Friday, 8 February 2013

KAT-TUN ~ Expose [Download Link]


Konnichiwa!!.. KAT-TUN~ Expose has been released.. ngahaha.. great!!... so,, here is the link for download this single...

Title: KAT-TUN ~ Expose
Released: 6th February 2013
File Size: 41MB (320kbps)

track list:
01 - Expose
02 - Connect & Go
03 - Steps to love
04 - Haruka no Higashi no Sora e
05 - Brand New Day

click here to download -----> http://www22.zippyshare.com/v/33190446/file.html  =)

Thursday, 7 February 2013

Bahasa Jepun ~ Perkataan 'mono' (benda)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBsgJoUTneKjBE664924jQJUq4t7K6UqLGYECynCBjkFzYWp8bAXYL17AS7UwgNtuXbK-XWuLcwL0dig1fiakAQ07oCC4UOfA75xq2drk_QIcI69pIXrj071gXVUcbHgPtAJNzBrJWm5I/s1600/013gr.jpg
Konnichiwa.. lame xupdate pasal bahasa jepun.. gomen ne^^.. okeh hari ni ade baca pasal perkataan mono iaitu 'benda'.. biasanye dalam bahasa jepun kata kerja mesti ade 'masu' dekat belakang ayat..lihat contoh dibawah..

BAHASA JEPUN                 BAHASA MELAYU
Kaimasu                                   Membeli
Urimasu                                    Menjual
Tabemasu                                 Makan
Nomimasu                                Minum
Wasuremasu                             Lupa
Asobimasu                               Bermain
Norimasu                                 Naik kenderaan
Tatemasu                                 Mendirikan

Apabila dalam kata nama perkataan 'masu' akan terhapus.. maka terjadilah seperti yang berikut;

Kaimasu -->  Kaimono [Membeli belah] ~ Kai (beli) + mono (benda/barang) = membeli benda/barang (membeli belah)

Urimasu --> Urimono [Barang jualan] ~ Uri (jual) + mono (benda/ barang) = barang jual (Barang jualan)

Tabemasu --> Tabemono [Makanan] ~ Tabe (makan) + mono (benda/barang) = benda makan (makanan)

Nomimasu --> Nomimono [Minuman] ~ Nomi (minum) + mono (benda/barang) = benda minum (minuman)

Asobimasu --> Asobimono [Permainan] ~ Asobi (main) + mono (benda/barang) = benda main (permainan)

Wasuremasu --> Wasuremono [Barang yang terlupa] ~ Wasure (lupa) + mono (benda/barang) = barang lupa (barang yang terlupa)

Norimasu --> Norimono [Kenderaan]  ~ Nori (naik) + mono (benda/barang) = benda naik (kenderaan)

Tatemasu --> Tatemono [Bangunan] ~ Tate (diri) + mono (benda/barang) = benda diri (bangunan)

mungkin agak kelakar sikit dan pelik sikit bunyi nya bila digabungkan dengan perkataan 'mono'.. hope korang boleh faham dengan cara macam ni.. ^^

Wednesday, 6 February 2013

JDrama 2012~ Rich man Poor woman [Review]

 
 
Konnichiwa!!... kisah percintaan berbeza darjat yang unik.. hehe.. ramai yg membandingkan drama ni dgn drama2 korea.. ternyata drama 'Rich man Poor woman' telah memukau jutaan penonton dengan jalan cerita yang sangat menarik.

SINOPSIS

Drama ni mengisahkan pasal percintaan antara Hyuga Toru (Oguri Shun) dengan Natsui Makoto (Ishihara Satomi).. Hyuga merupakan president syarikat yg berjaya iaitu Next Innovation.. Manakala Natsui seorang pelajar yg sedang mencari pekerjaan.. Mereka berdua bertemu semasa Hyuga ingin mencari pekerja baru di syarikat miliknya.. Natsui telah memikat Hyuga utk menjadi pekerjanya dengan menggunakan nama Sawaki Chihiro iaitu nama ibu kandung Hyuga yg telah menghilangkan diri..

