Hmmm.. dah lame aku nak tengok cerita ni. Akhirnya dapat gak. Cerita ni aku pinjam member aku punye. Memang best cerita. Hmmm sume cerita Jepun aku bagi komen best2 kan. Tapi nak wat cam ne. Dah memang best pon. hahaha.
Cerita ni di adaptasi daripada komik 'kurosagi' yang popular kat Jepun. Cerita ni ada banyak unsur-unsur suspen ala-ala detektif. Tapi pada pada masa yang sama ada jugak part-part yang touching.
Drama ni mengisahkan kehidupan Kurosaki. Keluarganya telah dibunuh oleh bapanya sendiri akibat tidak dapat menanggung bebanan hutang. Sebenarnya, bapanya telah ditipu oleh Kusagi dan Mikimoto yang berjanji ingin membantu bapanya menjalankan perniagaan. Selepas bapanya menyerahkan duit yang banyak kepada mereka, bapa Kurosaki tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada perniagaannya. Selepas di bebani dengan banyak hutang, Kusagi dan Mikimoto telah menghilang diri. Akhirnya, bapanya mengambil tindakan yang bodoh dengan membunuh keluarganya sendiri. Walaubagaimanapun, hanya Kurosaki yang sempat untuk menyelamatkan diri.
Lantaran daripada peristiwa berdarah itu, Kurosaki berazam membalas dendam kepada orang-orang yang melakukan penipuan(swindle). Pada akhir cerita, Kurosaki berjaya membalas dendam pada Kusagi, tapi dia gagal menjejaki Mikimoto yang lebih licik daripadanya. Kurosaki di tangkap oleh pihak polis, namun di lepaskan sebab tak ada bukti yang kukuh.
Pada aku jalan cerita ni sangat menarik. Siri drama ni seterusnya di jadikan filem, 'Kurosagi the movie'
Kat bawah ni trailer 'Kurosagi the movie'
Title: クロサギ
Title (romaji): Kurosagi
Title (English): The Black Swindler
Genre: Action, Crime investigation, Romance
Episodes: 11
Viewership ratings: 15.67
Broadcast network: TBS
Broadcast year : 2006
My Rating : 9.0/10
Awards
49th Television Drama Academy Awards : Best Supporting Actress (Horikita Maki)
No comments:
Post a Comment