Sunday, 13 December 2009

Malaysiaku: Bulan ini dalam sejarah


Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia.. Bulan Disember merupakan satu bulan yg bersejarah untuk negara Malaysia.. Taw x ape dia.. Haaa.. kalu sape2 yg minat sejarah mesti ingat punyer.. Pada bulan Disember ni lah tentera Jepun menyerang Tanah Melayu(Malaysia) dan berjaya menguasai Tanah Melayu seterusnya mengusir tentera British.. Sebenarnya aku baru teringatkan peristiwa bersejarah ni selepas menonton Majalah 3 istimewa minggu lepas.. Aku mmg minat dalam bab2 sejarah ni.. ahahaha

Kalu kita tanye kat nenek atau atuk kita yg hidup masa pemerintahan Jepun mesti diorang x leh lupa peristiwa ni. Aku pernah tanye kat arwah nenek aku pasal peristiwa Jepun menawan Tanah Melayu ni. Memang zaman tu lah yang paling memeritkan. Nak keluar rumah pon takut. Hari2 makan ubi kayu. Tu lah yg aku ingat drp ape yg arwah nenek aku cerita kan. Masa tu lupa lak nak tanye lebih2 sebab time tu kecik lagi. Skang ni nyesal lak.. hahaha.. Xpe la.. Majalah 3 yg lepas ada cerita kan ckit tentang macam mana tentera Jepun masuk ke Tanah Melayu. Menurut apa yg dicerita oleh atuk2 yang ditemu ramah tu, mereka x menyedari langsung yg tentera Jepun mula menyerang Tanah Melayu. Peristiwa ni berlaku pada waktu malam di Pantai Sabak, Kota Bharu, Kelantan. Pada awalnya mereka ingat tentera British buat latihan. Yang peliknya bunyi berbalas tembakan lama2 semakin dekat.. Dan mereka mula menyedarinya apabila mendengar jeritan tentera2 Jepun.. itu semua aku dengar drp mulut atuk2 yg ditemu ramah tu..

Tentera Jepun dengan mudahnya dapat menguasai keseluruhan Tanah Melayu & ini merupakan kekalahan yang memalukan untuk pihak British. Dalam masa x sampai sebulan je Jepun dapat mengalahkan British. Pada Jepun ini merupakan kejayaan terbesar mereka selepas berjaya mengalahkan Russia pada perang sebelum ni dan mengebom Pearl Harbour. Ini juga dijadikan sebagai hadiah mereka kepada Mahara Meiji. Siapa sangka pada masa tu Jepun berjaya menumpaskan kuasa besar dunia. Pada kebanyakan orang mungkin akan merasakan tindakan Jepun menguasai dan merampas wilayah2 di Asia Tenggara sebagai satu tindakan jahat.. Kalu tanye nenek atau atuk kita mungkin diorang akan kata Jepun jahat. Hmmmm.. mungkin jugak.. sebab penyeksaan yang berlaku nak2 lagi bg orang cina.. Kalu ikut sejarah dunia, huhuhu,, terdapat banyak faktor Jepun menguasai negara2 terdekatnya sampailah ke Tanah Melayu.. Sebab utamanya, Amerika telah melakukan sekatan ekonomi terhadap Jepun.. Justeru Jepun x dapat memasarkan barang2 buatan mereka keluar dan ekonomi Jepun jatuh teruk akibat sekatan itu.. Sebab tu lah mereka melancarkan serangan nak2 lagi masa tu dibawah pemerintahan tentera2.. Jepun telah dikenakan sekatan ekonomi sejak zaman Empayar Turki Uthmaniyah sehinggalah empayar itu jatuh.. Mengikut sejarah Jepun pernah menjalinkan hubungan dan meminta perlindungan daripada Kerajaan Turki.. Pada waktu inilah Islam mula memasuki Jepun.. Tapi xlama lepas tu Kerajaan Turki jatuh dan perkembangan Islam di Jepun jadi malap dan x berkembang.

