Monday, 16 July 2012

Drama "Kaseifu no Mita" ~ rating penonton paling tinggi tahun 2011

Konnichiwa!!.. korang pernah tgk drama 'Kaseifu no Mita'.. dikhabarkan drama ni mendapat sambutan yang paling hangat daripada penonton2 di Jepun.. Berdasarkan carta oricon untuk drama jepun,, drama 'Kaseifu no Mita' berada di ranking no. 1 dengan purata rating penonton sebanyak 28.4%.. drama ni mengatasi drama 'Jin 2' dengan purata penonton sebanyak 26.1% di ranking no. 2 dan 'Marumo no Okite' sebanyak 23.9% di ranking no.3..

Dalam episod terakhir drama ni,, rating penonton mencecah 40%... ini jarang2 sekali berlaku dalam drama jepun.. banyak jugak komen2 positif pasal drama nih.. kebanyakan nye menyatakan drama ni mempunyai jalan cerita yang sangat menarik daripada mula episod sampai penamat...

Secara ringkasnya,, drama ni mengisahkan pasal seorang pembantu rumah untuk sebuah keluarga.. Keluarga tersebut mempunyai 4 orang anak yang kehilangan ibunya dalam kemalangan.. so,, Mita ni banyak membantu menyelesaikan masalah keluarga ni..

Single baru Yui ~'fight'~release September 2012


Konnichiwa!!.. Yui bakal release single ke-21 yang bertajuk 'fight'... Single terbaru ini secara rasmi release pada 12 September 2012 nanti.. tarikh telah disahkan.. ahah.. ini adalah single pertama Yui untuk tahun 2012.. satu penantian yang cukup lame bagi peminat tegar Yui termasuklah aku.. =P

pehh.. xsabar nk dengar lagu baru Yui ^^

Sunday, 15 July 2012

Bahasa Jepun~ Tatabahasa (partikel 'mo/ga' dan 'no' )

Konnichiwa.. da ber bulan lamenyer xshare pasal bahasa jepun.. cuti 2 bulan nih mmg masa untuk aku refresh semula bahasa jepun aku.. ade sikit lupa.. hihi.. aku spatutnye menghabeskan bahasa jepun level 2 sem ni tapi atas kekangan masa,, aku xdpt abeskan,, hanya sempat amek test 1 tu pon xtaw dpt bape.. agak susah sikit sebab pengajarnya memang org jepun.. Hiyama Junko-sensei namanye.. seorang pensyarah bahasa jepun yg memang asal dari jepun kini menetap di batu pahat, johor.. dan alhamdulillah beliau telah memeluk islam.. namenye islamnye Siti Nur Hiyama Junko ^^.. manis je org nye sentiasa berbaju kurung...

okeh.. kali ni nak share pasal tatabahasa 'ga/mo' dan 'no'...

Secara ringkas nya.. 'ga' bermaksud 'yang' manakala 'mo' bermaksud 'juga/pun'...

Kalau dalam ayat atau perbualan partikel 'ga/mo' biasenye akan diletakkan selepas subjek..

Topik + 'ga/mo' + Butiran topik + desu/dewa arimasen

Contoh ayat:

1. Watashi mo isha dewa arimasen
     (Saya 'juga' bukan doktor)

2. Ano hito ga Sato-san desu
     ( Dia yang Encik Sato)

3. Maria-san mo sensei desu.
    (Puan Maria juga cikgu)

4. Watashi no Tomodachi mo kutsu wo sagashi desu.
    (Kawan saya juga mencari kasut)

5. Hai, Ima-san ga sushi wo tabemasu.
    (Ya, Ima yang makan sushi)

Parkitel 'no' pula bermaskud 'punya/milik'... biasenye partikel ini diletakkan di tengah-tengah antara kata nama..

Kata Nama + 'no' + Kata Nama

Contoh;

1. Tomodachi no enpitsu
    (Kawan punya pensil)   ------> Pensil Kawan

2. Yamada-san no neko
    (En. Yamada punya kucing) ------> Kucing En. Yamada

3. Gakusei no jisho
    (Pelajar punya kamus) ------> Kamus pelajar


ni yang simple je... ade jugak ayat yang agak complicated sikit.. tapi jangan risau sebab 'no' maksudnye punye atau kepunyaan seseorang.. jadi ia biasa diletakkan selepas nama orang/ seseorang..

cube faham untuk contoh yang berikut;

1. Sore wa Tomodaci no epitsu desu.
    (Itu Pensil kawan saya)

2. Kore wa Yamada-san no neko desu.
    (Ini adalah kucing Encik Yamada)

3. Sensei wa Gakusei no jisho wo kariru desu.
    (Cikgu pinjam kamus pelajar)

INGAT! partikel 'no' mesti letak selepas nama orang/ seseorang.. kalau tak akan jadi macam ni;

- Asoko wa ie no Mari-san desu
  (Itu rumah punya Puan Mari)    [X - SALAH]

- Asoko wa Mari-san no ie desu
  (Itu Puan Mari punya rumah)   <----- ini yang BETUL =)

okeh.. hope korang faham.. insyaallah kalu ade masa aku cube kongsi beberapa contoh ayat dalam Bahasa Jepun...


