Showing posts with label Kamen Rider W. Show all posts
Showing posts with label Kamen Rider W. Show all posts

Saturday, 27 August 2011

Kamen Rider W Forever ~A to Z Gaia Memories of Fate Movie~


Konnichiwa...baru abes menonton movie Kamen Rider Daburu Forever~ A to Z/The Gaia Memories of the Fate Movie~ dvd yg dibeli ini disahkan original oleh KPDN..ngeh3x~~ berharga RM12.90... dibeli di CLASSIC entertainment, Metropoint Kajang... tempoh masa movie ni xlame... lebih kurang 1jam 5minit je..

Sinopsis
Megisahkan tentang pengganas misteri yang dikenali sebagai 'NEVER' ingin menakluki dunia... Never ialah sejenis raksaksa yang direka daripada tubuh manusia yang telah mati.. Ia adalah hasil kajian antara Museum dengan Organisasi X... Walaubagaimanapun,, Organisasi lebih tertumpu kepada memori Gaia yang juga digunakan oleh Kamen Rider...

Never diketuai oleh Daido Katsumi yang dibantu oleh ibunya Maria... Daido memiliki kuasa yang dikenali sebagai Kamen Rider Eternal berusaha untuk mengumpul 26 memori yang telah tersebar... Berpusat di Menara Fuuto... Philip telah dijadikan umpan untuk menghidupkan kuasa luar biasa yang boleh mengubah seluruh manusia menjadi raksaksa... Walaubagaimanapun,, Daido kekurangan satu lagi memori Gaia dan telah menawarkan sehingga 1 billion yen kepada sape2 yg menjumpainya... malangnya,, memori terakhir tersebut berada di tangan Shotaro...

Impian Daido untuk memiliki kuasa luar biasa tidak tercapai... Shotaro dan Philip yang dilihat seakan-akan kalah mendapat bantuan kuasa daripada angin Fuuto untuk menewaskan Daido...

Kamen Rider Eternal... ikon baru yang bakal menggantikan Kamen Rider Daburu di Bandar Fuuto... mmm..itu lah yg dikatakan oleh Daido dengan bongkaknya..

Pengganas misteri yang dikenali sebagai NEVER.. mereka ini bagaikan zombi yang mempunyai kuasa yang luar biasa...

Part sedih... Philip xdapat menerima hakikat yang dia telah ditipu oleh Maria... pada mulanya dia telah menggangap Maria itu ibunya(Shroud)..
Disebabkan part sedih ini,, Philip (Masaki Suda) tidak dapat menahan kesedihan walaupun selepas habis scene tersebut..huhu.. tengok vid kat bawah nih

Maria sebenarnya baik.. tapi dia xdpt menerima kematian anaknya, Daido yang terlibat dengan kemalangan.. wajah Daido ketika itu sebijik macam Philip...

Philip tidak dapat menahan kesakitan untuk menampung kesemua kuasa memori Gaia...
Eyhhh... sape lak ni.. hahaha.. lawak je tengah2 Kamen Rider Daburu lawan tetiba jatuh lak duit syiling... ngahahaha... mamat ni terus bertukar menjadi Kamen Rider OOO dengan suara jampi2 yang membuatkan Shotaro dan Philip pelik seketika... ahaks... sebenarnya movie ni juga sebagai perkenalan kepada siri kamen rider baru^^ yang sedang ditayangkan skang,,Kamen Rider OOO...
Hoyeh!! dengan kuasa yang diberikan oleh angin Fuuto... Kamen Rider Eternal berjaya dikalahkan...
Seperti biasa barisan watak2 utama dalam movie kamen rider daburu forever

Menarik bukan... yup... memang best... terhibur juga dengan aksi2 yang ditampilkan... so,, movie ni memang best^^...

