Saturday, 9 July 2011

Kamen Rider W (Daburu) Full Review


Konnichiwa... sebulan aku abeskan masa nak abes kan 49 episod kamen rider w(daburu kalu disebut dlm bhs jepun)... beli pown sbb ade promotion half price... RM49.90 jadi RM29.90... ahaha... berbeza daripada siri kamen rider yang lain... siri yang ni nampak lebih menarik dengan jalan cerita yang kadang2 lawak,, kadang2 bermain dengan emosi dan konflik yang sempurna... cuma kelemahan dari segi grafik je yang sedikit menjejaskan kualiti persembahan kamen rider daburu.. mungkin sebab rushing kowt,, yelah kamen rider decade pown xsampai 40 episod.. nak kejar waktu tayangan agaknyer^^...

Sinopsis
Secara ringkasnya mengisahkan detektif muda Hidari Shoutaro bersama dengan sahabat karibnya yang pintar Philip(Sonozaki Raito) melindungi Bandar Fuuto daripada keganasan Dopant... Unik dalam siri ini menggunakan USB memory(thumbdrive) sbg alat untuk bertukar jadi makhluk yang lebih kuat.. ia juga dipanggil memory Gaia yang pengeluar utama adalah agensi Museum yang diketuai oleh Sonozaki Ryuube... Tujuan utamanya adalah untuk menguasai bumi... Ryuube telah lama menjalankan kajian mengenai gaia memory sehingga dia sanggup menggadai keluarganya sendiri... isterinya Sonozaki Fumine(Shroud) telah keluar meninggalkan rumah agam keluarga Sonozaki sebab xtahan dengan sifat xperi kemanusian Ryuube yang sanggup menjadikan Raito sebagai alat kajiannya...

Raito bagaimanapun telah diselamatkan oleh seorang detektif terkenal, Narumi walaubagaimanapun mati dibunuh... Selepas itu, Hidari Shoutaro diamanahkan menjaga dan menyembunyi Raito drp pengetahuan Ryuube... Raito dtukar nama kepada Philip.. Walaupun Philip mempunyai otak yang pintar seperti komputer tetapi dia xdpat mencari maklumat mengenai keluarganya sehingga dia bertemu dengan Sonozaki Wakana yang terkenal dengan panggilan Puteri Wakana... perwatakan wakana sangat digemari Philip...Wakana selalu mengadu masalahnya pada Philip... Sehingga pada satu hari,, Philip telah bersetuju utk melarikan diri brsama Wakana sebab xmahu mewarisi pengeluaran memori gaia,, namun keadaan jadi sebaliknya apabila Wakana tibe2 berubah fikiran... Pada ketika itu baru Philip mengetahui Wakana adalah kakaknya...

Shroud pula bersembunyi dan telah mengatur strategi untuk melawan kuasa Ryuube... Dia telah mengumpan Terui Ryui untuk memegang memori Accel supaya menjadi hebat untuk mengalahkan Ryuube... Namun sifat gelojoh Terui Ryu selalu mengundang padah... pada mulanya dia xdpt bekerjasama dengan shoutaro n philip... namun selepas beberapa kali diselamatkan shoutaro,, terui ryui mula memberi kerjasama... dia juga telah membongkarkan kepada Philip bahawa Shroud adalah ibunya...

Hasrat Ryuube untuk berkuasa di bumi telah gagal apabila Raito tidak memberi kerjasama dalam penyatuan dengan kuasa Claydoll(memori gaia Wakana)... Ryubee mati dalam pentempuran dengan kamen rider w...

Part yang paling sedih bila Philip cuba nak selamatkan Wakana daripada digunakan oleh Kazu sebagai alat menguasai bumi... Selepas mengalahkan Kazu,, Philip ghaib bersama dengan memorinya...

Karakter

Watak utama- Philip-kun, Shoutaro dan Akiko

Masaki Suda
Philip-kun(Sonozaki Raito)... mempunyai otak macam komputer... kwn baik Shoutaro yang selalu membantu dalam menyiasat kes memori gaia...


Kiriyama Renn
Hidari Shoutaro.. menganggap dirinya 'Hard Boiled'.. detektif yang kdg2 huru hara tapi bijak menyelesaikan masalah...


