Saturday, 11 August 2012

Best J-pop 2012 [Ranking Terkini 11/8/2012]


Konnichiwa!!... setakat 11 Ogos 2012 tepat jam 12 tgh malam,, Arashi telah menggunguli Senarai Best J-pop untuk bulan pertama undian.. Sebanyak 32 undian diterima setakat ini.. berikut adalah ranking terkini Best J-pop 2012...


BEST J-POP 2012
RANKING TERKINI (11 OGOS 2012)
----------------------------------------------------------

#01 - ARASHI [31%- 10 VOTES]

#02- YAMASHITA TOMOHISA [18% - 6 VOTES]

#03 - AKB48 [18% - 6 VOTES]

#04 - MORNING MUSUME [15% - 5 VOTES]

#05 - KAT-TUN [12% - 4 VOTES]

#06 - YUI [12% - 4 VOTES]

#07 - KANJANI 8 [9% - 3 VOTES]

#08 - SKE48 [9% - 3 VOTES]

#09 - C-UTE [9% - 3 VOTES]

#10 - HEY! SAY! JUMP [6% - 2 VOTES]

#11 - NMB48 [6% - 2 VOTES]

#12 - SCANDAL [6% - 2 VOTES]

#13 - AQUA TIMEZ [6% - 2VOTES]

#14 BERRYZ KUBOU [6% - 2 VOTES]

#15 ACID BLACK CHERRY [6% - 2 VOTES]

#16 - L'ARC-EN-CIEL [6% - 2 VOTES]

--------------------------------------------------------------------
 undian masih dibuka sehingga 28 Disember 2012^^
  

Friday, 10 August 2012

J-Drama 2010 Review ~ Freeter, Ie o Kau



Konnichiwa!!.. baru abes layan drama terbaek,, freeter ie o kau.. pehh.. seyes2li best!.. ahah..

SINOPSIS

Cerita ni pasal Take Seiji (Ninomiya Kazunari) yang menganggur setelah berhenti kerja.. dia mempunyai masalah ditempat kerja lamanye dan hanya bertahan selama 3 bulan.. Ayahnya sangat marah dengan tindakannya tu.. Selepas tu,, Seiji cuba bekerja sambilan sambil menunggu offer interview tempat kerja lain.. malangnya,, Seiji juga xmampu bertahan lama ditempat kerja sambilan.. Malangnya,, dia juga gagal dalam beberapa interview..


Ibunya secara tiba2 sakit dan didapati mengalami tekanan perasaan setelah dibuli oleh jiran2 selama 10 tahun,, jadi doktor telah mencadangkan supaya mereka berpindah.. ayahnya tidak bersetuju dengan cadangan tuh.. Seiji dengan ayahnya memang selalu xbersependapat dan sering kali bergaduh.. Seiji terpaksa mencari kerja sambilan lain untuk membeli rumah baru supaya ibunya kembali pulih daripada tekanan..

Secara kebetulan,, dia diterima masuk bekerja sebagai buruh kasar.. atas sebab gaji disitu lumayan.. pada mulanya dia xtahan dengan kerja2 berat.. namun sebab pekerja2 disitu yang mesra menyebabkan dia mula suka bekerja kat situ..

Setelah beberapa bulan bekerja Seiji berjaya kumpul duit Sejuta Yen.. malangnya wang tersebut terpaksa digunakan utk bayar barang yang diterima oleh ibunya yang telah ditipu.. Walaubagaimanapun,, atas sebab kerja yang memuaskan,, ketua tempat dia bekerja sambilan telah mengambilnya sebagai pekerja tetap..

Akhirnya,, Seiji berjaya membeli rumah baru untuk ibunya.... happy ending~ =)

KOMEN

- episod pertama je dah mula best dan buat aku nak terus tgk sampai abes..
- banyak pengajaran dalam cite nih nak2 lagi bagi org2 yang memilih kerja dan suke berhenti kerja.. hik3x~
- Pengorbanan Seiji untuk ibunya dalam cite ni memang sgt mengharukan.. huhu.. boleh nanges wooo! sanggup xpegi interview sbb nak tolong ibunya yang dalam kesusahan...
- One of the drama yg aku pernah tengok..
- Jalan cerita yg tip-top! dan sememangnya terbaekkk!!

