Thursday, 12 July 2012

J-Pop 2012 ~ Flumpool [Because... I am]

Konnichiwa!!.. band pop popular, Flumpool muncul dengan single ke-11 bertajuk Because... I am... secara officialnya release pada 11 Julai 2012.. jom dengar sikit.. best jugak ^^..



Monday, 9 July 2012

Oricon Chart Top 50 ~Half Year 2012~

Konnichiwa!!.. pehh.. sedar xsedar dah bulan julai.. da agak byk lagu2 j-pop yg aku da tertinggal nih.. skang ni mmg mndownload sume lagu2 j-pop yg best2.. jom check top 50 lagu2 j-pop sepanjang setengah tahun 2012 carta oricon^^

J-pop 2012~ Ikimonogakari [Haru Uta]

Konnichiwa!!.. ini adalah single Ikimonogakari yang ke-23.. berjudul 'Haru Uta'.. single release da agak lame la jugak.. hehe.. 25 April 2012.. single ni juga merupakan lagu tema untuk 'Detective Conan The Movie - 11 Hitome no striker'.. hav fun^^

Saturday, 7 July 2012

Drama 'Budak Sekolah' Terbaek


Konnichiwa!!.. kali ni post pasal drama jepun yg bertemakan budak2 sekolah.. ahah.. byk jugak drama jepun yg cte pasal budak sekolah nih... ade yg happening, lawak, serius, tacing, nanges2 pon ade.. tapi setiap cerita mesti ade moral value yg sgt berguna.. tu yang aku suke tgk cte jepun ni.. ade je mesej yg nk disampaikan dalam sesebuah cerita tuh.. dan cara diorng olahkan mesej tuh sgt kreatif.. tp mungkin ade yg xsuke bile time tengah2 cite byk sgt diorg ckp.. ahah.. tp dalam ckp2 tu kdg2 ade mesej nye.. hihi.. ok jom semak senarai drama jepun pasal budak2 sekolah yg best2..

Hanazakari no Kimitachi e (2007)

cite ni aku paling suke.. haha.. mesti ramai yg suke tgk cte nih.. paling best.. cerita sgt happening.. pasal budak sekolah lelaki.. cerita ni byk berkisar tentang kehidupan di sekolah ngan asrama.. yg happening nye bile diorng bersaing antara dorm untuk rebut hadiah2 yg ditawarkan.. mcm2 pertandingan yg kdg2 pelik2 je.. kdg2 diorang gaduh kdg2 bersatu hati.. ahah.. byk moment yg best dalam cte ni.. memang mcm realiti kehidupan bdk2 sekolah yg happening..

Rookies

cite ni pon best.. cite ni lebih kepada budak sekolah yg mempunyai impian yg tinggi dalam permainan besbol.. best cite ni.. tacing sikit kalu bab2 friendship yg ditonjolkan, pengorbanan seorang kawan.. pehh.. boleh nanges woo!.. haha.. cite ni byk gak pasal gaduh2, bertumbuk bagai.. sbb asalnye diorang ni mmg suke cari gaduh pastu atas bimbingan cikgu nye diorang berubah sikit demi sedikit...


Gokusen

Cite ni ade 3 season... sume best.. tapi bagi aku season 2 paling seronok.. dalam 3 season sume budak yg berbeza.. kira mcm 3 generasi pelajar... yg last skali disatukan dalam Gokusen The Movie... dalam ketiga-tiga season sume cte pasal budak skolah yg bermasalah.. tapi diorang berubah sikit2 dengan tunjuk ajar Yankumi... cite ni banyak gak pasal friendship.. tapi yang lebihnye hubungan budak2 sekolah ngan cikgu2 nye.. ade cikgu yg diorang suke n ade cikgu yg diorang xsuke.. haha.. cite ni lawak jugak..

Yamada Taro Monogatari

Cite yang happening.. cite pasal budak miskin(Yamada) masuk sekolah kaya.. tapi sume ingat bdk ni bdk kaya sbb latar belakangnya dirahsia kan.. cite ni lebih pasal situasi di sekolah elit.. yg menariknye watak Yamada yg memberi mesej bahawa manusia miskin atau kaya same je... dia langsung x pikir pasal kemiskinannya sesuatu yg membebankan... cool je.. tu pasal bdk lain ingat Yamada ni kaya..

