Monday, 13 February 2012

'YUI Online Shop' untuk peminat luar Jepun

Konnichiwa.. Penyanyi dan penulis lagu popular yang paling cute di Jepun kini membuka online shop untuk peminat-peminatnya selepas berakhirnya Konsert Jelajahnya yang ke-5 ~YUI 5th Tour 2011-2012 Cruishing-How Crazy Your Love~ di Pulau Okinawa pada 25 Januari 2012.. Yui telah menjelajah sebanyak 20 buah bandar sebelum ini dan telah membuat sebanyak 22 persembahan yang telah memukau 50 000 peminatnya..

Baru-baru ni Yui telah menghiburkan 20 000 peminatnya di Tokyo's Nippon Bodukan yang telah diadakan selama 2 hari pada 18 & 19 Januari 2012.. Bersempenakan dengan itu,, Yui telah melancarkan 'online shop' nya sendiri yang diberi nama ~YUI Official Good Store - YUI 5th Tour 2011-2012 Cruishing - How Crazy Your Love~.. Peminat2 Yui termasuk dari luar Jepun boleh mendapatkan barang2 sepanjang konsert jelajah Yui seperti T-shirt, Towel, Key-chain, bag, cap, postcard dan macam-macam lagi... Sume harga dalam mata wang yen tapi masa nak beli nanti boleh pilih currency negara lain...


Boleh klik disini ----> http://www.official-store.jp/yui-cn/ <------ untuk selanjutnya

Sunday, 12 February 2012

Maaf^^ .. ni senarai Best Jdrama yang baru? mane paling best?

Konnichiwa^^...selepas diteliti semula ade sembilan buah drama lagi yang sepatutnya aku senaraikan dalam Best Jdrama 2011.. ini berdasarkan komen2 yang memberansangkan daripada mereka2 yang dah tengok.. jadi aku rase,, macam xbest pulak kalu drama2 ni xde dalam senarai.. so inilah senarai terbaru drama-drama jepun best.. mane satu best?

BEST JDRAMA 2011

Yang ni senarai drama-drama best yang sedia ada:

Ikemen Desu ne
BOSS 2
Zenkai Girl
Ouran High School
JIN 2
Hanazakari no Kimitachi e 2011
Taisetsuna Koto wa Subete Oshiete ni Kureta
Team Batista 3
Nazotoki wa Dinner no Ato de
Marumo no Okite
CONTROL
SCHOOL!!
Misaki Number One!!
Utsukushi Rinjin
HUNTER
Gaikukan Kuroda Kosakan
Fuyu no Sakura
Runaway~Aisuru Kimi no Tame ni~
Boku to Star no 99 Nichi
Mitsu no Aji
Koito Royale
Shiawase ni Narou yo
Asuko March!
Umameru
Watashi ga Renai Dekinai Riyuu
Sengyou Shufu Tantei
Handawake no Yon Shimai
LADY~Saigo no Hanzai Profile~
Good Life~Arigatou Papa, Sayounara~
Zettai Redo
Soredemo, Ikete Yuku
Nankyouku Tariku

Yang ni Tambahan lagi 9 drama:

Inu o Kau to Iu Koto

Kaisefu no Mita

Hi wa Mata Noboru

Detective Conan: Kudo Sinichi e no Chousenjo

Deka Wanko

Propose Brothers
Bull Doctor

Diet Rebound

Koykousei Restaurant


Gomen ne! ^^.. jadi undian bermula semula dari kosong... huhu... boleh pilih mane drama jepun 2011 yang korang paling best di voting poll sebelah kanan---------> [BEST JDRAMA 2011]

Friday, 10 February 2012

Aktor dan Aktress Jepun mane paling best untuk tahun 2011?

Konnichiwa!!.. hehe.. tahun lepas segmen ni diberi nama ~ Japanese Hottest Actor & Hottest Actress 2010 (Aktor dan Aktress Jepun Paling Hot 2010).. tapi kali ni aku tukar namanya jadi Aktor dan Aktress Jepun paling best 2011.. heee.. jadi macam biasa calon nya berdasarkan aktor dan aktress yang aktif berlakon dalam drama dan movie jepun sepanjang tahun 2011.. ade beberapa nama xtersenarai kali ni seperti Yamashita Tomohisa dan Matsumoto Jun sebab diorang xberlakon dalam mane2 drama dan movie dalam tahun 2011.. so,, berikut adalah senarai untuk korang pilih;

macam biasa boleh buat pilihan kat voting poll sebelah kanan nih -------> =)