Yamamoto Hikaru
Narumi Akiko... Ketua detektif... selalu menggap dirinya comel... kelam kabut.. tapi kdg2 byk membantu menyelesaikan masalah..


Kinimoto Minehiro
Terui Ryui... Seorang polis elite... tegas dan pemarah... memegang memori kamen rider accel


Keluarga Sonozaki

Sonozaki Wakana, Sonozaki Kirihiko(suami Saeko), Sozozaki Saeo & Sonozaki Ryuube

memori gaia keluarga Sonozaki.. dari kiri ClayDoll(Wakana), Nasca(Kirihiko), Taboo(Saeko), Terror(Ryuube) & yang kat depan tu memori seekor kucing bernama Mick


Mick... seekor kucing yang boleh bertukar menjadi Dopant.. pada asalnya Mick adalah kucing Raito

Keluarga bahagia impian Raito... walaupun sebenarnya Raito hanyalah sejenis data dan bukan manusia lagi sebab dia dah mati masa kecik dulu,, tapi dia mengimpikan untuk bertemu semula keluarganya...

part akhir yang sedih... Wakana telah memberikan badannya kepada Raito sebab xthn tgk Shoutaro yang bersedih... Raito sekali lagi tidak dapat bersama dengan keluarganya...

Kamen Rider Accel

Motor Kamen Rider W... walaupun dah byk kali aku tgk moto ni jatuh, jahanam, tapi the next episod moto ni kembali seperti sedia kala...^^

Kamen Rider W(Daburu) best...


Friday, 8 July 2011

Hanazakari no Kimitachi e 2011

Konnichiwa... OMG.. tatkala drama bersiri popular Hana Kimi akan dikuarkan dalam versi Korea,, tup2... Jepun dah kuarkan Hana Kimi versi Jepun 2011... hmmm.. aku pon xtaw ape motifnyer nak kuarkan kembali drama bersiri ini dalam versi yang baru... yang pasti pelakon sume xsame... tapi watak seperti Ashiya Mizuki, Nanba Minami, Nakatsu Suichi masih dikekalkan tapi ditukar dengan pelakon lain... Lagu tema untuk drama ni diambil drp lagu group j-pop popular skang ni AKB48.. tapi masih belum dapat dipastikan tajuk lagu sebenar...

Tagline yang same,,, Ikemen Paradise~ 2011... akan mula disiarkan di tv yang sama,, Fuji Tv pada 10 Julai 2011... setiap hari ahad jam 9.00 malam waktu Jepun... masih mengekalkan genre yang same- Romantic school comedy...

Hanazakari no kimitachi e bukan sahaja popular di korea, china, taiwan, malaysia, indonesia, singapura, thailand dan juga hong kong malah telah pon popular di Russia, Jerman, Sepanyol, USA dan beberapa negara di Amerika Latin... ini menjadikan drama jepun fav seantero dunia selain drama Hana Yori Dango, GTO dan Gokusen...

Untuk mengetahui info lanjut dan trailer hana kimi versi 2011 klik SINI

**watak nanba minami dipegang oleh Kiriyama Renn (Hidari Shoutaro dalam Kamen Rider W)... perghh mmg sesuai ngan watak tuh...

Bahasa Jepun~ Cuaca [tenki てんき]


Konnichiwa... Ogenki desuka? おげんきですか?... ngeee~ kali ni aku nak share sikit berkaitan dengan cuaca dalam bahasa jepun... Cuaca atau weather dalam bahasa inggeris tapi disebut tenki  てんき dalam bahasa jepun... Berikut adalah beberapa istilah mengenai cuaca;~

1. Kikou きこう - maksudnye iklim (climate)
2. Ondo おんど - maksudnye suhu (temperature)

Seperti dalam bahasa melayu ada istilah hujan, panas, kilat dan sebagainya.. dalam bahasa jepun pula...