Saturday, 14 July 2012

Sawajiri Erika kembali aktif

Konnichiwa!!.. menurut laporan tokyohive,, aktress popular jepun, Sawajiri Erika dilaporkan akan kembali aktif semula selepas berehat lama akibat masalah kesihatan.. Sejak Mei 2012,, Erika telah mengesahkan untuk berehat daripada sebarang aktiviti akibat masalah kesihatan yang dihadapinya,, namun tiada laporan terperinci mengenai penyakitnya..

Pada 14 Julai 2012,, bersempena dengan pembukaan filem 'Helter Skelter', Erika akan membuat penampilan pertamaya selepas berehat panjang di Tokyo..

sumber: Tokyohive

Friday, 13 July 2012

Anime Review ~ Mistudomoe

 
 
Konnichiwa!!.. baru lepas abes tgk anime Mitsudomoe.. hak3x~ anime ni dah lame ade dlm laptop cume skang ni je ade mase nk layan.. coz.. skang stok drama xde lg.. hihihi.. ramai ckp anime ni best.. kelakar.. hmm.. tu yg tgk tuh.. mmg kelakar pown!.. ahah

PLOT

Anime Mitsudomoe cite tentang tiga orang kembar Mitsuba, Futaba ngan Hitoha.. Ketiga-tiga org ni mempunyai karakter yang berlainan dan menarik.. diorang ni budak sekolah rendah lagi, darjah 6.. budak2 kelas diorang (Kelas 6-3) pon macam2 ragam.. huru hara jugak kelas tuh.. dapat pulak cikgu kelas yang lurus pulak, Yabechi-sensei.. Memang agak susah Yabechi nak kawal kelas nih sebab perangai budak2 kelas ni sume pelik2.. agak hentai! (lucah).. so,, kelas ni mmg dah kene cop kelas hentai.. ahah

KARAKTER UTAMA

Mitsuba [Ayahi Takagaki]
Dia ni kakak sulung daripada kembar tiga nih.. Mitsuba ni agak kalut.. suka cakap besar.. kuat makan.. ade musuh sekelas, Sukisagi,, diorang ni memang slalu gaduh.. tapi dalam diam2 diorang saling ambil berat antara satu sama lain..

Futaba [Satomi Akesaka]
Dia ni kira tengah2 dalam kembar tiga.. pelik sikit perangai dia.. selalu salah tafsir ape orang cakap.. kuat dan boleh angkat barang berat.. kuat lari jugak.. dia ni rapat dengan Satou menyebabkan ade tiga org budak pompuan stalker jeles.. bila kat umah Futaba paling manja ngan ayahnya..

Hitoha [Haruka Tomatsu]
ni yang paling kecik skali.. perangai Hitoha ni lagi pelik.. sangat pendiam.. suka menyendiri bawah meja Yabechi.. minat dengan rancangan Gachi Rangers tapi malu nak kongsi minat ngan kawan2 dia.. dalam diam2 Hitoha sgt tricky.. kat umah Hitoha paling rajin masak n kemas umah...

KOMEN

- anime agak pelik coz kdg2 agak hentai.. huhu
- setiap cerita dalam anime ni mmg best + kelakar..
- dalam2 hentai pon ade gak moral value ^^
- karakter2 sume best2.. seyes lawak anime nih.. ahah

INFO

Anime: Mitsudomoe
Genre: Komedi, cerita kehidupan semasa
Penulis Manga: Norio Sakurai
Tahun (keluaran Manga): 2006
Pengarah Anime: Masahiko Ohta
Tahun (keluaran Anime): Julai 2010- September 2010
Episod: 13


OP MITSUDOMOE

So,, bagi aku,, Anime 'Mitsudomoe' ... BEST^^


Thursday, 12 July 2012

Senarai Top 50 Most Popular Anime

Konnichiwa!!.. haa.. skang ni menghabeskan cuti dengan menonton anime pulak.. hehe.. xbyk mane pon koleksi.. ade la sikit sedut mmber2,, qada' balek yg dulu punye anime x abes tgk lagi.. haha..

wokeh disini nk kongsi ngan korang senarai anime2 yang popular berdasarkan voting di anivide.com... aku amek top 50 je lah... haha..dalam kurungan [ ] adalah jumlah undian..

