Saturday 21 May 2011

Joker Yurusarezaru Sousakan




Konnichiwa! ade ag cte baru abes tgk... leh tahan gak cte nih.. best2...

Sinopsis

Cerita tentang polis dan undang2... dalam beberapa kes jenayah yang diuruskan polis, ada yang tidak dapat dihukum dengan undang2... Seorang polis yang bernama Date Kazuyoshi bertindak menghukum penjenayah yang terlepas daripada hukuman undang2.. Dia menembak ubat tidur kepada suspek dan dibawa ke sebuah penjara di sebuah pulau terbiar dan tidak diketahui org.. dlm peta jepun yang terbaru pulau tersebut telah di hilangkan... Hukuman tersebut dilakukan bersama-sama dengan bekas polis,, Mikami...

Date juga mendapat bantuan penyiasat Kudo... Walaubagaimanapun,, Kudo sering kali bertindak terburu-buru ketika menghukum penjenayah.. kerana menurut Date sblom menghukum penjenayah mesti ada bukti yang kukuh... Mereka berdua selalu melakukan aktiviti bersama-sama...

Ada seorang polis wanita baru bernama Miyagi berada dibawah jagaan Date.. Miyagi adik kepada anggota polis yang dibunuh Natsuki.. Natsuki dibunuh kerana menyiasat kegiatan polis underground... pembunuhan Natsuki tidak meninggalkan kesan jenayah,, hal ini menyebabkan ketua polis Izutsu disyaki sebagai pembunuh.. jenayah seperti ni dinamakan Joker.. dalam akhir cerita, Miyagi berjaya membongkar rahsia cerita pembunuhan abangnya.. pembunuh yang melakukan jenayah 'Joker' adalah Mikami... Date mmg sukar untuk menerima kenytaan tersebut.. perkara ini dibuktikan oleh Kudo yang mendesak supaya mengesan DNA polis yang telah bersara...

Akhirnya Mikami dihantar ke penjara tersebut dimana penjara tersebut adalah rancangannya dahulu semasa menjadi polis underground..
Komen

Cerita yang menarik.. suspen yang menjadi.. jalan cerita mmg smart.. aksi2 dalam citer ni pown leh tahan.. heroin xcantik,, hehehe... Nishikido Ryo mmg terbaek,, smart!.. mmg xrugi aku beli RM19.90... pasni nk tgk specialnye lak...
mcm kenal... ahah.. Innoe Masahiro.. hero dalam siri Kamen Rider Decade.. dalam cte ni sbg pelakon tambahan jer.. ade la 3 episod kuar tu pon kejap2 jer...
Salah satu aksi dalam citer nih.. Kudo suke bertindak sendiri bile nak hukum penjenayah yg terlepas drp hukuman undang2..

Info

  • Title: ジョーカー 許されざる捜査官
  • Title (romaji): Joker Yurusarezaru Sosakan
  • Format: Renzoku
  • Genre: Crime
  • Episodes: 10 + SP
  • Viewership rating: 14.2%
  • Broadcast network: Fuji TV
  • Broadcast period: 2010-Jul-13 to 2010-Sep-14


No comments:

Post a Comment