Showing posts with label Detective Conan. Show all posts
Showing posts with label Detective Conan. Show all posts

Tuesday, 7 February 2012

Detective Conan Live Action 3: The Legend of A Mysterious Bird

Konnichiwa... layan movie live action 3 detective conan lak... best jugak walaupun pelakon banyak yang dah tukar...

Sinopsis

Cerita ni 100 hari sebelum Sinichi Kudo bertukar menjadi Edogawa Conan... Sonoko mengajak Ran, Kudo dan Eri (Mak Ran) pergi ke sebuah kampung terpencil di Jugoya untuk menyingkap misteri lagenda burung misteri... Burung itu dikenali sebagai tuhan burung besar dikatakan sgt marah dengan keluarga Wakura... Penduduk kampung juga marah dengan keluarga Wakura yang dikatakan punca kemarahan tuhan burung besar tersebut..

Walaubagaimanapun,, Wakura yang memiliki tanah dikampung tersebut ingin selongkar lagenda burung tersebut.. dia sanggup berhabiskan masa, duit dan mengabaikan kebahagian keluarganya semata-mata nak taw lebih lanjut pasal lagenda ni...

Dikatakan tuhan burung besar sudah mengamuk,, mangsa pertamanya ialah pembantu Wakura terbunuh tertusuk di atas tanduk tiang pemujaan tuhan burung tersebut... Maka Sinichi Kudo berasal musykil dengan kejadian itu dan memulakan penyiasatan... Secara kebetulan,, penyiasat terkenal Koguro Mori muncul membantu siasatan... akan tetapi kemunculan Mori hanya menambahkan keadaan huru hara...

Selepas itu,, anak Wakura, Youichi menjadi mangsa kedua.. Sinichi Kudo menjangkakan ada lagi antara anak Wakura yang akan menjadi mangsa tuhan burung besar... oleh itu,, Kudo, Sonoko dan Ran berusaha mengawasi pergerakan anak2 Wakura... Akhirnya Kotomi yang sepatutnya menjadi mangsa seterusnya berjaya diselamatkan...

Selepas melakukan penyiasatan,, akhirnya Kudo berjaya membongkar pembohongan disebalik lagenda tersebut.. rupe-rupenyer anak perempuan yang pernah dicintai Wakura kembali membalas dendam...

Komen:
- hero dan heroin dah tukar... hehehe... tapi Mizobata Junpei sbg Kudo cool jugak! Ran Mori pon cute...
- Jalan cerita menarik.. same suspen macam dalam manga..
- Skala movie nih: BEST^^

Info:
Tajuk: Detective Conan Live Movie 3: The Legend of A Mysterious Bird
Genre: Misteri, Detektif
Rating penonton: 8.5%
Tarikh Tayangan: 15 April 2011
Tv siaran: NTV
Karakter Utama: Mizobata Junpei sbg Sinichi Kudo & Kutsuna Shiori sbg Mori Ran

Sedikit Preview:

Thursday, 10 February 2011

Detective Conan the Movie 2010: The ship lost in the sky

Konnichiwa... pergh.. akhirnya dpt gak nengok dtective conan movie 2010.. movie ni adalah yg ke-14... Movie conan yg ke-15 akan ditayangkan di Jepun pada bulan April 2011... aku beli kt Classic Entertainment, Metro Point Kajang,,, dpt RM9.90...murahkan!! original nih!





Sinopsis
Dalam movie yg ke-14 nih,, mengisahkan kes penyiasatan Conan di sebuah kapal udara... Conan, Ran, Kogoro Mouri, Prof Agasa, Hibari dan kwn2 Conan dijemput oleh pak cik Sonoko menaiki kapal udara moden yg dimilikinya.. Tujuan nyer adalah untuk mengumpan Pencuri Permata Lagenda, Kaito Kid mencuri permata yg diletakkan dlm kapal ni... Kejadian ini juga mahu disiarkan secara langsung melalui televisyen... Pak cik Sonoko telah lama berdendam dgn Kid.. Ini kerana dia sering kali tewas dan terpedaya dgn tipu helah Kid... Kali ni dia berazam utk menangkap Kid,, oleh itu beberapa pegawai polis dijemput dan perangkap dipasang disekeliling tempat permata itu diletakkan...
Walaubagaimanapun,,, kejadian lain berlaku sebaliknya... sekumpulan penjenayah 'Kucing Siam Merah' menyebarkan virus didalam kapal... Tujuan penjenayah ni adalah utk mencuri patung2 Buddha di Nara, Osaka... Jadi mereka menggunakan kapal ni untuk menyebarkan virus di Nara supaya org ramai meninggalkan kwsn tu dan memudahkan kerja mereka mencuri patung2 buddha.. Dengan pertolongan Hattori.. Pencurian patung2 tersebut gagal...

Kaito Kid sebenarnya telah menyamar sbg pelayan di dalam kapal tersebut... Agenda nya utk mencuri permata dlm kapal tersebut terbantut disebabkan kapal tersebut telah ditawan penjenayah.. utk memudahkan kerjanya,, dia telah bekerjasama dgn Conan utk menewaskan penjenayah tersebut...

Pada akhir cerita,, Kaito Kid sekali lagi tidak berjaya dikalahkan oleh pak cik Sonoko... Walaubagaimanapun,, Kid xberhasrat utk mencuri permata tersebut....
Komen;
kalu nk bandingkan movie conan yg sblom nih(movie 12 ngan 13)... aku lg suke yg movie 14 nih... awl2 tuh cm agak slow sikit la... cz dye nk cte cm ne kumpulan siam merah nih boleh masuk senyap2 dlm kapal... jln citer dye cm biase,,, awl2 citer sume karakter baik... last2 baru la ada karakter baik yg berubah jd jahat... tu mmg biase dlm siri conan... pe2 pon aku suke jalan cerita movie yg ke-14 nih... terbaik...

Info;
  • Movie: Detective Conan: The Lost Ship in the Sky
  • Romaji: Meitantei Konan Tenkuu no Rosuto Shippu
  • Japanese: 名探偵コナン 天空の難破船
  • Director: Tajichiro Yamamoto
  • Writer: Kazunari Kouchi, Gosho Aoyama
  • Producer:
  • Cinematographer:
  • Release Date: April 17, 2010
  • Runtime: 102 min.
  • Distributor: Toho
  • Language: Japanese
  • Country: Japan
** Berada dikedudukan ke-16 keseluruhan dalam senarai kutipan tiket movie2 yg ditayangkan di Jepun..
**Movie ke-11 Jepun yg mendapat kutipan tiket tertinggi [$32,596,957]