MOST POPULAR ANIME
based on anivide.com


  1. . Naruto Shippuden [2133]
  2. Bleach [2002]
  3. Vampire Knight [1579]
  4. Code Geass [1456]
  5. Ouran High School Host Club [1449]
  6. Fairy Tail [1348]
  7. Inu Yasha [1343]
  8. FullMetal Alchemist [1317]
  9. Naruto [1227]
  10. One Piece [1214]
  11. Kaichou wa Maid-sama! [1175]
  12. Code Geass R2 [1153]
  13. Vampire Knight Guilty [1141]
  14. Death Note [ 1139]
  15. Fruits Basket [1133]
  16. Soul Eater [1129]
  17. Elfen Lied [1094]
  18. D.N. Angel [1092]
  19. Katekyo Hitman Reborn! [1064]
  20. D.Gray-man [1036]
  21. Fullmetal Alchemist: Brotherhood [998]
  22. Blood+ [997]
  23. Highschool of the Dead [987]
  24. Clannad [975]
  25. Chobits [907]
  26. Special A [890]
  27. Bleach  [889]
  28. Air Gear [841]
  29. Dragon Ball Z [826]
  30. Rosario + Vampire [823]
  31. Kuroshitsuji [804]
  32. Shugo Chara [796]
  33. Black Cat [796]
  34. Death Note Dubbed [781]
  35. K-ON! [761]
  36. Toradora! [753]
  37. Clannad After Story [735]
  38. Angel Beats! [718]
  39. Inuyasha: The Final Act [697]
  40. Cardcaptor Sakura [692]
  41. Kimi ni Todoke [659]
  42. Spirited Away [642]
  43. 07-Ghost [638]
  44. Yu Yu Hakusho [637]
  45. Zombie-Loan [637]
  46. Rurouni Kenshin [628]
  47. Fooly Cooly [614]
  48. Samurai Champloo [605]
  49. Pandora Hearts [605]
  50. Sailor Moon [604]

 ade beberapa anime yg tersenarai nih yg dlam planning nk layan nih... haha.. hope senarai nih mmbantu kpd sesape yg blur2 nk tgk anime.. kalu nk senarai anime2 yg latest2,, coming soon ye.. =P


J-Pop 2012 ~ Flumpool [Because... I am]

Konnichiwa!!.. band pop popular, Flumpool muncul dengan single ke-11 bertajuk Because... I am... secara officialnya release pada 11 Julai 2012.. jom dengar sikit.. best jugak ^^..



Monday, 9 July 2012

Oricon Chart Top 50 ~Half Year 2012~

Konnichiwa!!.. pehh.. sedar xsedar dah bulan julai.. da agak byk lagu2 j-pop yg aku da tertinggal nih.. skang ni mmg mndownload sume lagu2 j-pop yg best2.. jom check top 50 lagu2 j-pop sepanjang setengah tahun 2012 carta oricon^^

J-pop 2012~ Ikimonogakari [Haru Uta]

Konnichiwa!!.. ini adalah single Ikimonogakari yang ke-23.. berjudul 'Haru Uta'.. single release da agak lame la jugak.. hehe.. 25 April 2012.. single ni juga merupakan lagu tema untuk 'Detective Conan The Movie - 11 Hitome no striker'.. hav fun^^

Saturday, 7 July 2012

Drama 'Budak Sekolah' Terbaek


Konnichiwa!!.. kali ni post pasal drama jepun yg bertemakan budak2 sekolah.. ahah.. byk jugak drama jepun yg cte pasal budak sekolah nih... ade yg happening, lawak, serius, tacing, nanges2 pon ade.. tapi setiap cerita mesti ade moral value yg sgt berguna.. tu yang aku suke tgk cte jepun ni.. ade je mesej yg nk disampaikan dalam sesebuah cerita tuh.. dan cara diorng olahkan mesej tuh sgt kreatif.. tp mungkin ade yg xsuke bile time tengah2 cite byk sgt diorg ckp.. ahah.. tp dalam ckp2 tu kdg2 ade mesej nye.. hihi.. ok jom semak senarai drama jepun pasal budak2 sekolah yg best2..