Dalam diam2 Natsui mula jatuh cinta pada Hyuga.. Walaubagaimanapun,, reaksi Hyuga sukar diduga,.. kerana dia mmg hebat dalam mencipta produk baru dan unik tetapi tidak pandai dalam bercinta.. Dia pada asalnya hanya menggunakan Natsui utk kepentingan syarikat mendapat projek2 besar..

Konflik timbul apabila rakan baik Hyuga, Asahina Kosuke merancang menjatuhkan reputasinya sebagai presiden.. akibat drp masalah yg ditimbulkan oleh Asahina,, Hyuga telah meletakkan jawatan dan Asahina menjadi presiden... Hyuga tidak menerima hakikat apabila Asahina telah menggunakan idea2nya utk menaikkan semula pendapatan syarikat... Natsui yg bersimpati dengan Hyuga telah banyak memberi dorongan dan semangat kpd Hyuga untuk memulakan syarikat baru..

Lama kelamaan Natsui merasakan dirinya tak diperlukan lagi dan mula menjauhkan diri daripada Hyuga.. Pada akhir cerita Hyuga dengan Natsui menjalinkan hubungan cinta mereka.. perghh.. so sweet drama ni.. hehehe

KOMEN

- Drama percintaan yg unik.. banyak bende yg kadang2 kita xjangka akan berlaku dalam cite ni..
- Konflik yg menarik minat untuk menonton drama ni smpai habes.. dah abes pon mcm xpuas.. kenape pendek sgt cite ni?? haha.. hope ade season 2.. hehe.. kebiasaan drama jepun mcm tu.. kalu best mesti ade season 2..
- cite ni bkn fokus pada percintaan je.. ade jugak masalah keluarga dan persahabatan.. touching gak..
- aku suke Ishihara Satomi dalam cte nih.. kalut tapi kelakar.. haha.. Oguri Shun lak dan macam Genji pon ade.. ngahaha..
- drama ni lebih romantik drp Hana Yori Dango?? ahah
- Serius drama ni TERBAEK!!

INFO

Tajuk: Rich man Poor woman
Genre: Romantik, Komedi
Episod: 11
Siaran Tv: Fuji Tv
Rating Tv: 12.4%
Tahun: 2012  
Lagu Tema: Hikari e- Miwa & Napa- Miwa
Pelakon utama: Oguri Shun, Ishihara Satomi, Arata & Aibu Saki

KARAKTER UTAMA

Hyuga Toru (Oguri Shun).. bijak dalam mencipta produk baru yg unik.. tegas.. kadang2 cepat marah.. xpandai dalam bercinta.. 

Natsui Makoto (Ishihara Satomi).. sangat kalut.. haha.. tapi kelakar.. suka kat Hyuga tapi malu nk bgtaw.. suka ambil berat dan banyak membantu menyelesaikan masalah Hyuga.. 


PREVIEW



ONLINE WATCHING
http://www.gooddrama.net/japanese-drama/rich-man-poor-woman

vote this drama for best jdrama 2012.. hehe.. rekemen sape2 yg blom tgk lagi,,

Saturday, 2 February 2013

KAT-TUN ~ Expose (short version)


Konnichiwa!!.. KAT-TUN akan keluarkn single terbaru 6hb Februari 2013 yg berjudul ~Expose~.. waahhh! xsabar nk mendownload.. haha.. nak beli xmampu lagi.. dah tentu lah mahal.. Ini adalah single ke-20 KAT-TUN dan yg pertama utk tahun 2013.. wokeh, jom layan versi pendek lagu Expose..


