Sunday, 12 June 2011

Anime cakap Melayu~ Nichijou


Konnichiwa!!... baru-baru ni Fahmi suh aku try tengok anime~ Nichijou... katenyer dalam anime nih ade cakap dalam bahasa melayu... tapi aku malas nak download dulu... ngeh3x... adik aku download byk so dah smpi limit broadband... ngahahaha... so search2 kat youtube... ngee

Nichijou kalau dalam english berbunyi Regular Life,,, adalah sebuah manga komedi yang ditulis oleh Keiichi Arawi.. Mula diterbitkan dalam manga pada Disember 2006... dan kuar menerusi anime pada April 2011 yang diadaptasi oleh Kyoto animation... Pada bulan Julai ini Kadokawa games akan kuarkan pulak dalam bentuk game playstation portable...

Ada beberapa perkataan bahasa melayu yang disebut dalam anime nih.. aku pon xpaham lagi sebab blom tengok... hee.. pe pe pon antara dialog dalam bahasa melayu seperti dibawah;

Selamat pagi

Selamat malam

Sepak takraw

Selamat tinggal

ngaaa... kawai ne!! kalau nak download anime nih,,, ni link nyer -----> NICHIJOU DOWNLOAD LINK

Saturday, 11 June 2011

PORNO GRAFFITTI ~ EXIT [Lirik + Link Download]

Konnichiwa... belum tgk lagi drama Taisetsu na koto wa Subete kimi ga Oshiete Kureta
tapi aku suke dengan lagu tema drama nih... best...
kalau search kat youtube memang tak jumpa dah video klip lagu nih... so yg ade ending drama nih... best lagu nih...


PORNO GRAFFITTI~ EXIT (LYRICS)

Togirenai chikatetsu ni
Suikomare aki dasare
aaa tanin bakari yureru tabi
Irimidareru hito no basho bokura no basho
Boyakeru kyoukaisen

Ima te wo hanaseba
Kimi wa tanintachi no umi e kieteshimau koto
Shitte iru tsumori

Semai deguchi no kotobatachi ga
Sattou shite ite
Modokashiku tachiojou suru
Yaruse no nai hibi
Chikatetsu no homu ni nokori
Noru hazu no densha wo kyou mo damette miokuru dake

Chijou de wa tsuyoi ame
Furidashite kitan darou
aaaa nureta shatai
Kore ijou kono basho ni tomatte wa ikenai to
Toire no rakugaki

Namida wo ukabete jibun katte to semeru kai
Doushiyou mo nai koto datte arunda

Boku wa jouzu ni waraetetakai
Nakete ita kai
Donna toki mo kimi ga nozondeiru
Boku de itakatta
Donna toki mo tsuyoi sugata de
Kimi no mae de tatteitakatta
Umaku wa ikanakatta

Kurai ashimoto
Konna ni mo tayori nakute
Shinjiru mono ga ima hitotsu
Fuwa fuwa to tsukamenai

Tori modoseta nara
Tada toritomenonai hanashi ni
Yawaraka na aitsuchi
Odayaka na gogo

Semai deguchi ni kotoba tachi ga
Sattou shite ite
Modokashiku tachiojou suru
Yaruse no nai hibi
Yamikumo ni tsuyoi chikara de
Osanaide
Nani ga taisetsu? sagashiteiru tokoro da

NAK DOWNLOAD LAGU NIH.... KLIK KAT SINI ------> PORNO GRAFFITTI EXIT DOWNLOAD LINK

Thursday, 9 June 2011

aktorJ~ Miura Haruma

Konnichiwa!! ari tu aku de citer pasal Aragaki Yui... heroin dalam movie popular 'Koizora'... skang ni kite selidik disebalik heronya,, Miura Haruma... aktor fav aku.. haha.. sebab pe... sebab style lah dia nih... lahir tahun same 1990... same umur 21.. cume tua sikit beberapa bulan...