My Boss My Hero

Cite ni lawak.. pasal anak yakuza yg dah berumur masuk sekolah.. sbbnye ayahnya bg syarat kalu nk jadi ketua mesti lepas sekolah tinggi dulu.. tapi akhirnya dia xdpat habes kn sekolah nya sebab kantoi identitinya seorang yakuza..

Hammer Session!

cite pasal budak sekolah dalam satu kelas yang banyak masalah... dalam setiap episd ade je bdk yang buat masalah sehinggakan cikgu disiplin sekolah nih dah tension dan naek muak dengan masalah yang ditimbulkan oleh budak kelas nih.. tapi disebabkan seorang cikgu penipu (Hachisuka Sensei) setiap masalah dapat diatasi dan kehidupan bdk2 sekolah dalam cte ni sgt happening dan agak tacing kdg2.. hihi

Ouran High School Host Club

cite pon pasal budak miskin masuk sekolah elit gak.. tapi lebih fokus kepada bdk2 host club... cte happening sbb watak ketua host club yang kalut dengan ahli2 host club yang mempunyai karakter2 yg pelik2..


Tumbling

Cite ni macam cite Rookies sikit.. cume cite pasal bdk2 yang maen gimnastik.. cume cite ni xhappening mcm cte 'Rookies'.. jalan cite ni aku suke.. sbb menarik.. daripada sebuah kelab gimnastik lelaki yang xcukup ahli kepada kumpulan gimnastik yang serba boleh.. banyak halangan diorang tempuh untuk berjya sbb kebanyakan bdk yang join kelab ni xpandai sgt dalam gimnastik..


Hanazakari no Kimitachi e 2011

Cite ni remake daripada Hana Kimi 2007.. jalan cite agak berbeza sikit.. skolah lak agak buruk sikit... jalan cite nye ok tapi rasenye xmenarik sgt mcm versi 2007.. kurang sikit happening nye.. tapi best jugak cite ni...

Great Teacher Onizuka

Cite ni pasal satu kelas budak2 yang bermasalah.. Onizuka-sensei yang mengubah mentaliti diorang.. cte ni agak lame dah.. tahun 1998 dulu... so, aku rase gaya cerita dalam GTO ni kurang feel sikit.. hehe.. tapi skang ade GTO yang baru.. cm ne agaknye ek..

ade lagi ke cte budak sekolah yang setanding mcm atas ni.. ahah.. tapi mungkin ade yang aku terlepas pandang.. gomen ne minna^^..

Thursday, 5 July 2012

J-pop 2012~ Kanjani 8 [Ai Deshita]

Konnichiwa!!.. pehh.. makin byk lak lagu2 j-pop yg best2 skang ni.. okeh yg ni lagu Kanjani 8 terbaru yang berjudul 'Ai Deshita'... lagu ni release pada 13 Jun 2012.. Lagu ni telah mencatat rekod sebagai lagu Kanjani 8 ke-7 yg paling top dalam carta Oricon... pada minggu pertama sahaja sebanyak 262 000 copies lagu ni telah dijual...

Lagu ni menjadi lagu tema untuk drama 'Papadol' yang dibintangi Nishikido Ryo... jom dgr cket =)



J-pop 2012~ KAT-TUN [To the limit]

Konnichiwa!!... Single KAT-TUN yg ke-18.. berjudul 'to the limit'.. lagu genre pop-rock ni release pada 27 Jun 2012.. lagu ni mempunyai mesej yg tersendiri iaitu 'jangan leka dan berpuas hati dengan keadaan sekarang, rebut masa depan dan capai impian serta jangan takut menghadapi cabaran'.. pehh.. mantop skali mesej yg ingin disampaikan.. ahah..

dengar sikit lagu nye.. bukan official video.. interview ngan ahli grup kat-tun..  ;P

Tuesday, 3 July 2012

Great Teacher Onizuka versi 2012 [Promo]

Konnichiwa!!... wahh GTO remake!! Great Teacher Onizuka versi 2012.. ahah.. selepas drama 'Hana Kimi 2011' yang diberi nafas baru daripada drama asal, hana kimi 2007,, kali drama yang popular pada 1998 itu pula dibuat semula menjadi 'GTO 2012'... drama ni mula ditayangkan pada 3 Julai 2012... dijangka tamat pada bulan September 2012..