Friday, 1 February 2013

Jpop Asia Music Awards 2012 [Result]


Konnichiwa!!.. korang ade vote utk Jpop Asia Music Awards x? ngahaha.. senarai pemenang telah di umumkan.. Grup Scandal mendominasi hampir kesemua anugerah yg dipertandingkan.. KAT-TUN dan Yui juga antara yg mendominasi senarai pemenang. Pemenang telah ditentukan berdasarkan undian daripada peminat.

Berikut adalah senarai pemenang:

Scandal

1. Favorite Artist/Band - Scandal

2. Best Male Solo - Naoto Inti Raymi

3. Best Female Solo - Yui

4. Best MV 2012 - Taiyou Scandalous (Scandal)

5. Best Single 2012 - Harukaze (Scandal)

6. Best Album 2012 - Queens are trumps (Scandal)

KAT-TUN

7. Best Boyband - KAT-TUN

8. Best Girlband - Scandal

9. Most Promising - Fumika

YUI


10. Best Musical Ability (vocal, instrument, etc) - Yui

11. Best use of social media (facebook/twitter/etc) - Akanishi Jin

12. New Artist/Band of 2012 - The Monsters

Kamenashi Kazuya

13. Sexiest Male Singer - Kamenashi Kazuya (KAT-TUN)

14. Sexiest Female Singer - Ono Haruna (Scandal)

15. Most want-to-be Girlfriend - Yui

16. Most want-to-be Boyfriend - Kamenashi Kazuya (KAT-TUN)

more result for JRcok & Kpop ----> http://www.jpopasia.com/awards/

Wednesday, 30 January 2013

JDrama 2011~ Nankyoku Tairiku [Review]

 
Konnichiwa!!.. drama 'Nankyoku Tairiku' (Antarctica) merupakan cerita sebenar di era selepas perang dunia kedua.. Pada waktu itu yang dikenali sbg Zaman Showa yg merupakan zaman pemulihan bagi masyarakat Jepun selepas kalah dalam peperangan.. Para saintis Jepun ketika itu berusaha untuk menyertai program ekspedisi ke Antartika bersama dengan negara2 eropah.. walaubagaimanapun pelbagai halangan ditempuhi sebelum ekspedisi ini berjaya diteruskan sehingga sekarang..

SINOPSIS

Sekumpulan saintis Jepun yang diketuai oleh Takeshi Kuromochi (Takuya Kimura) dan Yu Shirasaki (Kyohei Shibata) sedang berusaha untuk menyertai negara2 Eropah menyertai ekspedisi menjelajah Antartika.. Walaubagaimanapun,, usaha mereka mendapat ejekan daripada negara2 Eropah.. Mereka memandang rendah kemampuan Jepun yang baru sahaja kalah dalam peperangan.. Dengan penuh semangat ingin membuka lembaran baru bagi negara Jepun,, mereka berusaha mendapatkan tempat untuk menyertai ekspedisi tersebut..

Hasil usaha Kuromochi dgn Shirasaki,, mereka berjaya menyenaraikan Jepun mnyertai ekspedisi tersebut yang merupakan negara Asia pertama sampai ke Antartika.. Namun,, mereka mengalami kesukaran kerana tempat yg telah ditetapkan adalah sukar untuk di jejaki dan belum pernah ade manusia menjejaki tempat tersebut.. Mereka tahu bahawa ini adalah salah satu cabaran daripada negara eropah yang memperlekeh kemampuan mereka..

Kapal yang dikenali sbg 'Soya' adalah kapal semasa perang.. dimana kapal ini dianggap 'ajaib' kerana mampu pulang semula ke Jepun selepas kekalahan Jepun semasa perang.