~Aktor Jepun Paling Best 2011~

1. Miura Haruma
Drama: Taisetsu na koto wa subete Oshiete ni Kureta, Hi wa mata wa Noboru

***********

2. Yamamoto Yusuke
Drama: Ouran High School, Nankyouku Tairiku, Ninkyou Helper SP, Aji Ichomonme
Movie: Paradise Kiss

**********

3. Kamenashi Kazuya
Drama: Yokai Nigen Bem

**********

4. Nishikido Ryo
Drama: Zenkai Girl, Inu o Kao to Iu Koto

**********

5. Yuta Tamamori
Drama: Ikemen Desu ne, Shiawase ni Narou yo

**********

6. Masaki Suda
Drama: Taisetsu na koto wa subete Oshiete ni Kureta, Runaway~Aisuru Kimi no Tame ni
Movie: High School Debut, Kamen Rider x Kamen Rider Fourze and OOO Movie Taisen Megamax, OOO Den-O All Riders: Lets go Kamen Rider

**********

7. Sakurai Sho
Drama: Nazo toki wa Dinner no Ato de

**********

8. Mukai Osamu
Drama: Aishiteru~Kizuna~, Honto ni Atta Kowaii Hanashi,
Movie: Paradise Kiss, Bokutachi wa Sekai wo Kaeru Koto ga Dekinai

**********

9. Ninomiya Kazunari
Drama: Freeter ie o Kao SP

**********

10. Ichihara Hayato
Drama: Runaway
Movie: DOGxPOLICE

**********

11. Aoi Nakamura
Drama: Hanazakari no Kimitachi e 2011, Propose Brothers: Umare Junbetsu Otoko ga Kekkon Suru Houhou
Movie: Kimi to Boku, My Back Page, Ike! Danshi koko Engekibu, Mitsuko Delivers

**********

12. Mizobata Junpei
Drama: Detective Conan, Detective Conan Live Action Movie 3, BOSS 2, Mitsu no Aji, Saigo no Kizuna: Okinawa Hikisakareta Kyoudai, Akai Yubi
Movie: High School Debut

**********

13. Eita
Drama: Soredemo Ikete Iu




~Aktress Jepun Paling Best 2011~

1. Horikita Maki
Drama: Umemaru, Furusato~Musume no Tabidachi~, Shiawase no Kiiroi Hankachi
Movie: Byakuyako, Korede linoda!! Eiga Akatsuka Fujio

**********

2. Aragaki Yui
Drama: Zenkai Girl, Ranma 1/2 Live Action Movie

**********

3. Toda Erika
Drama: Taisetsu na koto wa Subete Oshiete ni Kureta, BOSS 2
Movie: Hankyu Densha, DOGxPOLICE

**********

4. Keiko Kitagawa
Drama: Nazotoki wa Dinner no Ato de, Kono Sekai no Katasumi ni, LADY~Saiga no Hanzai Profile~
Movie: Paradise Kiss

**********

5. Inoue Mao
Drama: Ohisama
Movie: Youkame no Semi, Taiheiyou no Kiseki~Fox to Yobareta Otoko~

**********

6. Yuki Amami
Drama: BOSS 2

**********

7. Atsuko Maeda
Drama: Hanazakari no Kimitachi e, Sakura kara no Tegami

**********

8. Emi Takei
Drama: Taisetsuna koto wa subete Oshiete ni kureta, Asuko March!, Honto ni Atta Kowai Hanashi

**********

9. Miori Takimoto
Drama: Ikemen Desu ne

**********

10. Haruna Kawaguchi
Drama: Ouran High School
Movie: Drunker in the Dug-out

**********

11. Ayase Haruka
Drama: Nankyouku Tariku, JIN 2
Movie: Princess Toyotomi

**********

12. Kou Shibasaki
Drama: Diplomat Kuroda Kousaku

**********

13. Nakama Yukie
Drama: Nankyouku Tariku, Utsukushi Rinjin

**********

Imbasan sebelum nih,, Top 3 Aktress Jepun Paling Hot---> 1. Horikita Maki [35% ], 2. Aragaki Yui [ 17%] & 3. Toda Erika [ 10%] manakala Top 3 Aktor Jepun Paling Hot ---> 1. Yamashita Tomohisa [21% ], 2. Matsumoto Jun [15% ] & 3. Miura Haruma [15% ].. dengan ketiadaan Yamapi dan Matsujun dalam senari adakah Miura Haruma akan jadi pilihan pembace kali ni? Nishikido Ryo, Yamamoto Yusuke, Masaki Suda,, pehhh sume best2 tuh... Horikita Maki, Aragaki Yui, Toda Erika, Inoue Mao?? mane satu pilihan korang.. ahaha..

