Saturday, 17 October 2009

Apa ada dengan Gubra?

Korang pernah tengok atau menonton filem terbaik Malaysia ni? Filem ni memang kontroversi. Ada yang mendakwa filem ni memainkan sentimen sensitif. Mereka mendakwa filem ini menghina Islam. Betul kah? Ini pandangan negatif tentang filem ini


Kalau video di atas menghentam habis-habisan filem ni. Banyak isu yang dtimbulkan. Memang banyak jugak isu sensitif yang ditimbulkan. Yang kat bawah ni pulak membidas pandangan negatif di atas. Video kat bawah ni berpandangan positif tentang filem ni dan menjawab persoalan yang ditimbulkan video di atas


Sekarang, apa pandangan korang tentang filem ni? adakah benar filem ni menghina Islam? Aku memerlukan pandangan daripada korang.

'SELAMATKAN FILEM MALAYSIA!'

Friday, 16 October 2009

IRYU- Team Medical Dragon 2


Akhirnya dapat jugak aku tengok cerita ni. Sambungan daripada season 1. Kalu season 1 dah best mestilah season 2 pon best jugak.
Memang tak mengecewakan. Season 2 Team Medical Dragon pon best. Walaupun jalan ceritanya lebih kurang sama macam season 1, kemunculan watak-watak baru menjadikan cerita ni lagi suspen dan menarik.

  • Episodes: 11
  • Viewership ratings: 16.8% (Japan)
  • Broadcast year: 2007
  • Theme song: ONE by AI
  • My Rating : 8.5/10

Asas Katakana

Sorry guys... Lama x update blog ni. Lame gak aku share ngan korang pasal bahasa Jepun. Kat bawah ni aku tunjukkan asas tulisan Katakana.

Kebiasaannya tulisan ni merujuk kepada nama tempat dan nama orang asing(bukan orang Jepun)
Contoh;
Ahmad - ア(a)ハ(ha)マ(ma)ド(do)
Siti - シ(si)チ(ti)
Malaysia - マ(ma)レ(re)イ(i)シ(shi)ア(a)
Kuala Lumpur - ク(ku)ア(a)ラ(ra)ル(ru)ン(m)プ(pu)ル(ru)

Sunday, 11 October 2009

Filem 'Cahaya' . Filem Malaysia ke ni???




Cuba korang try tengok video kat ini, video filem 'Cahaya' yang aku amek kat Youtube. Persoalannya, inikah identiti filem Melayu? Yang panas nya macam mana filem ni boleh terlepas untuk ditayangkan. Dimana silapnya??? Filem ni banyak mengandungi adengan panas yang tak sepatutnya dibuat oleh rakyat Malaysia. Cuba korang tengok pelakon perempuan dalam filem ni hanya menutup buah dadanya dengan tangan sahaja.

Inikah pembaharuan filem Melayu yang ingin ditonjolkan??? Meniru identiti filem barat??? Inikah budaya ketimuran yang kita banggakan selama ini???

Fikir-fikirkanlah sebelum anda menonton filem ini.

Saturday, 3 October 2009

たんじょうびおめでと (tanjoubi omedeto)

じゅがつ

Jyugatsu (Oktober)


もしもしみなさん。こんげつはわたしのたんじょうびです。たんじょうびおめでと!

moshi2 minasan. kongetsu wa watashi no tanjoubi desu. Tanjoubi omedeto!

Happy birthday! wish kat sape ni??? wish kat diri sendiri...hahaha...bulan ni birthday aku 3 oktober.
nak kek!!... dah besar x yah kek lah...hahaha. thanx kepada member aku yg wish kat aku. Ingat lagi ek korang birthday aku. Hadiah x de ke???

Ingat ade la awek jepun same birthday ngan aku. Tapi xde la. huhuhu.. sipi2 je nak same tarikh. Antara artis Jepun yg lahir bulan ni adalah Horikita Maki (drama popular- Hanazakari no kimitachi e, Atashinchi no Danshi & Kurosagi), Ikuta Toma (drama popular- Hanazakari no kimitachi e ngan Honey & Clover) ngan Nakama Yukie (drama popular-Gokusen)

  • Name: Horikita Maki
  • Birthdate: 1988-Oct-06
  • Birthplace: Tokyo, Japan
  • Height: 160cm
  • Star sign: Libra
  • Talent agency: Sweet Power

  • Name: Ikuta Toma
  • Birthdate: 1984-Oct-07
  • Birthplace: Noboribetsu, Hokkaido, Japan
  • Height: 173cm
  • Weight: 58kg
  • Star sign: Libra
  • Talent agency: Johnny's Entertainment

  • Name (romaji): Nakama Yukie
  • Birthdate: 1979-Oct-30
  • Birthplace: Urasoe, Okinawa, Japan
  • Height: 160cm
  • Weight: 46kg
  • Star sign: Scorpio
  • Talent agency: Production Ogi

Monday, 28 September 2009

KIDS

KIDS
Filem ni berdasarkan novel terlaris karya Otsuichi

Filem ini mengisahkan seorang budak lelaki, Asato Ono yang mampu mengubati kecederaan yang dialami oleh orang lain. Tapi pada masa yang sama dia terpaksa menanggung kesakitan yang telah diubatinya.With a special power to heal people's wounds, is it a blessing or a curse?