3. Hare はれ - Cerah (Sunny)
4. Kumori くもり - Mendung (Cloudy)
5. Ame あめ - Hujan (Rain)
6. Yuki ゆき - Salji (Snow)
7. Kaminari かみなり - Guruh (Thunder)
8. Arashi  あらし - Ribut (Storm)
9. kiri きり - Kabus (fog)

ahah... bagaimana pula perbualan mengenai cuaca dalam bahasa jepun... wokeyh.. ini contoh nyer;~

Soalan ---> Tenki wa dou desu ka? てんきはどうですか? Bagaimana keadaan cuaca?
** tenki(cuaca).... Dou(bagaimana)

Jawapan---> Yoi tenki desu... よいてんきです Cuaca baik...

bukan itu je jwapan yang boleh kita bagi... contoh;

Harete imasu. はれています - Cuaca sekarang cerah
Kumotte imasu. くもっています - Cuaca sekarang mendung
Ame ga futte imasu あめがふっています - Cuaca sekarang hujan
Yuki ga futte imasu ゆきがふっています - Cuaca sekarang bersalji

atau kita boleh juga jawap macam ni~

Atsui desu. あついです - panas lah
Mushiatsui desu むしあついです - lembap lah
Samui desu さむいです - Sejuk lah
Atatakai desu あたたかいです - bahang nyer
Suzushii desu  すずしいです - Sejuk nyer
Kaze ga tsuyoi desu かぜがつよいです - berangin nyer

nampak sedikit perbezaankan... perkataan terakhir utk .......imasu---> untuk istilah hare(cerah), kumori(mendung), ame(hujan) dan yuki(bersalji)... merujuk kepada keadaan cuaca... dalam ayat tatabahasa jepun istilah tersebut akan jadi macam ini;-
**hare ----> harete manakala kumori----> kumotte
**ame----> ame ga futte manakala yuki ----> yuki ga futte

Hanya istilah yang merujuk kepada situasi/suhu (rasa keadaan) sahaja akan menggunakan -......desu... seperti atsui(panas), mushiatsu(lembap), samui/suzushii(sejuk), atatakai(bahang) dan kaze(berangin) sahaja...

Thursday, 7 July 2011

Lokasi utama dalam Kamen Rider Daburu (W)

Logo Bandar Fuuto yang terkenal dalam siri Kamen Rider Daburu...


Konnichiwa... aku baru je lepas abes tengok Kamen Rider Daburu.. haha... agak ketinggalankan... biase ar.. busy.. ahah.. post kali ni berkenaan lokasi penggambaran dalam Kamen Rider Daburu.. Sebenarnya Bandar Fuuto dalam siri kamen rider ni bukanlah bandar yang wujud.. ia hanyalah rekaan semata-mata... Pada asalnya lokasi hanya di sekitar Tokyo.. Dua lokasi utama yang jadi perhatian ialah 'Rumah Agam Keluarga Sonozaki' dan 'Balai Polis Bandar Fuuto'... Pada asalnya kedua-duanya dilakukan di Muzium Kebangsaan Tokyo...
Muzium Kebangsaan Tokyo yang diubah menjadi Rumah Agam Keluarga Sonozaki.. mmg xbyk beza...
Yang ini juga berada dalam kawasan Muzium Kebangsaan Tokyo,, Galeri Khazanah Hooryuu-ji.. yang diubah suai jadi Balai Polis Fuuto... mmg xperasan langsung...rupa-rupanya hanyalah sebuah galeri...

perghh.. memang smart ar... cuma menara fuuto je yg btol2 xwujud.. hanya imaginasi... kalau ikut perangkaan aku,, menara fuuto dalam kamen rider ni adalah menara tokyo yang telah diubah suai^^.. agaknye la... ngeeee~

Wednesday, 6 July 2011

Kamen Rider Daburu OST [53 original soundtrack]


Konnichiwa minasan... khas untuk peminat-peminat Kamen Rider Daburu.. 53 track original soundtrack... aku jumpa kat youtube.. ada 8 pecahan slot... perghh... menarik... sume best2!

OST 1. -Track 1-6

OST 2. -Track 7-13

OST 3. Track 14-20

OST 4. Track 21-26

OST 3. -Track 27-33

OST 5. -Track 34-39

OST 6. -Track 40-45

OST 7. -Track 46-51

OST 8. -Track 52-53

Lagu tema Fang~Joker

OST Fang Joker-Horrible Fang Joker

Semoga terhibur^^...