Kuromochi dan Shirasaki berusaha mendapat dana kewangan daripada kerajaan yang sukar mengeluarkan bajet kerana pada waktu itu rakyat Jepun sangat memerlukan wang.. Namun,, selepas melihat keterujaan masyarakat Jepun dengan berita tentang ekspedisi ke Antartika,, kerajaan Jepun ketika itu meluluskan dana yang diminta,, dan kerja2 pembaikan kapal yg diberi nama 'Soya' giat dijalankan.. Shirasaki melakukan pemilihan krew2 yg dikehendaki menyertai ekspedisi ini manakala Kuromochi mendapatkan beberapa ekor  anjing2 sakhalin husky dari Hokkaido untuk membantu pergerakan mereka di Antartika..

Krew-krew Ekspedisi Pertama di Antartika

Pada 8 November 1956, bermula ekspedisi pertama Penjelajahan Antartika,, dimana krew2 terpilih akan menetap di Antartika selama setahun dengan melakukan beberapa penyelidikan yang boleh membawa manfaat kepada dunia sains Jepun.. Mereka mendiri tempat penyelidikan di Antartika yg dikenali sbg Showa Station..Selepas mereka hampir berjaya menamatkan ekspedisi dengan gembira dan jayanya,, mereka terpaksa meninggalkan anjing2 Hokkaido tersebut di Antartika.. Ini menimbulkan kemarahan rakyat Jepun yg menganggap mereka sebagai xberperikemanusian.. hal ini berpunca daripada cuaca yg tidak mengizinkan kapal 'soya' mendekati  Showa Station.. Mereka meninggalkan Antartika dengan pesawat kecil dan terpaksa meninggalkan anjing2 tersebut..

Kuromochi bertanggungjawab ke atas semua anjing2 yg dibawa dari Hokkaido

Selepas setahun,, ekspedisi ketiga diteruskan dan Kuromochi menyertai semula untuk mencari anjing2 tersebut.. malangnya,, hanya 2 daripada 20 ekor anjing yg dibawa masih hidup manakala selebihnya telah hilang dan mati..

KOMEN

- Drama yg sangat menyentuh perasaan.. melihat hubungan erat antara manusia dan anjing semasa hidup di Antartika.. Anjing2 inilah yg telah menyelamatkan nyawa Kuromochi dan krew2 lain daripada mati kesejukan.. Mereka sume berasa sangat bersalah selepas terpaksa meninggalkan anjing2 tersebut di Antartika..
- Aku suke semangat yg ditunjukkan dalam cerita ni.. pelbagai masalah mereka tempuhi,, daripada negara2 eropah yg seperti ingin menolak penyertaan mereka,, kerajaan yg takut membuat pelaburan disebabkan Jepun xmempunyai sumber kewangan yg banyak serta masalah Kapal 'Soya' yang beberapa kali gagal disiapkan.. Namun mereka sume melepasi halangan tersebut dengan tabah..
- plot cerita yg sangat menarik.. kesan visul dan bunyi yg gempak.
- cerita boleh membuat anda menangis.. huhu
- bagi aku drama 'Nankyoku Tairiku' adalah drama TERBAEK!!

INFO

Tajuk: Nankyoku Tairiku (Antartika)
Genre: Adventure
Episod: 10
Siaran Tv: TBS
Tv Rating: 18.0%
Tahun: 2011

KARAKTER UTAMA

Kuromochi (Takuya Kimura).. Seorang profesor di Universiti Tokyo.. sgt bersemangat menyertai ekspedisi ke Antartika.. bertanggungjawab melatih dan membawa anjing2 Hokkaido ke Antartika.. Atas sebab gagal membawa pulang anjing2 tersebut,, dia melatakkan jawatan dan menyertai ekspedisi ketiga selepas kegagalan ekspedisi kedua untuk mencari semula anjing2 tersebut..

NANKYOKU TAIRIKU OST



WATCH ONLINE

http://www.gooddrama.net/japanese-drama/nankyoku-tairiku

rekemen sgt kat korang tgk drama nih ^^.. best sgt

Sunday, 27 January 2013

JDrama 2011 ~ Umareru [Review]


 
Konnichiwa!!.. baru lepas layan drama umareru.. yg bermaksud 'kelahiran'.. sebuah drama yg unik mengisahkan tentang susah payah seorang ibu yang berumur 50-an untuk melahirkan seorang anak.. pelbagai implikasi bakal diterima kerana pada umur sebegitu amat sukar untuk mengandung dan melahirkan anak..

