Saturday, 19 September 2009

Menulis tulisan Hiragana

Tulisan Hiragana biasanya menggambarkan sesuatu idea atau pon objek.

Contoh menunjukkan sesuatu objek atau benda;

くるま
く(ku)-る(ru)-ま(ma)
kuruma bermaksud kereta

うさぎ
う(u)-さ(sa)-ぎ(gi)
Usagi bermaksud arnab

Contoh menunjukkan sesuatu idea;

これ
こ(ko)-れ(re)
kore bermaksud ini

そこ
そ(so)こ(ko)
soko bermaksud disana

Contoh menulis hiragana

それはなんですか
そ(so)-れ(re)-は(wa)-な(na)-ん(n)-で(de)-す(su)-か(ka)
sore wa nan desuka?
apakah itu? / what is that?

わたしのくるまです
わ(wa)-た(ta)-し(shi)-の(no)-く(ku)-る(ru)-ま(ma)-で(de)-す(su)
watashi no kuruma desu.
Itu kereta saya / This is my car

Dalam menulis perkataan/ sebutan 'wa' tidak ditulis dengan 'わ' tetapi ditulis dengan karakter 'ha' ー’は’. Sebab ape nanti saya akan terangkan dalam bahagian tatabahasa Jepun.

Tulisan hiragana menggambarkan keaslian bahasa Jepun. Maksudnye disini tulisan ini ditulis hanya pada perkataan yang asalnya daripada bahasa Jepun. Sebabnya dalam bahasa Jepun ada perkataan yang diambil daripada bahasa asing (bahasa asing yang dijepunkan).

Contoh; Takushi(teksi), Basu(bas), Baiku(Motorbike), Terebi(Televisyen), Toire(Toilet) dan banyak lagi. Untuk perkataan seperti di atas hendaklah menggunakan tulisan katakana.

Contoh tulisan hiragana yang lain;

bekyoshimasu
べんきょします
belajar

ashita
あした
esok

yasumimasu
やすみます
berehat/bercuti

itadakimasu
いただきます
*selalu di ucap semasa hendak makan

heya
へや
bilik

midori
みどり
hijau

kalau korang perasaan karakter ya(や),yu(ゆ),yo(よ)ditulis kecil dihadapan huruf lain.

contoh;

jitensya
じてんしゃ (ji-te-n-shi-ya)
basikal

densya
でんしゃ (de-n-shi-ya)
kereta api elektrik

kadang2 karakter yang disebut dua kali. Dalam kes ni kita kena tambah karakter tsu ’つ’ kecil dibelakang karakter yangdisebut 2 kali.

Contoh

zasshi
ざっし - (za-tsu-shi) disebut zasshi.
zasshi bermaksud majalah.

isshoni
いっしょに - (i- tsu-shi-yo-ni) disebut isshoni
isshoni bermaksud bersama-sama

No comments:

Post a Comment