versi baru pelakon pon baru.. aktor utama yang memegang watak Onizuka kali ni ialah AKIRA... hmmm.. anggota kumpulan EXILE.. selain tu versi kali ni turut menampilkan Yamamoto Tusuke sbg Saejima Toshiyuki (polis),, Takimoto Miori sbg Fuyutsuki Azusa dan Shirota Yu sbg Danma Ryuji...

pehh.. rasenyer kalu Oguri Shun jadi Onizuka pon ok jugak kan.. ahah.. pe2 pon hope jalan ceritanye lagi best daripada versi 1998 ^^


Thursday, 28 June 2012

Jpop 2012~ Arashi [Face Down] + download link~

Konnichiwa.. baru pon xbaru sgt lah.. pada 9 Mei 2012,, Arashi muncul dengan lagu single ke-38 yang berjudul 'face down'... lagu ni juga merupakan lagu tema untuk drama Kagi no Kakatta Heya yang dibintangi oleh Ohno Satoshi..

Sehingga 28 Jun 2012,, jualan cd + dvd untuk single nih dah mencecah 608,435 copies.. satu rekod yang  jadi kebiasaan untuk jualan cd dan dvd Arashi.. hihi

disini diserta link download ----> Arashi-Face Down (4shared.com)

dibawah adalah live performance lagu ni ;




Jpop 2012 ~ Arashi [Wild at heart]~

Konnichiwa!!.. just nk share information pasal lagu Arashi yg bertajuk 'Wild at heart'.. ahah.. lagu ni da agak lama dah kuar.. ari ni je berkesempatan nk share pasal lagu nih... hihi..

lagu ni released secara official pada 7 Mac 2012.. merupakan lagu ke-37 Arashi dan merupakan lagu ke-26 berturut-turut di nombor 1 carta oricon pada minggu pertama release.. Lagu ni juga merupakan lagu tema untuk drama 'Lucky Seven' lakonan Matsujun (Mastumoto Jun)... Setakat 28 Jun 2012,, sebanyak 644, 899 copies CD dan DVD lagu ni telah terjual...

ni pv lagu wild at heart... link utk download original version mp3 sume nye dah corrupt.. ^^

ARASHI - Wild at Heart by pavlina_

Watak 'Sensei' paling menyerlah dalam drama jepun

Konnichiwa!!... posting kali ni pasal watak 'sensei' atau 'cikgu' dalam drama2 jepun... korang pun mesti penah tengok drama2 jepun yang peranan utamanya adalah watak 'sensei'... antaranya mcam drama yang popular satu ketika dulu,, Great Teacher Onizuka, Gokusen, Rookies, Hammer Session dan yang terbaru Misaki Number One!... ahah.. rasenye ni je lah kot best untuk cite2 cikgu sekolah nih... jarang ade drama yang watak utamanya cikgu sekolah... so,, kelima-lima drama nih mempunyai ciri2 cikgu yang berbeza...

Watak 'sensei' yang paling aku suka adalah Kawato-sensei dalam drama Rookies

Watak Kawato-sensei ni unik.. ahah.. sebabnyer,, kata-kata semangat yang digunakan kepada pelajar2nya... dialog yang selalu dia sebut 'impian'... Dalam drama Rookies,, Kawato-sensei cuba nak kembalikan semula maruah sukan besbol sekolah Futakotamagawa... aktiviti kelab besbol sekolah tu dihentikan sebab terlibat dalam pergaduhan semasa perlawanan.. akibatnya,, ahli kelab tersebut yang merupakan pelajarnya jadi xminat nak belajar, banyak habis buang masa melepak dan bergaduh... oleh sebab tu,, dia menghidupkan kembali aktiviti kelab dan mengumpulkan ahli2 kelab..

Perwatakan Kawato-sensei;
- tak mudah mengalah. sentiasa bersemangat.
- sentiasa percaya pada takdir dan impian.
- suka bagi kata2 semangat.
- berani. xtakut pada sape2 walaupun sampai dikenakan tindakan dan hukuman. kalu gaduh bertumbuk sampai kuar darah pun leh senyum lagi.
- pemaaf.