Galileo



Konnichiwa.. perghhh.. abes menonton drama 'Galileo'.. mula2 macam xbest.. bile dah tengok, gempak seyh.. cte ni lain sikit sebab biasa dalam cte2 polis mesti pasal tangkap penjenayah dan selesaikan kes.. berlainan dengan cte nih,, seorang profesor merungkai misteri disebalik kejadian jenayah...

Sinopsis

Utsumi Kaori,, seorang polis penyiasat baru,, sering kali mendapatkan bantuan seorang profesor di Universiti Tantei, Yukawa-sensei untuk menyelesaikan misteri sesuatu kejadian jenayah.. Utsumi selalunya xsependapat dengan rakan sekerja, Yuge yang sentiasa ambil mudah dalam selesaikan sesuatu kes jenayah...

Oleh sebab itu,, Utsumi akan bekerjasama dengan Yukawa-sensei.. Walaubagaimanapun,, sikap Yukawa-sensei ni pelik sikit.. dia selalunya fokus dalam menyelesaikan misteri yang menarik perhatiannya.. apabila dia hampir menyelesaikannya,, dia akan kembangkan formula-formula fizik untuk mendapatkan jawapan.. akhir sekali dia akan menjalankan demonstrasi tentang misteri kejadian jenayah..

Bila misteri berjaya dibongkarkan,, Yukawa-sensei menyerahkan tugasan terakhir kepada Utsumi menangkap penjenayah sebenar/ menyelesaikan kes-kes yang menjadi misteri.. Walaupun,, Utsumi xsuke dengan sikap Yukawa yang kdg2 pelik dan menyakitkan hati, tapi dia perlukan bantuannya untuk menyelesaikan kes-kes misteri yang ditamatkan penyiasatan tanpa sebarang alasan kukuh...

Komen:
- Drama yang menarik.. interesting!
- xpaham dengan hanya kembangkan formula fizik dapat menyelesaikan misteri jenayah.. huhu
- heroin yang sangat comel.. walaupun wataknya sentiasa kalut.. tp.. perghh.. kawaiii..^^
- setiap episod ada experiment(demonstrasi kejadian jenayah) yang sangat menarik..
- episod akhir best tapi endingnya macam mengejutkan.. xnmpk macam cte da nak tamat..huhu..
- setiap episod kene fokus,, kalu x nnt konfius dengan jalan cte sebenar.. ahah
- Skala drama nih: BEST^^

Info:

Tajuk: Galileo
Genre: Detektif, Misteri
Jumlah episod: 10
Rating penonton: 22.0%
Tv Siaran: Fuji Tv
Tempoh siaran: Oktober-Disember 2007
Lagu Tema: KISS Shite oleh KOH
Karakter Utama: Masaharu Fukuyama (Yukawa-sensei), Kou Shibasaki (Utsumi Kaoru)
Pengiktirafan: Asian Television Awards ke-13 [Best Drama Series], Television Drama Academy Awards ke-55 [Best Drama, Best Actor - Masaharu Fukuyama, Best Supporting Actress- Kou Shibasaki, Best Script- Yasushi Fukuda, Best Director & Best Theme Song]

Wednesday, 8 February 2012

Ranma 1/2 Live Action Movie

Konnichiwa... penah bace komik ranma 1/2.. haha.. dulu aku penah bace tp xabes... best gak.. lawak giler.. tapi kali ni ade dalam versi live action movie pulak..

Sinopsis:

Citer ni dibintangi Aragaki Yui yang memegang watak utama sbg Akane-chan... anak ketiga kepada Tendou Soun... Akane berlainan dengan budak perempuan lain,, kerana kelakuannya macam lelaki.. setiap pagi pasti dia akan bergaduh dengan sekumpulan budak lelaki nakal... Akane juga sangat digilai Kuno Tatewaki yang sangat handal berlawan... Walaubagaimanapun,, Akane xminat dengan mereka sume...