Asato mempunyai kuasa istimewa memindahkan kesakitan/kecederaan orang lain.

Asato berhasrat untuk menolong memindahkan keasakitan mangsa2 yang terlibat dalam kemalangan ke dalam tubuhnya walaupun terpaksa mengorban dirinya selepas maknya menyalahkan dirinya sebagai sebab utama dia dimasukkan kedalam penjara.
Takeo, Shiho & Asamoto

Sejarah kehidupan Asato, maknya membunuh ayahnya didepan matanya sendiri sebab layanan buruk oleh ayahnya. Ini disebabkan ayahnya menyalahkan maknya melahirkan anak yang dianggap sebagai anak raksaksa.

Bagi aku jalan cerita ni sentimental, tapi best. Laya
nnn...

Trailer 'KIDS'

Sunday, 27 September 2009

Crows Zero 2

クロズzero II


Sambungan daripada filem paling gempak di dunia. kali ni sekolah suzuran lawan ngan sekolah housen. Lagi gempak! siap bakar2 sekolah lagi.
Genji berjumpa dengan ketua sekolah housen utk menetapkan masa perlawanan.

Suzuran vs Housen.
Team Genji dan Team Serizawa bergabung utk berlawan dengan pelajar sekolah Housen. Pada mulanya Genji gagal memujuk orang2 Serizawa. Oleh itu dia buat keputusan utk berlawan sendirian dengan budak2 sekolah housen. Tetiba time2 dia ngah lawan tu, dtg lak team serizawa.

Sebahagian part2 Suzuran vs Housen. Budak2 sekolah housen sume nye botak2 belaka. Cuma yang kuat2 aje yg berambut.

Miura Haruma(yg rambut putih) pon memegang watak penting dlm filem ni. Tapi dia muncul sekejap2 je. Selepas ketua gangster sekolah Housen yg sekarang kalah ngan Genji, dia lah yg akan ambil alih sekolah Housen.. Hmmm.. mcm ade je Crows ZEro 3 pulak...

Saturday, 26 September 2009

Zettai Kareshi

ぜったいかれし
Absolute Boyfriend

Drama ni pernah di tayang kat 8tv. Tak silap aku dalam tahun ni jugak. Tapi masa ditayangkan kat 8tv, aku x minat sgt sampai la member aku bg aku pinjam dvd drama ni.

Drama ni mengisahkan tentang robot manusia yang dicipta oleh syarikat heaven kronos. Robot ni dicipta sebagai robot kekasih. Untuk percubaan, Izawa telah dipilih untuk mencubanya. Sebabnya Izawa masih belum memiliki teman lelaki. Izawa boleh memilih ciri-ciri teman lelaki yang di impikannya dan semua data-data yang telah diprogramkan seperti yang diingini Izawa.

Pada permulaan Izawa macam rimas dengan kewujudan robot kekasih ni yang diberi nama Tenjo Night dalam kehidupannya. Night asyik mengekorinya sehinggakan sanggup bekerja sama syarikat dengan Izawa. Ini yang menyebabkan Izawa naik rimas, nak2 lagi Night asyik meluahkan perasaan cintanya.
Izawa mula menyayangi Tenjo Night tapi dia tak berani nak bagi taw kat orang lain sebab Night hanyalah sebuah robot.

Namun begitu, Izawa mula syok pula kat ketuanya, Asamoto Soshi. Soshi ni mula2 kaki perempuan. Kerja pon x serius sehinggakan mendatangkan kemarahan abangnya, Asamoto Masashi. Soshi mula syok kat Izawa selepas makan kek yang Izawa masak. Sebab perasa kek tu same dengan kek yang dibuat oleh datuknye. Selepas tu Soshi mula rapat dengan Izawa dan cuba untuk menunaikan impian Izawa untuk menjadi tukang masak makanan ringan.Soshi mula menyukai Izawa, mula-mula dia x berani sangat. tapi bila dia taw Night ni robot, baru dia berani nak luahkan perasaan kat Izawa..hahaha.. ape da

Izawa mempunyai angan2 nak jadi chef makanan ringan. Tapi dia ni kurang yakin dengan bakat yang dia ada.

Disebabkan hubungan yang makin intim, Night mula rasa cemburu. Namun tingkah laku aneh Night menyebabkan syarikat Heaven Kronos nak mengambilnya semula dan menghapuskannya. Ini disebabkan Night mungkin berbahaya kepada manusia kerana perasaan cinta dan cemburunya seakan-akan seperti manusia yang sebenar.

Overall, drama ni memang best... aku cakap betul ni bukan main2... hahaha.. ade kelakar, sedih kadang2 tu romantik gak..
#skang ni drama ada offer kat kedai, RM19.90. Memang berbaloi bile cerita ni...