INFO


Tajuk : Freeter, Ie o Kau 
Genre: Human Drama
Episod: 10
Rating penonton: 17.1%
Tv Siaran: Fuji Tv
Tahun: 2010
Pengikirafan:
  • 2011 Tokyo Drama Awards: Grand Prix
  • 2011 Tokyo Drama Awards: Best Actor - Ninomiya Kazunari
  • 2011 Tokyo Drama Awards: Best Producer - Hashimoto Fumi
  • 67th Television Drama Academy Awards: Best Drama
  • 67th Television Drama Academy Awards: Best Actor - Ninomiya Kazunari
  • 67th Television Drama Academy Awards: Best Theme Song (Hatenai Sora~ Arashi)
  • 14th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Oct-Dec 2010): Best Drama
  • 14th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Oct-Dec 2010): Best Actor - Ninomiya Kazunari
 KARAKTER UTAMA:

Take Seiji (Ninomiya Kazunari)
Seseorang yg memilih kerja... kurang mesra dengan orang... selalu xbersependapat dengan ayahnya.. mempunyai azam yang tinggi iaitu nak beli rumah baru untuk keluarganya..

Chiba Manami (Karina)
Bekerja ditempat sama dengan Seiji.. selalu amek berat pasal Seiji n sentiasa bagi support... dalam diam2 suka kat Seiji

TRAILER



Pergghhh.. aku memang rekemen kat korang tgk drama nih.. memang drama TERBAEK!^^

boleh tengok online kat sini ----> Gooddrama.net

Thursday, 9 August 2012

Horikita Maki... Dahulu dan Sekarang

Konnichiwa!!.. kali ni post pasal Horikita Maki,, dahulu sehingga kini.. huhu.. bukan calang2 aktress nih.. Horikita Maki mula aktif berlakon sejak tahun 2003 dalam drama Densha, Keita Deka Zenigata Mai ngan Doibutsu no Oisha-san.. wow! tiga drama dalam tahun 2003 sahaja..

1. Horikita Maki sbg Zenigata Mai dalam drama Keita Deka Zenigata Mai.. Tahun 2003.. muka budak2 lagi.. hehe.. xsilap masa ni dia berumur 15 tahun.. perghh.. kawaii.. ne?

2. Horikita Maki sbg Kotani Nobuka dalam Drama Nobuta wo Produce... Tahun 2005.. mesti ramai yg minat drama nih.. hmmm.. masa ni dia baru berumur 17 tahun.. pada waktu ni nama Horikita Maki sedang meningkat popular...

3. Horikita Maki sbg Yoshikawa Tsurara dalam drama Kurosagi.. Tahun 2006.. bergandingan dengan Yamapi lagi.. hik3x~

4. Horikita Maki sbg Ashiya Mizuki dalam drama Hanazakari no Kimitachi e... Tahun 2007.. time ni watak tomboi.. sgt sesuai dengan watak sebab Horikita Maki memang dari kecil berperwatakan ala2 tomboi..

5. Horikita Maki sbg Mineta Chisato dalam drama Atashinci no Danshi.. Tahun 2009.. masa ni pon rambut dia pendek jugak.. huhu..

6. Horikita Maki sbg Hayashida Manami dalam drama Umareru.. Tahun 2011.. haa.. time rambut dia dah panjang.. hik3x~.. muka pon dah nampak matang..

kalu diikutkan banyak lagi drama2 Horikita Maki nih... ade lebih kurang 30 drama lakonan Horikita Maki.. perghhh. xtermasuk movie lagi nih.. xheran lah Horikita Maki merupakan aktress jepun yg sgt popular skang nih.. ^^

Wednesday, 8 August 2012

Jom Dengar Nasyid Jepun

Konnichiwa!!.. haa,, jangan ingat Malaysia, Indonesia je ade nasyid.. kat Jepun pon ade gak.. huhu.. terjumpa lak kat youtube Qasidah Burdhah versi Jepun alunan seorang mualaf Jepun, Sh Ahmad Abu Hakeem Maeno.. terharu jugak dengan nasyid dalam bahasa jepun nih.. jom dengar^^


jarang sekali dengar nasyid dalam bahasa jepun,, hope pada masa akan datang nasyid akan berkembang pulak di bumi Matahari Terbit.. insyaallah

J-pop Single Preview ~ Yui Fight [Live NHK Music Japan with English Subbed]

Konnichiwa!!...peh2.. lagi sebulan je lagi single baru Yui ~Fight~ akan release (5 September 2012).. xsesabar lak nak tggu officialnyer.. leh download.. hik3x~ nak beli xmampu pulak lg.. haha.. okeh kpd kepada sesape yg belum dgr meh dgr cikit lagu fight nih.. yg ni live kt NHK

Enjoyyy~

Tuesday, 7 August 2012

J-pop Single Preview ~ AKB48 Gingham Check [29.8.2012 released]


Konnichiwa!!.. AKB48 bakal muncul single terbaru ~Gingham Check~..ini merupakan single ketiga untuk tahun 2012.. secara officialnya release pada 29 Ogos 2012.. wow! xlame lagi ^^.. haaa.. jom layan jap lagu baru AKB48 nih

Monday, 6 August 2012

J-Movies 2012 ~ Rurouni Kenshin Live Action Movie [Preview]

 
Konnichiwa!!.. skang ni ramai yang memperkatakan tentang movie yang ditayangkan pada 25 Ogos 2012 ini iaitu Rurouni Kenshin Live Action Movie.. kalu ramai yg cte pasal movie nih dah kompem2 la best.. ahaha..  Movie ni berdasarkan siri manga popular hasil ilustrasi dan ditulis oleh Watsuki Nobuhiro.. siri manga ni telah disiarkan dalam Mingguan Shonen Jump bermula pada 2 September 1994 sehingga November 1999.. pehh da lame da.. So,, peminat siri manga ni memang menantikan kemunculan movie nih..