SINOPSIS

Cerita mengisahkan tentang seorang ibu yang mempunyai 4 orang anak, iaitu Manami, Taichi, Koji dan Miko.. Manami bekerja sbg seorang editor dan dia sedang mengumpul maklumat tentang ibu mengandung yg berumur 50-an ke atas.. Pada masa yang sama,, ibunya Tanaka telah didapati hamil pada usia 50 tahun.. Manami terkejut dengan berita tersebut.. Dia telah mendesak ibunya untuk menggugurkan kandungan tersebut sebab risau akan risiko yang akan di alami ibunya.. ini kerana pada hasil kajian dan maklumat yang didapati ibu yang hamil pada usia sebegitu mempunyai risiko yang sangat tinggi dan dikhuatiri banyak implikasi yang bakal diterima pada kelahiran bayi tersebut..

Masalah timbul apabila Manami dan ibunya merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan Taichi, Koji dan Miko.. Taichi berasa seperti disisihkan tentang rahsia berkenaan dan mengalami tekanan daripada seorang lelaki yang mengaku sbg bapa kandungnya.. disebabkan tekanan yang dialaminya,, Tanaka memberitahu perkara sebenar bahawa, Taichi adalah ank kwn baiknya.. disebabkan xsanggup melihatnya dihantar ke rumah anak2 yatim.. Tanaka telah rela hati menjadikan Taichi sebagai anak angkat dan dilayan seperti anak kandungnya sendiri..
Koji pula mempunyai penyakit Leukemia.. Dia menyedari akan penyakitnya semakin merbahaya dan merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan ibunya yg sedang hamil.. walaubagaimanapun secara kebetulan Manami berada di hospital dan terserempak dengan Koji yg menjalani rawatan.. Disebabkan keadaan Koji yang semakin kritikal, Manami memberitahu perkara sebenar kpd ibunya.. Tanaka xsanggup melihat keadaan Koji yg semakin kritikal sehinggakan sanggup menggugurkan kandungan utk menyelamatkan nyawa Koji.. Atas keprihatinan Doktor Kondo yg memantau keadaan Tanaka, telah mengesyorkan rawatan alternatif utk Koji dengan menggunakan darah bayi yg dilahirkan Tanaka..

Miko pula mengalami masalah murung disebbkan malu di ejek oleh rakan sekelas.. Dia rasa malu dengan kehamilan ibunya pada usia sebegitu.. Selepas melihat kegigihan ibunya serta tekanan dalam membantu Koji yg sedang sakit,, akhirnya dia sedar betapa susahnya seorang ibu  yang sedang hamil.. Dia mula sedar betapa pentingnya nyawa yg berada dalam kandungan ibunya.. akhirnya dia xmalu berdepan dengan ejekan rakan sekelasnya dan berusaha membantu ibunya dan Koji..

Selepas Tanaka melahirkan anak,, darah anak tersebut berjaya mnyelamatkan nyawa Koji.. Akhirnya bayi tersebut hidup dengan mempunyai ciri-ciri fizikal yang secukupnya dan Koji telah sembuh daripada penyakitnya.. akhirnya mereka sekeluarga hidup bahagia selepas pelbagai rintangan yg mereka lalui..