Seterusnya watak 'Yankumi' dalam drama Gokusen..

Watak Yankumi ni pon best jugak.. seorang cikgu pompuan yang berasal daripada keluarga yakuza.. dalam tiga season drama Gokusen, Yankumi mesti dapat kelas yang bermasalah... dalam setiap episod mesti dia akan gaduh untuk selesaikan masalah pelajarnya... seronoknya watak Yankumi ni kelakar n kuat berangan.. Drama Gokusen ade 3 season + 1 movie (ending cte gokusen)... dalam movie Gokusen mengumpulkan sume anak didik Yankumi yang telah berjaya dalam kehidupan... pehhhh.. happy ending~

Perwatakan Yankumi;
- kuat berangan.
- suke bagi kata2 semangat yang kadang2 merapu habes.
- selalu terlepas cakap.
- xmudah mengaku kalah.
- selalu kelam-kabut.
- suka gaduh ngan cikgu disiplin.

Lagi, watak 'Hachisuka-sensei' dalam drama Hammer Session!
 

Hachisuka-sensei ni pulak pada awalnya bukan lah seorang guru.. dia ni sebenarnya penjenayah yang dikehendaki polis.. disebabkan dia pandai bermain kata2 dan menipu,, telah menarik minat Pengetua sekolah untuk upah dia jadi cikgu kelas yang bermasalah... dengan jaminan identiti sebenarnya akan dirahsia kan.. Hachisuka-sensei ni pulak dia bagi pengajaran dengan bermain tipu helah dengan pelajar2 nya... setiap episod ade saje pelajar2 dia yang terkena dengan tipu helah dia nih... pada awalnya,, pelajar2 memang xsuka dengan perangai Hachisuka ni... namun lama kelamaan hubungan diroang jadi semakin rapat.. last skali identiti Hachisuka-sensei yang sebenar terbongkar... atas sebab pujukan pelajar2nya,,, polis terpaksa membebaskan Hachisuka dan kes jenayahnya ditutup... best cte Hammer Session nih...

Perwatakan Hachisuka-sensei;
- pandai menipu.
- suke buat lawak yg kdg2 x lawak pon. ahah
- mesti pegang rantai lehernya untu cari idea selesaikan satu2 masalah.
- sentiasa tenang.

Watak 'Onizuka-sensei' sume orang kenal... dalam drama Great Teacher Onizuka

Drama ni dah lame.. jadi jalan cerita pon old skool.. haha.. Onizuka ni unik jugak.. style dia masuk kelas mesti pakai baju putih xde kolar dengan blezer... ahah.. nmpk cam pelik tapi stylo... pelajar2 Onizuka-sensei ni pon macam2 masalah jugak... cara yang digunakan untuk bagi pengajaran kat pelajarnya hampir serupa dengan Hachisuka-sensei... guna kan tipu helah tapi ade moral value... tu yg best tuh...

Perwatakan Onizuka-sensei;
- sentiasa tenang dengan masalah pelajar.
- pandai main tipu helah.
- suke bagi kata2 semangat kat pelajarnya.
- kadang2 cam poyo pon ade.. ahah.. 

Last skali, watak 'Misaki-sensei' dalam drama Misaki Number One!

Yang ni pulak.. seorang pompuan kelab malam jadi cikgu sekolah.. pada awalnya macam xbest sgt watak nih.. lebih kurang je macam watak 'Yankumi'.. cume Misaki ni xpandai berlawan... cume best nye watak Misaki nih dia xputus asa dalam mendidik pelajar2nya walaupun slalu gaduh ngan cikgu disiplin sebab cikgu disiplin suke kritik pelajar2nya.. ahah

 Perwatakan Misaki-sensei;
- bajet lawa sangat... ahah.. suke pakai baju seksi.
- sentiasa ceria.
- xputus asa dengan masalah pelajar.
- kdg2 kalut jugak.
- pandai cari jalan penyelesaian masalah.

haha.. okeh.. jadi cikgu mane jadi pilihan korang... hihi.. cte2 berkaitan dengan cikgu sekolah ni bagus jugak.. ade tersirat nilai2 murni ^^