Biodata

Nama : Miura Haruma
Profession: Pelakon dan penyanyi(group band Brash Brats)
Tarikh lahir: 5 April 1990
Asal: Ibaraki, utara Jepun
Tinggi: 173cm
Berat: 63 kg
Jenis darah: AB

** berat & tinggi dah same ngan aku... hahaha... xtipu XD....

Haruma adalah sebahagian daripada agensi Amuse... turut menjadi ahli sebuah band group J-pop, Brash Brats... Dia mula berlakon sejak berumur 7 tahun ketika itu memegang watak dalam drama Agri... pada waktu itu dia menyertai Tsubaka's Actor Studio... apabila studio tu dah tutup,, dia bersama ahli kumpulan Brash Brats join agensi Amuse...
popular dengan watak Takagi Fujimaru dalam drama Bloody Monday..

Lama kelamaan Haruma semakin aktif berlakon dan semakin jarang bersama kumpulan Brash Brats... Popularitinya meningkat menerusi drama Gokusen 3, Fight, Binbodanshi, Samurai High School, Bloody Monday 1 & 2 dan terbaru Taisetsu na koto wa Subete kimi ga Oshiete Kureta bersama aktress jelita Toda Erika... Haruma makin popular menerusi Filem paling popular tahun 2007, Koizora... Lepas tu Haruma muncul dalam Crow Zero 2 dan Gokusen the Movie dan yang terbaru dalam filem romantik Kimi ni Todoke

Miura Haruma tamat pelajaran di Sekolah Tinggi Hirokoshi di Nakano, Tokyo pada 19 Februari 2009... berkawan rapat dengan Sato Takeru yang turut sama berada dibawah agensi Amuse dan bersama-sama pergi ke New York untuk satu rancangan dokumentari...

Penghargaan yang pernah diterima;
- Rookie of the year~ 2009 Elan D or Award
- Rookie of the year~ 2008 Japan Academy Prize
Stylo dengan cara dan fesyen tersendiri.. nampak simple je but nice... keep it up Miura Haruma...

iklan komersial terbaru Miura Haruma..

drama terbaru,, Taisetsu na koto wa Subete kimi ga Oshiete Kureta

Wednesday, 8 June 2011

Sistem Bas Ekspress di Jepun

Konnichiwa... hmmm... nak taw macam mane sistem bas ekpress di Jepun... Totally sangat berbeza dengan Malaysia... Paling utama tidak akan kedengaran hiruk pikuk penjual tiket bas memekak memanggil penumpang... Jangan terkejut di Jepun tidak terdapat stesen bas... Kali ini aku nak kongsi pengalaman seorang penuntut Malaysia di Jepun menggunakan sistem bas ekspress di sana..Bukan nak bangga ke ape ke... sekadar mengambil contoh benda yang baik....

Di Jepun memang tidak mempunyai stesen bas tapi setiap syarikat bas mempunyai tempat berkumpul sendiri.. sebagai contoh syarikat bas Willer, tempat berkumpul di dalam kawasan shopping complex...

Sebelum menaiki bas, penumpang perlu check in tiket di kaunter check in untuk mendapatkan boarding pass... Di tiket tersebut tercatit nama pemilik tiket, nombor bas, nombor tempat duduk, jenis tempat duduk, waktu berlepas dan balai berlepas... Tempat duduk mempunyai harga berbeza mengikut kelas iaitu ekonomi atau bisnes... Tempat duduk ekonomi dilengkapi bantal, penutup muka, tali pinggang keledar yang mesti dipakai semasa bas bergerak... Pada waktu malam penumpang dilarang membuka langsir supaya tidak mengganggu penumpang lain yang sedang tidur...
Kawasan Check in tiket untuk dapatkan boarding pass

Boarding pass.. dah macam naik kapal terbang lak..

Selepas chek in penumpang perlu tunggu di bilik perlepasan(departure area)... Dikawasan ini terdapat jadual perlepasan bas sepanjang hari... 15 minit sebelum berlepas,, penumpang perlu berada dibalai perlepasan masing-masing yang kemudiannya akan dipandu kakitangan bas ke tempat bas...
Jadual perlepasan bas... teknologi macam ni sudah digunakan di Terminal Bas Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur...
Balai berlepas...

Cukup masa bas bertolak... bas tidak akan menunggu penumpang yang lewat...