Namun begitu, kerajaan Jepun skang tidak mendedahkan peristiwa serangan ke atas Tanah Melayu pada generasi mereka skang.. Peristiwa itu telah ditutup dengan kejayaan Jepun mengebom Pearl Harbour sebab tarikh Jepun menyerang Tanah Melayu dan Pearl Harbour adalah sama.. Aku pon x taw kenapa.. Tapi pengkaji sejarah Jepun sedang berusaha menyebarkan sejarah penaklukan Tanah Melayu ni.. itu ape yang aku tengok kat Majalah 3 ari tu lah.. hehehe..

Tapi kesannya x lama.. kejap jew.. mungkin orang dulu2 dapat rasa kesan kekejaman Jepun.. Mungkin sebab Jepun memerintah Tanah Melayu dalam waktu yang singkat.. X macam British yang sudah bertahun-tahun lamanya bertapak di Tanah Melayu sehinggakan kesannya dalam pemerintahan masih kekal hingga sekarang..

Sebenarnya peristiwa penakhlukan Jepun ni lah yang patutnya di jadikan iktibar.. Banyak penyiksaan yg dilakukan.. Rakyat hidup menderita.. Daripada penyiksaan ni lah rakyat mula sedar yg pemerintah luar x boleh dipercayai.. Negara kita sepatutnya kita yang memerintah bukan orang luar..

Harap korang suka ngan entry ni.. istimewa sempena memperingati peristiwa penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu.. huhuhu

Alumni D'5 Home Coming 2010@SMTDLM

Moshi2... pengumuman2... Kepada bekas2 pelajar Sekolah Menengah Teknik Dato' Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan.. Kami, AJk2 Alumni D'5 sedang berusaha untuk melaksanakan satu perjumpaan semula khas untuk bekas2 pelajar 3 generasi; SM Teknik Dato' Lela Maharaja, SM Vokasional Pertanian Rembau dan SM Teknik Pertanian Rembau.. Perjumpaan ni dikenali sebagai "ALUMNI D'5 HOME COMING 2010".. Untuk julung2 kalinya kami berpendapat untuk menjalankan aktiviti ini di SMTDLM (2 hari 1 malam).. Tarikh masih dalam perbincangan.. Cadangan awal ialah pertengahan bulan Jun 2010.. Rujuk ruangan facebook 'Persatuan Bekas Pelajar' untuk maklumat lanjut..

#p/s: Mohon maaf atas pembatalan Alumni D'5 Home Coming 2009 di saat2 akhir yang sepatutnya dijalankan pada 4-6 Disember kelmarin .. Ini kerana terdapat sedikit masalah dengan pihak sekolah.. Kami berharap dapat menjayakannya pada tahun 2010..

~Sweet Memory @ SMTDLM~

Wednesday, 9 December 2009

Untuk kawan baik

Assalamualaikum.. Konnichiwa.. domou.. Hari ni nak kongsi satu artikel best yg aku baca kat satu blog ni,, hidet.blogspot.com.. khas utk kawan yg baik.. huhuhu.. bacalah untuk dijadikan pedoman..

Kawan Baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya
untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat
perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk
berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih
atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada
disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan
kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai
kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan
baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan
kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita
bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita
menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang
baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan
kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman
oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada
kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu
menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Tuesday, 8 December 2009

Best Japanese Drama 2009

Konnichiwa! Skang makin byk pulak drama2 Jepun kat Malaysia nih. Mane x nye makin ramai lak yg minat. hahaha.. memang best pon. Aku x paham sape2 yg x minat tengok drama Jepun nih.. hehehe..Tapi memang x dinafikan drama Korea lagi popular daripada drama Jepun kat Malaysia nih.

Kat bawah nih senarai drama2 Terbaik Jepun pada tahun 2009 dan dah keluar pon kat kedai2 dvd seluruh Malaysia. Cepat giler. Baru abis ditayangkan kat Jepun terus keluar kat Malaysia. Murah2 pulak tu.. Cerita Melayu pulak aku tengok mahal2.. x paham aku.. huhuhu..