Penggambaran movie ni telah dimulakan pada Ogos 2011 dan secara rasminya akan ditayangkan pada 25 Ogos 2012 (di Jepun)..

 Gandingan Sato Takeru (sbg Kenshin Himura) dan Emi Takei (sbg Kaouru Kamiya)..



FULL TRAILER

ENGLISH SUBS TRAILER

BEHIND THE SCENE


RUROUNI KENSHIN LIVE ACTION MOVIE 
25 OGOS 2012
(JAPAN ONLY)

MALAYSIA?? COMING SOON... ahaha =D
-----------------------------------------------------------------------------

Kamen Rider Wizard... Coming Soon (September 2012)



Konnichiwa!!... Siri Kamen Rider Fourze akan tamat xlame lagi... pengganti siri kamen rider baru selepas ini pula ialah Kamen Rider Wizard yang dijadualkan akan bermula 2 September 2012..

Siri kamen rider kali ni mengisahkan pasal kuasa sihir (magic) sebagai kamen rider.. Hero kali ni bernama Souma Haruto (Shirashi Shunya) yang boleh berubah menjadi kamen rider dengan menggunakan tali pinggang wizard driver... Tali pinggang ini boleh mengubahnya kepada 4 gaya kuasa iaitu ribut, tanah, api dan air..

TRAILER


Sunday, 5 August 2012

J-Drama 2011 Review ~ Nazotoki wa Dinner no Ato de

 
Konnichiwa!!.. baru abes teongok drama nazotoki wa dinner no ato de.. panjang lak tajuk nye.. hik3x~.. boleh tahan gak.. cerita pasal penyisatan..

SINOPSIS

Hosho Reiko adalah seorang detektif yang berlatar belakang sebuah keluarga yang kaya.. tapi dia rahsiakan identitinya tersebut.. dia bekerja dengan seorang detektif yang poyo, Kazamatsuri Kyoichiro.. setiap penyiasatan sesebuah kes akan jadi kelam kabut dengan sikap detektif Kazamatsuri yang sentaisa berlagak pandai.. haha..

Reiko ade penjaga lelaki,, Kageyama.. dia ni bijak dalam menyelesaikan kes2 Hosho... setiap kali makan malam Hosho akan cerita masalah yang berlaku dalam kes yang dia kendalikan.. disebabkan Hosho dah buntu xdapat cari jalan selesaikan kes tuh,, jadi dia minta bantuan Kageyama untuk bantu dia cari pesalah sebenar..

Selepas makan malam,, Kageyama akan beri pendapatnya mengenai kes2 tersebut,, sebab dia sentiasa mengekori Hosho untuk menjaga keselamatannya.. jadi dia tahu serba sedikit perjalanan kes2 Hosho.. bila Hosho dah dapat pesalah sebenar,, malam tu jugak dia pergi rumah suspek dan cari bukti terakhir..

KOMEN
- awal episod cerita ni macam bosan sikit,, mungkin sebab cara penceritaan cerita ni yang suke imbas kembali..
- kadang2 susah nak tangkap situasi kejadian.. sebab banyak cakap dari aksi.. huhu..
- jalan cerita agak menarik.. ade part2 kelakar tapi kurang suspen..
- kadang2 ade kejutan sebab pesalah sebenar tu kadang2 bukan suspek utama pesalahnya.. huhu. jadi susah gak nak agak sape pesalah disebalik kejadian jenayah tuh..
- hero dan heroin yang best..

INFO

Tajuk: Nazotoki wa Dinner no Ato de
Episod : 10
Genre: Penyiasatan, Misteri
Rating Penonton: 15.9%
Tv Siaran: Fuji Tv
Tahun Siaran: 2011

KARAKTER UTAMA


Hosho Reiko (Keiko Kitagawa)
Seorang detektif yang kaya.. tapi merahsiakan identiti sebenar.. selalu blur masa nak selesaikan kes.. sentiasa minta tolong Kazeyama untuk bantu cari pesalah.. 

Kageyama (Sakurai Sho)
Penjaga Peribadi Hosho Reiko.. seorang yang licik.. bijak dalam menyelesaikan masalah kes Hosho.. 