Tuesday, 5 July 2011

Carta Mingguan Oricon - minggu 26

Top 20

1. Atsuko Maeda- Flower

2. Shinee- Replay Japan Version

3. AAA- No cry no more

4. T.M Revolutions- FLAGS

5. DIR EN GREAY- Different Sense

6. Kaori to Tomoki, Tama ni Mook- Maru maru mori mori

7. Greeeen- Hana uta

8. AKB48- Everyday Kachuusha

9. Kinki Kids- Time

10. Shinsengumi Rian- Ito iro

11. Takeshi Tsuruno- Pokemon Ieru Kana?BW

12. Team Amuse- Lets try again

13. Miliyah Kato- Desire/ BABY BABY BABY

14. Morning Musume- Only you

15. SUPER GIRL- MAX! Otome kokoro

16. Negoto- Merci Roux e.p

17. Beast- Bad Girl

18. back number- Hanataba

19. SPECIAL OTHERS & Kiyosoku (from MONGOL 800)- Karappo

20. Chosinsei- Kuriunare -kimi ni aitakute-


Shinee- Replay Japan version [live video+lyrics+download link]

Konnichiwa... sblom ni, Beast dan Superjunior telah singgah di kedudukan 5 teratas dalam carta mingguan oricon.,.. kali ni minggu ke-26 giliran Shinee pula berada di tangga kedua... leh tahan gak lagu ni... nice song^^

Live Video

Lirik [Japan]

Minna ga urayamu kanpeki na special lady
dare yori mo kitto shiawase to
sekai no doko ni mo kawari wa inai yo
kimi wa boku ni dake no everything

Yasashisugi takaraka osanai kara ka
kimi no sono taido ga subete kataru
And I think I'm gonna hate it girl, kitto nagaku nai
kitdzuiteru kedo muki aenai

Nani wo shitemo (boku no kokoro wa)
mou (todokanai no ka)
Replay Replay Replay, omoide ga
zutto (boku no kokoro wo)
motto (itametsukeru yo)
Replay Replay Replay

So you're my MVP, mainichi ga mitasarete
atsumatta attention kimi to iru to feel so good
mou kono te wo hanasanai sou itta kedo
itsu kara darou mou onaji you ni (omowa nainda)

Yasashisugi takaraka osanai kara ka
sono kuuki kan de subete wakatta
And I think I'm gonna hate it girl, kitto nagaku nai
demo mata kimi wo sagashiteru

Nani wo shitemo (boku no kokoro wa)
mou (todokanai no ka)
Make up, Shake up, Break up (sou unmei? ga)
zutto (boku no kokoro wo)
motto (itametsukeru yo)
Make up, Shake up, Break up

Ah ah ah, kimi wa konna ni
Ah ah ah, kirei na no ni
hontou no ai wa mada shiranai hazu nanda yo
Ah ah ah, boku ga kimi ni
Ah ah ah, ataetai kedo
hontou no kimochi wa tsutawara nakute

Nani wo shitemo (boku no kokoro wa)
mou (todokanai no ka)
Replay Replay (I need a) Replay (sou unmei? ga)
zutto (boku no kokoro wo)
motto (itametsukeru yo)
Replay Replay Replay

Nani wo shitemo (boku no kokoro wa)
mou (todokanai no ka)
Replay Replay Replay (sou unmei? ga)
(I- I- I love you, girl~)
zutto (boku no kokoro wo)
motto (itametsukeru yo)
Replay Replay Replay
(I- I- I love you, girl~)

Nani wo shitemo (you and me, girl)
(I keep thinking 'bout you) You and me, girl
(Keep think 'bout you) Hey, girl~

(Key Minho) You don't know what is love, I will give it to you

Nani wo shitemo (you and me, girl)
(I keep thinking 'bout you) You and me, girl
(Keep think 'bout you) Hey, girl~

(Key Minho) You don't know what is love, I will give it to you
You drive me crazy~

More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/s/shinee/#share



Monday, 4 July 2011

Bahasa Jepun~ Ungkapan harian


Konnichiwa.. post berkenaan bahasa jepun kali ini tentang ungkapan yang digunakan seharian... Kalau selalu tengok drama Jepun atau anime mesti kerap dengar perkataan ini...