1. Ryusei No Kizuna.
Drama ni cukup popular kat Jepun. Adaptasi dari novel terlaris. Nak2 lagi pelakonnya pon best2 belaka.Sape x kenal Nishidiko Ryo(Taisuke) yg memegang watak Asou-Kun dalam drama popular One Litre Of Tears(Ichi Rittoru No Namida), Toda Erika(Shizuna) aktress cun popular kat Jepun skang ni ngan Ninomiya Kazunari(Koichi) anggota kumpulan Arashi.. hahaha. Member aku, Alham pon kata drama ni best.. Aku letak drama ni sebagai yang paling best sebab drama ni paling banyak menang awrds kat Jepun.. semua pelakon utama drama ni menang awards best actor(Ninomiya Kazunari), best supporting actor(Nishidiko Ryo) n best supporting actress(Toda Erika). Drama ni ada 10 episod jew..
Popularity Drama ni kat Jepun : 16.3 %
Drama terbaik dalam:
- 59th Television Drama Academy Awards
- 12th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Fall 2008)

Kalu kat MySoju.com popularity drama ni 4 bintang.

2. Buzzer Beat
Drama ni aku x tengok lagi..hahaha.. aku pon x sure lagi drama dh kuar ke kat Malaysia sebab drama ni baru abis ditayangkan kat Jepun pada 21 September 2009(Fuji Tv). Aku pon x taw nak komen ape sgt pasal drama ni. Tengok macam best nak2 lagi ada Yamashita Tomohisa yang berlakon dalam drama Kurosagi..ahahaha.. taw je aku ni.. Drama ni ada 11 episod jew..
Popularity drama ni kat Jepun : 14.3 %
Aku rasa drama ni sesuai letak sebagai drama kedua the best tahun 2009..
Drama terbaik dalam;
  • 62nd Television Drama Academy Awards
  • 13th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Summer 2009)
Kalu kat Mysoju.com popularity drama ni 4 bintang.
  • Best Drama (Summer 2009)

3. Boss
Ermm... drama ni aku x tengok lagi. mmg nak beli n tengok drama ni sebab ramai org cakap drama ni best gler walaupun tgok heroin dia tua ckit... ahahaha.. Tapi Toda Erika ade berlakon dalam drama nih.. cun laahh.. hahahaha.. mesti tengok nih.. drama ni ada 11 episod jew.
Popularity drama ni kat Jepun : 17%
Drama ni aku letak drama ketiga the best la sebab drama ni boleh tahan gaks.
  • Drama terbaik dalam 61st Television Drama Academy awards.
Kalu kat Mysoju.com popularity drama ni 3 bintang.

4. Mei-chan no Shitsuji

Dah agak lama aku tengok dvd drama ni kat kedai Classic dalam Metro Point Kajang nih... Sampai dah wat offer dah... ahahaha.. bila la aku nak tengok ni.. nampak cm best.. drama ni ada 10 episod jew.. Byk yg aku tengok org minat drama ni sebab pelakonnyer, Mizushima Hiro yg popular dalam drama Hanazakari No Kimitachi e ngan Zettai Kareshi.
Popularity drama ni kat Jepun : 14 %
Drama ni keempat the best drama Jepun laa... hehehehe
  • Drama terbaik dalam 60th Television Drama Academy Awards.
Kalu kat Mysoju.com popularity drama ni 5 bintang.