Kalau diperhatikan sistem bas ekspress di Jepun seakan-akan seperti di lapangan terbang... cukup teratur... tidak sesak dan berasak-asak merebut tempat duduk... bas yang disediakan juga selesa untuk penumpang walaupun kategori kelas ekonomi... Kalau dibandingkan di Malaysia sepatutnya lebih teratur sebab kita mempunyai stesen bas dimana sume bas berada disitu... tapi perkhidmatan yang disediakan tidak memuaskan... kalau kita fikir sebetulnya tidak berbaloi dengan harga tiket yang dibeli kalau perkhidmatan macam hampeh... Walaubagaimanapun terdapat juga bas ekspress di Malaysia yang telah melakukan perubahan demi menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang seperti bas Sani Ekspress,...

Tuesday, 7 June 2011

Konnichiwa J-pop~ Kanjani8

Konnichiwa... gomen ne... sejak mula praktikal ni agak sibuk sikit.. tak dapat nak update post baru selalu... ngeh3x~ untuk kali ni post berkenaan dengan kumpulan J-pop yang semakin popular di Jepun..errrr... mungkin dah popular.... ahaha... pernah dengar Kanjani8??

Kanjani8 adalah sebuah kumpulan yang telah ditubuhkan pada tahun 2002 bernaung dibawah agensi Jhonny and Associates... Terdiri daripada 7 orang anak muda daripda wilayah Kansai... Menjadi artis rakaman Imperial Records... Rentak muzik kumpulan ini bercampur genre pop dan rock.. kalau korang layan lagu-lagu group nih memang rancak... berlainan daripada rentak Arashi dan Tackey & Tsubasa mahupun B'z atau Superfly... ahaha..

Salah sorang ahli kumpulan Kanjani8 ialah Nishikido Ryo... mesti pelik kan... Ryo adalah ahli kumpulan NEWS... pada tahun 2003,, Ryo dan seorang lagi rakannya,, Uchi Hiroki(karakter utama dalam drama Yamato Nadeishiko Shici Henge) dipanggil ke Tokyo oleh Jhonny untuk membentuk sebuah kumpulan NEWS... Ahli lain dalam kumpulan ini ialah You Yokoyama, Subaru Shibutani, Shingo Murakami, Ryuhei Maruyama dan Ryota Yasuda... cukup sume 7 orang ahli... perghh ramai gak...

Album terbaru kumpulan Kanjani8~ 8Upper
Released pada 20 Oktober 2010...

Lagu Glorious yang popular menerusi album PUZZLE (2008)...


Lagu baru yang pernah berada ditangga pertama carta mingguan oricon tahun ini... My Home
nak dengar dan download lagu baru Kanjani8~ My home... KLIK SINI(Download Here)

Monday, 6 June 2011

Tentang Aragaki Yui

Konnichiwa... atas permintaan,, kali ini aku post exclusive pasal Aragaki Yui...

Aragaki Yui merupakan seorang model, penyanyi, penulis lagu, penyampai radio dan aktress comel dan cun di Jepun... Lahir pada 11 Jun 1988 di Naha, Okinawa, Jepun.. Nama panggilan ialah Gakky atau Yuibou... Darah jenis A... berketinggian 167cm... bintang gemini... merupakan artis syarikat Warner Music Japan...

Aragaki mula aktif pada tahun 2001... pada ketika itu dia memasuki audition untuk model junior majalah nicola... memenangi grand prix award seterusnya menjadi nicomo, seorang model untuk majalah... dari situ dia mendapat gelaran Gakky..

Selepas itu Aragaki mula menceburi bidang lakonan... drama pertamanya adalah Sh15uya dan Dragon Zakura pada tahun 2005... Antara drama lain yang menaikkan nama Aragaki ialah My Boss My Hero, Code Blue dan Smile... Selain drama,,
Aragaki turut berlakon dalam filem,, antaranya yang popular Koizora dan yang terbaru Hanamizuki..**Muvie hanamizuki dan ada jual dalam dvd,, mesti beli.. best woo!**...
Koizora~ Gandingan Aragaki Yui dengan Miura Haruma

Selain berlakon dan menjadi model,, Aragaki turut popular sebagai penyanyi Jpop yang cute... ngee... antara lagu best~ Heavenly days... ost untuk movie Koizora... adalah lagi satu,, kalau korang tengok anime Digimon Savers salah satu watak adalah suara Aragaki iaitu watak Yoshina Fujieda dan anime Sergeant Kiroro suara watak Mirara...

Aragaki Yui dalam movie Koizora...

Ost Hanamizuki by Aragaki Yui...


