertama...
Official Video
Monday, 29 August 2011
Salam Merdeka Raya 2011

Jadi, disini aku, Azlizul (masterzul), empunya blog ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,, Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca blog Konnichiwa!!!... Semoga korang sume menikmati suasana meriah dan ceria hari raya aidilfitri tahun ini sempena meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa... Maaf atas segala ketelanjuran dalam penulisan atau comment2 yang menyakitkan hati... hehe... 0-0 hokeyh!!..
Kepada rakan-rakan yang mengenali sama ada di Beranang, ex-student SMT Dato' Lela Maharaja Rembau 06/07, kenalan2 di UTHM (terutama bdk2 kelas ddt yang gempak!) mahu pun kenalan di Jepun (wakakaaka!! poyos giler! ade ke...) ... aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf atas kesilapan yang disengajakan atau xdisengajakan...heeeeee... hope korang gumbira di hari mulia... kpd bdk2 kemasukan UTHM 2011-2012... hah! medical check up dah settle?? borang dah isi?? jumpe pada 7 September t.. horait!!!...

Raye,, raye gak... jangan lupa... hari merdeka!... tapi makin lama makin suram perayaan kemerdekaan ini... salah rakyatkah? huhu.. pada aku cukup sekadar buat solat hajat atau bacaan yassin atau bacaan doa kesyukuran di seluruh masjid di Malaysia... mohon kesejahteraan dan keamanan negara... pada yang agama lain pon boleh buat di rumah ibadat masing2 mengikut cara masing2... xperlu nak buat konsert bagai... membazir!.. ahaks... ape2 pon... moga Malaysia terus maju dan makmur,, tersingkirlah mane2 pemimpin yang xberguna... bikin bala je... ngaaa~
SALAM MERDEKA RAYA 2011^^
Saturday, 27 August 2011
Kamen Rider W Forever ~A to Z Gaia Memories of Fate Movie~
Sinopsis
Megisahkan tentang pengganas misteri yang dikenali sebagai 'NEVER' ingin menakluki dunia... Never ialah sejenis raksaksa yang direka daripada tubuh manusia yang telah mati.. Ia adalah hasil kajian antara Museum dengan Organisasi X... Walaubagaimanapun,, Organisasi lebih tertumpu kepada memori Gaia yang juga digunakan oleh Kamen Rider...
Never diketuai oleh Daido Katsumi yang dibantu oleh ibunya Maria... Daido memiliki kuasa yang dikenali sebagai Kamen Rider Eternal berusaha untuk mengumpul 26 memori yang telah tersebar... Berpusat di Menara Fuuto... Philip telah dijadikan umpan untuk menghidupkan kuasa luar biasa yang boleh mengubah seluruh manusia menjadi raksaksa... Walaubagaimanapun,, Daido kekurangan satu lagi memori Gaia dan telah menawarkan sehingga 1 billion yen kepada sape2 yg menjumpainya... malangnya,, memori terakhir tersebut berada di tangan Shotaro...
Impian Daido untuk memiliki kuasa luar biasa tidak tercapai... Shotaro dan Philip yang dilihat seakan-akan kalah mendapat bantuan kuasa daripada angin Fuuto untuk menewaskan Daido...
Kamen Rider Eternal... ikon baru yang bakal menggantikan Kamen Rider Daburu di Bandar Fuuto... mmm..itu lah yg dikatakan oleh Daido dengan bongkaknya..
Pengganas misteri yang dikenali sebagai NEVER.. mereka ini bagaikan zombi yang mempunyai kuasa yang luar biasa...
Part sedih... Philip xdapat menerima hakikat yang dia telah ditipu oleh Maria... pada mulanya dia telah menggangap Maria itu ibunya(Shroud)..
Disebabkan part sedih ini,, Philip (Masaki Suda) tidak dapat menahan kesedihan walaupun selepas habis scene tersebut..huhu.. tengok vid kat bawah nih
Maria sebenarnya baik.. tapi dia xdpt menerima kematian anaknya, Daido yang terlibat dengan kemalangan.. wajah Daido ketika itu sebijik macam Philip...
Philip tidak dapat menahan kesakitan untuk menampung kesemua kuasa memori Gaia...
Eyhhh... sape lak ni.. hahaha.. lawak je tengah2 Kamen Rider Daburu lawan tetiba jatuh lak duit syiling... ngahahaha... mamat ni terus bertukar menjadi Kamen Rider OOO dengan suara jampi2 yang membuatkan Shotaro dan Philip pelik seketika... ahaks... sebenarnya movie ni juga sebagai perkenalan kepada siri kamen rider baru^^ yang sedang ditayangkan skang,,Kamen Rider OOO...
Hoyeh!! dengan kuasa yang diberikan oleh angin Fuuto... Kamen Rider Eternal berjaya dikalahkan...
Seperti biasa barisan watak2 utama dalam movie kamen rider daburu forever
Menarik bukan... yup... memang best... terhibur juga dengan aksi2 yang ditampilkan... so,, movie ni memang best^^...
Ranking terkini siri kamen rider paling best (Ogos 2011)
Konnichiwa!!... setakat 27 Ogos 2011 pada jam 6.10a.m,, terdapat 99 undian telah diterima.. Ada sedikit perubahan kedudukan tetapi Kamen Rider Decade kekal menjadi pilihan paling ramai setakat ini... Berikut ranking terkini (Ogos 2011) Siri Kamen Rider paling best pilihan pembaca blog Konnichiwa!!!
Ranking Ogos 2011