1. Hai はい ~ Ya/Yup!/yes... perkataan ini paling kerap diungkap oleh orang Jepun^^

2. Iie いいえ~ Tidak... ada perkataan lain seangkatan dengan nya iaitu---> chigaimasu ちがいますbermaksud bukan...

3. Doumo どうも~ Terima Kasih... ungkapan terima kasih yang ringkas selalunya atas perkara yang kecil tetapi kebiasaanya mereka akan cakap Arigatou ありがとう/ Arigatou gozaimasu ありがとうございます.. maksudnya same juga iaitu terima kasih...

4. Douitashimashite どういたしまして~ Sama-sama.. ungkapan membalas ungkapan terima kasih bagi orang jepun...

5. Wakarimasu ka?  わかりますか?~ Adakah anda faham?.... yang ini untuk pertanyaan.. untuk kita pastikan sama ada seseorang itu faham atau tidak dengan soalan yang diajukan atau sebagainya..
Kalau faham jawab---> Wakarimasu わかります~ saya faham.... atau wakata わかた... maksud yang sama...

Kalau xfaham jawab---> Wakarimasen わかりません~ saya tidak faham atau Shirimasen しりません~ saya tidak tahu

6. Daijoubu desuka? だいじょうぶですか? ~ Awak ok ke?... nak tanya keadaan seseorang

biasenye akan dijawab ----> Daijoubu desu だいじょうぶです~ Saya ok...

7. Kore wa nan desuka?  これはなんですか?~ Apa ini? ... bertanya tentang benda yang kita tak tahu... tapi benda itu kita sedang pegang atau berdekatan dengan kita...

8. Iie, Kekkou desu. いいえ、けっこうです~ Tidak, Terima kasih... Ungkapan untuk menolak pelawaan orang lain dengan cara yang sopan...

9. Dou iu imi desu ka? どういういみですか?~ Apa maksudnya... kalau kita tak faham atau blur dengan sesuatu perkara...

10. Sumimasen すみません ~ Minta maaf/tumpang lalu... Ungkapan mohon maaf yang sering digunakan oleh orang jepun... biasanya dalam perkara yang kecil seperti nak mencelah, nak bertanyakan soalan, terlanggar bahu, nak tumpang lalu dan sebagainya...

Kalau ade kesilapan tolong beritahu... sharing is very caring^^

Saturday, 2 July 2011

Perbezaan watak hero Kamen Rider [Den-O, Kiva, Decade & Daburu]

Konnichiwa! setiap hero dalam kamen rider mempunyai watak yang berbeza... jom selidik perbezaan watak2 hero kamen rider den-o, kiva, decade dan daburu^^


Kamen Rider Den-O

Hero; Nogami Ryotaro oleh Sato Takeru

Seorang budak lelaki yang lemah lembut dan jujur.. pada asalnya xpandai bergaduh.. tapi boleh mengawal imagin yang masuk ke dalam badan nya.. tinggal dengan kakak yang cun Airi yang menjadi kegilaan pelanggan lelaki di cafe kakaknya.. Ryotaro selalu ditimpa nasib malang.. Imagin yang pertama masuk ke dalamnya diberi nama momotaros.. setiap kali berubah Ryotaro selalu akan gunakan kad momotaros.. Watak Ryotaro berubah mengikut imagin yang masuk ke dalam badan nya iaitu Momotaros(watak poyo dan kelam kabut), Urataros(seperti lelaki budiman yang memikat hati hati wanita), Kintaros(watak ganas gaya ahli sumo,, berfikiran matang) dan Ryutaros(watak moden dan macam budak2)... Misi watak ini menghapuskan imagin yang mengubah masa hadapan..