Pada satu pagi,, Akane bertemu dengan Ranma yang dikatakan bakal tunangnya.. Akane berasa gembira yang Ranma sebenarnya perempuan.. akan tetatpi ketika tiba di rumahnya,, Akane berasa terkejut apabila Ranma bertukar menjadi lelaki.. Menurut bapanya,, Saotome Genma,, dia dan anaknya terkena sumpahan kolam air panas di China... Genma akan berubah menjadi panda apabila terkena air manakala Ranma akan berubah menjadi perempuan apabila terkena air.. mereka akan kembali ke rupa asal apabila terkena air panas...

Oleh itu, Genma dan Ranma bertemu dengan Tendou Soun untuk mencari kolam air panas yang mampu memulihkan sumpahan tersebut.. Ranma telah bersetuju untuk berkahwin dengan Akane asalkan dia dapat pulih seperti sedia kala.. Walaubagaimanapun,, hasrat itu disekat oleh sekumpulan mahkluk lelaki berpakaian wanita yang mahukan kolam air panas tersebut untuk menjadikan dunia dipenuhi lelaki kacak...

Akane dan Ranma berjaya menghalang kumpulan tersebut merampas kolam air panas tersebut.. walaubagaimanapun,, kolam air panas tersebut sudah xberoperasi lagi dan sumpahan tersebut xdapat dipulihkan...

Komen:
- Auwww.. tak sangka pulak heroinnya Aragaki Yui..kawaiii
- Jalan ceritanye boleh tahan jugak.. menarik..
- Lawak .. aksi yang menarik..
- Skala movie nih: BEST^^

Info:
Tajuk: Ranma 1/2 Live Action Movie
Genre: Aksi, Komedi, Romantik
Rating Penonton: 7.9%
Tv Siaran: NTV
Tarikh disiarkan: 9 Disember 2011
Karakter Utama: Akane(Aragaki Yui), Ranma Lelaki(Kenko Kaku) & Ranma Perempuan(Natsuna)

Preview:

Tuesday, 7 February 2012

Detective Conan Live Action 3: The Legend of A Mysterious Bird

Konnichiwa... layan movie live action 3 detective conan lak... best jugak walaupun pelakon banyak yang dah tukar...

Sinopsis

Cerita ni 100 hari sebelum Sinichi Kudo bertukar menjadi Edogawa Conan... Sonoko mengajak Ran, Kudo dan Eri (Mak Ran) pergi ke sebuah kampung terpencil di Jugoya untuk menyingkap misteri lagenda burung misteri... Burung itu dikenali sebagai tuhan burung besar dikatakan sgt marah dengan keluarga Wakura... Penduduk kampung juga marah dengan keluarga Wakura yang dikatakan punca kemarahan tuhan burung besar tersebut..

Walaubagaimanapun,, Wakura yang memiliki tanah dikampung tersebut ingin selongkar lagenda burung tersebut.. dia sanggup berhabiskan masa, duit dan mengabaikan kebahagian keluarganya semata-mata nak taw lebih lanjut pasal lagenda ni...

Dikatakan tuhan burung besar sudah mengamuk,, mangsa pertamanya ialah pembantu Wakura terbunuh tertusuk di atas tanduk tiang pemujaan tuhan burung tersebut... Maka Sinichi Kudo berasal musykil dengan kejadian itu dan memulakan penyiasatan... Secara kebetulan,, penyiasat terkenal Koguro Mori muncul membantu siasatan... akan tetapi kemunculan Mori hanya menambahkan keadaan huru hara...

Selepas itu,, anak Wakura, Youichi menjadi mangsa kedua.. Sinichi Kudo menjangkakan ada lagi antara anak Wakura yang akan menjadi mangsa tuhan burung besar... oleh itu,, Kudo, Sonoko dan Ran berusaha mengawasi pergerakan anak2 Wakura... Akhirnya Kotomi yang sepatutnya menjadi mangsa seterusnya berjaya diselamatkan...

Selepas melakukan penyiasatan,, akhirnya Kudo berjaya membongkar pembohongan disebalik lagenda tersebut.. rupe-rupenyer anak perempuan yang pernah dicintai Wakura kembali membalas dendam...