Kazamatsuri Kyoichiro (Shiina Kippei)
Seorang detektif poyo dan berlagak pandai.. selalu berdolak-dalik... xtetap pendirian... fikiran sentiasa berubah2.. huhu..



Secara keseluruhannya,, cerita ni BEST^^

boleh download high quality version kat sini -----> Doramax.com

Wednesday, 1 August 2012

Realiti J-pop Di Malaysia

Konnichiwa!!.. J-pop atau pon 'Japanese Pop' adalah genre muzik moden Jepun yang mula bertapak seawal tahun 1990.. revolusi J-pop telah wujud lama berbanding K-pop.. Antara kemunculan awal artis J-pop adalah seperti B'z, Tube, Mr Children dan banyak lagi.. pada masa itu band2 lelaki lebih menyerlah.. Sehingga kini J-pop telah berkembang dengan baik dengan kemunculan artis2 yg dikenali seluruh dunia seperti Arashi, KAT-TUN, Yui, AKB48, Morning Musume, Ayumi Hamasaki, Nakashima Mika, Koda kumi dan banyak lagi.. walaubagaimanapun aura J-pop nampak kurang di Malayisa..

Sejak beberapa tahun yang lalu, seawal kemunculan K-pop,, dengan pantas genre muzik tersebut menguasai peminat-peminat di Malaysia sekali gus menenggelamkan suasana muzik J-pop.. kebanyakan peminat2 K-pop di Malaysia gemar dengan rentak muzik K-pop yang menerapkan tarian yang menarik serta wajah2 artis mereka yang lebih kacak dan cantik.. walaubagaimanapun kecantikan serta kehanseman artis diorang bukannya semua asli,, terdapat juga yang cantik selepas buat pembedahan plastik seperti ahli kumpulan Girl's Generation.. di laporkan hanya seorang sahaja ahli kumpulan tersebut tidak melakukan pembedahan plastik.. Rentak muzik K-pop memang menarik.. aku sendiri minat la jugak dengan K-pop ni macam 2PM, Beast dan FT Island.. bagi aku grup2 K-pop ni mmg terbaek.. best.. yg laen2 tu aku kurang minat sikit.. huhu.. ape yang diperhatikan,, grup FT Island ni lain sikit.. xde menari2 sgt dan kurang muzik edit.. boleh dikatakan original muzik.. huhu.. xdinafikan memang best.. FT Island banyak kuarkan lagu2 dalam versi Jepun membuatkan grup ni antara grup yang berjaya menembusi pasaran Jepun..

Di Malaysia juga K-pop mendapat tempat di corong2 radio, televisyen, akhbar2 dan majalah di Malaysia secara menyeluruh.. siap ade buat ruangan untuk peminat2 K-pop lagi.. huhu.. dalam radio pulak,, nama je carta A-pop.. tapi lagu K-pop menguasai keseluruhan carta tersebut.. baik buat carta K-pop je.. ngeh3x.. kalau artis K-pop datang,, tu diaaa.. jemput masuk studio kuar tv,, interview kat akhbar2 dan majalah lagi.. haha..J-pop pulak?? ade ke ruangan peminat J-pop?? carta A-pop kdg2 satu je lagu tersenarai.. kalu artis j-pop yg datang xdenye nk buat interview dalam tv ke hape ke.. ahah.. sebab itu sesetengah peminat2 J-pop di Malaysia mengatakan orang Malaysia bias K-pop.. ahah.. bukan aku cakap.. diorang yg cakap... kebanyakan fans2 J-pop di Malaysia terpaksa berusaha sendiri mendapatkan info2 dan berita2 terkini mengenai situasi J-pop.. kalau di kedai2 muzik tuh,, pehh lambakan album2 k-pop berbanding album j-pop yang sedikit je.. ahah.. tapi itu xjadi masalah,, teknologi pon dah canggih.. sume mendownload aje... hik3x~

Disini bukanlah nak menyalahkan K-pop.. haha.. cuma peminat2 J-pop di Malaysia ni kena faham dengan realiti 'Malaysia bias K-pop'.. hehe.. sebab selera orang Malaysia lebih suke mendengar muzik K-pop sampai ade yg nak buat grup rentak K-pop Malaysia.. haha.. hmmm.. dengar cerita di Indonesia peminat tegar J-pop lebih ramai berbanding K-pop.. betul ke? sebab aku bnyk nampak blog2 berunsur J-pop dalam bahasa Indonesia..

walau sekuat mana aura K-pop di Malaysia,, bagi aku J-pop tetap paling best.. hehe =)

antara artis2 J-pop yang popular dalam kalangan peminat2 di Malaysia
 
AKB48

ARASHI

D DATE

KAT-TUN

MORNING MUSUME

YUI