Hanazakari no Kimitachi e (2007)

cite ni aku paling suke.. haha.. mesti ramai yg suke tgk cte nih.. paling best.. cerita sgt happening.. pasal budak sekolah lelaki.. cerita ni byk berkisar tentang kehidupan di sekolah ngan asrama.. yg happening nye bile diorng bersaing antara dorm untuk rebut hadiah2 yg ditawarkan.. mcm2 pertandingan yg kdg2 pelik2 je.. kdg2 diorang gaduh kdg2 bersatu hati.. ahah.. byk moment yg best dalam cte ni.. memang mcm realiti kehidupan bdk2 sekolah yg happening..

Rookies

cite ni pon best.. cite ni lebih kepada budak sekolah yg mempunyai impian yg tinggi dalam permainan besbol.. best cite ni.. tacing sikit kalu bab2 friendship yg ditonjolkan, pengorbanan seorang kawan.. pehh.. boleh nanges woo!.. haha.. cite ni byk gak pasal gaduh2, bertumbuk bagai.. sbb asalnye diorang ni mmg suke cari gaduh pastu atas bimbingan cikgu nye diorang berubah sikit demi sedikit...


Gokusen

Cite ni ade 3 season... sume best.. tapi bagi aku season 2 paling seronok.. dalam 3 season sume budak yg berbeza.. kira mcm 3 generasi pelajar... yg last skali disatukan dalam Gokusen The Movie... dalam ketiga-tiga season sume cte pasal budak skolah yg bermasalah.. tapi diorang berubah sikit2 dengan tunjuk ajar Yankumi... cite ni banyak gak pasal friendship.. tapi yang lebihnye hubungan budak2 sekolah ngan cikgu2 nye.. ade cikgu yg diorang suke n ade cikgu yg diorang xsuke.. haha.. cite ni lawak jugak..

Yamada Taro Monogatari

Cite yang happening.. cite pasal budak miskin(Yamada) masuk sekolah kaya.. tapi sume ingat bdk ni bdk kaya sbb latar belakangnya dirahsia kan.. cite ni lebih pasal situasi di sekolah elit.. yg menariknye watak Yamada yg memberi mesej bahawa manusia miskin atau kaya same je... dia langsung x pikir pasal kemiskinannya sesuatu yg membebankan... cool je.. tu pasal bdk lain ingat Yamada ni kaya..

My Boss My Hero

Cite ni lawak.. pasal anak yakuza yg dah berumur masuk sekolah.. sbbnye ayahnya bg syarat kalu nk jadi ketua mesti lepas sekolah tinggi dulu.. tapi akhirnya dia xdpat habes kn sekolah nya sebab kantoi identitinya seorang yakuza..

Hammer Session!

cite pasal budak sekolah dalam satu kelas yang banyak masalah... dalam setiap episd ade je bdk yang buat masalah sehinggakan cikgu disiplin sekolah nih dah tension dan naek muak dengan masalah yang ditimbulkan oleh budak kelas nih.. tapi disebabkan seorang cikgu penipu (Hachisuka Sensei) setiap masalah dapat diatasi dan kehidupan bdk2 sekolah dalam cte ni sgt happening dan agak tacing kdg2.. hihi

Ouran High School Host Club

cite pon pasal budak miskin masuk sekolah elit gak.. tapi lebih fokus kepada bdk2 host club... cte happening sbb watak ketua host club yang kalut dengan ahli2 host club yang mempunyai karakter2 yg pelik2..


Tumbling

Cite ni macam cite Rookies sikit.. cume cite pasal bdk2 yang maen gimnastik.. cume cite ni xhappening mcm cte 'Rookies'.. jalan cite ni aku suke.. sbb menarik.. daripada sebuah kelab gimnastik lelaki yang xcukup ahli kepada kumpulan gimnastik yang serba boleh.. banyak halangan diorang tempuh untuk berjya sbb kebanyakan bdk yang join kelab ni xpandai sgt dalam gimnastik..


Hanazakari no Kimitachi e 2011

Cite ni remake daripada Hana Kimi 2007.. jalan cite agak berbeza sikit.. skolah lak agak buruk sikit... jalan cite nye ok tapi rasenye xmenarik sgt mcm versi 2007.. kurang sikit happening nye.. tapi best jugak cite ni...

Great Teacher Onizuka

Cite ni pasal satu kelas budak2 yang bermasalah.. Onizuka-sensei yang mengubah mentaliti diorang.. cte ni agak lame dah.. tahun 1998 dulu... so, aku rase gaya cerita dalam GTO ni kurang feel sikit.. hehe.. tapi skang ade GTO yang baru.. cm ne agaknye ek..

ade lagi ke cte budak sekolah yang setanding mcm atas ni.. ahah.. tapi mungkin ade yang aku terlepas pandang.. gomen ne minna^^..