Saturday, 5 May 2012

Kedudukan semasa Aktor Jepun Paling Best, Aktress Jepun Paling Best & Best Jdrama 2011

Konnichiwa... walaupun jarang update2 sebab busy sikit skang ni.. tp ramai gak yg vote huhu.. arigatou minna!.. berikut adalah senarai Top 3 mengikut kategori...

Top 3 Aktor Jepun paling Best

 
  1. Miura Haruma [23%]
 

2. Yamamoto Yusuke [22%]



3. Kamenashi Kazuya [12%]


Top 3 Aktress Jepun paling Best

1. Horikita Maki [50%]

2. Aragaki Yui [13%]

3. Inoue Mao [10%]

Top 3 Best Jdrama

1. Ouran High School Host Club [35%]


 2. Hanazakari no Kimitachi e 2011 [28%]

 3. Ikemen Desu ne [26%]

keputusan ni setakat 5 Mei 2012... still leh vote lagi ^^

Kimchi Ramen

http://28.media.tumblr.com/tumblr_lav6e0Q6oj1qajr5go1_500.jpg


lebih kurang macam ni lah rupenye kimchi ramen.. haha.. 

Konnichiwa!!.. resipi ni dapat kat myresipi.com... so try la buat.. senang je.. kalu dah ade maggi kari dah cantek sangat dah.. haha.. cara nye senang je dan tersangat lah simple..


BAHAN-BAHAN

- Perencah Maggi Kari
- Mee Maggi
- Telur
- Tauhu
- Daun Bawang
- Daun Sup
- Kimchi

Boleh juga tambah;
- Fish cake/Fish Ball
- Cendawan
- Sayur-sayuran (Sawi, Kobis, etc)

CARA-CARA MASAK

1. masak air ikut sukatan yang sesuai.. tunggu sampai mendidih.. pastu masukkan perencah Maggi Kari.. Kacau sampai air tadi tukar kaler.. pastu masukkan Tauhu dan bahan tambahan(Fish cake/fish ball/cedawan)...

2. Masukkan pulak mee maggi.. bile mee dah lembut masukkan telur... biler dah masak,, akhir sekali masukkan kimchi, daun bawang dan daun sup...

senang je kan.. hahaha.. macam masak maggi je.. cuma bahan utamanya 'kimchi'

p/s- aku dah try masak.. cume xjumpe je kimchi nye.. haihh.. haha.. next time try cari kimchi lagi ;p

Sunday, 29 April 2012

Misaki Number One

Konnichiwa!!.. penah tgk cite gokusen? ahaha.. tp kali ni bkn pasal cte gokusen.. cume cite ni se-akan2 seperti cite gokusen.. cte Misaki Number One!!..

SINOPSIS

Cerita ni pasal seorang pompuan kelab, Misaki-chan yang di offer jadi cikgu di sebuah sekolah terkenal,, Sekolah Tinggi Mido.. Sebenarnya Pengetua sekolah tu minta tolong dia ubah sikap pelajar2 yang bermasalah.. sume pelajar tu dah di asing ke kelas 2Z.. Tapi Misaki kena sembunyikan identitinya yg penah bekerja di kelab sebab kalu pihak atasan tahu,, dia akan kena pecat...

Misaki menghadapi cabaran sukar sebab kena pujuk sume pelajar 2Z datang ke sekolah sebab diorang sume dah xminat untuk bersekolah.. so,, Misaki pegi cari pelajar2 tersebut di merata tempat.. akhirnya sume pelajar datang sekolah sebb xtahan kena paksa...

Agak peliknya sebab Misaki je cikgu pompuan yg berpakain seksi kat sekolah tu.. sebab itu cikgu disiplin, Tsuruhashi-sensei marah sngt dengan Misaki... diorang ni memang xsehaluan.. selalu gaduh... ahah... lama kelamaan,, Tsuhuhasi-sensei,, tahu jugak yg Misaki penah kerja kat kelab.. tapi dia merahsiakan nya dari pihak atasan sebab Misaki bawak perubahan kepada pelajar2 kelas 2Z...

Pelajar2 kelas 2Z makin lama makin suke dengan Misaki... walau banyak masalah yg diorang buat,, Misaki selalu bimbing diorang... akhirnya,, pihak atasan tahu identiti sebenar Misaki dan pecatnya... atas rayuan yg dibuat oleh pelajar 2Z,, Misaki diterima jadi cikgu di sekolah tersebut...