5. Smile
Hmmm.. drama ni aku x sure sgt best ke x.. Tengok popularity drama ni kat Jepun pon x macam drama2 kat atas ni.. kalu sape2 yg minat group Arashi may be diowang suka tengok drama ni sebab Matsumoto Jun watak utama nyer... hmmm Oguri Shun pon ada dalam drama ni.. Sape x kenal Oguri Shun yang jadi Takiya Genji dalam movie Crows Zero.. hahaha.. Drama ni ada 11 episod.
Popularity drama ni kat Jepun : 10.1 %
Drama ni kelima the best antara drama2 Jepun yang lain..
  • Drama terbaik dalam 13th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Spring 2009)
Kalu kat Mysoju popularity drama ni 3 bintang.
  • Best Drama (Spring 2009)
Hmmm.. cuba aku susun kelima-lima drama ni ikut popularity kat Jepun;
1. Boss (17 %)
2. Ryusei No Kizuna (16.3 %)
3. Buzzer Beat (14.3 %)
4. Mei-chan no Shitsuji (14 %)
5. Smile (10.1 %)

Susun ikut popularity Mysoju.com lak;
1. 5 bintang ; Mei-Chan no Shitsuji
2. 4 bintang ; Ryusei No Kizuna & Buzzer Beat
3. 3 bintang ; Boss ngan Smile

Sumber rujukan; Drama wiki n mysoju.com

Thursday, 3 December 2009

My Boss My Hero


Moshi2.. ada cerita baru.. huhuhu.. Hmmm.. Tapi sume org dah taw rasanye cerita ni, "My Boss My Hero". Cerita kelakar pasal anak yakuza masuk sekolah. Memang kelakar cerita ni. Patutnye aku tengok cerita ni bulan 5 dulu, tapi x sempat sebab time 2 dh final exam.

Sinopsis nyer:
Cerita ni pasal anak sebuah keluarga yakuza, Sakaki Makio yang belajar di sebuah sekolah tinggi. Ini atas permintaan ayah nya yang merupakan ketua yakuza. Ayahnya terpaksa mengambil keputusan begitu selepas melihat kebodohannya dalam menyelesaikan satu masalah dgn geng yakuza Hong Kong. Ayahnye jugak berjanji akan menjadikannya ketua yakuza yg baru sekiranya dia berjaya tamat persekolahan. So dia pon akur ngan keputusan ayah nya. Mula2 tu agak sukar bg Makio nak sesuaikan diri sebab dia ni x tahan marah. Nak2 lagi rakan sekelasnya yang berlagak dan bongkak. Kalau dia marah atau bergaduh, nanti kantoi lak yg dia ni yakuza. Lame2 dia dah dapat sesuaikan diri dan banyak belajar pelbagai benda. Tapi akhirnya rahsianya terbongkar selepas ada satu geng yakuza ni pegi serang sekolah tempat dia belajar. So nak pertahankan sekolahnya dia terpaksalah berlawan. Lagi seminggu nak graduate rahsianya sebagai anak yakuza dan berusia 28 tahun terbongkar. Last skali dia kena buang sekolah... gtu lah ceritanyee..

Komen2;
- Lawak giler cerita nih.. serius kelakar. x boleh tahan... memang tergelak besar kalu tengok.
- episod paling best episod 8, 9 ngan 10.. Part2 ni mmg best.. dalam 3 episod ni agak2 touching gak la.. kalu sesape yg memang hati lembut boleh nangis gak la.. hahaha
- Banyak menyentuh pasal persahabatan n kerjasama dalam kumpulan.. itu yg agak touching tu..
- Satu lagi banyak sentuh pasal menghargai zaman sekolah.. hmmm tu yg wat aku teringatkan sekolah aku tu..huhuhu
- Aku suke ngan background music cerita nih..

Info;
  • Title: マイ★ボス マイ★ヒーロー
  • Genre: School drama, comedy
  • Episodes: 10
  • Viewership rating: 18.91
  • Broadcast network: NTV
  • Broadcast period: 2006
  • Awards:50th Television Drama Academy Awards: Best Supporting Actor = Tanaka Koki,50th Television Drama Academy Awards: Best Titleback
Bintangnyer;
Best gilerz.. 10 bintang

Bola-Bola : Carling Cup Quater Final


Fuhhh!! tengok bola x?? aku x tengok sbb kat umah aku x de astro huhuhu.. so aku tengok kat livescore.com ajew.. Kali ni aku x nak cerita pasal Liverpool. Kali ni pasal Carling Cup. perghhh memang dalam jangkaan ManUtd akan masuk semi final lepas mng ngan Tottenham 2-0..Satu lagi kelab mmg dah taw mesti mng punye, Aston Villa yg mng ngan Portsmouth 4-2..