1. Kamen Rider Decade
22 undian [22%]
kekal dikedudukan pertama.

2. Kamen Rider Daburu
19 undian [19%]
bulan lepas (Julai) dikedudukan ketiga...

3. Kamen Rider Kabuto
17 undian [17%]
bulan lepas (Julai) no. 2...

4. Kamen Rider Den-O
9 undian [9%]
kedudukan xberubah

5. Kamen Rider Kiva
8 undian [8%]
kedudukan xberubah

6. Kamen Rider OOO
6 undian [6%]
naik satu tangga.. bulan lepas no. 7

7. Kamen Rider Ryuki
6 undian [6%]
turun satu tangga... bulan lepas no. 6

8. Kamen Rider 555
4 undian [4%]
naik satu tangga.. bulan lepas no. 9

9. Kamen Rider Kuuga
3 undian [3%]
turun satu tangga.. bulan lepas no.8

10. Kamen Rider Blade
2 undian [2%]
kedudukan xberubah

11. Kamen Rider Hibiki
2 undian [2%]
kedudukan xberubah

12. Kamen Rider Agito
1 undian [1%]
kedudukan xberubah.. still paling xbest =P
huhu.. kedudukan siri kamen rider paling best ini ditangan anda... anda yang buat pilihan.. ngeeee~~... teruskan mengundi^^
Wednesday, 24 August 2011
Drama Jepun baru @8tv ~Natsu no Koi wa Nijiiro ni Kagayaku~
Konnichiwa!! ... baru je check kt website 8tv... 4 Sepetember 2011 bermula sebuah drama jepun romantik baru di 8tv... dalam bahasa inggeris jadi macam ni ~Summer Romance Shines in Rainbow Color ~ ... lakonan mantop aktor terkenal jepun, Matsumoto Jun dan aktress hebat jepun, Yuko Takeuchi... Drama ini akan disiarkan pada setiap hari ahad,, jam 3ptg... drama 10 epsiod ini akan berakhir pada 6 November 2011...
OPENING SONG
Opening song - lagu Love rainbow~ Arashi
Ending song - Please Stay with me~ Yui
Sedutan daripada drama... ngeh3x~~
Monday, 22 August 2011
Kanjani8- Life~Menomae no muko e~ [Download Link mp3+PV]
KoNniChiwaa!!!... this week pasal Kanjani8... ngaaa~... btw aku makin lame meminati lak group nih... sume lagu best2!... mmg layak la dapat jolokan sbg 'Junior Arashi'... may be group ni akan memintas kepopularitian Arashi akan datang... sape tahu? kan...
Single Life~ Menomae no Muko e~ berada dikedudukan ke-15 dalam carta tahunan Oricon 2010... wow! not bad... lagu kanjani8 paling laris tahun lepas...
PV life... low quality.. but don't worry.. aku share download link mp3 ngan pv yg high quality punyer^^...
Subscribe to:
Posts (Atom)