KOMEN:

- Sebuah drama yang sangat menyetuh perasaan.. susah payah seorang ibu mengandung dan melahirkan anak.. ditambahkan lagi dengan usia yang telah lanjut dan berdepan pelbagai risiko serta masalah lain yg timbul seperti penyakit yg dihidapi anak yang lain..
- Cerita byk memberi info tentang kehamilan pada usia lanjut..
- jalan cerita yg memberi kesan kepada penonton.. plot yg sangat menarik.. pelbagai masalah timbul pada kemuncak cerita yng membuatkan penonton akan tertanya-tanya tentang apa yang akan terjadi pada episod berikutnya..
- DRAMA NI BEST^^

INFO:

Tajuk: Umareru
Genre: Human Drama
Episod: 10
Tv Siaran: TBS
Tv Rating: 10.3%
Tahun: 2011


KARAKTER UTAMA

Manami (Horikita Maki)
Kakak sulung daripada 4 beradik.. seorang kakak yg penyayang.. pada awalnya xdapat menerima hakikat yg ibunya hamil.. banyak membantu Taichi, Koji dan Miko dalam menyelesaikan masalah.. karakter penting yg menyatukan adik beradik dengan ibunya..

TRAILER



WACTH ONLINE


Wednesday, 23 January 2013

Senarai Best Jdrama 2012

Konnichiwa!!.. Jdrama time! hik3x~.. pehh2 drama jepun 2012 blom layan abes lagi nih.. aku pon da xtaw nk tgk mane satu nih.. stakat ni aku dah tgk Lucky Seven je.. mmg terbaek.. next nk layan drama Richman Poorwoman sbb ramai respon positif pasal drama nih.. so,, korang yg dah tgk jdrama 2012 boleh la vote mane2 yg best.. berikut senarai Best Jdrama 2012;



- Richman Poorwoman
- Sprout
- Hungry!
- Lucky Seven
- Saikou no Jinsei no Owarikata / Ending Planner
- GTO 2012
- The Locked Room Murders
- Naniwa Junior Detectives
- Priceless
- Resident 5-nin no Kenshui
- Perfect Blue
- Beginners!
- I Love Tokyo Legend
- Flat Out Tokyo Girl
- Ataru
- A tree in the sun
- Answer -Keishicho Kensho Sosakan
- Iryu Sosa 2
- Breathless Summer
- Boys on the run
- Becoming Mrs. Hayami
- Becoming a Doctor at age 37
- Beautiful Rain
- Clover
- Cleopatra Ladies
- Doctor-X
- Dirty Mama!
- Gooko's Life
- Future Diary
- High School Entrance Exam
- The Holy Monsters
- Houkago wa Mystery Totomo ni
- Kodomo Keisatsu
- Late Blooming Sunflower~My Life Renewed~
- Legal High
- Mikeneko Holmes no Suiri
- Papa wa idol
- Miss Double Faced Teacher
- Monster
- My little nightmare
- My mama is a ghost
- Perfect son
- Piece
- Princess of the Frog
- Renai Neet~Wasureta Koi no Hajimekata
- Second To Last Love
- Sleeping Jukujo
- Strawberry Night
- Summer Rescue
- Sugarless
- Suugaku Joshi Gakuen
- Teen Court
- The Lovers of Share House
- The Quiz
- Thursday theater Keigo Higashino Mystery
- Tokyo Airport: Air Traffic Service
- Tsumi to Batsu: A Falsified Romance
- Vision-The Woman Who Can See Murder
- W no Higeki
- Will You Marry Me.. Again? - Mou Ichido Kimi ni, Propose
- Wonderful Single Life- Kekkon Shinai

Sebanyak 61 buah drama aku pilih tahun ni.. so,, vote drama2 kegemaran anda di ruangan yang telah disediakan disebelah kanan nih ----> =)

arigatou^^  hav fun..