Kamen Rider Kiva

Hero; Kurenai Wataru oleh Seto Koji

Seorang budak lelaki yang lemah lembut dan pemalu serta jujur.. pandai bermain biola dan membaiki biola... pada awal episod dia buat kajian untuk menghasilkan biola yang berkualiti daripada tulang ikan... tinggal sorang kat rumah yang besar.. xbercampur dengan jiran sekeliling.. mudah terpengaruh dengan perkara yang pelik seperti bermain gitar eletrik.. mempunyai abg tapi berlainan bapa iaitu Taiga yang juga musuhnya.. mengikut latar belakang, Wataru ialah separuh fangire separuh manusia.. Wataru boleh berubah kepada tiga form iaitu Garulu, Bassha dan Dogga.. Mereka ini ialah spesis keturunan puak yang mahu dibunuh oleh fangire telah bergabung kuasa dengan Wataru.. Misi watak ini adalah menghapuskan keganasan fangire dan ingin menjadikan fangire dapat hidup bersama dengan manusia..

Kamen Rider Decade


Hero; Kadoya Tsukasa oleh Inoue Masahiro

Seorang lelaki yang tidak mempunyai memori masa silam.. suka mengambil gambar.. tapi gambar yang macam hidup.. bekerja di Hakari Studio.. sebuah kedai gambar.. dipilih untuk merentasi masa silam kamen rider bermula dari Kuuga, Agito, Ryuuki sampai ke Kabuto, Den-O dan Kiva.. Tujuannya untuk menyelamatkan semua kesembilan dunia kamen rider daripada musnah.. setiap dunia kamen rider, Tsukasa akan mengambil gambar pelik seakan-akan hidup...

Kamen Rider Daburu

Hero; Hidari Shoutaro oleh Kiriyama Renn
Sonozaki Raito(Philip) oleh Masaki Suda


dua watak yang berlainan..
Hidari Shoutaro,, anak murid detektif terkenal yang telah mati dibunuh oleh agensi memori Gaia,, Muzium yang ingin berkuasa dibumi.. Seorang detektif cekap dalam menyelesaikan masalah.. selalu menggelarkan dirinya seorang detektif 'Hard Boiled'... kadang2 suka bertindak terburu-buru... tapi selalu berfikiran positif... selalu dianggap detektif 'half boiled' oleh rakannya philip kerana terlalu kasihan pada musuh..


Philip
seorang budak yang pintar,,, tanpa bantuannya Shoutaro tidak dapat maklumat yang jelas mengenai musuh terutama ketika berlawan.. suka membaca dan buat kajian.. bersembunyi dalam sebuah bilik supaya tidak dijumpai musuh yang mahukannya terutama ahli Muzium.. latar belakang sebenarnya ialah anak kepada ketua Muzium, Sonozaki Ryuube.. Ryuube mahukan Philip untuk melengkapkan cita2nya.. pada awalnya philip amat sensitif apabila disebut pasal keluarga.. tetapi selepas pujukan rakannya Shoutaro dan Akiko,, emosinya dapat dikawal...

Friday, 1 July 2011

Kamen Rider Den-O, Kiva, Decade & Daburu opening song

Konnichiwa... dah masuk bulan Julai... bulan ini special utk peminat2 kamen rider den-o, kiva, decade dan daburu... post utk bulan ini pasal kamen rider... yeahhh!! utk permulaan jom layan lagu tema kamen rider den-o, kiva, decade dan daburu^^

Kamen Rider Den-O
Penyanyi asal lagu ini group J-pop yg popular dgn lagu2 anime... AAA... cam ne nak sebut pon aku xtaw nye pun adui... ahah.. sebutla camne2 pon... tajuk lagu ni Climax Jump... nice song^^

Kamen Rider Kiva
Selepas habis Kamen Rider Den-O muncul pula Kamen Rider Kiva... tema lagu ni rentak rock sikit dinyanyikan group j-rock, Tourbillon... tajuk lagu Break the Chain... lagu kamen rider rentak rock!! yeah... nice song too^^

Kamen Rider Decade
Kamen Rider Decade lak... lagu tema ni pon rock jugak... suara penyanyi ni pon legend gak... Gackt... mmg terkenal kat Jepun tapi aku xbrape kenal... ngeee~...nice song too^^

Kamen Rider Daburu
Lagu Kamen Rider Daburu aku paling suke.. rock... rancak... best... lagu tema utk kamen rider ini yg penyanyi nyer perempuan lak... very nice song^^

Kamen Rider OOO xjumpe ag la lagu temanyer.. mungkin sbb baru lagi kowt... ade ke yg dah tgk Kamen Rider OOO....