11 Jun birthday Aragaki Yui.. Tanjoubi omedeto!!

Sunday, 5 June 2011

Carta Mingguan Oricon- minggu 22

Senarai top 10 lagu-lagu hits J-pop dalam carta mingguan oricon untuk minggu yang ke-22


1. AKB48 - Everyday Kachuusha

2. Team Amuse!!- Let's try again

3. Taori ko Tomoki, Tama ni Mook- Maru Maru Mori Mori

4. TOKIO- Miageta Ryuusei

5. tHe gaZZette- VORTEX

6. C-ute- Momoiro sparkling

7. Mai Kuraki- Mou Ichidou

8. Kuroyome- Alone

9. Yui Horie- Presenter

10. Perfume- Laser beam/Kasuka na kaori

Friday, 3 June 2011

Top 5 undian tertinggi Drama Jepun 2010

Konnichiwa peminat-peminat drama jepun... sejak awal tahun ni ramai yang dah undi drama-drama jepun yang best untuk tahun 2010... tapi aku rase blom berpuas hati dengan undian ini.. ahaha... teruskan undian... ini adalah senarai undian tertinggi untuk setakat 3 Jun 2011..

Senarai 5 teratas undian tertinggi Drama Jepun Best 2010 @Which Japan drama should be the best Jdrama for 2010


1. Yamato Nadeishiko Shici Henge [38%]

2. Bloody Monday 2 [24%]

3. Tumbling [15%]

4. Code Blue 2 [12%]

5. Yankee kun to Megane chan [10%]

Walaubagaimanapun ada lagi drama-drama lain yang undiannya melebihi 5% iaitu Team Medical Dragon 3, Hammer Session!, Liar Game 2, Tokujo Kabachi, Hotaru no Hikari, Sunao ni Narenakute, Jui Doolittle, Keizoku 2, Kaibutsu-kun dan Mother...
Terima kasih atas undian @"which Japan drama should be the best Jdrama for 2010"


Hammer Session best!^^... like this drama too

Thursday, 2 June 2011

Best Japanese Drama (Winter 2011)

Drama Jepun terbaik musim sejuk 2011 menerusi Anugerah Akademi Drama Tv yang ke 68- Deka Wanko

Info drama Deka Wanko
Tajuk : Deka Wanko
Genre : Komedi
Episod : 10
Tv Siaran : NTV
Tahun : 2011


Wednesday, 1 June 2011

Hammer Session... Full Review

Konnichiwa!... pergh abes layan Hammer Session... mantop! best giler! fun... happening.. ae gak tacing2.. tp paling penting mesj yang ingin disampaikan... memang layan drama nih.. ngee~

Sinopsis
Drama ini menceritakan seorang guru tingkatan 3B , Hachisuga mendidik pelajar-pelajarnya yang bermasalah... Sebenarnya Hachisuga adalah penjenayah yang diburu polis yg dikenali sebagai Ottowa 4... Dia nih seorang penipu... dia menipu orang jahat tapi membantu orang yang baik... akibat dalam satu kemalangan semasa dia ditangkap polis, Hachisuga lari di sebuah sekolah... dalam satu kejadian yang tidak dirancang,, pengetua sekolah Hikari mahu dia jadi guru disekolah itu untuk mengatasi masalah yang dihadapi pelajar... maka,,, Hachisuga bersetuju dengan tawaran itu dan menjadi guru tingkatan 3B... terdapat banyak masalah yang berlaku dengan pelajar-pelajarnya... tapi Hachisuga mempunyai cara berkesan memberi kesedaran dan pengajaran kepada pelajarnya yang dinamakan Hammer Session... Pada awalnya pelajar-pelajarnya memang tak suka dengan caranya terutamanya Kaede.. dia mmg anti giler dengan Hachisuga... Namun lama kelamaan pelajar-pelajarnya jadi rapat dengan Hachisuga.... dalam episod terakhir Hachisuga mengaku didepan pelajarnya yang dia bukan guru yang sebenar tetapi hanyalah seorang penipu dan penjenayah... Ayah Kaede seorang polis menggari tangan Hachisuga selepas dia sendri yang ingin menyerah diri... namun,,, semua pelajarnya tidak membenarkan ayah Kaede menangkap Hachisuga.. selepas dipujuk,,, ayah Kaede melepaskan Hachisuga....