Komen:
- hero dan heroin dah tukar... hehehe... tapi Mizobata Junpei sbg Kudo cool jugak! Ran Mori pon cute...
- Jalan cerita menarik.. same suspen macam dalam manga..
- Skala movie nih: BEST^^

Info:
Tajuk: Detective Conan Live Movie 3: The Legend of A Mysterious Bird
Genre: Misteri, Detektif
Rating penonton: 8.5%
Tarikh Tayangan: 15 April 2011
Tv siaran: NTV
Karakter Utama: Mizobata Junpei sbg Sinichi Kudo & Kutsuna Shiori sbg Mori Ran

Sedikit Preview:

Monday, 6 February 2012

Penggunaan 'wa', 'desu' dan 'dewa arimasen'


Konnichiwa... lame giler xshare pasal bahasa jepun... hurmmm time2 cuti ni sempat jugak lah refresh balik tatabahasa jepun... macam mane nak buat ayat dalam bahasa jepun ek? huhu... sebenarnya bahasa jepun xde lah susah sangat... okeh kite mulakan dengan paling basic ~penggunaan 'wa', 'desu' dan 'dewa arimasen'~ dulu aku blajar bende ni dulu sebab ni paling asas nak buat ayat dalam bahasa jepun..

1. 'wa' - maksudnya adalah/ialah

Untuk permulaan boleh tgk kat bawah... partikel 'wa' akan berada di tengah-tengah ayat dan partikel 'desu' akan berada di akhir ayat... jadi terhasilah sebuah ayat kata nama (ayat tanpa perbuatan)..

Subjek/Topik + wa + butiran topik + desu
**desu xditerjemah dalam bahasa melayu... ia sebagai pelengkap ayat dalam bahasa jepun^^

berikut adalah contoh-contoh ayat:

i. nak memperkenalkan diri sendiri...
Watashi wa Azlizul desu
(Saya adalah Azlizul)

ii. nak memperkenalkan seseorang
Ano hito wa Abu-san desu
(Orang itu/dia ialah En. Abu)

iii. nak beritahu pasal sesuatu perkara
Wani-san wa sensei desu
(Pn. Wani ialah seorang guru)

Otousan wa Isha desu
(Ayah saya ialah seorang doktor)

iv. nak beritahu sesuatu benda
Kore wa jisho desu
(Ini adalah kamus)

Are wa jitensya desu
(Itu adalah basikal)

senang kan... untuk pengetahuan walaupun perkataan 'adalah/ialah' selalu diabaikan dalam bahasa melayu... tetapi dalam bahasa jepun 'wa' mesti kena ada dalam sesuatu ayat...

Contoh... ayat bahasa melayu;
1. Dia adalah pelajar
2. Dia pelajar
3. Dia seorang pelajar

Kesemua ayat di atas adalah sama maksud dengan ayat ini - 'Ano hito wa gakusei desu'.. perkataan 'seorang' dalam bahasa melayu xperlu diterjemahkan dalam bahasa jepun...


Seterusnya pula ialah partikel 'dewa arimasen'... partikel ni juga berada di akhir ayat.. bezanya partikel ini untuk ayat yang berbentuk negatif...

dewa arimasen- maksudnye bukan

dewa arimasen juga same maksud dengan ja arimasen... bezanya 'dewa arimasen' lebih formal berbanding dengan 'ja arimasen'...

Contoh:

i. Watashi wa sensei dewa arimasen
(Saya bukan guru)

ii. Ano hito wa Abu-san ja arimasen
(Orang itu/ dia bukan En. Abu)

iii. Wani-san wa isha dewa arimasen
(Pn. Wani bukan doktor)

iv. Are wa kuruma ja arimasen
(Itu bukan kereta)

** Jangan gune 'desu' bersama dengan 'dewa arimasen/ja arimasen'...

Contoh yang salah-

Itu bukan basikal
Are wa jitensya desu dewa arimasen
xboleh gune 'desu' dalam ayat di atas kerana ia dah jadi bentuk negatif...

Hope korang boleh faham dengan penerangan yang ringkas nih... nanti aku tambah lagi^^

Sunday, 5 February 2012

Single terbaru Arashi ~Wild at Heart~


Konnichiwa... Arashi akan muncul dengan single ke-37 yang berjudul 'wild at heart'... Single ini akan release secara official pada 7 Mac 2012.. Single ini juga dijadikan lagu tema untuk sebuah drama lakonan Matsumoto Jun iaitu 'Lucky Seven'...

Kepada sesape yang nk beli single ni akan dikeluarkan dalam dua edisi iaitu Limited Edition (CD+DVD) dengan regular edition (CD sahaja)...

Saturday, 4 February 2012

J-aktor~ Nishikido Ryo

Konnichiwa... tetibe terase teringin nk menonton semula drama paling touching ~One Litre of Tears~ hahaha.. kalu yg dah tengok drama nih mesti ingat heronye,, Nishikido Ryo... pertama kali aku mengenal Ryo menerusi drama ni lah.. hak3x~ Ryo antara aktor jepun yang aku minat.. setiap watak/karakter yg dibawa mesti best...