Perlawanan malam tadi mmg sengit.. hehehe Man Ct vs Arsenal n Blackburn vs Chelsea.. Dalam ramalan mmg Man Ct akan mng n dh ternyata Arsenal x sehebat yg disangkakan selepas tunduk 3-0 kat Man Ct.. Ok lagi la sbb dua-dua kelab mmg hebat n sengitlah games ni.. Tapi satu kelab ni mmg x sangka boleh tergolek pulak. Aku ingat boleh mng besar. itulah bola sepak, pasukan kuat x semestinya akan menang aje.. Tapi keputusan semalam mmg dtunggu-tunggu.. har har har har.. Disebabkan seri 3-3 so ditentukan kemenangan berdasarkan sepakan penalti.. Memang nasib x baik buat Chelsea selepas gagal dlam satu sepakan yg memberi kelebihan kat Blakburn mng penalti 4-3.. har har har.. kekalahan ini pasti dinanti-nantikan terutamanya fan Liverpool.. n lepas tu fan chelsea lak akan cakap alahhh penalti tu nasib jew.. hahahahahaha.. gurau2 jew.. so pas ni kelab mane lak yg g final.. musti sume dh taw kan.. har har har.. tapi x leh ckp dulu nnt kalah kang wt malu jo..hehehehe

#Bola-bola.. macam tulah.. bila mng seronok.. bila kalah team lain yg seronok..huhuhuhu..
Congrates wat team Malaysia yang belasah Timor Leste 11-0.. jgn kena belasah 0-11 ngan Vietnam sudahhhh.. Ganbatte Kudasai!

Wednesday, 2 December 2009

Malaysiaku: Sempena 50 tahun Parlimen Malaysia


Salam.. hmmm.. topik kali ni lain dari yang lain.. hehe.. istimewa 50 tahun Parlimen Malaysia. Baru aku taw dah tua rupanye Parlimen Negara kita nih dah same usia ngan Malaysia. Dah banyak jasanya kepada negara. X silap aku dulu Dr Siti Hasmah ade wat Mini Parlimen. Baru2 ni aku ade bace kat akhbar Utusan Malaysia, tapi dihentikan tanpa sebab yang agak relevan.

Sebut pasal parlimen, sume orang akan duduk depan tv nak tengok ape kes yang berlaku kat parlimen. Sape gaduh ngan sape. Ahli2 dewan mane yang wat kecoh. Pemimpin mane kutuk pemimpin mane. Kate2 kesat yang dikeluarkan dan macam2 lagi. Adakah ini fungsi parlimen sekarang?? Kenapa ada segelintir pemimpin kita yang bersikap begitu. X ke nmpk mcm memalukan. Bukan org dewasa jew gelak, bdk2 sekolah rendah pon tergelak besar tengok reaksi pemimpin kita dalam dewan yang agak ke-anak2kan.. Bukan nak berbahasa kasar.. Tapi kadang2 itulah realitinya.. masing2 nak menang.. x nk mengaku kalah/ kesilapan sendiri sampai nak dibawa2 ke mahkamah.. dan dari situlah timbul lagi mcm2 masalah.. rahsuahlah., sistem kehakiman negara yang x adillah.. hmmm macam2 lagi.. Kadang2 aku pelik jugak.. benda ni macam dah jadi musim kat negara kita n negara2 asing.. Yang terbaru kat Filipina, kat negara asia barat.. yang x abis2 lagi kat Thailand.. Yang dh senyap sekejap kat Indonesia.. Yang kacau bilau skang ni kat Honduras.. dan dah selesai kat Jepun selepas Hatoyama jadi PM Jepun yang baru.. Aku tertarik ngan perkembangan kat Jepun, dimana kerajaan dibawah pimpinan Taro Aso sanggup menerima apa saje keputusan rakyat menerusi pilihan raya. Dan ternyata rakyat lebih mempercayai kewibawaan parti pembangkang dibawah pimpinan Hatoyama. Maka Hatoyama naiklah jadi PM baru Jepun.. Taro Aso yang sebelum ni PM Jepun kebrape ntah(lupa pulak) menerima hakikat dan menanggung kesalahan dengan meletakkan jawatan sebagai presiden parti termasuk pemimpin yang lain turut melalukan tindakan yang sama. Dari situ konflik rakyat ngan kerajaan n pembangkang ngan kerajaan dah selesai.. Tengok pula pimpinan baru ni x sekepala ngan A.S.. Pengkalan tentera di Okinawa yang menjdi tempat isi minyak kapal tentera Amerika ke Afhganistan nak dtutup n rakyat Jepun menyokong sepenuhnya.. Yang menariknye ialah sikap toleransi antara pemimpin demi kesejahteraan negara dan rakyat n lakukan perkara2 yang dijanjikan kpd rakyat..