Karakter
Hachisuga Sensei
Seorang guru.. errr... guru palsu... menyamar sebagai guru dan mendidik pelajarnya dengan cara sendiri...
Tachibana Kaede
Seorang murid perempua yang macam tomboi... dalam pelabagai masalah yang timbul,,, dia nih mesti terlibat sekali.. tapi bukan sebagai pembawa masalah tetapi seorang yang ingin membantu kawannya dalam menyelesaikan masalah... Episod terakhir banyak fokus pada karakter ni...
Ryoko sensei
pembantu Hachisuga... guru pembantu dalam kelas 3B... seorang yang agak kelam kabut... tapi cute...
Reina sensei
Cikgu Kesihatan yang cun... Hachisuga sensei selalu lepak di bilik kesihatan sebab Reina sensei yang selalunya berpakaian seksi
Shohei ataupun Hachisuga menggelarnya sebagai senpai... pembantu Hachisuga sewaktu menjadi penipu..
Pengetua sekolah... percaya Hachisuga akan membawa perubahan kepada sekolah.. hanya beliau saje yang tahu identiti sebenar Hachisuga
Guru Disiplin yang tegas... selalu mencari masalah dan salah dengan pengetua dan Hachisuga... muka kerek setiap episod...
Mashio.. fokus dalam episod 2... mase tu dia nih mencuri barang diluar dan menjual disekolah.. tujuannya adalah untuk menggantikan semula gitar Katsuragi
Ehibara.. dalam episod 4... dia suka kat seorang pelajar perempuan, Mayu.. tapi malu nak mengaku... Akhirnya dia mengaku kat Mayu selepas Hammer session yang dilakukan Hachisuga..
Nojima... seorang yang lemah lembut.. selalu mengikut kehendak kawan-kawan.. padanya dengan cara itu sahaja yang dia mampu rapat dengan kawan-kawan... dia mempunyai masalah kurang keyakinan diri,, selalu bergantung pada org lain.. Hachisuga memberikan pegajaran yang membuatkan dia sedar kesilapannya...
Hirose... dalam episod 5.... dia suka kat perempuan yang jauh lebih tua daripadanya.. malangnya dia tak tahu yang perempuan yang dia suka tu mempergunakannya untuk kesenangan sendiri... senang kata Hirose ditipu sampai sanggup nak berhenti sekolah...
Sakiyama... mempunyai masalah dengan ibunya... selepas dia tahu yang dia hanya anak angkat sahaja.. Hachisuga berjaya menyatukan semua Sakiyama dengan ibunya..
Mayu... Ehibara suka kannya.. tapi dia telah menjadi skandal lelaki kaya... akibat masalah yang dihadapi dia cuba nak bunuh diri...
Katsuragi... dalam episod 2... memasuki satu uji bakat tanpa memberitahu ahli kumpulannya..
Sakamoto... dalam episod 7... nak jadi penari profesional bersama dengan teman wanitanya.. dia masuk dalam satu pertandingan.. tapi pertandingan tu palsu.. Hachisuga yang membongkarkan pemalsuan pertandingan itu... ** Masaki Suda... watak yang berbeza dengan Kamen Rider Daburu.. ngeee~~
Saotome... mahu jadi pelakon.. tapi perlu bekerjasama dengan cikgu disiplin untuk membatalkan satu perayaan disekolah.. kalau gagal dia xboleh menjadi pelakon sambil belajar.. dengan bantuan Hachisuga, dia boleh jadi pelakon sambil belajar...
Fujii... dalam episod 10... dia ni suka kat Reina sensei.. hachisuga membuat satu rancangan untuk Fujii meluahkan perasaanya kat Reina sensei.. aku paling suke episod nih.. best
Kai.. mempunyai masalah dengan kawan-kawan sekelas.. dia mempunyai tekanan dirumah... ayahnya membuka sebuah hospital yang menjadi tumpuan orang.. Hachisuga menyedarkan kesilapannya dalam satu aktiviti hammer session...
Shiba... masalah pertama hachisuga menjadi guru... mempunyai masalah dengan ayah nya...


Terdapat 11 masalah berlainan dalam 11 episod drama nih...

Info

Bawah adalah sountrack untuk drama nih
Liar- Spyair
aku paling suka background muzik nih... layan...

kalau nak tengok online boleh klik kat SINI