Sunday, 20 January 2013

List of Top 20 Japan Box-Office Movies [2012]

Konnichiwa!!.. time ngah cuti-cuti nih,, belek2 jap movie2 Jepun 2012 yg best2.. hehe.. Seperti sebelum ni,, aku semak snarai box-office movie Jepun kat mojo movies.. kat situ sume ranking movies setiap negara ade.. yg menarik nye tahun 2012 dalam senarai movie2 yg ditayangkan di jepun,, top 5 dikuasai movie2 jepun mengalahkan Resident Evil ngan The Avengers.. Jom semak senarai top 20 Box-Office Japan Movies 2012 (Japan movies only =P) :

**dalam kurungan [ ] adalah jumlah kutipan tiket (dollar US)

TOP 20 JAPAN BOX-OFFICE MOVIES 2012
 _____________________________________________

1.  Umizaru 4 [$ 91, 331, 832]
_____________________________________________

2. Terumae romae [$74,091,903]
____________________________________________

3. The Bayside Shakedown the Final [$72,834,411]
_____________________________________________

4. One Piece Film Z [$68,244,143]
_____________________________________________

5. Evangelion 3.0 [$58,021,043]
_____________________________________________

6. Okami kodomo no ame to yuki [$52,544,777]
_____________________________________________

 
7. Eiga Doraemon:Nobita and the Island of Miracles - Animal Adventure [$44,649,222]
_____________________________________________

8. Pokemon : Best Wishes 2012
_____________________________________________

 9. Detective Conan: The Eleventh Striker [$41,439,875]
_____________________________________________

10. Always: Sunset on Third Street 3 [$40,757,117]
_____________________________________________

11. Rurôni Kenshin: Meiji kenkaku roman tan [$36,798,585]
_____________________________________________

 12. The Floating Castle [$31,967,471]
_____________________________________________

 13. Spec Ten [$29,023,960]
_____________________________________________

 14. We Were Here Part 1 [$28,876,929]
_____________________________________________

15. Anata e [$26,697,025]
_____________________________________________

16. Lesson of the Evil [$25,936,949]
_____________________________________________

 17. Liar Game: Reborn [$24,549,726]
_____________________________________________

18. Helter Skelter [$24,231,554]
_____________________________________________

19. Hotaru no Hikari [$22,720,794]
_____________________________________________


20. We Were Here: Part 2 [$20,762,157]
_____________________________________________

credit; http://www.boxofficemojo.com/intl/japan/yearly

Pilihan terbaik sepanjang tahun 2012

Konnichiwa!!.. sekejap je rasenye dah masuk tahun 2013.. post kali ni just review pasal result voting yang dilakukan sepanjang tahun  2012.. rasenye same je macam tahun 2011,, cuma bertukar tahun dan pencalonan je.. hik3x~

Firstly,, Best J-Drama aku buat berdasarkan drama2 tahun 2011.. ade berape ratus drama jepun dalam tahun 2011,, xterkira dibuat nya.. yang ditonton pulak xsmpai separuh pon lagi.. hehe.. so,, bagi drama jepun tahun 2011 ramai yg memilih drama Ouran High School Host Club sebagai Best J-Drama 2011 ^^


BEST J-DRAMA 2011

Ouran High School Host Club
[ 38 votes, 33% ]

Dah pilih drama best,, mestilah nak taw aktor ngan aktress jepun yg best2.. jadi,, berikut adalah pilihan pembaca:


AKTRESS JEPUN PALING BEST 2011

Horikita Maki
[ 66 votes, 50% ]

AKTOR JEPUN PALING BEST 2011

Miura Haruma
[ 35 votes, 27% ]

dan undian terakhir ialah Best J-Pop 2012.. xseperti tahun 2011,, KAT-TUN lebih menyerlah tapi tahun 2012 menampakkan peningkatan mendadak peminat Arashi di Malaysia.. kadang2 terfikir gak bile lah Arashi, Yui atau KAT-TUN ni nk datang ke Malaysia ni ek?? hehe..

BEST J-POP 2012

Arashi
[77 votes, 44% ]

Thanx kepada yang votes,, tahun ni may be lebih banyak bende2 yg nk suruh anda2 sume votes supaya nmpk meriah lagi blog aku ni.. weheee!!.. arigatou ne minasan^^