 Misaki.. sblom jadi cikgu dia merupakan pompuan kabaret no.1 di kelab southern sea


 hari pertama Misaki yang kalut.. ahah


Kelas 2Z



 KOMEN
- episod 1 dan 2 macam boring sikit... tapi dah mula seronok start episod 3 sampai habis.. ahah
- best gak Karina nih jadi Misaki-sensei... kalut, funny
- walau pon banyak cakap time tengah2 drama.. tapi best jugak..
- bagi aku Gokusen lagi menarik^^.. hehehe...
- Layan jugak lah.. bagi aku cite ni BEST^^

INFO

Tajuk: Misaki Number One!!
Genre: school, Funny
Rating: 10.5%
Tv Siaran: NTV
Tahun: 2011
Lagu Tema: Nanika Hitotsu~Jamosa & No.1~Fire Beat~ Kis my ft2
Karakter Utama: Misaki (Karina), Kazuma (Taisuke Fujigaya), Ryousuke (Hiromitsu Kitayama), Yui (Aya Omasa)

TRAILER




Thursday, 26 April 2012

Arashi - Monster PV



Konnichiwa!!.. pernah dengar x lagu nih.. best kan.. tetibe rase nak share kt sini lak.. ni antara lagu2 Arashi yang best n aku suke.. =)

Tuesday, 24 April 2012

Detroit Metal City [Review]

Konnichiwa!!.. genki desuka minasan?? ahah.. ni movie Detroit Metal City atau nama pendeknya DMC.. movie aku dapat drp member aku.. bosan2 sebat je movie ape2 pon.. tapi boleh tahan gak movie  nih..

SINOPSIS

Cerita ni pasal Soichiro Negishi lakonan Kenichi Matsuyama, seorang pemuda kampung yang berbakat dalam bidang nyanyian.. pada satu hari dia diterima masuk ke sebuah universiti di Tokyo.. disebabkan dia minat sangat bidang muzik dan suke menyanyi dia masuk kelab muzik.. Negishi suke muzik yang jenis pop.. dia mencuba nasib buat rekod sendiri dan hantar kat sebuah agensi muzik.. rekod yang dihantarnya berjaya memikat pengurus agensi tersebut dan diterima masuk menjadi ahli kumpulan yang baru dibentuk yang dijangka bakal meletup di Jepun... Namun, malangnya bagi Negishi.. kumpulan yang dibentuk tu berunsurkan muzik keras, muzik rock metal.. ahah.. jadi perwatakan Negishi berubah bila masuk kumpulan nih..

Kumpulan nih menjadi semakin popular malah menjadi ikutan remaja yang minat muzik metal.. suka atau tidak Negishi terpaksa ikut kehendak pengurusnya.. dalam diam2,, Negishi cuba buat show2 kat tepi jalan.. tapi xramai yang suka dengan lagu ciptaan dia.. boring.. ahah..

disebabkan xtahan,, dia amek keputusan balik ke kampung.. aktiviti kumpulan tersebut tergendala sebab Negishi yang merupakan vokal kumpulan tersebut tetiba menghilang.. bila sampai di kampung, dia risau sebab ibunya xtahu yang dia join kumpulan yang dia anggap xsenonoh.. satu hari dia dapat surat pujukan daripada member group yang ingin dia pulang.. Negishi jadi serba salah.. akan tetapi dia kembali bersemangat lepas ibunya sendiri kagum sengan vokalis kumpulan tersebut..Akhirnya dia kembali semula ke kumpulan tersebut...
 

KOMEN
- cerita ni agak xbermoral.. haha..
- lawak dengan watak Negishi yang mempunyai dua karakter.. watak lembut ngan watak ganas..
- jalan cite ok lah.. layan jugak..
- Bagi aku,, cerita ni OK lah.. =)

INFO

 
Tajuk : Detroit Metal City
Genre: Metal, Lawak
Tahun: 2008
Pengarah: Toshio Lee
Penerbit: Toho
Pelakon Utama: Kenichi Matsuyama

TRAILER



Tuesday, 10 April 2012

Misake Number One = Gokusen ???

Misaki Number One!!