Nishikido Ryo dilahirkan di Hyogo pada 3 Disember 1984 dan dibesarkan di Osaka.. Ryo muncul dalam drama pertamanya Binbo Doshin Goyocho pada tahun 1998.. Selain menjadi pelakon Ryo juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian,, kini Ryo dimiliki oleh syarikat Johnnys' Entertainment dan menjadi ahli kepada kumpulan NEWS dan Kanjani8... haha.. macam pelik sikitkan, jadi ahli untuk dua kumpulan... Aku lagi suke penampilan Ryo dalam Kanjani8.. lagi best.. Group tu best jugak!.. Tapi kini Johnnys Entertainment mengesahkan Ryo terpaksa keluar daripada group NEWS atas jadual yang bertindih...

Setakat ni Ryo hanya muncul dalam satu filem je,, iaitu Chonmage Purin pada tahun 2010.. mungkin Ryo lebih digemari menerusi drama sehingga kini banyak drama2 yang dibintanginya mendapat sambutan hangat,, antaranya One Litre of Tears, Attention Please!, Last Friend, Ryusei No Kizuna, Orthros no Inu, Joker Yurusarezaru no Sousakan, Inu o Kao to Iu Koto dan terbaru Zenkai Girl(2011)..

Info mengenai Nishikido Ryo..

Nama Penuh: Nishikido Ryo
Nama Cina: Jin Hu Liang
Nickname: banyak sgt.. tapi biasa org panggil Ryo-chan atau Ryo-kun
Tarikh Lahir: 3 Disember 1984
Tempat Lahir: Hyoga
Kampung Halaman: Osaka
Tinggi: 170cm
Berat: 55kg
Zodiak: Scorpio
Talent Agency: Johnnys Entertainment (mulai September 1997)
Kumpulan: Kanjani8

Nishikido Ryo ketika zaman kanak-kanak.. haha.. kawaii ne..

haa.. bile dah besar,, pehh kacak, macho.. hak3x~

Senyuman Ryo-kun

hahaha.. ni apesal pulak nih

Menarik pasal Nishikido Ryo...

Kawan baik: Yamashita Tomohisa, Akanishi Jin, Okura Tadayoshi, Yasuda Shota, Uchi Hiroki
Warna Kegemaran: Kuning, Hijau, Hitam, Kelabu
Haiwan disukai: Anjing
Haiwan yang xdisukai: Kucing
Makanan kegemaran: Nasi, Ramen, Yaki Soba, Sup Miso, Garlic Rice dan makanan yang berkaitan dengan mayonis
Makanan xdisukai: Coklat, gula-gula, ikan, bawang, lobak merak, kacang pis
Negara Kegemaran: Jepun, Amerika, Perancis
Bandar Kegemaran: Tokyo, Osaka
Artis Kegemaran: The Beattles, Red Hot Chili Peppers, Tokyo Jihen, Nirvana, ACIDMAN, Remioromen, Mr. Children, Ueda Masaki, Saito Kazuyoshi
Pelakon Kegemaran: Orlando Bloom, Brad Pitt, Anthony Hopkins, Denzel Washington
Filem Kegemaran: The Silence of the Lamb, About Shcmidt, The School of Rock, Taxi Driver, John Q, The Hunchback of Notre Dame
Sukan Kegemaran: Bola sepak
Pemain Bola Sepak Kegemaran: Cristiano Ronaldo

Pengiktirafan...
Drama yang sentiasa menjadi ingatan peminat JDrama

Nikkan SPorts Drama Grand Prix(Summer 2009): Best Supporting Actor-Orthros no Inu
Nikkan Sports Drama Grand Prix (Fall 2008): Best Supporting - Ryusei no Kizuna
Tv Drama Academy Awards 57: Best Supporting Actor- Last Friends
Nikkan Sports Drama Grand Prix(Spring 2008): Best Supporting Actor- Last Friends
Nikkan Sports Drama Grand Prix(2002-04): Best Newcomer- Teruteru Kazoku

Kenangan Pahit...

Terlibat dalam satu kemalangan kereta semasa memandu di Shuto Expressway 3.. Ryo xmengalami kecederaan tetapi pemandu kereta lain seorang wanita dalam lingkungan 60-an mengalami kecederaan.. Ryo telah dipersalahkan oleh pihak polis sebab tidak melihat arah yang dia nak lalui..