Info drama;
  • Title : Zettai Kareshi
  • Also known as: Absolute Boyfriend
  • Tagline: Kanzen Muketsu no Koibito Robot / The Completely Perfect Boyfriend Robot
  • Genre: Romance, comedy
  • Broadcast network: Fuji TV
  • Episodes: 11
  • Viewership ratings: 13.2 (Kanto)
  • Broadcast period: 2008-Apr-15 to 2008-Jun-24
  • Theme song: Okaeri by ayaka
  • Myrating : 8/10
aku suka dengar lagu tema dia... okaeri

Tuesday, 22 September 2009

DISEBALIK KISAH BENAR LAMAN WEB SO SIAL 'FACEBOOK'


Amaran ini dikeluarkan kepada semua yang telah atau yang ingin menyertai laman web so sial ini.

Ini kerana, aku dapat tahu laman web ni ada kait mengait dengan kekejaman yang berlaku di Palestin.

Kalau korang nak tahu, pencipta laman web ni ialah Zurkerberg, seorang mahasiswa Universiti Harvard. Dia telah mencipta laman web ni pada tahun 2004.
Beruk sebelah kiri ni lah Mark Zuckerberg

Tahun lalu bilangan pengguna 'FACEBOOK' mencecah 140 juta orang. Tapi baru-baru ni 'FACEBOOK' menyatakan penggunanya kini mencecah 240 juta orang. Dasyat! dalam tempoh masa terdekat dah meningkat sebanyak 100 juta orang. Siapakah yang menyumbang kepada peningkatan ini??? Anda ke???

Dalam kegairahan korang melayari 'FACEBOOK' ni, kerajaan Iran telah menyekat penggunaannya pada pilihan raya presiden lepas bagi menghalang kempen di lakukan oleh calon yang bertanding. Majlis Ulama Indonesia turut mengharamkan penggunaan 'FACEBOOK' di sebabkan laman web so sial ni menjadi punca utama perlakuan tak senonoh dan seks sebelum nikah.

KAITAN ZUCKERBERG DENGAN ISRAEL

Zuckerberg menjadi anggota Alpha Epsilon Pi(AEPI). Sebuah pertubuhan kuat persaudaraan Mahasiswa Yahudi di US dan Kanada yang merupakan satu-satunya pertubuhan persaudaraan di Israel. Asas utama pertubuhan ini untuk membina semangat kepimpinan dikalangan mahasiswa Yahudis sekali gus menjadi pemimpin bangsa di masa akan datang yang benar2 memahami nilai, idea dan etika Yahudi.

FACEBOOK MENYOKONG SERANGAN ISRAEL KE ATAS PALESTIN

Seorang pengguna facebook, Joel Leyden(wartawan Israel News Agency) telah memanfaatkan laman web so sial ini dengan menyokong serangan Israel ke atas Palestin. Dia cipta FACEBOOK dia sendiri selepas 3 jam serangan pertama Israel ke atas Palestin yang telah menjadi pembakar semangat kepada pengganas2 Israel. Dengan kesempatan ni, si Leyden ni berserta dengan video di Youtube telah memberi penjelasan kepada dunia tentang kenapa Israel menyerang penduduk Palestin yang dilabelkan sebagai pengganas Islam.

FACEBOOK TUTUP AKAUN KUMPULAN YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM

'FACEBOOK' telah menutup akaun kumpulan Cyber Jihad dan Arrahmah dari Indonesia yang lantang memperjuangkan agama Islam melalui 'FACEBOOK'.



TANGGUNGJAWAB KITA UNTUK MEMBOIKOT FACEBOOK

Aku mendapat sumber ni di blog muhammadzulhusmi.blogspot.com dan di laman web ohtidak.com

Sebar-sebarkan untuk pengetahuan semua

Hanazakari no Kimitachi E SP

はなざかりのきみたちえ

hahaha... tergelak besar aku tengok drama ni... Memang lawak betul... Hana Kimi special ni sambungan daripada drama bersirinya yg 11 episod tu. Tapi yg special ni sambungan daripada episod 7 ngan episod 8. Camne lak tu eh??? Senang cerita episod 7.5 ngan episod 8.5... Pulak dh.. hmmm

Dalam siri special kali ni mengisahkan Mizuki didatangi oleh kawannya dari Amerika. Julia namanye. Dia ni datang sebab nak pujuk Mizuki balik semula ke Amerika. Tapi Mizuki tak nak sebab dia dah mula rase seronok kt Sekolah Ohsaka tu. Nak2 lagi Izumi sebelum ni tak bagi Mizuki balik ke Amerika lagi.
Mizuki x nak balik ke Amerika. Untuk membuktikan yang Izumi x suke kat Mizuki, Julia dan Mizuki berpura-pura menjadi pasangan kekasih.
Nanba senpai mula meminati Julia sejak mula mereka berjumpa. Manakala si Nakatsu ni pulak tak berapa senang dengan Julia.
Part sedih... Di mana masa ni upacara perpisahan dengan senior2 sekolah ni. Mizuki telah di jemput dari Amerika.
Hibari, Oscar Masao, Nanba Minami dan Tennouji masa upacara perpisahan. Dalam cerita ni mereka adalah senior manakala Izumi, Nakatsu dan lain adalah junior.