Hmmm.. kalu d Malaysia sampai masuk mahkamah. Ntah mane satu yg betul ntah. Akhbar ngan Tv kat Malaysia ni pon memeningkan rakyat.. Yang kerajaan kata itu yang pembangkang kate ini.. yang kerajaan salahkan itu yang pembangkang salahkan ini.. Pening rakyat Malaysia dibuat nye nih.. Kenapa pemimpin kita wat rakyat macam ni?? janji macam2 tapi x tunaikan??? Bkn nak salahkan sape2.. Setiap orang ade wt salah.. hmmmm... setiap manusia yang dijadikan x terlepas dr wat kesalahan.. cuma kdg2 kite yg x nk terima..hmmmm...

#Doakan yang terbaik utk pemimpin Malaysia.. semoga dpat mentadbir negara dengan adil dan saksama serta dapat memajukan negara dari sume aspek..

Seleraku : Masak Lemak Rebung

gambar perhiasan

oyt.. Ape mimpi aku lak ni.. hahaha.. sje je.. Korang suko x makan masak lomak. xpon gulai lah bahaso yg sonang eyh. Aku ni kalu balik umah memang mengidam makan masak lomak ni. Nak2 lagi masak lomak robung kato org nogori atau Masak Lemak Rebung. Fuhhh!! skali mkn nk lagi. Tu yg gomok den bilo cuti kek umah ni. Mano x eyhh, molantak gulai hari2.. nak2 lagi masak lomak robung mak lang den buek.. Xdo yg buleh lawan. Mak Lang den ado bukak kodai kt dopan Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang. Bila hari rabu ngan ahad den poie la tolong sobab time ado pasar lak. Dapek la ckit duit blanjo.. huhuhu.. Dah tu bilo ado lauk yang x abeh den kobeh lor... portamo skali masak lomak.. hahahaha..
Ape la aku ni.. Tapi kan masak lemak negeri lain x same cm masak lemak Negeri Sembilan. Nogori punyo podeh2 ckit.. lomak2 eyh pon kaw2.. hahaha.. Memang x de negeri yg masak masak lemak nye sesedap Negeri Sembilan punyer.. Kawan aku pon pernah rasa., kn Shahrul kn.. Sodap kan.. Haaaa.. hahaha.. K la tu jo den nk bagi taw.. nk resepi ko.. xdo la.. den x taw masak.. cuba try kat www.myresipi.com.. huhuhu.. k sayounara

Tanjoubi Omedeto (たんじょうびおめでと)