Sunday, 24 July 2011

Kamen Rider W~ Shotaro X Philip song


Konnichiwa!... Kamen Rider W(Daburu) stakat ni siri kamen rider paling best... bagi aku lah... jalan cerita gempak... best!.. dua watak utama berlainan karakter membuatkan cerita tidak langsung membosankan... Shotaro dan Philip(Raito)... ada dalam satu episod mereka menyanyikan sebuah lagu bersama.. best!.. ni lagunyer;~
FINGER ON THE TRIGGER VERSI SHOTAROU & PHILIP

Yang kat atas versi Shotaro dan Philip... nice voice... search punye search... memang xde full song.. kalu yang ada full song versi asal daripada kumpulan Florida Keys... tapi yang jumpe versi akustik^^... but very nice song.. i like it XD...
FINGER ON THE TRIGGER VERSI AKUSTIK

Shotaro dan Philip, watak yang ceria walaupun kadang2 gaduh..haha.. tapi hubungan persahabatan mereka yang akrab, masalah yang melanda bukan lagi penghalang... Kisah mereka berdua ada kalanya menyentuh perasaan.. huhu..

part paling sedeyh.. bila Philip dan Shotaro nak berpisah.. setelah sekian lama bersama,, akhirnya mereka terpaksa berpisah,, Philip lenyap buat selama-lamanya.. seyes aku mmg tacing tgk part ni.. ngaaaa~ tapi episod last, Philip muncul kembali^^.. happy ending

Saturday, 9 July 2011

Kamen Rider W (Daburu) Full Review


Konnichiwa... sebulan aku abeskan masa nak abes kan 49 episod kamen rider w(daburu kalu disebut dlm bhs jepun)... beli pown sbb ade promotion half price... RM49.90 jadi RM29.90... ahaha... berbeza daripada siri kamen rider yang lain... siri yang ni nampak lebih menarik dengan jalan cerita yang kadang2 lawak,, kadang2 bermain dengan emosi dan konflik yang sempurna... cuma kelemahan dari segi grafik je yang sedikit menjejaskan kualiti persembahan kamen rider daburu.. mungkin sebab rushing kowt,, yelah kamen rider decade pown xsampai 40 episod.. nak kejar waktu tayangan agaknyer^^...

Sinopsis
Secara ringkasnya mengisahkan detektif muda Hidari Shoutaro bersama dengan sahabat karibnya yang pintar Philip(Sonozaki Raito) melindungi Bandar Fuuto daripada keganasan Dopant... Unik dalam siri ini menggunakan USB memory(thumbdrive) sbg alat untuk bertukar jadi makhluk yang lebih kuat.. ia juga dipanggil memory Gaia yang pengeluar utama adalah agensi Museum yang diketuai oleh Sonozaki Ryuube... Tujuan utamanya adalah untuk menguasai bumi... Ryuube telah lama menjalankan kajian mengenai gaia memory sehingga dia sanggup menggadai keluarganya sendiri... isterinya Sonozaki Fumine(Shroud) telah keluar meninggalkan rumah agam keluarga Sonozaki sebab xtahan dengan sifat xperi kemanusian Ryuube yang sanggup menjadikan Raito sebagai alat kajiannya...

Raito bagaimanapun telah diselamatkan oleh seorang detektif terkenal, Narumi walaubagaimanapun mati dibunuh... Selepas itu, Hidari Shoutaro diamanahkan menjaga dan menyembunyi Raito drp pengetahuan Ryuube... Raito dtukar nama kepada Philip.. Walaupun Philip mempunyai otak yang pintar seperti komputer tetapi dia xdpat mencari maklumat mengenai keluarganya sehingga dia bertemu dengan Sonozaki Wakana yang terkenal dengan panggilan Puteri Wakana... perwatakan wakana sangat digemari Philip...Wakana selalu mengadu masalahnya pada Philip... Sehingga pada satu hari,, Philip telah bersetuju utk melarikan diri brsama Wakana sebab xmahu mewarisi pengeluaran memori gaia,, namun keadaan jadi sebaliknya apabila Wakana tibe2 berubah fikiran... Pada ketika itu baru Philip mengetahui Wakana adalah kakaknya...

Shroud pula bersembunyi dan telah mengatur strategi untuk melawan kuasa Ryuube... Dia telah mengumpan Terui Ryui untuk memegang memori Accel supaya menjadi hebat untuk mengalahkan Ryuube... Namun sifat gelojoh Terui Ryu selalu mengundang padah... pada mulanya dia xdpt bekerjasama dengan shoutaro n philip... namun selepas beberapa kali diselamatkan shoutaro,, terui ryui mula memberi kerjasama... dia juga telah membongkarkan kepada Philip bahawa Shroud adalah ibunya...

