Showing posts with label Jdrama. Show all posts
Showing posts with label Jdrama. Show all posts

Thursday, 9 June 2011

aktorJ~ Miura Haruma

Konnichiwa!! ari tu aku de citer pasal Aragaki Yui... heroin dalam movie popular 'Koizora'... skang ni kite selidik disebalik heronya,, Miura Haruma... aktor fav aku.. haha.. sebab pe... sebab style lah dia nih... lahir tahun same 1990... same umur 21.. cume tua sikit beberapa bulan...

Biodata

Nama : Miura Haruma
Profession: Pelakon dan penyanyi(group band Brash Brats)
Tarikh lahir: 5 April 1990
Asal: Ibaraki, utara Jepun
Tinggi: 173cm
Berat: 63 kg
Jenis darah: AB

** berat & tinggi dah same ngan aku... hahaha... xtipu XD....

Haruma adalah sebahagian daripada agensi Amuse... turut menjadi ahli sebuah band group J-pop, Brash Brats... Dia mula berlakon sejak berumur 7 tahun ketika itu memegang watak dalam drama Agri... pada waktu itu dia menyertai Tsubaka's Actor Studio... apabila studio tu dah tutup,, dia bersama ahli kumpulan Brash Brats join agensi Amuse...
popular dengan watak Takagi Fujimaru dalam drama Bloody Monday..

Lama kelamaan Haruma semakin aktif berlakon dan semakin jarang bersama kumpulan Brash Brats... Popularitinya meningkat menerusi drama Gokusen 3, Fight, Binbodanshi, Samurai High School, Bloody Monday 1 & 2 dan terbaru Taisetsu na koto wa Subete kimi ga Oshiete Kureta bersama aktress jelita Toda Erika... Haruma makin popular menerusi Filem paling popular tahun 2007, Koizora... Lepas tu Haruma muncul dalam Crow Zero 2 dan Gokusen the Movie dan yang terbaru dalam filem romantik Kimi ni Todoke

Miura Haruma tamat pelajaran di Sekolah Tinggi Hirokoshi di Nakano, Tokyo pada 19 Februari 2009... berkawan rapat dengan Sato Takeru yang turut sama berada dibawah agensi Amuse dan bersama-sama pergi ke New York untuk satu rancangan dokumentari...

Penghargaan yang pernah diterima;
- Rookie of the year~ 2009 Elan D or Award
- Rookie of the year~ 2008 Japan Academy Prize
Stylo dengan cara dan fesyen tersendiri.. nampak simple je but nice... keep it up Miura Haruma...

iklan komersial terbaru Miura Haruma..

drama terbaru,, Taisetsu na koto wa Subete kimi ga Oshiete Kureta

Monday, 6 June 2011

Tentang Aragaki Yui

Konnichiwa... atas permintaan,, kali ini aku post exclusive pasal Aragaki Yui...

Aragaki Yui merupakan seorang model, penyanyi, penulis lagu, penyampai radio dan aktress comel dan cun di Jepun... Lahir pada 11 Jun 1988 di Naha, Okinawa, Jepun.. Nama panggilan ialah Gakky atau Yuibou... Darah jenis A... berketinggian 167cm... bintang gemini... merupakan artis syarikat Warner Music Japan...

Aragaki mula aktif pada tahun 2001... pada ketika itu dia memasuki audition untuk model junior majalah nicola... memenangi grand prix award seterusnya menjadi nicomo, seorang model untuk majalah... dari situ dia mendapat gelaran Gakky..

Selepas itu Aragaki mula menceburi bidang lakonan... drama pertamanya adalah Sh15uya dan Dragon Zakura pada tahun 2005... Antara drama lain yang menaikkan nama Aragaki ialah My Boss My Hero, Code Blue dan Smile... Selain drama,,
Aragaki turut berlakon dalam filem,, antaranya yang popular Koizora dan yang terbaru Hanamizuki..**Muvie hanamizuki dan ada jual dalam dvd,, mesti beli.. best woo!**...
Koizora~ Gandingan Aragaki Yui dengan Miura Haruma

Selain berlakon dan menjadi model,, Aragaki turut popular sebagai penyanyi Jpop yang cute... ngee... antara lagu best~ Heavenly days... ost untuk movie Koizora... adalah lagi satu,, kalau korang tengok anime Digimon Savers salah satu watak adalah suara Aragaki iaitu watak Yoshina Fujieda dan anime Sergeant Kiroro suara watak Mirara...

Aragaki Yui dalam movie Koizora...

Ost Hanamizuki by Aragaki Yui...


11 Jun birthday Aragaki Yui.. Tanjoubi omedeto!!