Gokusen

Konnichiwa.. skang ni aku ngah layan drama Misaki Number One!!.. tapi ape yang aku nmpak,, cerita nya se-akan2 drama Gokusen.. seyes! huhu..

Kedua-dua drama menceritakan tentang susah payah seorang cikgu perempuan mendidik pelajar-pelajar yang bermasalah.. Cume yang membezakannya,, dalam drama Misaki Number One,, cikgu perempuannya(Tennoji Misaki) sblom ni adalah seorang pelayan kelab malam.. disebabkan dia mempunyai pengaruh yang kuat kat kelab,, pemilik kelab malam tersebut menyerahkannya kepada pengetua Sekolah Tinggi Mido untuk membantu menyelesaikan masalah2 pelajar..
Misaki-sensei

Yankumi

Watak Misaki sama nasib dengan Yankumi sebab dapat kelas yang pelajarnya sumenya bermasalah, ponteng sekolah dan suka bergaduh.. pada awalnya,, kelas 2Z yang menjadi kendalian Misaki xde sorang pelajar pun yang hadir ke kelas,, so tugas pertamanya untuk pujuk semua pelajar datang ke sekolah.. dalam episod ke-dua Misaki berjaya pujuk sume pelajarnya datang ke sekolah.. situasi kelas Misaki saling tak tumpah same mcam situasi dalam kelas Yankumi.. hmmm3.. cikgu2 pon dalam drama Misaki Number One ni lebih kurang same je macam drama Gokusen.. ade sorang cikgu perempuan yang gedik,, seorang cikgu lelaki yang hensem tapi menggelabah, cikgu disiplin yang kerek (tapi cikgu ni perempuan pulak) dan ade sorang cikgu yang suke mengampu cikgu disiplin... ahahaha..

Mane kan x sama watak2 dan jalan ceritanya,, sebab kedua-dua drama di arahkan oleh Pengarah yang same iaitu, Otani Taro.. penulis skrip pon orang2 yang same jugak iaitu; Egashira Mishiru & Matsuda Yuto.. Pengarah Muzik pon orang same jugak iaitu; Oshima Michiru.. sebab tu kalu sesape yang menonton drama Misaki Number One mesti teringat kat drama Gokusen..

Tapi aku rase drama Gokusen lagi best daripada drama Misaki Number One.. kan3x~~?? ;P

Monday, 9 April 2012

OST Misaki Number One!!

Konnichiwa... pehh.. bersarang dah blog lame xupdate.. hahaha.. worait2.. aku kembali mengemas kini blog nih XD... firstly jom dengar lagu tema drama Misaki Number One!!.. aku ngah layan drama ni skang.. hehehe.. best gak.. Tajuk lagu ni - Nani ka Hitsotsu nyanyian Jamosa feat Jay' Ed..

Saturday, 3 March 2012

Detective Conan Live Action Drama [Reveiw]


Konnichiwa..abes gak menonton drama detective conan.. hehe.. awal2 sem ni boleh lah layan drama banyak2... ngaaaa~

Sinopsis

Sebenarnya drama detective conan nih lebih kepada mengimbau kembali kes-kes yang pernah diselesaikan oleh Sinichi Kudo.. Kudo, Ran dan Kougoro terperangkap dalam sebuah bilik putih.. jika mereka nak kuar drp bilik tuh,, kena berikan jawapan berdasarkan tarikh2 kes yang Kudo pernah selesaikan dulu..

ade macam2 trick yg diorang kene tempuhi semuanya mengikut jenis2 kes tersebut..
Kotak putih ni akan muncul setiap kali diorang masuk ke bilik baru.. setiap episod masuk bilik lain.. tapi ruang dan rupa biliknye same je.. Kudo kene letakkan jawapan yg betul daripada klu yg di beri... kalu betul baru ade pintu di buka untuk keluar...

Kemunculan detective terhandal Osaka.. Hattori.. secara xsengaja Kudo bertemu dengan Hattori dan menyelesaikan satu kes secara bersama.. tapi Kudo merahsiakan identitinya untuk melihat sejauh mana handalnye detective terhandal Osaka nih..