Hasrat Ryuube untuk berkuasa di bumi telah gagal apabila Raito tidak memberi kerjasama dalam penyatuan dengan kuasa Claydoll(memori gaia Wakana)... Ryubee mati dalam pentempuran dengan kamen rider w...

Part yang paling sedih bila Philip cuba nak selamatkan Wakana daripada digunakan oleh Kazu sebagai alat menguasai bumi... Selepas mengalahkan Kazu,, Philip ghaib bersama dengan memorinya...

Karakter

Watak utama- Philip-kun, Shoutaro dan Akiko

Masaki Suda
Philip-kun(Sonozaki Raito)... mempunyai otak macam komputer... kwn baik Shoutaro yang selalu membantu dalam menyiasat kes memori gaia...


Kiriyama Renn
Hidari Shoutaro.. menganggap dirinya 'Hard Boiled'.. detektif yang kdg2 huru hara tapi bijak menyelesaikan masalah...


Yamamoto Hikaru
Narumi Akiko... Ketua detektif... selalu menggap dirinya comel... kelam kabut.. tapi kdg2 byk membantu menyelesaikan masalah..


Kinimoto Minehiro
Terui Ryui... Seorang polis elite... tegas dan pemarah... memegang memori kamen rider accel


Keluarga Sonozaki

Sonozaki Wakana, Sonozaki Kirihiko(suami Saeko), Sozozaki Saeo & Sonozaki Ryuube

memori gaia keluarga Sonozaki.. dari kiri ClayDoll(Wakana), Nasca(Kirihiko), Taboo(Saeko), Terror(Ryuube) & yang kat depan tu memori seekor kucing bernama Mick


Mick... seekor kucing yang boleh bertukar menjadi Dopant.. pada asalnya Mick adalah kucing Raito

Keluarga bahagia impian Raito... walaupun sebenarnya Raito hanyalah sejenis data dan bukan manusia lagi sebab dia dah mati masa kecik dulu,, tapi dia mengimpikan untuk bertemu semula keluarganya...

part akhir yang sedih... Wakana telah memberikan badannya kepada Raito sebab xthn tgk Shoutaro yang bersedih... Raito sekali lagi tidak dapat bersama dengan keluarganya...

Kamen Rider Accel

Motor Kamen Rider W... walaupun dah byk kali aku tgk moto ni jatuh, jahanam, tapi the next episod moto ni kembali seperti sedia kala...^^

Kamen Rider W(Daburu) best...


Thursday, 7 July 2011

Lokasi utama dalam Kamen Rider Daburu (W)

Logo Bandar Fuuto yang terkenal dalam siri Kamen Rider Daburu...


Konnichiwa... aku baru je lepas abes tengok Kamen Rider Daburu.. haha... agak ketinggalankan... biase ar.. busy.. ahah.. post kali ni berkenaan lokasi penggambaran dalam Kamen Rider Daburu.. Sebenarnya Bandar Fuuto dalam siri kamen rider ni bukanlah bandar yang wujud.. ia hanyalah rekaan semata-mata... Pada asalnya lokasi hanya di sekitar Tokyo.. Dua lokasi utama yang jadi perhatian ialah 'Rumah Agam Keluarga Sonozaki' dan 'Balai Polis Bandar Fuuto'... Pada asalnya kedua-duanya dilakukan di Muzium Kebangsaan Tokyo...
Muzium Kebangsaan Tokyo yang diubah menjadi Rumah Agam Keluarga Sonozaki.. mmg xbyk beza...
Yang ini juga berada dalam kawasan Muzium Kebangsaan Tokyo,, Galeri Khazanah Hooryuu-ji.. yang diubah suai jadi Balai Polis Fuuto... mmg xperasan langsung...rupa-rupanya hanyalah sebuah galeri...

perghh.. memang smart ar... cuma menara fuuto je yg btol2 xwujud.. hanya imaginasi... kalau ikut perangkaan aku,, menara fuuto dalam kamen rider ni adalah menara tokyo yang telah diubah suai^^.. agaknye la... ngeeee~