Jyuu Ni Gatsu
じゅうにがつ

Konnichiwa minasan... dah masuk dah bulan disember.. cepat betol mase berlalu. Tup2 dah nak hujung tahun. Walaupon dah ujung2 ni aku x lupa bezday kawan aku sorang ni. Bulan disember ni bezday Hatim.. hehehe.. tapi aku lupa pulak tarihk nye. Ape2 pon mmg bulan ni bezday nyer. HAPPY BIRTHDAY! たんじょうびおめでと!TANJOUBI OMEDETO! dalam bahasa Jepon nyer. hehehe. Haaaa.. bulan ni kalu nk taw ade 2 orang artis Jepun yang sambut bezday. wawawa.. x abis2
1. Oguri shun.. lahir 26 Disember 1982.. Kalu korang perasan dia ni lah hero dalam cerita Hana Yori Dango, Hanazakari No Kimitachi e, Detective Conan, Gokusen ngan hero movie CROWS ZERO..
2. Sorang lagi Shirota Yu.. lahir 26 Disember 1985.. Dia ni hero dalam cerita Rookies, Hanazakari No Kimitachi e ngan hero dalam movie prince of tennis n Rookies Sotsugyo..

Alamak x de awek Jepun bezday bulan 12.. huhuhu..
Ape2 pon Happy bezday Hatim.. akhir nye tua gak ko.. hahahahahahahaha.. jgn lupa bg aku hadiah nnt

Tuesday, 1 December 2009

Bola-Bola : Imbasan bulan November


hmmm.. ape cer bola bulan nih yerkk... hehehe... aku sebenarnye tertarik dengan perkembangan Liverpool yg akhir2 ni dh x tentu hala. Asyik kalah jew. Nasib baik menang ngan Everton hari tu. Nasib baik??? hahaha.. Dah la terkeluar dari UEFA.. awal2 lagi dh terkeluar Carling Cup. Ape lah nasib.. Bukan nye ape. awal2 season ari tu mogah bonar nak monang EPL. Tengok2 awal2 lagi dah tergolek.. kah kah kah.. Aii marah lak fan Liverpool nanti. Tu lah lumrah bola sepak, sape sangka boleh jadi macam ni. Mula2 dulu aku ingat Liverpool yang akan menyaingi ManUtd kat EPL. Rupa2 nyer Chelsea pulak. Asyik menang je team ni. Aku pon pelik. Jampi ape Ancelotti ni pakai? Org Itali pon gune jampi2 ke? hahaha.. Hmmm awal lagi nak ramal Chelsea ni jadi juara.. Ceyhhh.. hohoho.. Aku nak tengok bulan Januari nanti cm ne Chelsea bila ketiadaan star2 Afrika ni.. Nak2 lagi Drogba yang sering kali jadi sandaran Chelsea. Dari situ nak tengok Chelsea ni kuat ke x. Hahaha.. Macam ManUtd lepas Ronaldo pindah ke Real Madrid, x nampak terjejas pon. Ok je main.. huhuhu.. Tapi aku tengok Ronaldo pindah Real Madrid pon kalah juga Real Madrid kat Barcelona. Ape cer?? Star ramai pon kalah.. Nak salahkan sape? Jurulatih ? hmmmm... kalau Ronaldo kat ManUtd lagi kan mesti xde can Chelsea ngan Liverpool nak menang ari tu kan..hahaha.. ye2 jerk..
Tapi ape2 pon Inter Milan still the best kat Itali. Xde team lain yg sehebat Inter. Juventus pon kalah gak ari tu.. haha x boleh bleh.. Tapi Inter kat UEFA x perfom sgt la.. kalah lak ngan Barcelona.. x heran la sbb Barcelona banyak star.. Inter pe je dia ade..
Sibuk cite pasal bola sepak luar ape yg jadi ngan bola sepak Malaysia nih.. boleh pulak penerbangan ke Vientiane tertangguh pasal guna pesawat tentera.. kelakar betul.. nk salahkan sape?? kesian pulak tengok pemain2 Malaysia tu.. Tapi ape2 pon wish the best tuk Malaysia kat Sukan Sea Laos.. Hope dpt balik bawak pingat.. naik kan maruah bola sepak Malaysia! Malaysia boleh!