Ran sentiasa ade bersama Kudo dalam menyelesaikan masalah

Komen

- bagi aku drama ni best jugak.. banyak trick.. ape yang kite jangkakan akan jadi lain pulak..
- jalan cerita menarik.. suspen.. kdg2 lawak jugak.. nak2 lagi part2 yang ade Kogoro Mori..
- ade samb ke? nmpak mcm nak wat samb je bile tgk episod last.. kalu ade mungkin pas ni cerita mase Kudo dah jadi Conan..
- org biasa bandingkan Kudo sekarang (Mizobata Junpei) ngan Kudo dulu (Oguri Shun).. bagi aku Mizobata Junpei pon best gak jadi Kudo.. Cool~
- Ran kali ni nampak cute^^
- Skala Drama nih: BEST

Info

Tajuk: Detective Conan - Kudo Sinichi e no Chousenjou
Genre: misteri , suspen
Pengarah: Shirakawa Takeshi
Penulis: Aoyama Gosho (manga), Hata Takehiko, Hayashi Makoto
Penerbit: Daisuke Amago
Network: NTV, YTV
Jumlah Episod: 13
Tahun: 2011
Rating Penonton: 4.98%
Karakter Utama: Sinichi Kudo (Mizobata Junpei), Mouri Ran (Kutsuna Shiori)

Detective Conan Live Action Drama [Ending Song]

Konnichiwa.. ni ending song untuk drama Detective Conan^^... enjoy this song

Friday, 2 March 2012

High School Debut [Review]



Konnichiwa!!... da abes tgk high school debut.. ho yeah!!.. ngengok kt youtube je.. kuang3x~... cite ni dulu kuar saing2 ngan cte Paradise Kiss tapi ntah xtaw nape smpi skang cte ni xkuar dlm bentuk dvd di Malaysia.. best kowt!! haih...

Sinopsis


Cite ni pasal Haruna yang berazam untuk mempunyai boyfriend... tapi disebabkan perangai nye yang kalut.. xmacam pompuan langsung.. huhu.. so,, xde sorang lelaki pon nk dekat ngan dia... Haruna nih dulu hebat dalam sukan softball.. skang ni dia dah berhenti main softball dan bercita-cita nak cari boyfriend..

Pada satu hari dia terjumpa,, You Komiyama.. dia minta You jadi jurulatihnya menjadi seorang perempuan yang diminati lelaki...

mula2,, You nak tukar fesyen Haruna.. Fesyen Haruna pada mulanya sangat teruk+kelakar.. so, You ajar Haruna menggayakan pakaian yang lebih menarik... lepas itu,, You nak ubah cara Haruna melayan lelaki.. so,, You menggunakan rakannya,, Tamura untuk berdating dengan Haruna...dari jauh You akan perhatikan kelakuan Haruna dan akan memberi isyarat melalui mesej..

dalam masa You melatih Haruna,, mereka berdua dah bersetuju supaya x akan jatuh cinta antara satu sama lain.. tapi ade yang jeles ngan hubungan mereka iaitu musuh Haruna dahulu.. sebab dia xpuas hati Haruna berhenti main softball lepas tu mula bercinta dengan lelaki..

lama kelamaan Haruna macam putus asa untuk cari boyfriend.. walaupun dah kuar dating dengan Tamura,, tapi dia masih gagal .. atas sebab itu You sentiasa beri semangat kpd Haruna.. tanpa disedari mereka berdua mula mencintai antara satu sama lain ^^..

Komen

- Serius movie nih best.. hehe.. jalan cerita memang menarik.. lawak =D
- Junpei-kun mmg cool...
- Skala Movie nih: SANGAT BEST^^

Info

Tajuk: High School Debut
Genre: Komedi Romantik
Pengarah: Tsumoto Hanubasa
Penulis: Kazune Kawahara (manga), Yuichi Fukuda
Produser: Yamada Masako
Tarikh Tayangan: 1 April 2011
Tempoh Masa Tayangan: 93 minit
Jumlah Kutipan Tiket: $3,342,697
Karakter Utama: Nagashima Haruna (Ono Ito), Komiyama You (Mizobata Junpei), Fumiya Tamura (Masaki Suda)

High School Debut juga dikenali sebagai 'Koukou Debyuu'... penulisnya ialah Kazune Kawahara.. diterbitkan oleh Shueshia menerusi majalah Bessatsu Margaret.. kesemuanya ada 13 volumes..

Trailer;